Syabas Umno Ini Baru Parti Anak Jantan Namanya




Setelah tidak berpuas hati dengan sususan kabinet sebelum ini yang seolah-olah menganak-tirikan UMNO dengan memberikan kementerian yang tidak penting kepada mereka, parti itu kini mengemukakan empat tuntutan baru kepada Muhyiddin Yassin.

Dalam surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin, empat tuntutan itu ialah:

1. Melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan sebagai Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah.

2. Melantik Mohamad Alamin, Ahli Parlimen Kimanis sebagai timbalan menteri bagi mewakili UMNO Sabah.

3. Melantik Abdul Rahman Dahlan, Ketua UMNO Bahagian Tuaran sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi mewakili UMNO Sabah.

4. Melantik Yakubah Khan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.

Menurut Zahid Hamidi, tuntutan kepada Muhyiddin itu dikemukakan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan kepimpinan UMNO Sabah, baru-baru ini.

Dari segi logik, dengan sumbangan 39 kerusi Parlimen UMNO kepada PN yang membolehkan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri melalui tebuk atap, tuntutan Zahid Hamidi ini adalah wajar dan tepat sekali.

Kata orang, ini barulah parti anak jantan namanya, walaupun Bung Mokhtar masih berdepan perbicaraan di mahkamah.

Namun demikian, sebagai pemegang saham terbesar dalam PN, tuntutan ini masih lagi dikira kecil saja sebenarnya.

Dalam kerajaan PN, dengan kedudukannya sebagai blok terbesar itu, UMNO sepatutnya diberikan kerusi Timbalan Perdana Menteri serta sebahagian besar kementerian-kementerian yang kanan.

Malangnya, Muhyiddin nampaknya lebih mengutamakan Azmin Ali berbanding UMNO, walaupun bekas Timbalan Presiden PKR itu pada hakikatnya tidak mempunyai parti yang sah kerana kemasukannya ke dalam Bersatu tidak pernah sama sekali dibincangkan dalam mesyuarat.


Apa pun, syabas harus diucapkan kepada UMNO atas keberanian terbaru menuntut hak yang sewajarnya untuk UMNO Sabah ini dalam semangat bermuafakat yang sepatutnya dihormati oleh Muhyiddin.

Kalau Muhyiddin gagal menunaikan permintaan ini, bermakna beliau benar-benar tidak menghormati kedudukan UMNO dan hanya menjadikan parti itu sebagas “alas kaki” yang layak dipijak sebelum melangkah masuk ke dalam rumah saja.

Tanpa perlu diajar, UMNO tentulah lebih tahu untuk melakukan tindakan seterusnya selepas ini jika permintaan ini tidak juga ditunaikan oleh Muhyiddin. (ShahbudinHusin 17/04/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/syabas-umno-ini-baru-parti-anak-jantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Baru Lahirkan Anak Sulung Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia

Isteri Baru Lahirkan Anak Sulung Penyanyi Glenn Fredly Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 373 hits
Hari ini kita mendengar khadar duka dari Jakarta apabila salah seorang penyanyi popular negara jiran ini Glenn Fredly meninggal dunia pada hari ini Glenn Fredly Deviano Latuihamallo atau lebih dikenali sebagai Glenn Fredly meninggal dunia p...
Anak Baru Lahir Diberi Nama Lockdown

Anak Baru Lahir Diberi Nama Lockdown

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 299 hits
Sepasangan suami isteri dari daerah Sheopur Madhya Pradesh telah menamakan anak mereka yang baru lahir Lockdown untuk meraikan jasa semua pihak yang bertungkus lumus untuk memerangi wabak Covid 19 seperti yang di sarankan oleh Perdana Mente...
Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

Anak Bawah 5 Tahun Gagap Itu Normal Dia Baru Nak Belajar Bahasa

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 466 hits
Maaf admin saya nak tanya anak saya 5 tahun tapi dia masih gagap Saya risau tengok dia macam susah nak buat ayat nak bercakap Boleh saya tahu macam mana nak rawat gagap Rahsiakan nama saya Jawapan daripada doktor Apa itu gagap di kalangan k...
Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

Aiman Tino Dan Fara Hazel Dapat Adik Baru Ibu Lahirkan Anak Kesebelas

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 865 hits
Semalam dua penyanyi yang juga merupakan adik beradik Aiman Tino dan Fara Hazel telah mendapat adik baru yang merupakan anak kesebelas dilahirkan ibu mereka Hazelina Mat Jalil Mereka mendapat adik perempuan yang dilahirkan di Hospital Selay...
Rezeki Ramai Adik Beradik Ibu Aiman Tino Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke 11 Secara Normal

Rezeki Ramai Adik Beradik Ibu Aiman Tino Fara Hazel Baru Lahirkan Anak Ke 11 Secara Normal

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 606 hits
Punya keluarga yang ramai memang seronok Pasti meriah dengan adik beradik yang ramai dan punya macam macam karenah Itu mungkin yang dirasakan buat penyanyi Aiman Tino dan kakaknya Fara Hazel yang baru tiga hari lepas ibunya melahirkan seora...
Pink Dan Anak Lelakinya Baru Pulih Dari Covid 19

Pink Dan Anak Lelakinya Baru Pulih Dari Covid 19

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 351 hits
Pink dan anak lelakinya baru pulih dari COVID 19Pink bersama anak lelakinya berusia tiga tahun Jameson telah menunjukkan tanda tanda jangkitan COVID 19 Gambar filePink anak lelakinya baru pulih selepas positif COVID 19PENYANYI ternama Holly...
Perkenalkan Anak Kucing Baru Si Koko

Perkenalkan Anak Kucing Baru Si Koko

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 767 hits
Assalamualaikum dan hai Sebenarnya memang dah lama sangat niat nak adopt anak kucing baru ni ada Planning nya haritu nak balik Selangor sebab dah ada orang yang sudi nak bagi kita anak kucing Tapi lepastu wujud pula perintah kawalan pergera...
Azmin Tinggalkan Bersatu Tubuh Parti Baru

Azmin Tinggalkan Bersatu Tubuh Parti Baru

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 264 hits
Bekas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang keahliannya dalam Bersatu masih kabur dan tidak begitu jelas dijangka akan menubuhkan sebuah parti baru pelbagai kaum tidak lama lagi Parti baru itu adalah untuk menaungi perjuangan beliau bersama ...
Karipap Sebesar Saiz Anak 19 Jam Baru Habis Makan

Karipap Sebesar Saiz Anak 19 Jam Baru Habis Makan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 645 hits
Setiap ibu bapa mempunyai pelbagai cara untuk menyambut kelahiran bayi mereka Bagi seorang bapa di England dia mempunyai cara yang unik iaitu dengan membuat karipap gergasi yang sesuai dengan berat dan ukuran bayinya Menurut laporan Metro U...
This Royal Enfield Continental Gt Caf Racer Is A Sand Cast Masterpiece

Lirik Lagu Akhiruzzaman Arora

Sentuhan Sulung Gattuso Beri Itali Kemenangan Besar

Bapa Mangsa Lemas Pinjam Rm752 Sebelum Tragedi Bilik Mayat Hpd Sunyi Tanpa Waris

Beli Luggage Online Murah Di Traveller Universal

Hiburan Marissa Dania Ambil Tindakan Undang Undang Bila Dah Sampai Masa Tiada Siapa Akan Tolong Awak

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Mayat Lelaki Dijumpai Di Dalam Kereta Di Sungai Petani


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nellisa Tiba Di London Dan Sunday Roast

Best Water Park At Selangor Splashmania Gamuda Cove

Netizen Persoal Kenapa Nedim Nazri Masih Belum Padam Foto Free Hair Nora Danish Dia Dah Berhijab Kan

Pakar Patologi Inkues Zara Buat Repot Polis Kerana Diancam Warganet

Ucapan Muhyiddin Diganggu Suasana Himpunan Bersatu Bertukar Kecoh

Peserta Acara Kayuhan Maut Kemalangan Dengan Kereta Di Langkawi