Perodua Aruz 2019 Tawaran Harga Suv Baru Bermula Rm72 Ribu Sahaja
Perodua Aruz 2019 : Price dan Harga Perodua SUV Baru Bermula RM72 Ribu Sahaja
Nampaknya tahun ini kita akan melihatkan pertarungan hebat perodua suv baru dengan proton suv baru. Sebab ada yang akan minta model baru Perodua, ada yang akan minta model baru Proton.
Selepas Proton x70 melancarkan baru-baru untuk menambah pilihan kepada rakyat Malaysia, Perodua tidak menunggu masa yang lama.
Terkini, Perodua juga bertindak cepat untuk merebut saiz pasaran bagi kategori SUV di Malaysia dengan melancarkan Perodua Aruz. Jangan salah sebut ya, ada yang sebut perodua Arus. Tetapi sebenarnya SUV Perodua Aruz.
Berdasarkan laporan yang Mypt3 terima, model perodua suv baru ini adalah merupakan rebadged Toyota Rush. Itu sebablah ada membuat perbandingan Toyota Rush vs Perodua Aruz untuk melihat beza antara kedua-dua model ini.
Masalah Toyota Rush mahal sangat. Harga ‘bunuh diri’ sekitar RM98 ribu.
9 Perkara Penting Untuk Perodua Aruz Review
Ini pandangan jujur dan review Perodua Aruz daripada Mypt3 sendiri
1) Yang pasti ia lebih berat daripada Perodua Alza.
2) Menggunakan enjin yang sama dan shit gearbox
3) Jika anda rasa Perodua Alza kurang berkuasa, model ini lebih kurang lagi kuasanya
4) Yang pasti model kereta ini tidak jimat minyak
5) Sekurang-kurangnya Honda BRV 120HP IVTEC masih lagi jimat minyak dengan mod eko 15km / L. Dan model ini adalah pesaing terdekat daripada segi spec dengan Aruz.
6) Secara jujurnya, spec yang rendah Honda BRV adalah lebih baik berbanding Perodua baru Aruz daripada sudut enjin dan kualiti yang lebih baik.
7) Sebenarnya untuk anda compare daripada segi prestasi dengan Proton X70 baru, segmennya sahaja sudah berbeza sangat. Dengan BRV, HRV sendiri sudah kena tapau, apatah lagi mahu dibandingkan dengan kuasa yang ada pada Proton X70.
8) Mempunyai 7 tempat duduk yang disediakan
9) Menggunakan rim 17 inch
Berbaloi Harga Perodua Aruz
Varian
1.5 X
1.5 AV
Transmisi
AUTO
AUTO
Semenanjung Malaysia
RM72.2 ribu
RM77.2 ribu
Sarawak
RM74.5 ribu
RM79.5 ribu
Sabah
RM74.5 ribu
RM74.5 ribu
Langkawi
RM70.7 ribu
RM75.3 ribu
Labuan
RM71.7 ribu
RM76.3 ribu
Bagi Mypt3 sendiri dengan harga RM72 ribu boleh mendapatkan model ini, agak munasabah.
Baik untuk yang ada gaji dan pendapatan rendah yang ada keluarga yang besar
Model ini ibarat seperti Kancil SUV, murah, janji boleh jalan.
Sekiranya lipatkan dua tempat di belakang boleh bawa lagi banyak barang dan bagasi
Tetapi untuk naik Genting Highland boleh hanya gunakan laluan kiri sahaja, tiada power
Seperti yang ramai sedia maklum ini merupakan perodua aruz ini merupakan kereta bajet suv di Malaysia. Perodua menjual model kereta ini dengan harapan ia mampu dimiliki oleh lebih ramai orang.
Ini kerana sebenarnya ada permintaan di Malaysia. Contohnya, sesetengah ahli keluarga mempunyai lebih daripada 6 orang, oleh itu SUV ini mungkin sesuai dan dapat berkompromi dengan isu kurangnya kuasa pada model kereta ini.
Jijalau ada duit lebih masih banyak lagi SUV mewah lain di luar sana yang lebih berkuasa, enjin yang lebih besar dan mampu melepasi torque 400Nm?
Image Exterior
perodua aruz exterior
Senarai Gambar Perodua Aruz
Boleh semak sendiri perodua aruz photo di bawah ini :
Image Interior : Akan dikemaskinikan
Image Exterior : Akan dikemaskinikan
Butiran Harga Varian X : KLIK SINI
Buiran Harga Varian AV : KLIK SINI
P/S : Mypt3 tidak berapa suka rupabentuk Toyota Rush di atas jalan raya seperti melihat Toyota Avanza di jalan raya. Tetapi jika Perodua mampu jual Toyota Rush rebadge untuk pada harga yang lebih murah, mengapa tidak untuk mempertimbangkannya?
PP/S : Tepuk dada tanya selera, perbandingan antara Perodua Aruz vs Honda BRV. Perodua Aruz 102bhp 4at RWD untuk harga antara RM72 ribu sehingga RM77 ribu VS Honda B-RV 120bhp cvt FWD daripada harga bermula RM81 ribu to RM87 ribu
PPP/S : Walaupun Aruz vs X70 adalah pada kategori SUV, tetapi kedua-dua model adalah pada segemen yang berbeza iaitu Aruz segmen B manakal X70 segmen C
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mypt3.com/harga-perodua-aruz-suv