Syabas Dan Tahniah Yb Prof Rusnah Aluai Ahli Parlimen Tangga Batu


 ISU ARAK JENAMA TIMAH:
SYABAS DAN TAHNIAH YB PROF. RUSNAH ALUAI, AHLI PARLIMEN TANGGA BATU


Ramai juga yang kelihatan kurang senang dengan hujah Ahli Parlimen Tangga Batu, YB Prof Rusnah Aluai terkait isu jenama arak  buatan Malaysia, Timah. Ini termasuk kritikan yang datang juga dari beberapa orang rakan pembangkang.


Apa pun rasa kurang senang itu, atau bagaimana ia diekspresikan, adalah tidak adil untuk menyerang Ahli Parlimen Tangga Batu tersebut. 


Pertama, YB Prof Rusnah berhujah bahawa jenama Timah yang diberikan kepada arak tersebut adalah bersifat tidak sesuai dengan budaya Melayu khususnya kerana Timah pada lazimnya merupakan nama tradisional wanita Melayu. Dulu masyarakat Melayu terutama masyarakat kampung ramai yang menamakan anak perempuan mereka dengan nama Timah. Oleh itu pada pengamatan YB Prof Rusnah, pengeluar arak tersebut telah mengabaikan sensitiviti masyarakat Melayu. 


Kedua, Ahli Parlimen Tangga Batu juga menyentuh tentang gambar Kapten Tristram Speedy pada botol arak itu yang berimej seolah-olah memakai kopiah adalah tidak sesuai dengan imej negara ini yang agama rasminya adalah Agama Islam. Sekali lagi syarikat  pengeluar arak tersebut dilihat tidak sensitif dalam isu ini. 


Ketiga, adalah lebih menyedihkan ialah pihak berkuasa yang meluluskan pengeluaran arak tersebut dilihat tidak prihatin terhadap dua isu ini sebelum meluluskannya. Pihak berkuasa yang dimaksudkan ialah kerajaan. Persoalan yang lebih besar ialah bagaimana sebuah kerajaan yang mengaku dan mencanangkan sebagai sebuah Kerajaan Melayu Islam boleh melakukan kekhilafan sebegini rupa? Nama Melayu Islam yang dijaja merata-rata saban hari seolah-olah telah dipersendakan oleh pihak kerajaan sendiri apabila meluluskan pengeluaran arak ini termasuk meluluskan jenama Timah dan logo Kapten Speedy yang memakai kopiah. 


Tambahan pula sejak beberapa minggu ini, saban hari sebahagian besar rakyat mempersoal perkara ini. Imej Melayu dan Agama Islam dilihat telah tercemar. Alasan pihak pengeluar jenama itu digunakan kerana Malaysia adalah pengeluar bijih timah terbesar dunia adalah tidak masuk akal, dangkal dan tidak boleh diterima sama sekali. Alasan yang tiada asas lojiknya. 


Inilah yang sebenarnya sebab-sebab yang telah disampaikan oleh YB Prof Rusnah di dalam hujahnya di Parlimen. Rakyat sewajarnya berterima kasih kepada beliau kerana berani bersuara dengan lantang dalam mempertahankan imej orang Melayu dan agama Islam. Sebelah pagi YB Rusnah berhujah, maka pada sebelah petang pengeluar arak tersebut membuat kenyataan membuat permohonan kepada pihak berkuasa untuk menukar jenama dan gambar Kapten Speedy kepada jenama yang lain.


Syabas diucapkan kepada YB Prof Rusnah Aluai, Ahli Parlimen Tangga Batu dari Parti Keadilan Rakyat. Sikap begini seharusnya menjadi contoh terbaik kepada Ahli-Ahli Parlimen yang lain. Ahli Parlimen adalah wakil rakyat bukan wakil syarikat. 


Seluruh rakyat khususnya orang-orang Melaka wajar berbangga mempunyai seorang wakil rakyat seperti YB Prof Rusnah Aluai, bersahaja dalam berhujah namun kesannya cukup mendalam dan memberi impak positif.


Zaidi Ahmad
@ Aki Rock






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/10/syabas-dan-tahniah-yb-prof-rusnah-aluai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Parlimen Lahad Datu Sah Keluar Warisan

Ahli Parlimen Lahad Datu Sah Keluar Warisan

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 457 hits
Durie Rainer FongKOTA KINABALU Warisan hilang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri secara serentak selepas Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi mengumumkan keluar parti hari ini Mohamaddin yang juga ADUN Segama itu mengumumkan ke...
Mengecewakan Susulan Grs Tak Teruskan Rundingan Ambil Alih Sesb Kata Ahli Parlimen Dap

Mengecewakan Susulan Grs Tak Teruskan Rundingan Ambil Alih Sesb Kata Ahli Parlimen Dap

papar berkaitan - pada 21/10/2021 - jumlah : 619 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Fong Hin berkata Ketua Menteri Hajiji Noor memaklumkan bahawa Sabah hanya bersedia mengambil alih SESB untuk urusan penjanaan elektrik di negeri itu dalam masa lima hingga tujuh tahun dari sekarang KOTA KINA...
Undi18 Batu Penghadang Buat Ahli Politik Cara Lama

Undi18 Batu Penghadang Buat Ahli Politik Cara Lama

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 351 hits
October 18 2021 Aktivis belia Adam Adli dihukum penjara pada 2014 selepas didapati bersalah atas tuduhan memberikan ucapan berbaur hasutan PETALING JAYA Ahli politik yang menang dalam pilihan raya sebelum ini dengan memancing isu perkauman ...
Ph Melaka Oportunis Tak Bertanggungjawab Cetus Krisis Kata Ahli Parlimen Pkr

Ph Melaka Oportunis Tak Bertanggungjawab Cetus Krisis Kata Ahli Parlimen Pkr

papar berkaitan - pada 20/10/2021 - jumlah : 441 hits
Seorang Ahli Parlimen PKR menyalahkan kepimpinan Pakatan Harapan Melaka yang disifatkan sebagai oportunis dan tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan krisis di negeri itu ketika ini Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata ...
Isunya Bukan Timah Tapi Mutu Rendah Ahli Parlimen

Isunya Bukan Timah Tapi Mutu Rendah Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 482 hits
Rakyat bukan bodoh Orang Melayu bukan bodoh tetapi beberapa ahli politik Melayu minda yang cetek dan tak layak jadi wakil rakyat Rusnah telah menghina orang Melayu dan wanita Melayu dengan pendapat nya Bila ia di kutuk orang ramai di sosial...
42 Ahli Parlimen Selesai Bahas Bajet 2022

42 Ahli Parlimen Selesai Bahas Bajet 2022

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 409 hits
Sesi perbahasan dimulakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR Sebanyak 42 Ahli Parlimen telah mengambil bahagian membahaskan Bajet 2022 pada minggu kedua persidangan Dewan Rakyat Sesi perbahasan dimulakan Ketua Pembangka...
Ahli Akar Umbi Keliru Umno Maran Tidak Wajar Terus Mengkitik Ahli Parlimen Mereka

Ahli Akar Umbi Keliru Umno Maran Tidak Wajar Terus Mengkitik Ahli Parlimen Mereka

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 310 hits
MARAN Pilihanraya umum ke 15 hampir menjelang tiba tidak lama lagi Namun bagi pemerhati politik di sini kerusi Parlimen Maran kini dalam situasi panas berikutan terdapat khabar angin nama Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Hj Ismail Muttalib mu...
T16b06 Aktiviti Malam Di Batu Ferringhi Pulau Pinang Malaysia

T16b06 Aktiviti Malam Di Batu Ferringhi Pulau Pinang Malaysia

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 512 hits
Gambar menunjukkan kemeriahan pusat urutan terutamanya refleksologi Betul juga penat berjalan sakit kaki kalau dapat urut pun sedap juga Perkhidmatan urutan yang ditawarkan ini sinonim dengan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong DESIRE RE...
Passport Najib Lebih Penting Dari Pulau Batu Puteh Bagi Mahathir

Passport Najib Lebih Penting Dari Pulau Batu Puteh Bagi Mahathir

papar berkaitan - pada 26/10/2021 - jumlah : 389 hits
Oleh Sirajuddin AhmadTun Mahathir buat kenyataan amat luarbiasa apabila mahkamah melepaskan passport antarabangsa kepada Datuk Seri Najib Bagi mereka yang amatur berkenaan Tun Mahathir ini adalah contoh kenyataan klasik apabila beliau cuba ...
Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto