Syaitan Menggelupur Apabila Surah Al Baqarah Dibaca Didalam Rumah




Soal :
Saya kerap mendengar ustaz menyebut hadith yang mengatakan rumah yang dibaca surah Al-Baqarah tidak dimasuki olih syaitan. Mohon penjelasan adakah hadith ini sahih dan apakah maksudnya

Jawab :
Hadith-hadith berkenaan syaitan tidak masuk ke rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah sangat banyak dengan berbagai-bagai lafaz

Ada hadith yang sahih dan ada yang hasan dan ada yang dhaif

Antara hadith-hadith tersebut ialah seperti berikut :
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
لَا تَجعَلُوا بُيُوتَكُم مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيطَانَ يَنفِرُ مِنَ البَيتِ الذِي تُقرَأُ فِيهِ سُورَةُ البَقَرَةِ
Artinya : “Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan. Sungguhnya syaitan lari dari rumah yang dibaca di dalamnya surah Al-Baqarah.” (Hadith Sahih Muslim)
Diriwayatkan dari Abi Hurairah r.a. katanya Nabi saw bersabda :
لا تجعلوا بُيُوتَكم مقابرَ فإنَّ الشيطانَ يفرُّ من البيتِ أنْ يسمعَ سورةَ البقرةِ تُقْرأُ فيه 
Artinya : “Jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kuburan maka bahawasanya syaitan itu lari ia dari rumah yang mendengar akan surah Al-Baqarah di dalamnya.” (Hadith Sahih Imam Ahmad)
Dan pada lafaz yang lain :
 فإن البيت الذي تقرأ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ لَا يَدْخُلُهُ الشَّيْطَانُ 
Artinya : “Maka sungguhnya rumah yang dibaca di dalamnya akan surah Al-Baqarah tidak akan dimasuki olih syaitan.” (Hadith Hasan Sahih Tirmizi)
Dan juga dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
لا تتَّخِذوا بيوتَكم مقابِرَ صلُّوا فيها فإنَّ الشَّيطانَ لَيفِرُّ مِن البيتِ يسمَعُ سورةَ البقرةِ تُقرَأُ فيه 
Artinya : “Jangan kamu jadikan segala rumah kamu seperti kubur. Bersolatlah didalamnya. Maka sungguhnya syaitan itu lari ia dari rumah yang mendengar surah Al-Baqarah dibacakan di dalamnya.” (Hadith Sahih Ibnu Hibban)
Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir r.a. katanya Nabi saw bersabda :
  إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ كِتَابًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ بِأَلْفَيْ عَامٍ ، أَنْزَلَ مِنْهُ آيَتَيْنِ خَتَمَ بِهِمَا سُورَةَ الْبَقَرَةِ ، وَلَا يُقْرَآنِ فِي دَارٍ ثَلَاثَ لَيَالٍ فَيَقْرَبُهَا شَيْطَانٌ 
Artinya : “Sungguhnya Allah telah menulis segala ketetapan kejadian dua ribu tahun sebelum dijadikan langit dan bumi. Dan menurunkan Ia akan dua ayat yang khatam dengan keduanya surah Al-Baqarah. Tidaklah dibaca akan kedua ayat itu di dalam rumah selama tiga malam nescaya akan larilah syaitan.” (Hadith Sahih Tirmizi)
Dan dari Hasan bin Ali r.a. katanya Nabi saw bersabda :
 أفضلُ القرآنِ سورةُ البقرةِ ، وأعظمُ آيةٍ فيهِ آيةُ الكُرْسِيّ ، وإن الشيطانَ ليفِرّ من البيتِ الذي ( تُقْرَأ ) فيه سورةُ البقرةِ
Artinya : “Yang afdhal daripada Quran ialah surah Al-Baqarah. Dan sebesar-besar ayat padanya ialah ayat Qursi. Dan bahawasanya syaitan lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah Al-Baqarah.” (Hadith Hasan Al-Hafiz Ibnu Hajar)
Dan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. katanya :
 إِنَّ لِكُلِّ شَيْءٍ سَنَامًا وَسَنَامُ الْقُرْآنِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ ، وَإِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا سَمِعَ سُورَةَ الْبَقَرَةِ تُقْرَأُ خَرَجَ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي يُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ 
Artinya : “Sungguhnya bagi setiap suatu itu ada ketinggiannya. Dan ketinggian Al-Quran itu ialah surah Al-Baqarah. Dan bahawasanya syaitan itu apabila ia mendengar akan surah Al-Baqarah dibacakan maka akan keluar ia dari rumah yang telah dibacakan surah Al-Baqarah.” (Hadith Marfu’ Hasan Li Ghairih Tirmizi)
Dan daripada Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :
إن الشيطان يخرج من البيت إذا سمع سورة البقرة تقرأ فيه
artinya : Sungguhnya syaitan itu keluar dari rumah apabila mendengar ia akan surah Al-Baqarah dibacakan di dalamnya.” (Hadith Hasan Li Ghairih Ibnu Kathir)
Dan dari Ibnu Mas’ud r.a. katanya :
إن الشيطان يفر من البيت يسمع فيه سورة البقرة
Artinya : Sungguhnya syaitan itu lari ia daripada rumah yang mendengar ia padanya surah Al-Baqarah.” (Hadith Hasan Li Ghairih An-Nasaai)
Dan dari Ibnu Mas’ud r.a. :
ما من بيت تقرأ فيه سورة البقرة إلا خرج منه الشيطان وله ضراط
Artinya : “Tidak ada sebuah rumah yang dibaca padanya surah Al-Baqarah melainkan akan keluar dari rumah itu olih syaitan dalam keadaan terkentut.” (Hadith Musnad Ad-Darimi)
Dan banyak lagi hadith-hadith yang tidak saya sebutkan disini

Maksud hadith-hadith ini ialah syaitan tidak masuk atau akan lari dari rumah orang Islam yang dibaca di dalam rumah itu akan surah Al-Baqarah

Tidak disyaratkan membaca sampai khatam bahkan memadai dengan beberapa ayat dari surah Al-Baqarah tetapi jika membacanya sampai khatam adalah lebih baik dan lebih banyak pahala

Dan tidak disyaratkan tuan rumah yang membacanya bahkan memadai juga dibaca olih anak isterinya atau orang lain yang tinggal dirumah tersebut

Dan tidak disyaratkan membacanya dengan suara yang kuat bahkan memadai dengan bacaan suara yang perlahan tetapi jika dengan suara yang kuat adalah lebih elok

Wallahua’lam
Dikongsi Oleh : UAI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2019/04/syaitan-menggelupur-apabila-surah-al.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+krissmerah+%28Kriss+Merah.com+%28Blogger+Melayu%29%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelebihan Surah Al Baqarah Penghalau Syaitan

Kelebihan Surah Al Baqarah Penghalau Syaitan

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 230 hits
Soalan Saya kerap mendengar ustaz menyebut hadith yang mengatakan rumah yang dibaca surah Al Baqarah tidak dimasuki olih syaitan Mohon penjelasan adakah hadith ini sahih dan apakah maksudnya Jawapan Hadith hadith berkenaan syaitan tidak mas...
Rumah Rosak Pokok Tumbang Dilanda Ribut Petir

Rumah Rosak Pokok Tumbang Dilanda Ribut Petir

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 222 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 07 April 2019 10 36 PM KAJANG Beberapa buah rumah dan kenderaan rosak akibat dihempap pokok yang tumbang akibat hujan lebat serta ribut
Rumah Adik Pelakon Ridzuan Hashim Terbakar

Rumah Adik Pelakon Ridzuan Hashim Terbakar

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 852 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 07 April 2019 10 02 PM KAJANG Sebuah rumah yang dimiliki oleh adik kepada pelakon Ridzuan Hashim terbakar dalam satu kejadian di Kampu
Rumah Aspirasi Jokowi Ingin Mengangkat Harkat Dan Martabat Buruh

Rumah Aspirasi Jokowi Ingin Mengangkat Harkat Dan Martabat Buruh

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 203 hits
SPN sebelumnya bergabung dalam Konfederasi Serikat Pekerja Indonesia yang mengambil sikap politik mendukung pasangan 02 Prabowo Sandi Kini SPN berbalik arah mendukung Jokowi Ma ruf
Video Tok Mat Dakwa Tiada Rumah Di Seremban Ini Reban Ayam Ke

Video Tok Mat Dakwa Tiada Rumah Di Seremban Ini Reban Ayam Ke

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 384 hits
Rumah siapo yang macam istano nih Ado yang membongak kor kobar takdo rumah kek Soghomban
Pelanggan Airbnb Menjumpai Kamera Tersembunyi Di Dalam Rumah Penginapan Mereka

Pelanggan Airbnb Menjumpai Kamera Tersembunyi Di Dalam Rumah Penginapan Mereka

papar berkaitan - pada 7/4/2019 - jumlah : 248 hits
Menjumpai kamera di dalam tempat penginapan adalah suatu mimpi ngeri kerana ia mengancam privasi Apa yang membimbangkan data berkaitan dengannya boleh disalah guna bagi tujuan yang tidak bermoral atau perkara perkara yang mengancam keselama...
Kisah Kakek Tajuddin Yang Beri Mobil Dan Rumah Untuk Menikahi Mahasiswi Tapi Malah Diselingkuhi

Kisah Kakek Tajuddin Yang Beri Mobil Dan Rumah Untuk Menikahi Mahasiswi Tapi Malah Diselingkuhi

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 192 hits
Menikah dan membangun biduk rumah tangga adalah tujuan hidup manusia Maka menikah adalah fase terpenting manusia Seperti kisah kakek bernama A Tajuddin Kammisi asal Sulawesi Selatanini Mengutip Intisari Senin kakek Tajuddin pada April 2017 ...
Ngeri Banyak Hantu Di Rumah Aurel Hermansyah

Ngeri Banyak Hantu Di Rumah Aurel Hermansyah

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 161 hits
Memiliki rumah besar dan megah tentu menjadi idaman bagi setiap orang Namun bagaimana rasanya bila tinggal di rumah mewah namun banyak makhluk halusnya
Sungai Cimanuk Meluap Banjir Rendam Ribuan Rumah Di Indramayu

Sungai Cimanuk Meluap Banjir Rendam Ribuan Rumah Di Indramayu

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 175 hits
Banjir juga merendam areal persawahan jalan jalan desa sehingga menyulitkan aktivitas warga Warga dibantu petugas gabungan dari Polisi TNI dan BPBD bekerjasama membuat tanggul darurat untuk membendung derasnya luapan sungai namun tak berhas...
Reviving Abandoned Housing Projects Is Turning Nightmare To Hope

8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Membongkar Kejayaan Pembayaran Dan Pemenang Di Wecopytrade Dan Wemastertrade

Pra Pesanan Samsung Ai Tv Berpeluang Memenangi Hadiah Bernilai Rm140 000



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor

Lotter Sumandak Cantik Chord

Selangor Ph To Continue Working With Bn Despite Likely Mca Mic Polls Snub

Mahb S Sacking Of Staff With High Medical Bill Unlawful Court Rules

Decision On Sabah Pkr Chief To Be Made Soon Says Anwar

Moira World Tour 2024 Malaysia Dipilih Sebagai Lokasi Pertama