Susun Atur : Cara Kemas Peti Ais Lebih TeraturKalau sebelum ni, cara nad kemas main belasah je. Kadang sayur pun main sumbat je..hahaha. Lepas tu nak masak, dah kena cari satu-satu mana pulak benda aku nak guna ni..ahhaa. Satu
Bekas tutup putih tu nad beli dekat shopee, saiz dia sedang dan kecik. Memang kedai ni dia jual 4 bekas sekali, jadi nad ambil 2 set terua sebab tau kalau beli 1 set je tak cukup. Harga cuma RM16.70 sahaja untuk 4pcs food storage containers. Klik je dekat ayat merah tu, nanti dia pergi ke kedai tu.
Lepas tu, suka tengok orang susun air dalam bekas transparent panjang. Tapi tu bukan untuk bekas air je, boleh je buat bekas apa-apa yang bersesuaian. Macam nad letak air, letak santan, botol yang kecik dan muat dalam bekas ni. Bila ada bekas macam ni barula tersusun elok. Boleh klik bekas transparent panjang.
Last sekali bekas empat segi besar ni. Bekas ni nad beli dekat Daiso. Selalu bekas macam ni takda penutup, tapi kat Daiso ada penutup terus beli 2. Dalam ni isila apa yang nak diisi. Boleh isi sayur ke, isi buah ke.
Bahagian atas, untuk barang basah, nad beli bekas panjang. Bekas ni boleh letak macam udang, sotong, dan ikan kecil. Kalau ikan besar seekor je boleh letak. Nad beli sebab letak sotong, udang, kerang ke. Boleh klik food container storage panjang.
Pastu untuk ayam dan ikan lain yang banyak, cuma bekas putih biasa dan bekas ikea. Mana yang sesuai pakai, memang nad pakai tu je, takda beli lain. Beli mana perlu je..hehee.
Bahagian tepi, nad susun botol air dan sos atau pek plastik. Susun elok-elok.
Nak nampak peti ais kemas, pemilihan warna bekas pun main peranan. Bila sama je warna nampak sedap mata memandang. Kalau nak warna putih biar putih sahaja, nak warna hijau bagi hijau sahaja.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |