Ubah Nasib Bumiputera Usah Malu Contohi Cina Sinar Harian 29 02 2024


 

Menyingkap kembali sejarah penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB), ia telah dirasmikan buat julung kali oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1965 di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Hasilnya, sejumlah 70 resolusi dilulus-kan antaranya cadangan menggantikan nama RIDA (Rural & Industrial Development Authority) kepada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan penubuhan Bank Bumiputera yang modalnya dibiayai kerajaan.
Pelaksanaan KEB kedua dirasmikan Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada tahun 1968 pula dipercayai merintis jalan kepada pelaksanaan polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang akhirnya membuka peluang pembangunan usaha-wan bumiputera.
Umum mengetahui UMNO adalah par-ti pelopor penganjuran kongres itu ber-matlamat mengangkat kedudukan Melayu dan bumiputera dalam arus pembangunan negara pasca merdeka.
Sejak itu, boleh dikatakan setiap dasar dirangka, dirancang dan dilaksanakan ke-rajaan adalah bersumberkan kongres ini, di samping men-dapat suntikan buah fikiran me-nerusi resolusi dicapai dalam Perhimpunan Agung UMNO tahunan.
Hakikatnya, sejumlah 10 kongres seumpama ini telah di-anjurkan UMNO sejak pasca kemerdekaan.
Lima daripadanya masih mengekalkan nama KEB termasuk KEB 2024, manakala lima lagi menggunakan nama lain seperti Kongres Ekonomi Islam dan Kongres Ekonomi Melayu 2012.
Bagaimanapun, pelaksanaan ratusan resolusi baharu serta penggubalan polisi dan dasar yang terlahir daripada hasil per-bincangan KEB, sehingga kini masih belum dapat meningkatkan taraf sosioekonomi bumiputera agar setara dengan kaum lain.
Justeru, apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan KEB 2024 dipelopori UMNO bakal menjadi antara agenda penting Kerajaan Madani bagi merombak serta melonjak pem-bangunan sosioekonomi bumiputera se-cara menyeluruh, masih ramai skeptikal.
Berikutan itu, Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Dr Muhammad Asri Mohd Ali berpandangan tiada guna ratusan KEB dianjurkan sekiranya mentaliti golongan bumiputera masih ditakuk lama dan sering bergantung harap terhadap bantuan kerajaan.
Ujarnya, sudah tiba masanya penganjur dan peserta KEB tidak lagi memikirkan kaedah lapuk dalam memacu sosio-ekonomi bumiputera seperti berterusan meletakkan kerajaan sebagai tonggak atau institusi utama dalam mengatur pen-strukturan semula ekonomi golongan itu.
"Bayang kan program Rancangan Pembangunan Malaysia (RMK) sudah mencapai angka 12, tetapi nasib bumiputera masiti ditakuk sama. Birokrat pelaksana dasar kerajaan sekarang pula kurang se-mangat nasionalisme sebagaimana birokrat zaman pentadbiran Tun Abdul Razak.
"Sebab itu saya berharap penganjur tidak lagi meletakkan agenda KEB tertumpu kepada kerajaan sebagai tonggak utama pelaksanaannya.
"KEB 2024 usah malu untuk mencontohi kemampuan kaum Cina me-nyelesaikan isu pendidikan melalui Dong Zong (Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia) dan ekonomi menerusi dewan perniagaan kaum itu tanpa bergantung kepada kerajaan," katanya kepada Sinar Premium pada Rabu.
Dengan dunia kini dipacu pelbagai kejutan pembaharuan ekonomi, Muhammad Asri menegaskan sudah tiba masanya kaum bumiputera menubuhkan satu institusi yang memacu sendiri pertumbuhan ekonomi Melayu ala pertubuhan Dong Zong atau dewan perniagaan kaum Cina.
Tambahnya, institusi ini kemudiannya disaran bekerjasama dengan kelompok diaspora bumiputera yang bekerja atau berniaga di luar negara bagi memanfaatkan akses jaringan perdagangan antarabangsa dimiliki mereka.
"Dalam konteks ini, kerajaan boleh bertindak sebagai pemudah cara untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Diaspora Bumiputera di bandar-bandar perdagang-an utama di seluruh dunia, sebagaimana dilakukan Korea Selatan dan Jepun.
"Pusat kecemerlangan ini penting bagi membolehkan diaspora bumiputera memberi penerangan mengenai spesifikasi perdagangan diperlukan syarikat dan autoriti luar negara dalam membolehkan usahawan bumiputera mengeksport produk ke sana.
"Dengan wujudnya kemudahan ini, diaspora bumiputera boleh memilih untuk kekal bekerja dan menerima gaji lumayan di luar negara menerusi pusat ini atau menjadi perunding cara kepada syarikat bumiputera secara separuh masa," katanya.
Bantu ubah nasib
Bagi Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia, Datuk Dr Azman Yusoff, beliau mempunyai pandangan kontra. Jelasnya, dalam memastikan kontraktor bumiputera dapat bersaing dengan bangsa lain, golongan itu masih perlu bantuan dan kesungguhan politik daripada kerajaan untuk mengubah nasib mereka.
"Hakikat majoriti kontraktor bumiputera masih bergantung kepada projek keraja-an dan sukar bersaing merebut projek swasta adalah disebabkan rantaian pembekalan barang industri pembinaan masih dikawal oleh usahawan bukan bumiputera.
"Sebab itu bagi kami, kuota bumiputera masih perlu dikekalkan. Kerajaan juga wajar beri jaminan perbankan bagi setiap tender projek diluluskan demi mengelakkan aktiviti `ali baba' projek berleluasa," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman pula menegaskan KEB 2024 perlu menekankan keperluan mengkaji semula sebarang polisi atau dasar ekonomi bumiputera lalu yang tidak mencapai sasaran ditetapkan.
Ujarnya, apabila punca kuasa kegagalan polisi lalu dikenal pasti, KEB 2024 perlu menggariskan satu resolusi bagaimana komuniti bumiputera mampu menyelesaikan permasalahan membelenggu polisi berkenaan dengan kadar segera.
"DEB selalu dikaitkan dengan pencapaian serampang dua mata bagi meningkatkan kek ekonomi bumiputera kepada 30 peratus. Sekarang sasaran itu masih tidak capai, kena cari punca dengan segera bukan tunggu 20 tahun lagi.
"Kedua, Kerajaan Madani juga harus belajar daripada kesilapan kerajaan lalu. Mandat pengurusan agensi kerajaan yang memfokuskan pembangunan ekonomi bumiputera tidak boleh diserahkan kepada pegawai tidak kompeten. la akan jadi hancur," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Ma'amor turut mencadangkan KEB 2024 mengenal pasti solusi bagaimana komuniti bumiputera boteh menguasai segmen rantaian pembekalan barang binaan. Dengan 85 peratus daripada pembekal barang industri pembinaan terdiri orang bukan bumiputera, beliau melihat keadaan itu satu perkara mendukacitakan.
"Apa salahnya kerajaan tubuhkan satu koperasi untuk menguasai rantaian pembekalan industri binaan di setiap Parlimen?
"Selain Itu, agensi kerajaan yang mengendalikan pemasaran produk usahawan bumiputera di dalam dan luar negara tidak boleh sekadar melepaskan batuk di tangga.
"Menteri-menteri kena pantau dan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang bersikap deep state (daulah terpendam)," tegasnya.


Artikel oleh: Sinar Harian
UBAH NASIB BUMIPUTERA, USAH MALU CONTOHI CINA

https://www.sinarharian.com.my/article/651886/berita/nasional/ubah-nasib-bumiputera-usah-malu-contohi-cina


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2024/02/ubah-nasib-bumiputera-usah-malu-contohi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

Kerajaan Perlu Segera Beri Kata Putus Harga Siling Beras Sinar Harian 25 02 2024

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 82 hits
Artikel oleh Sinar Harian KERAJAAN PERLU SEGERA BERI KATA PUTUS HARGA SILING BERAS
Bangun Sistem Khas Kawal Bekalan Diesel Petrol Ppim Sinar Harian 24 02 2024

Bangun Sistem Khas Kawal Bekalan Diesel Petrol Ppim Sinar Harian 24 02 2024

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 136 hits
SHAH ALAM Kerajaan perlu membangunkan sistem khusus bagi memastikan bekalan diesel mahupun petrol bersubsidi di negara ini tidak dimanipulasi pihak tertentu yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat asing Ketua Aktivis Persatuan Pengguna ...
Ppim Tubuh Task Force Tangani Kes Kuil Haram Sinar Harian 17 02 2024

Ppim Tubuh Task Force Tangani Kes Kuil Haram Sinar Harian 17 02 2024

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 131 hits
KUALA LUMPUR Persatuan Pengguna Islam Malaysia menubuhkan task force bagi memberi tumpuan kepada kes kuil haram selepas menerima banyak aduan berkaitan isu berkenaan Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata jawatankuasa itu akan berperan...
Ppim Saran Lantik Syarikat Bebas Bantu Kkm Tingkat Penguatkuasaan Sinar Harian 06 03 2024

Ppim Saran Lantik Syarikat Bebas Bantu Kkm Tingkat Penguatkuasaan Sinar Harian 06 03 2024

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 113 hits
Artikel oleh Sinar HarianPPIM SARAN LANTIK SYARIKAT BEBAS BANTU KKM TINGKAT PENGUATKUASAAN
Makin Ramai Buat Buat Lupa Larangan Merokok Sinar Harian 06 03 2024

Makin Ramai Buat Buat Lupa Larangan Merokok Sinar Harian 06 03 2024

papar berkaitan - pada 6/3/2024 - jumlah : 85 hits
LARANGAN merokok di tempat awam termasuk premis makanan yang berkuat kuasa sejak Januari 2019 dilihat semakin diabaikan oleh rakyat Malaysia Penguatkuasaan yang lemah dikatakan menjadi punca sebahagian perokok bersikap tidak endah dan tanpa...
Aktiviti Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 Ppim 19 02 2024

Aktiviti Majlis Perayaan Tahun Baharu Cina 2024 Ppim 19 02 2024

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 133 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi memenuhi jemputan Majlis Perayaan Tahun Baru Cina 2024 dari Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia Huazong merupakan NGO yang ditubuhkan sebagai persekutuan bagi pertubuhan pertubuhan Cina seluruh negara bag...
Cap Sokong Wujud Peraturan Kawal Selia Kandungan Vape Berita Harian 27 02 2024

Cap Sokong Wujud Peraturan Kawal Selia Kandungan Vape Berita Harian 27 02 2024

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 153 hits
GEORGETOWN Persatuan Pengguna Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi merealisasikan cadangan pengenalan peraturan kawal selia vape di negara ini Pegawai Pendidikan CAP NV Subbarow berkata CAP turut meng...
Syarikat Penerbangan Punca Masalah Berita Harian 29 02 2024

Syarikat Penerbangan Punca Masalah Berita Harian 29 02 2024

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 168 hits
KUALA LUMPUR Jurulatih pasukan Taekwando dari Sabah Safuan Fathy Amran meluahkan rasa syukur selepas warga negeri itu menderma untuk membeli tiket penerbangan baharu selepas beberapa ahli pasukan itu terlepas penerbangan ke Kuala Lumpur ber...
1 000 Berkumpul Di Padang Merbuk Solidariti Demi Palestin Harian Metro 02 03 2024

1 000 Berkumpul Di Padang Merbuk Solidariti Demi Palestin Harian Metro 02 03 2024

papar berkaitan - pada 4/3/2024 - jumlah : 126 hits
Kuala Lumpur Kira kira 1 000 individu berkumpul di Padang Merbuk di sini bagi menyatakan solidariti dalam Himpunan Mega Demi Palestin hari ini Antara individu yang hadir ialah Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu Timbalan Pr...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia