Syafiq Kyle Kenapa Mahu Bermasam Muka



Biarpun tidak lagi berpacaran selepas cinta disulam sejak lima tahun lalu kecundang, Syafiq Kyle dan bekas kekasih, Mimi Lana cukup profesional serta mampu berkerja dalam set penggambaran sama.
Sifat profesionalisme kedua-dua pelakon itu mendapat pujian ramai. Namun, tindakan berkongsi foto bersama pada Instagram (IG) masing-masing membuatkan peminat tertanya-tanya apakah hubungan pasangan itu kembali bertaut?
Tidak cukup itu, peminat mendoakan kasih yang terlerai antara dua insan ini, Mei lalu, kembali terjalin dan berakhir di jenjang pelamin.
Bagi Syafiq, biarpun tidak lagi menjalin hubungan intim dengan Mimi, tidak salah baginya untuk bekerja dengan bekas kekasih.
Menurut Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 28, dia cuba bersikap profesional apabila bersetuju menerima tawaran berlakon yang membabitkan Mimi.
"Bagi saya, penting untuk bersikap profesional, lebih-lebih lagi apabila kita bekerja dalam bidang sama.
"Pada saya, tidak perlu rasanya bermasam muka kerana ia hanya memberi kesan yang tidak baik kepada kerjaya kita.
"Apa yang penting, kerja dapat diselesaikan dengan baik dan kemudian berjaya memuaskan hati penonton atau peminat dengan apa yang kita persembahkan," katanya yang bakal muncul bersama Mimi dalam supertele, Saka Nan Sepi untuk siaran Astro First, bulan depan.
Sebelum ini, mereka pernah digandingkan dalam siri mini Serikan Hatimu 2 yang menemui penonton TV3, Ogos lalu.
Hubungan Syafiq bersama Mimi Lana terputus di tengah jalan bukan disebabkan campur tangan pihak ketiga atau impak populariti.
Sebaliknya, Mimi mengaku mereka sudah tidak mempunyai persefahaman dan tiada jodoh.
Sementara itu, berkongsi mengenai pencalonannya pada ABPBH 33, Syafiq yang pernah memenangi Anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Gandingan Serasi Filem bersama Hannah Delisha menerusi filem Langsuir pada ABPBH 32, bersyukur namanya sekali lagi dicalonkan.
Biarpun pernah memenangi dua trofi tahun lalu, anak muda kelahiran Kuala Lumpur itu tidak mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya berikutan pesaing yang hebat-hebat.
Namun, Syafiq tidak menafikan trofi atau anugerah amat penting untuk seorang artis. Baginya, kejayaan itu menjadi penanda aras kepada prestasi dan pencapaian mereka dalam industri.
"Saya sering melihat majlis anugerah sebagai bonus untuk terus bekerja keras serta memperbaiki mutu lakonan.
"Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi nama saya dicalonkan. Jujurnya saya tidak ada strategi (untuk menang).
"Jika peminat nampak keupayaan saya dan mereka sanggup bersusah payah mengundi, saya amat berterima kasih atas usaha mereka itu.
"Apa saja keputusan pada malam kemuncak nanti, saya terima dengan hati terbuka," katanya.
Menurut Syafiz, menjadi kelazimannya meluangkan masa bersama kelab peminat, Skylovera FC.
Namun, disebabkan pandemik COVID-19, dia mengambil pendekatan mendekati mereka melalui platform digital.
"Platform digital juga memudahkan saya sentiasa mengemas kini perkembangan terkini pada bila-bila masa dengan peminat," katanya.
Pada ABPBH 33, Syafiq tercalon dalam enam kategori iaitu dua kategori utama, Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular.
Selain itu, empat kategori online iaitu Artis Kontroversi Popular, Gandingan Serasi Filem Popular dan dua pencalonan dalam Gandingan Serasi Drama Popular.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/10/syafiq-kyle-kenapa-mahu-bermasam-muka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Kenapa Mahu Bermasam Muka Peminat Puji Sikap Profesional Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Di Set Penggambaran

Hiburan Kenapa Mahu Bermasam Muka Peminat Puji Sikap Profesional Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Di Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 499 hits
Meskipun hubungan cinta yang disulam sejak 5 tahun lalu telah kecundang di tengah jalan pelakon popular Syafiq Kyle dan bekas kekasihnya yang juga pelakon Mimi Lana dilihat cukup profesional kerana mampu bekerja dalam set penggambaran yang ...
Siapa Yang Lentok Pelvk Dia Tu Ramai Gadis Patah Hati Lepas Tengok Gambar Syafiq Kyle

Siapa Yang Lentok Pelvk Dia Tu Ramai Gadis Patah Hati Lepas Tengok Gambar Syafiq Kyle

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 564 hits
Lama dah tak dengar khabar atau berita tentang pelakon pujaan ramai Syafiq Kyle yang popular menerusi drama rantaian Nur gandingannya bersama dengan aktres Amyra Rosli Baru baru ini isteri kepada pengarah Adlin Aman Ramli yang juga pelakon ...
Sekolah Tatap Muka Ketua Idi Jateng Imbau Pembentukan Satgas Hingga Tingkat Kelas

Sekolah Tatap Muka Ketua Idi Jateng Imbau Pembentukan Satgas Hingga Tingkat Kelas

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 224 hits
Siswa yang menjadi petugas di masing masing kelas ini kata dia memiliki peran penting dalam memastikan kebersihan ruangan Menurutnya menjaga kebersihan dan memastikan protokol kesehatan di ruang kelas bisa dimulai dari hal yang paling seder...
Dua Penjara Pulau Pinang Kekurangan Bekalan Pelitup Muka

Dua Penjara Pulau Pinang Kekurangan Bekalan Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 267 hits
Penjara Reman Pulau Pinang dan Penjara Seberang Perai memerlukan sumbangan pelitup muka bagi menampung penggunaan harian sekitar 4 500 keping Foto oleh Miera ZulyanaGEORGE TOWN 18 Okt Dua penjara di Pulau Pinang yang kini berdepan pandemik ...
Berseri Muka Mummy Fazura Dapat Pujian Tampil Langsing Cantik Walau Dalam Pantang

Berseri Muka Mummy Fazura Dapat Pujian Tampil Langsing Cantik Walau Dalam Pantang

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 323 hits
Kemunculannya sering dinantikan tambahan pula baru baru ini pelakon cantik jelita Nur Fazura baru sahaja melahirkan cahaya mata pertamanya yang diberi nama Nur Fatima Aisya Walaupun masih lagi dalam berpantang pelakon Gol Gincu ini tetap ta...
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Muka Bertukar Jadi Orang Tua Kerana Alahan Mengandung

Wanita Ini Kongsi Pengalaman Muka Bertukar Jadi Orang Tua Kerana Alahan Mengandung

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 787 hits
Fasa kehamilan adalah salah satu detik yang paling menggembirakan buat pasangan suami isteri Menurut kajian hampir 60 ibu mengandung akan mengalami alahan atau mabuk hamil seperti loya muntah muntah hilang selera makan tidak suka bau badan ...
Warga Pulau Pinang Diseru Berhenti Mengotorkan Jalanan Dengan Membuang Pelitup Muka Secara Merata Rata Mbpp

Warga Pulau Pinang Diseru Berhenti Mengotorkan Jalanan Dengan Membuang Pelitup Muka Secara Merata Rata Mbpp

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 265 hits
Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyeru orang ramai untuk membuang pelitup muka dengan penuh bertanggungjawab dan bukannya membuangnya ke merata rata tempat di jalanan dan ke dalam longkang Dalam satu posting di Facebook Majlis Bandaraya Pula...
Maafkan Ibu Hud Anak Tercekik Epal Hingga Muka Kebiruan Badan Lembik

Maafkan Ibu Hud Anak Tercekik Epal Hingga Muka Kebiruan Badan Lembik

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 519 hits
Terima kasih Allah Itu yang keluar dari mulut seorang ibu apabila berdepan dengan detik cemas selepas anaknya terselamat dan masih dipanjangkan umur lagi setelah tercekik ketika makan buah epal Pengalaman yang dikongsikan oleh Fatin Fas di ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Harga Netflix Malaysia Terkini 2025

Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal