Swab Test Rtk Antigen
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
KK nak kongsikan satu pengalaman hidup KK yang bagi KK sangat bermakna dalam dunia pandemik ini kerana KK antara satu satu insan di dalam dunia ni tergolong dalam manusia yang pernah buat swab test untuk Covid-19.
Beruntungnya anda semua jika anda tak pernah buat ujian saringan untuk Covid-19, jadi KK nak kongsikan sikit pengalaman KK dan kenapa sampai KK perlu buat swab test
Alkisah bermula apabila salah seorang dari pekerja syarikat KK telah positif Covid-19, jadi nak dijadikan cerita kawan serumah asrama KK ni antara kontak rapat dengan yang positif tu
Jadi disebabkan itu, kawan KK ni perlu buat ujian saringan untuk kali pertama dan hasilnya negatif, cerita tak berakhir lagi apabila lagi seorang lagi pekerja lain turut dijangkiti virus Covid-19
Jadi kawan serumah KK ni perlubuat ujian saringan di pusat perubatan kerajaan, sebelum ni yang negatif di hospital swasta, saringan kali ini perlu pakai gelang putih untuk kuarantin
Semasa dirumah, kami masih lagi menjaga jarak kerana tinggal serumah, KK elak untuk bertembung kerana kita mengambil langkah berjaga-jaga, tetapi malangnya apa keluar keputusan habis kuarantin
Teman serumah KK ternyata positif, masa tu KK dah gelabah, dah lah serumah kan, siapa tak risau kan, jantung ni macam nak tercabut, haha
Keesokkannya KK diarahkan untuk pergi buat ujian saringan RTK, yang cucuk kat hidung tu di salah satu hospital swasta di Kuantan ni
KK pergi seorang diri, masa tu berdebar sangat, kita tak pernah kan, dengan risau dalam kepala ni fikir macam-macam lagi, pening !
Sebelum ujian tu doktor dah terangkan pasal ujian, dan perlu rehat dirumah dalam masa keputusan akan dikeluarkan, dalam masa dua jam saja keputusan akan keluar, dan akan di emel saja
Masa cucuk masuk hidung tu, tak rasa apa dah, sebab sekejap, lepas dan pusing-pusing dalam hidup tu, perit dan pedih sikit, dalam juga doktor tu cucuk, nak cerita seram, haha
Dah siap tu, KK terus balik, dengan mata berair, dan kepala KK dah mula pening, pening sebelah kanan sebab tadi hidung kanan, dia punya berdenyut tu macam orang ketuk kepala kita
KK cuba bawa dengan hati-hati kereta masa tu, harap sampai rumah dengan cepat dan alhamdulillah sampai rumah, KK terus mandi dan tidur, tak fikir apa dah masa tu
Bangun tidur alhamdulillah kepala ni dah kurang sakit, tapi hidung tu rasa lagi pedih, tapi dah kurang dari mula-mula tu
Mesti tak sabar kan nak tahu keputusan KK kan? hahahaha, selepas dua jam tu, KK dapat keputusan dan NEGATIF, alhamdulillah syukur pada Allah
Begitulah alkisah KK yang pertama kali membuat ujian saringan untuk Covid-19, harap tak kena dah lepas ni sebab sakit, haha
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://keymekeymoo.blogspot.com/2021/07/swab-test-rtk-antigen.html