Syarat Baharu Mm2h Berisiko Penyebab Penghijrahan Besar Besaran



Syarat baharu MM2H berisiko penyebab penghijrahan besar-besaran, kata kaji selidik
Ramai peserta program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dijangka menarik diri daripada kekal dalam program itu di negara ini, sebaliknya akan beralih ke Thailand, jika kerajaan masih bertegas menguatkuasakan syarat baharu yang diumum pada 11 Ogos lalu.
Dalam sidang medianya, Presiden Persatuan Konsultan MM2H, Anthony Liew, turut mendedahkan kaji selidik dibuat TEG media and the Japan Club of Kuala Lumpur (JCKL), mendapati majoriti peserta MM2H tidak mencapai kriteria sekurang-kurangnya pendapatan luar pesisir mereka sebanyak RM40,000 sebulan.
Dalam kaji selidik TEG Media, sejumlah 925 responden (kebanyakan dari negara Barat), hanya 21% sahaja dilaporkan mencapai kriteria minimum pendapatan luar pesisir, manakala 44% lagi mampu memenuhi kriteria minimum deposit tetap berjumlah RM1 juta.
Hanya kira-kira 2.26% responden, berkata mereka mampu memenuhi kriteria bagi kedua-dua syarat baharu itu.
Manakala, kaji selidik membabitkan 799 pesara dari Jepun pula, lebih 90% daripada mereka tidak mampu memenuhi syarat minimum 40,000 pendapatan luar pesisir sebulan.
Dalam kaji selidik lain membabitkan 686 pemegang MM2H, mendapati 55% peserta sedia ada merancang menarik diri daripada program berkenaan sekiranya syarat baharu itu berkuatkuasa, dengan 497 daripada mereka menyatakan kesediaan berpindah ke Thailand.
Sebahagian juga dilaporkan berhasrat berpindah ke Filipina mengikut program Visa Pesara Residen Khas Filipina (SRRV), membabitkan 145 responden, dan Bali, Indonesia membabitkan 119 responden, mengikut program Visa Persaraan Indonesia (ITAS).
Terdahulu, kerajaan mengaktifkan kembali program MM2H dengan melakukan beberapa penambahan syarat baharu yang bertujuan menarik peserta berkualiti tinggi, di mana mampu menyumbang terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Antara syarat berkenaan merangkumi, peserta wajib berada di negara ini sekurang-kurangnya 90 hari kumulatif dalam setahun, mempunyai pendapatan luar pesisir sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan, berbanding hanya RM10,000 sahaja sebulan sebelum ini.
Selain itu, mereka perlu mempunyai akaun deposit tetap minimum RM1 juta, dengan 50% pengeluaran maksimum dibenarkan bagi tujuan membeli hartanah atau bagi perbelanjaan kesihatan dan pendidikan anak-anak.
Terdahulu, peserta hanya diperlukan mempunyai RM300,000 sahaja dalam deposit tetap, manakala kepada peserta berusia lebih 50 tahun, nilai berkenaan dikurangkan kepada RM150,000.
Liew mendesak kerajaan memberi pengecualian terhadap pemegang MM2H sedia ada daripada memenuhi syarat baharu terbabit. Beliau berhujah, tidak adil bagi peserta sedia ada terpaksa memenuhi syarat baharu berkenaan kerana kebanyakan mereka sudah berada di negara ini, termasuk menyumbang terhadap ekonomi.
Katanya, Jabatan Imigresen turut diminta menerima sejumlah 5,396 permohonan “backlog” yang belum diproses sebelum ini, di mana permohonan mereka tidak tertakluk kepada syarat baharu itu.
Berdasarkan unjuran semasa, pemohon terbabit dijangka menyumbang RM6.39 bilion terhadap pertumbuhan ekonomi negara bagi tempoh lima tahun akan datang.
Ia termasuk pendidikan anak-anak membabitkan RM121.4 juta dan pendapatan isi rumah sebanyak RM485.6 juta.
Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, turut berharap Kementerian Dalam Negeri campur tangan dalam syarat baharu MM2H.
“Kita tidak boleh membenarkan ketidakpastian ini berlarutan kerana banyak di antara mereka perlu melakukan keputusan segera sama ada mahu meninggalkan negara ini atau kekal,” katanya. FMT
Syarat baharu MM2H berisiko penyebab penghijrahan besar-besaran
Baca Artikel Menarik :
Pulau Pinang dipajak dari Kedah – Sanusi ingatkan Perkenalkan program bank membiayai 70% pembelian saham untuk rakyat – Najib Adakah kamu sekat Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, Gobind cabar Azmin Adakah SPRM selamat, selepas 3 pegawai SPRM didakwa curi barang kes Terimalah kenyataan, kamu bukan satu-satunya parti India – Puad Kini Nama Popularku Bella Polis nafi ketua balai minta main golf percuma Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun [VIDEO] Wajarkah Keuntungan Pelaburan Saham Dicukai? Percutian ‘daring’ Nora tamat, buka semula ruangan komen IG Macam mana SPRM siasat SPRM, soal Gobind Layari Laman Facebook MYKMU
Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

The post Syarat baharu MM2H berisiko penyebab penghijrahan besar-besaran appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/22/syarat-baharu-mm2h-berisiko-penyebab-penghijrahan-besar-besaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syarat Ketat Putrajaya Pertimbang Beri Kelonggaran Peserta Mm2h

Syarat Ketat Putrajaya Pertimbang Beri Kelonggaran Peserta Mm2h

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 160 hits
Hamzah Zainudin berkata bagi semua peserta baharu mereka perlu memenuhi dasar baharu MM2H KUALA LUMPUR Peserta Program Malaysia Rumah Keduaku sedia ada boleh dipertimbangkan untuk mendapat kelonggaran daripada memenuhi dasar semasa yang dit...
Selepas Kecewa Dengan Hamzah Sultan Johor Titah Pm Semak Segera Syarat Ketat Program Mm2h

Selepas Kecewa Dengan Hamzah Sultan Johor Titah Pm Semak Segera Syarat Ketat Program Mm2h

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 225 hits
September 26 2021 Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah kerajaan perlu menyegerakan semakan semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku yang ditetapkan baru baru ini Baginda membangkitkan perkara berkenaan ket...
Mb Johor Harap Kdn Kaji Semula Syarat Ketat Mm2h

Mb Johor Harap Kdn Kaji Semula Syarat Ketat Mm2h

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 284 hits
Kerajaan Johor berharap agar Kementerian Dalam Negeri dapat mengkaji semula syarat ketat Program Malaysia Rumah Keduaku yang ditetapkan baru baru ini Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata syarat baru berkenaan dilihat akan memberi kesa...
Penjualan Besar Besaran Bitcoin Apakah Yang Akan Berlaku Sekarang

Penjualan Besar Besaran Bitcoin Apakah Yang Akan Berlaku Sekarang

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 240 hits
Bitcoin jatuh setelah mencapai tahap 52 956 47 pada awal pagi Harga jatuh mendadak setelah El Salvador menerima Bitcoin sebagai mata wang sah Pasangan BTC USD turun 9 33 dalam 24 jam terakhir dan 0 78 dalam 7 hari terakhir Ia telah menurun ...
Big Money Behind Cigarette Smuggling Takkan Tak Ada Orang Besar Terlibat

Big Money Behind Cigarette Smuggling Takkan Tak Ada Orang Besar Terlibat

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 260 hits
First the news This is from Free Malaysia Today here PJ Smugglers offload Thai bound cigarettes into M sia in small boatscargo loaded on lorries and sold to local agentsnew smuggling tactic adopted in May after govt measures showed resultsi...
Ilmuwan China Besar Kemungkinan Virus Corona Sudah Ada Di As Sejak September 2019

Ilmuwan China Besar Kemungkinan Virus Corona Sudah Ada Di As Sejak September 2019

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 169 hits
Mereka menyimpulkan ada 50 persen kemungkinan kasus pertama terjadi AS antara Agustus dan Oktober 2019 lebih awal dari data resmi
Terberanak Ketika Buang Air Besar Bayi Maut

Terberanak Ketika Buang Air Besar Bayi Maut

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 204 hits
Terberanak ketika buang air besar bayi maut Bayi baru lahir maut jatuh dalam mangkuk tandas Bayi yang baru dilahirkan maut terjatuh ke dalam mangkuk tandas selepas ibunya yang mengandung tujuh bulan secara tidak sengaja melahirkannya ketika...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus