Syabas Umno Kerana Tolak Dan Enggan Berunding Dengan Umno


 
Walau UMNO kini masih lagi bekerjasama dengan Bersatu sehingga Parlimen dibubarkan, tetapi ketetapannya enggan bersama dan berkongsi pembahagian kerusi dengan parti serpihan itu dalam PRU15 akan datang adalah suatu keputusan yang betul dan tepat.
Tindakan itu akan meletakkan UMNO mampu mengembalikan keunggulan sebagai parti Melayu yang paling diterima di negara ini, sekaligus mengekalkan Bersatu sebagai parti kecil, tersisih dan cuma serpihan.
Sebaliknya, bekerjasamanya UMNO dengan Bersatu hanyalah untuk memberi nyawa agar parti yang bakal terkubur itu mampu terus hidup dan bernyawa lebih lama dengan selesa.
Sehubungan itu, keputusan UMNO menolak sebarang lanjutan rundingan dengan Bersatu amatlah disanjung dan terpuji sekali.
Azmin Ali, pengkhianat yang bakal terkambus masa depan politiknya jika tanpa kerjasama daripada UMNO, semalam telah merayu dan mengajak UMNO untuk kembali ke meja rundingan demi masa depan negara kononnya.
Menurut beliau, UMNO tidak seharusnya memusnahkan kerajaan yang dibina bersama sejak setahun lalu hanya disebabkan penbahagian 13 kerusi yang menjadi pertikaian dengan Bersatu.
13 kerusi yang dimaksudkan itu ialah kerusi-kerusi pelompat katak daripada UMNO yang beralih menyertai Bersatu selepas PRU14 lalu yang mana UMO bertegas mahu menuntut kembali dan meletakkan calonnya di semua kerusi tersebut dalam PRU akan datang.
“Apakah kerana 13 kerusi ini kita mahu runtuhkan sebuah kerajaan yang kita bina bersama?
“Maka saya ingin ambil pendekatan, jika itulah isunya, ayuh kita tumpu perbincangan terhadap 13 kerusi itu,” katanya.


Begitu pun, Pengarah Pilihanraya UMNO, Tajuddin Abdul Rahman bertegas menolak pelawaan Azmin itu.
Katanya, berikutan ketetapan UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu, bermakna tiada rundingan lanjut diperlukan berkaitan 13 kerusi yang menjadi pertikaian itu.
“Pendirian UMNO ialah kita akan mengambil semula semua ‘kawasan lompat’ itu.
“Jadi, bila kita nak ambil balik, tiada perundingan,” tegasnya.
Veteran UMNO, Shahrir Samad pula menyindir dengan lebih pedas berhubung pelawaan Azmin mengajak berunding itu.
Menurut beliau, bagi ‘durjana politik’, semua perkara boleh dirunding, termasuk prinsip dan maruah.
“Bagi durjana politik, semuanya boleh runding. Harga ke, pendakwaan ke, prinsip ke, maruah ke…runding je,” tulis beliau di laman Facebooknya.
Hakikatnya, rata-rata pemimpin UMNO, kecuali yang telah diracun jiwanya sehingga berubah menjadi pro Bersatu, tetap dengan pendirian menolak kerjasama dengan parti pimpinan Muhyiddin Yassin dalam PRU akan datang.
Ini kerana mereka sedar, kerjasama itu amat merugikan UMNO, tetapi hanya untuk kepentingan menyelamatkan tengkuk Bersatu semata-mata, terutama pemegang kerusi lompat daripada UMNO dan juga PKR.
UMNO sebenarnya mampu kembali berkuasa tanpa Bersatu, tetapi Bersatu tidak mungkin mampu mengekalkan kuasanya lagi jika tanpa kerjasama daripada UMNO.
Kalau dalam PRU14 lalu di mana ketika itu sentimen menolak UMNO begitu kuat sekali, tetapi parti itu masih berjaya memenangi lebih banyak kerusi iaitu 54 berbanding 13 oleh Bersatu, sudah tentu dalam PRU15 akan datang di mana sentimen kebencian kepada Muhyiddin dan kelompok pengkhianat sedang memuncak, UMNO akan jauh lebih unggul lagi kemampuannya berbanding Bersatu.
Bagi Bersatu pula, mereka ini tidak ubah seperti dedalu kerana dulu mereka bergantung kepada PKR dan DAP untuk mencipta kemenangan, dalam PRU akan datang rancangannya ialah untuk memperalatkan UMNO pula.
Berdasarkan realiti ini, sekalung ucapan syabas dan tahniah buat UMNO kerana kekal konsisten dan tetap dengan pendirian menolak Bersatu sehingga apa-apa perundingan pun ditolak mentah-mentah begitu saja. 
(Shahbudindotcom 15/03/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/syabas-umno-kerana-tolak-dan-enggan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tolak Bersatu Datang Dari Akar Umbi Lebih 100 Umno Bahagian Senada Tok Mat Hasan

Tolak Bersatu Datang Dari Akar Umbi Lebih 100 Umno Bahagian Senada Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 268 hits
Ia bukan keputusan seorang dua ahli UMNO tetapi keputusan daripada lebih 100 bahagian jadi tidak timbul isu dipengaruhi sesiapa katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pes...
Jika Saya Ahli Umno Saya Tolak Dasar No Anwar No Dap

Jika Saya Ahli Umno Saya Tolak Dasar No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 220 hits
Oleh Prof Agus 1 Majoriti ahli UMNO boleh menerima penyelesaian politik yang diambil oleh pucuk pimpinan dengan syarat No Anwar No DAP Saya rumuskan sebab penolakan mereka sebagai berikut i Perjuangan Anwar adalah untuk memenuhi kepentingan...
Mat Hasan Keputusan Umno Tolak Kerjasama Bersatu Tidak Dipengaruhi Mana Mana Individu

Mat Hasan Keputusan Umno Tolak Kerjasama Bersatu Tidak Dipengaruhi Mana Mana Individu

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 327 hits
420 total views 420 views today Keputusan Umno menolak kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke 15 tidak dipengaruhi mana mana individu kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan Mohamad berkata lebih 100 bahagian menggesa supaya Umno tidak meneruska...
Ku Li Desak Mt Umno Mesyuarat Tergempar Tolak Muhyiddin

Ku Li Desak Mt Umno Mesyuarat Tergempar Tolak Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 161 hits
MALAYSIA DATELINETengku Razaleigh Hamzah mendesak Majlis Tertinggi Umno mengadakan Mesyuarat Tergempar bagi membuat keputusan agar kesemua ahli ahlinya memutuskan kerjasama dengan parti Bersatu Majlis Tertinggi mesti mengadakan Mesyuarat Te...
Rundingan Kerusi Dalam Ph Sudah Bermula Tak Tolak Kerjasama Umno

Rundingan Kerusi Dalam Ph Sudah Bermula Tak Tolak Kerjasama Umno

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 198 hits
malaysiakini comDiterbitkan 8 Mar 2021 2 01 pmPH telah memulakan proses rundingan kerusi bagi menghadapi PRU akan datang kata pengerusinya Anwar Ibrahim Menurut Anwar PH turut mengambil kira kerusi untuk parti parti sekutu lain termasuk cad...
Umno Tolak Rundingan Kerusi Dengan Bersatu Kata Tajuddin

Umno Tolak Rundingan Kerusi Dengan Bersatu Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 227 hits
March 16 2021 PENGARAH Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman menolak gesaan Azmin Ali untuk berunding mengenai kedudukan kerusi Parlimen yang asalnya dimenangi parti itu tetapi kini disandang oleh Bersatu Pendirian Umno ialah mengambil se...
Video Berunding Dengan Umno Apa Kata Tok Guru Nik Aziz

Video Berunding Dengan Umno Apa Kata Tok Guru Nik Aziz

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 302 hits
March 21 2021 Semalam bila aku menulis ada mamat PKR kata takkan sampai tak boleh berunding dengan UMNO Punya jahil tak reti beza Kleptokrat dengan UMNO antara parti UMNO dan Individu UMNO Itu sebab aku ingatkan kata Tok Guru Nik aziz JELAS...
147 189 118 Mana Satu Annuar Persoal Jumlah Sebenar Bahagian Umno Tolak Ppbm

147 189 118 Mana Satu Annuar Persoal Jumlah Sebenar Bahagian Umno Tolak Ppbm

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 300 hits
March 3 2021 8 15 PMAnnuar Musa sebelum ini mendakwa hanya 99 bahagian Umno yang menolak kerjasama dengan PPBM PETALING JAYA Ketika ramai pemimpin Umno menuntut Majlis Kerja Tertinggi memenuhi tuntutan akar umbi dan memutuskan hubungannya d...
Jawatan Bukan Bahan Tawar Menawar Umno Pas Selangor Tolak Tawaran Kpkt

Jawatan Bukan Bahan Tawar Menawar Umno Pas Selangor Tolak Tawaran Kpkt

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 309 hits
Umno dan PAS Selangor menolak pelantikan jawatan Penggerak Komuniti Tempatan sebagaimana agihan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan baru baru ini kerana jawatan kerajaan bukanlah bahan tawar menawar Sebaliknya mereka mengingatk...
Perlis 2 Wanita Kakitangan Badan Berkanun Disyaki Seleweng Rm600 000

Beyond The Table Why Baccarat S Simplicity Appeals To Modern Players

Only Suspicious Concertgoers Will Face Urine Tests Industry Players Told

Rutin Setiap Enam Bulan Sekali

The Dangers Of Neglecting Hypertension In Malaysia The Silent Killer Among Us

Important Update For Your Account

Building Strong Support Network

Resipi Ayam Kicap Bercili Sedap Mudah Masak


echo '';
Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat


Family Camping Journey Kami Repeat Camping Kali Ke 2 Di Owl Eagle Drening Try Tapak Rtt

Tips Bagaimana Menerangkan Tentang Allah Kepada Anak

Sotong Masak Hitam Pedas Resepi Simple Sedap Dan Cepat O

How Tortilla Wraps Are Bringing Low Calorie Meals To Life

Liverpool Kecundang

Adun Pkr Lapor Polis Terhadap Pentadbir Facebook Najib