Syafaat Baca Al Quran




RUMAH yang tidak dihiasi amal ibadat wajib atau sunat termasuk membaca ayat al-Quran diibaratkan seperti kubur yang sunyi.
Tempat sunyi sudah tentu akan ‘dikuasai’ syaitan serta iblis.
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu menjadikan rumahmu itu seperti kubur (tidak pernah kamu sembahyang sunat ataupun membaca al-Quran dan ibadat lain di dalamnya). Sesungguhnya syaitan akan lari dan menjauhkan diri daripada mana-mana rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah.” (Hadis Riwayat Muslim)
Secara umum, orang yang membaca al-Quran akan mendapat syafaat pada hari akhirat nanti.
Manakala disebut secara khusus, sesiapa yang membaca surah al-Mulk, apatah lagi menghafalnya, maka amalan itu akan menyelamatkan dirinya daripada seksaan kubur.
Dalam sebuah hadis daripada Abdullah Ibn Mas’ud RA berkata: Barangsiapa membaca Tabarakallazi biyadil Mulk (yakni surah al-Mulk) setiap malam, Allah SWT akan mengangkat darinya seksa kubur.
“Pada zaman Rasulullah SAW kami memanggilnya dengan nama al-mani’ah (pemelihara). Surah ini di dalam kitab Allah, barangsiapa membacanya setiap malam sesungguhnya dia telah melakukan amal soleh.” (An-Nasai)
Menjadi rutin harian Rasulullah SAW, Baginda tidak akan tidur selagi tidak membaca surah al-Mulk pada setiap malam.
Tidak perlu mengambil masa lama kerana surah itu hanya mempunyai 30 ayat. Di dalam al-Quran tidak semua surah mempunyai kelebihan tertentu.
Surah al-Baqarah dan Ali Imran misalnya, pembacanya akan dinaungi pada hari kiamat kelak dengan sekelompok awan atau payung.
Perkara itu dinyatakan dalam satu hadis daripada Abu Umamah al-Bahili, beliau berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ‘Bacalah al-Quran kerana al-Quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Dan bacalah Az Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali Imran kerana kedua-dua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah kedua-duanya bagai sekelompok awan atau payung yang menaungi atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Kedua-duanya akan membela pembacanya pada hari kiamat.” (Riwayat Imam Ahmad)
Bagi diri kita yang tidak mampu menghafal keseluruhan al-Quran, setidak-tidaknya kita berusaha menghafal beberapa surah termasuk surah al-Mulk ini untuk diamalkan.
Sekurang-kurangnya ketika ‘pulang’ bertemu Allah SWT nanti, kita ada membawa bekalan yang akan menjadi saksi dan bukti kita beramal dengan mukjizat agung yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW itu.
Perihal di alam barzakh bukan satu perkara ringan. Maka, beramal dengan surah al-Mulk
itu sangat penting bagi menghindarkan diri kita semua daripada fitnah kubur.
Jika kita beriman dengan alam barzakh dan mengetahui pula amalan yang bakal dibawa hanya sedikit, maka paksalah diri kita untuk membacanya setiap malam sebelum tidur seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Jangan biarkan satu hari yang berlalu kita menyatakan ketakutan kepada kematian dalam keadaan diri tidak bersedia dan membawa dosa yang banyak.
Tetapi kita masih lagi mengabaikan amalan yang sudah kita tahu manfaat dan kelebihannya. Itulah janji Nabi SAW kepada sesiapa yang mengamalkan surah al-Mulk, pasti mereka akan terlepas daripada seksaan kubur.
Selain itu, bagi memastikan kubur kita kelak cerah di sisi Allah SWT, paksa sedaya upaya diri kita untuk bangun bertahajud paling tidak melaksanakan dua rakaat sebelum azan Subuh.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/12/04/syafaat-baca-al-quran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amalkan Baca Ayat Al Quran Ini Untuk Memuntahkan Penyakit

Amalkan Baca Ayat Al Quran Ini Untuk Memuntahkan Penyakit

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 1590 hits
Amalkan Baca Ayat Al Quran Ini Untuk Memuntahkan Penyakit Datangnya sakit adalah ujian daripada Allah dan kita sebagai hambaNya mestilah berusaha dan berikhtiar untuk merawat penyakit yang ada dalam tubuh Ada yang sakit jumpa doktor itu ikh...
Tukang Cuci Naik Pangkat Jadi Imam Selepas Video Baca Ayat Al Quran Tular

Tukang Cuci Naik Pangkat Jadi Imam Selepas Video Baca Ayat Al Quran Tular

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 492 hits
Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha Qatar kerana memiliki suara lunak dan fasih membaca al Quran Hal ini berikutan pihak pengurusan masjid terdengar bacaan merdu Shalawi Siraje ...
Larang Baca Ayat Quran Km Melaka Bersuara Untuk Siapa

Larang Baca Ayat Quran Km Melaka Bersuara Untuk Siapa

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 389 hits
Adly patut beri respon neutral bukannya sibuk pertahan Fort PinBANGI Ketua Menteri Melaka Adly Zahari sepatutnya memberikan respon yang lebih neutral atau memilih untuk berdiam daripada menjadi penyambung suara kepada Timbalan Speaker DAP D...
Tak Berdaya Terlantar Di Katil Ustaz Ini Tetap Gigih Mengajar Al Quran Walau Hanya Mampu Berbaring

Tak Berdaya Terlantar Di Katil Ustaz Ini Tetap Gigih Mengajar Al Quran Walau Hanya Mampu Berbaring

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 337 hits
Seorang pemuda kurang upaya fizikal tetap mahu mengajar kanak kanak mengaji walaupun dalam keadaan terlantar di atas katil kerana minat yang mendalam terhadap al Quran di Sungai Petani Kedah Mohamad Azfar Mohd Yusuf berusia 31 tahun mengaja...
Terlantar Lemah Tak Halang Ustaz Tabur Bakti Ajar Mengaji Al Quran Atas Katil

Terlantar Lemah Tak Halang Ustaz Tabur Bakti Ajar Mengaji Al Quran Atas Katil

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 441 hits
Menjadi seseorang yang menyebarkan ilmu merupakan suatu tugas yang mulia apatah lagi berkaitan dengan saham akhirat Perkara perkara ini bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada orang lain malahan memberi ganjaran pahala kepada diri sendiri ...
Penguasaan Awal Al Quran Pada Kanak Kanak Rahsia Kejayaan Para Ulama Dan Ilmuwan Islam

Penguasaan Awal Al Quran Pada Kanak Kanak Rahsia Kejayaan Para Ulama Dan Ilmuwan Islam

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 705 hits
Penguasaan Awal Al Quran Pada Kanak Kanak Rahsia Kejayaan Para Ulama dan Ilmuwan Islam Dibelakang Kebanyakkan Setiap Ilmuan Islam Yang Terkenal Adalah Ibubapa Yang Melatih Mereka Menghafal Al Quran Dari Umur Kanak Kanak Hingga Mereka Dapat ...
Munsyideen Rilis Lagu Kembara Hijrah Berkonsep Tilawatil Quran

Munsyideen Rilis Lagu Kembara Hijrah Berkonsep Tilawatil Quran

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 711 hits
Berkembangnya nasyid modern tidak membuat grup nasyid Munsyideen terbawa arus perubahan Tetap mempertahankan nasyid original dalam kemasan modern Munsyideen merilis lagu terbaru mereka yang berjudul Kembara Hijrah pada hari Rabu 27 November...
Undang Undang Car Seat Wajib Tahun 2020 Ibu Bapa Baca

Undang Undang Car Seat Wajib Tahun 2020 Ibu Bapa Baca

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 1167 hits
SOURCE appeared first on Undang Undang Car Seat Wajib Umur ketinggian yang ditetapkan Jumlah kematian yang membabitkan kanak kanak dan bayi di Malaysia sangat tinggi Bagi mengelakkan anak anak kecil anda ditimpa kecederaan parah apatah lagi...
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jack Filem Tamil Spy Action Comedy Korang Layan Je

Tema Maal Hijrah 2025 1447h Membangun Ummah Madani

Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka

Rahsia Guna Ai Canva Untuk Buat Produk Digital Di Etsy

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines