Suv Perodua Aruz Dibuka Untuk Tempahan Harga Antara Rm72 200 Rm77 200



Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) hari ini membuka tempahan bagi jentera terbaharunya daripada model kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Aruz yang turut akan dilancarkan secara rasmi dalam tempoh terdekat.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, model transformasi keempat dengan penetapan piawaian baharu itu ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance pada anggaran harga antara RM72,200 dan RM77,200.
Loading...
Perodua Aruz menawarkan lima pilihan warna iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green.

“Model ini dijangka melengkapkan barisan produk kami yang sedia ada dan berdasarkan pakej produk yang ditawarkan, syarikat mensasarkan jualan purata bulanan sebanyak 2,500 unit atau 31,200 unit untuk tahun 2019.

“Perodua Aruz turut ditetapkan dengan piawaian terbaharu iaitu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan, yang mana ia turut menerima pengiktirafan lima bintang bagi ujian Program Penilaian Keselamatan Kereta baharu di Asia Tenggara (ASEAN NCAP),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, lapor Kosmo online.

Menurut Zainal Abidin, turut menyumbang kepada penarafan keselamatan lima bintang ASEAN NCAP bagi model baharu itu adalah ciri-ciri seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), sistem ISOFIX dan enam beg udara.

“Kesemua ciri berkenaan terdapat pada kedua-dua varian Perodua Aruz, manakala bagi varian Advance ia dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan selamat (ASA) yang dipertingkatkan atau dinamakan sebagai ASA 2.0.

“Menerusi ciri ASA 2.0, ia dapat mengesan pejalan kaki sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan kelajuan operasi yang dipertingkatkan sehingga 100 km/j untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan 80 km/j bagi sistem Brek Pra-Pelanggaran,” ujarnya.

Beliau berkata, SUV berkenaan dikuasakan dengan enjin empat silinder 1.5 liter blok aluminium dan Dual VVT-i yang dipadankan dengan transmisi automatik melalui kawalan secara automatik (E-AT)

“Ia turut digabungkan dengan Sistem Melahu Eko (Eco Idle) untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l dan membolehkannya diiktiraf oleh kerajaan sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV).

“Jentera ini turut dilengkapi lampu depan LED bersama fungsi Follow-Me-Home (lampu auto pada varian Advance) selain digayakan dengan rim aloi dua tona 17 inci pada ketinggian 220 milimeter (mm) dari aras tanah,” jelasnya.

Perodua Aruz dilengkapi akses pintar dengan butang penghidup enjin adalah standard manakala, bagi varian Advance ia tambah dengan lampu kabus dan rel bumbung sebagai penambah gaya.

Untuk penampilan lebih eksklusif varian Advance disempurnakan dengan kemasan kerusi kulit dan stereng yang dibalut dengan kawalan terima panggilan serta perakam video memandu bersepadu selain dilengkapi port HDMI, Smart Link, Bluetooth dan sistem navigasi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/suv-perodua-aruz-dibuka-untuk-tempahan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perodua Aruz 2019 Tawaran Harga Suv Baru Bermula Rm72 Ribu Sahaja

Perodua Aruz 2019 Tawaran Harga Suv Baru Bermula Rm72 Ribu Sahaja

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 1616 hits
Perodua Aruz 2019 Price dan Harga Perodua SUV Baru Bermula RM72 Ribu Sahaja Nampaknya tahun ini kita akan melihatkan pertarungan hebat perodua suv baru dengan proton suv baru Sebab ada yang akan minta model baru Perodua ada yang akan minta ...
Harga Dan Spesifikasi Suv Perodua Aruz

Harga Dan Spesifikasi Suv Perodua Aruz

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 858 hits
Harga dan spesifikasi SUV Perodua ARUZ 2019 Perodua Aruz adalah merupakan model SUV pertama Perodua SUV 7 tempat duduk ini didatangkan dengan dua varian iaitu Aruz 1 5 X dan Aruz 1 5 X AV Kedua duanya dipacu enjin EEV Dual VVT i berkapasiti...
Perodua Suv D38l Aruz Dilancar Januari

Perodua Suv D38l Aruz Dilancar Januari

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1101 hits
Video 40 saat bayangan Perodua SUV yang diiklankan Perodua penanda SUV itu bakal dilancarkan tidak lama lagi Ada laporan menyebut ia bakal dilancarkan pada Januari 2019 dengan dengan nama Aruz Teaser Perodua SUV itu menunjukkan dilengkapi e...
Perodua Aruz Suv 7 Tempat Duduk

Perodua Aruz Suv 7 Tempat Duduk

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 1532 hits
Perodua Aruz SUV 7 Tempat Duduk bakal dilancarkan oleh tidak berapa lagi Perodua Aruz digambarkan sebagai SUV EEV ditampilkan dengan dua varian iaitu Aruz 1 5 X dan Aruz 1 5 AV Perodua Aruz SUV 7 Tempat Duduk Ia turut hadir dengan sistem Me...
2019 Perodua Aruz 1 5l 7 Seater Suv

2019 Perodua Aruz 1 5l 7 Seater Suv

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 1304 hits
After weeks of teasers Perodua 2nd national car maker in Malaysia has officially announced Perodua s first SUV production previously known by a codename Perodua D38L the 2019 Perodua ARUZ 7 Seater SUV Perodua ARUZ equipped with 2019 fuel su...
Harga Perodua Aruz Rm72k Hingga Rm77k

Harga Perodua Aruz Rm72k Hingga Rm77k

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 1210 hits
Harga Perodua Aruz RM72K hingga RM77K itulah harga anggaran yang telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd hari ini membuka tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan ...
Perodua Aruz Opens For Booking

Perodua Aruz Opens For Booking

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Perodua s most much anticipated three row seven seater Sports Utility Vehicle Perodua Aruz is now open for booking with estimated prices of between RM72 200 and RM77 200 The Perodua Aruz is our fourth transformation model setti...
Perodua Aruz Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat Ini

Perodua Aruz Akan Dilancarkan Dalam Masa Terdekat Ini

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 597 hits
KUALA LUMPUR Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd hari ini membuka tempahan bagi jentera terbaharunya daripada model Perodua Aruz yang turut akan dilancarkan secara rasmi dalam tempoh terdekat Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zain...
Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Why We Ve Been Told Time And Again Not To Speculate When Police Investigation Is Ongoing Yb Rafizi

Awie Alif Ba Ta Chord

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Polis Tangkap Polis Dua Pegawai Thailand Terbabit Sindiket Dadah Aset Rm4 6 Juta Dibeku

Hiburan Gelombang Justiceforzara Tidak Akan Tercetus Jika Siasatan Awal Ikut Sop Undang Undang Peguam

Kopi Pekat Nasi Lemak Sambal Udang Sarapan Pagi Lengkap Air Tangan Sendiri

Dalam 5 Tahun 31 Billion Duit Sakaw Dirampas

Ketua Pemuda Umno Mahu Apa Sebenarnya

Royal99 13 October Royal99 Top 36 By Edgar