Syarat Bersumpah Dengan Al Quran Untuk Buktikan Kebenaran



Syarat Bersumpah Dengan Al Quran Untuk Buktikan Kebenaran | Assalamualaikum. Sedih betul bila baca berita tentang remaja perempuan yang sanggup pijak kitab suci Al Quran semata-mata untuk buktikan sumpah yang dia bercakap benar


Tapi kenapa perlu pijak, sedangkan Al Quran itu perlu dijunjung dan dihormati. Apa yang cuba dia buktikan sebenarnya? Berani kerana bercakap benar?

Jadi, bila keluar berita memijak Al Quran ni rasa macam dah melampau sangat. Pijak kerana nak kawan-kawan dia percaya yang dia melakukan maksiat. Allahuakbar.   

Jadi kita tak boleh selesa sangat dengan apa yang berlaku sekarang. Kita kena pastikan anak-anak, keluarga, saudara mara kita faham dan cintakan Al Quran. Lengkapkan diri dengan ilmu. 
Semuanya bermula dari rumah kan? Kita cuba lakukan bahagian kita dahulu. Melalui kepimpinan dan tauladan, 


Al Quran Untuk Buktikan Sumpah

Orang Arab apabila bersumpah mereka berpegangan tangan kanan. Kebanyakkan orang pula kalau bersumpah selalu guna sumpah atas nama Tuhan.

Menurut penerangan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dalam Islam sumpah menggunakan al-Qur’an, hukumnya adalah dibolehkan TAPI ada syaratnya. 
Kalau nak Bersumpah dengan satu daripada yang berikut:

Syarat Bersumpah Guna Al Quran:Zat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Zat Allah SWT atau aku bersumpah demi Allah SWT.Nama Khas bagi Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Tuhan Penjaga (الرب) seluruh alam atau demi Tuhan Pemerintah (المالك) hari Kiamat atau Aku bersumpah demi Tuhan yang Maha Pemurah.Sifat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi kemuliaan Allah atau demi ilmu-Nya atau demi kehendak-Nya atau demi kekuasaan-Nya.




Ini berdasarkan hadith daripada Abdullah bin Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW mendapati Umar bin al-Khattab RA yang sedang berkenderaan, bersumpah dengan nama bapanya. Baginda bersabda:

هُوَ يَسِيرُ فِي رَكْبٍ، يَحْلِفُ بِأَبِيهِ، فَقَالَ: أَلاَ إِنَّ اللَّهَ يَنْهَاكُمْ أَنْ تَحْلِفُوا بِآبَائِكُمْ، مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ، أَوْ لِيَصْمُتْ

Maksudnya: “Bukankah Allah menegah kamu bersumpah dengan nama bapa kamu? Sesiapa yang bersumpah, hendaklah dengan lafaz Allah atau hendaklah diam sahaja.”
Riwayat al-Bukhari (6270) dan Muslim (1646)

Daripada Umar RA, katanya:

كَانَت يَمِيْنُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَمُقَلِّبِ الْقُلُوبِ
Maksudnya: “Sumpah Nabi SAW ialah tidak, demi Tuhan yang mengubah-ubah hati.”
Riwayat al-Bukhari (6253)

Begitu juga hadith sabda Nabi SAW:

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ
Maksudnya: “Demi Tuhan yang diriku dalam genggaman-Nya dan Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggaman-Nya.”
Riwayat al-Bukhari (6254)

Mufti Wilayah sambung lagi penerangan beliau tentang sumpah:

Bersumpah dengan Al-Qur'an hukumnya boleh kerana Al-Qur'an adalah firman Allah, dimana Allah SWT berfirman secara hakiki dengan lafaz, dan maksud menyampaikan maknanya. 
Boleh bersumpah dengan Al Quran dan kena hormat dan menjaga adap bila memegang Al Quran. 
Allah SWT disifatkan dengan Al-Kalam. Dengan demikian, bersumpah dengan al-Qur'an pada hakikatnya merupakan sumpah dengan salah satu sifat Allah, maka hukumnya boleh.

Sehubungan itu, seseorang yang bersumpah dengan yang lain selain yang tersebut sumpahnya, tidak sah kerana dua sebab berikut:

Hadith Rasulullah SAW yang terdahulu:

مَنْ كَانَ حَالِفًا فَلْيَحْلِفْ بِاللَّهِ، أَوْ لِيَصْمُتْ
Maksudnya: “Sesiapa yang bersumpah, hendaklah dengan lafaz Allah atau hendaklah dia diam sahaja.”
Riwayat al-Bukhari (2679)

Tiada keagungan yang sempurna pada yang lain selain yang tersebut, manakala orang Mukmin, ditegah sama sekali mengagung-agungkan yang lain selain Allah SWT.

Kalau ada persoalan tentang hukum, penggunaan sumpah dan sebagainya aku harap korang akan merujuk kepada yang pakar. Kalau nak guna khidmat Google pastikan sumber tu boleh dipercayai dan bertauliah ya.

Boleh rujuk Website Mufti KL ni



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2019/07/syarat-bersumpah-dengan-al-quran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dapat Fateh Satu Nikmat Adam Corrie Tetapkan Syarat Fateh Perlu Hafal Faham Al Quran

Dapat Fateh Satu Nikmat Adam Corrie Tetapkan Syarat Fateh Perlu Hafal Faham Al Quran

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 428 hits
Pelakon Adam Corrie Lee bersikap terbuka jika anak lelakinya Adam Fateh Lee yang baru berusia setahun mahu membabitkan diri dalam bidang lakonan apabila dewasa kelak Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah 51 berkata keizinan itu b...
Tular Rakaman Remaja Perempuan Pijak Naskhah Didakwa Al Quran Tindakan Tak Sensitif Dikecam

Tular Rakaman Remaja Perempuan Pijak Naskhah Didakwa Al Quran Tindakan Tak Sensitif Dikecam

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 636 hits
Al Quran merupakan kitab suci yang sangat dimuliakan di dalam agama Islam Setiap orang Islam perlu menghormati dan menjaga adab terhadap setiap naskah al Quran yang ada Tindakan atau perbuatan yang tidak menghormati al Quran merupakan perbu...
Hukum Memijak Dan Menghina Al Quran

Hukum Memijak Dan Menghina Al Quran

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 761 hits
Tular video pasal seorang perempuan mengaku zina dan Memijak sebuah kitab berwarna hijau yang dikatakan kitab Al Quran Video tu pastilah mengundang kemarahan ramai umat Islam Alhamdulillah Umat Islam kita masih sensitive bab macam tu Dan bi...
Budak Perempuan Lahanat Pijak Al Quran

Budak Perempuan Lahanat Pijak Al Quran

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 667 hits
Kali ini admin ingin membantu budak perempuan biadap dan lahanat ini femes mungkin dia nak femes jadi admin buat artikel untuk dia Budak akhir zaman sekarang memang melampau yang amat mungkin kurang didikan agama Tapi admin tidak salahkan k...
Video Syukur Kini Jaga Solat Hafal Quran Ebit Lew Kongsi Ziarah Dakwah Aliff Aziz

Video Syukur Kini Jaga Solat Hafal Quran Ebit Lew Kongsi Ziarah Dakwah Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 517 hits
Ustaz Ebit Lew memang terkenal dengan cara dakwahnya yang lemah lembut dan tidak hanya berceramah di masjid atau surau tetapi beliau sendiri turun padang bagi menyampaikan ilmu Terbaru menerusi perkongsian di Facebook Ebit Lew telah menziar...
Al Quran Melembutkan Hati Yang Keras

Al Quran Melembutkan Hati Yang Keras

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 503 hits
Al Quran Melembutkan Hati Yang Keras1 Beberapa insiden di dalam Sirah Nabawiyyah menunjukkan al Quran berjaya mengetuk serta melembutkan pintu hati Quraysh Sayyid Qutb menukilkan kisah bagaimana al Walid ibn Mughirah seorang pembesar Qurasy...
Khidmat Pengajian Kelas Al Quran Di Kelantan

Khidmat Pengajian Kelas Al Quran Di Kelantan

papar berkaitan - pada 11/7/2019 - jumlah : 421 hits
Malu tidak pandai membaca al Quran langsung Ingin mencari guru al Quran Ingin belajar secara persendirian Saya sedia membantu sesiapa sahaja untuk mempelajari al Quran serta mengenali tajwid al Quran Khidmat Pengajian Kelas Al Quran Di ruma...
Polis Tangkap 4 Remaja Susulan Kes Pijak Al Quran

Polis Tangkap 4 Remaja Susulan Kes Pijak Al Quran

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 456 hits
Polis menahan empat remaja perempuan berhubung siasatan salah seorang daripada mereka memijak al Quran yang tular di alam maya Keempat empat suspek berusia antara 17 hingga 18 tahun itu ditahan di sekitar daerah Kusial Tanah Merah sejak 2 p...
Kakak Buat Laporan Polis Suspek Pijak Al Quran 3 Rakannya Ditahan

Kakak Buat Laporan Polis Suspek Pijak Al Quran 3 Rakannya Ditahan

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 437 hits
Susulan viral video gadis pijak al Quran polis telah menahan empat remaja perempuan berusia 17 hingga 18 tahun di sekitar Tanah Merah sejak semalam sehingga 2 pagi hari ini Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim berkata pihakny...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi