Syarat Baharu Masuk Mrsm Penuh Diskriminasi



Kerajaan Perikatan Nasional 2.0 mungkin akan dikenang sebagai kerajaan ‘cakap tidak serupa bikin’ apabila memperkenalkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ tetapi penuh diskriminasi di dalamnya.
Menurut Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat Wanita KEADILAN, Sivamalar Genapathy, konsep Keluarga Malaysia tidak dapat diterjemahkan dalam menghadapi situasi terbaharu, apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) menghadkan kemasukan ke sekolah tersebut hanya kepada pelajar dari sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan sahaja.
Katanya, sebagai sebuah keluarga besar, kaum Melayu, Cina dan India perlu dibenar menggunakan semua kemudahan sebagai ahli keluarga yang sah.
“Perdana Menteri telah memperkenalkan konsep ‘Keluarga Malaysia’, namun kerajaan mengumumkan syarat kemasukan ke MRSM sesi 2022 menghadkan kemasukan calon kepada sekolah kebangsaan atau sekolah menengah kebangsaan sahaja.
“Ini bermakna bukan sahaja calon-calon lepasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) tiada peluang, pelajar lepasan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) juga tidak layak.
“Kemasukan pelajar bukan Bumiputera ke MRSM bukanlah sesuatu yang asing, malah ia telah berlaku sejal awal penubuhannya. Namun demikian, ia hanya tidak diumumkan secara rasmi. Bagaimanapun, sejak tahun 2002 kerajaan secara rasmi telah memperuntukkan 10% kuota kemasukan bukan Bumiputera ke MRSM,” katanya.
Sivamalar menyatakan rasa terkejutnya, dalam waktu rakyat meraikan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 64, kerajaan PN 2.0 mengambil langkah mundur dan mahu merosakkan hubungan antara kaum serta latar sosio ekonomi di Malaysia.
Katanya, dasar baru tersebut sama sekali bercanggah dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang meraikan kepelbagaian dalam negara
“MRSM sudah pun mempunyai mekanisme saringan yang tersendiri iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM), oleh itu kriteria terbaru yang diperkenalkan bukanlah sesuatu yang rasional kerana hanya pelajar yang berjaya dalam saringan akan dapat masuk ke MRSM berdasarkan merit.
“Berbanding pelajar yang datang daripada keluarga berkemampuan, mereka tentulah mempunyai lebih banyak pilihan untuk memasuki sekolah yang berkualiti sesuai dengan perjalanan akademik dan unjuran pekerjaan yang diidamkan.
“Bagi mereka yang kurang berkemampuan pula, ini akan menyukarkan pilihan yang telah sedia terhad. Langkah ini bukan sahaja mendiskriminasi pelajar bukan Bumiputera, namun juga pelajar Bumiputera yang bersekolah selain daripada sekolah kebangsaan,” katanya.
Malah menurut Sivamalar, jika penghadkan jenis sekolah yang layak memasuki MRSM dilakukan bagi menggalakkan ibu bapa bukan Melayu menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan pun, ternyata ianya suatu strategi yang silap.
Katanya, keputusan untuk menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan mempunyai tahap penilaian lain, dan bukan semata-mata peluang masuk MRSM.
“Jika hasrat kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai pelajar bukan Bumiputera bersekolah di sekolah kebangsaan, tindakan ini tentu sekali terburu buru dan separuh masak.
“Ini kerana mekanisme awal seperti meningkatkan mutu dan kualiti sekolah kebangsaan dari segi fasiliti, integrasi kaum, silibus matapelajaran, pengajaran, pembelajaran, pengajaran bahasa ibunda, tidak sepenuhnya diimplementasikan. Elemen ini jika dilaksanakan dengan baik sudah tentu menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan nombor satu ibu bapa tanpa mengira kaum dan latar sosio ekonomi.
“Oleh itu, saya menyeru Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan pengurusan tertinggi MARA agar menarik balik syarat kemasukan terbaru dan membuka ruang yang inklusif supaya pelajar pelbagai aliran seperti SJKC, SJKT, SABK dan SRAI mendapat akses kemasukan ke MRSM.
“Tindakan ini adalah selari dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang disebut oleh Perdana Menteri baru baru ini,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32979

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sekolah Tak Cukup Hanya 10 Saja Boleh Masuk Mrsm

Sekolah Tak Cukup Hanya 10 Saja Boleh Masuk Mrsm

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 410 hits
Dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara dikekalkan dan cadangan perubahan yang diumumkan sebelum ini tidak akan digunapakai Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata semua pelajar tanpa mengira aliran b...
4 Syarat Amalan Seorang Wanita Mudah Masuk Syurga

4 Syarat Amalan Seorang Wanita Mudah Masuk Syurga

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 513 hits
Dari Aban bin Utsman ia berkata saya mendengar Utsman bin Affan RA berkata Rasulullah SAW bersabda
Ini Senarai Penuh Jemaah Kabinet Baharu Yang Diumumkan Pm Angkat Sumpah Pada Isnin

Ini Senarai Penuh Jemaah Kabinet Baharu Yang Diumumkan Pm Angkat Sumpah Pada Isnin

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 241 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara rasminya mengumumkan barisan jemaah Kabinet baharunya pada hari ini
Hiburan Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin Caprice Masuk Hospital

Hiburan Demam Panas Dan Panic Attack Lepas Terima Vaksin Caprice Masuk Hospital

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 276 hits
Penyanyi rap yang kini masih berada di Mesir Caprice dilaporkan telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di sana kerana mengalami demam dan serangan panik melampau selepas menerima suntikan dos kedua vaksin ARTIKEL BERKAITAN Advertisement...
Dakwa Tommy Tak Masuk Akal Kata Bersatu Dakwa Najib Zahid Baru Masuk Akal

Dakwa Tommy Tak Masuk Akal Kata Bersatu Dakwa Najib Zahid Baru Masuk Akal

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 474 hits
Oleh Sirajuddin AhmadMajlis Kerja Tertinggi UMNO selepas mesyuarat baru baru ini menetapkan dan mendesak bekas Peguam Negara Tommy Thomas diseret kemuka pengadilan melalui Siasatan Diraja Ini atas sebab pengakuannya berkenaan campur tangan ...
Kalau Dah Bloomberg Cakap Begini Agak Agak Pelabur Nak Masuk Melaburkah

Kalau Dah Bloomberg Cakap Begini Agak Agak Pelabur Nak Masuk Melaburkah

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 231 hits
HAMZAH RIE NATak malukah mereka satu dunia memerhati dan rakyat menilai Pru 15 mereka kita hukum serta jangan lupa berdoa selalu moga para pengkhianat dan penindas rakyat agar Allah membalas dgn hukuman yg setimpal kerana mengkhianati Kita ...
Upko Masuk Ph Sesuai Dengan Imej Pelbagai Kaum

Upko Masuk Ph Sesuai Dengan Imej Pelbagai Kaum

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 223 hits
Kemasukan UPKO ke dalam gabungan Pakatan Harapan bersesuaian dengan perubahan perjuangan parti itu daripada berasaskan kaum kepada pelbagai bangsa Menurut Presiden UPKO Datuk Seri Wilfred Madius Tangau parti yang dipimpin beliau sebelum ini...
Nur Sajat Sedih Kedai Emas Dipecah Masuk

Nur Sajat Sedih Kedai Emas Dipecah Masuk

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 254 hits
Usahawan sensasi Nur Sajat meluahkan rasa sedih apabila kedai emas miliknya telah dipecah masuk baru baru ini
Peranakan A Musical Legacy When Music Wears A Kebaya

Masjid Sri Sendayan Taj Mahal Negeri Sembilan Yang Memukau Mata Dan Jiwa

Masjid Mahabbah Yaasin Tahlil Solat Hajat Justice For Zara

Htx Menandakan Ulang Tahun Ke 12 Dengan 80 000 Dalam Kempen Dagangan Sempena Kenaikan Pasaran Bitcoin Com News

Kambing Paratal Bersantan Gabungan Rasa Padu Sekali Cuba Terus Jatuh Cinta

Lain Macam Seram Kali Ini Dengan Movie Weapons

Info Terkait Kes Adik Zara Info Polis Dengar Bukan Makcik Mona

Where Were You When


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Muda Berbakat Dari Johor

Rain Lily Noble Gold

Lunch Hari Ini Dan Update Brazil Wood

Biojisim Kepada Tenaga Melalui Bateri Ion Sodium Penyelesaian Hijau Untuk Masa Depan

Untung 1mdb Rakyat Perlu Tahu

Printing Custom Ziplock Pouch Packaging Untuk Makanan Kosmetik Aksesori Design Eksklusif