Cantik Tersusun Kemas Sayur Tahan Lagi Lama Ibu Ni Kongsi Cara Simpan Barang Mentah Dalam Peti Ais
Tak dinafikan, bila kita dapat sedia dan uruskan kelengkapan rumah dengan teratur, lagi semangat untuk kita masuk ke dapur. Lagi seronok kalau semua barang yang kita nak guna dan perlukan sentiasa ada malah diatur kemas dalam peti ais.
Menyimpan barang-barang basah, lauk-lauk frozen juga sayur dan buah perlu ada caranya agar dapat disimpan lama dengan baik. Barulah tak membazir kan?
Tip yang dikongsikan oleh Cik Puan Shakila ini sebenarnya mama boleh cuba. Bukan saja kemas bahkan teratur dan begitu sistematik sekali. Paling penting sayur dan buah diurus dengan baik agar tahan lebih lama. Barulah tak membazir. Jom intai apa tip yang dikongsikan oleh ibu ini.
Sekadar perkongsian dari saya. Ini cara saya simpan dan uruskan barang dapur dan barang mentah, untuk tahan lama dan lebih praktikal. Jimat masa, kemas dan mudah diuruskan.
Lagi pulak tinggal di bandar, barang-barang mahal walhal nak pakai sikit je, tak jual sikit, jual segenggam, baki bahan-bahan tu simpan frozen.
Bahan yang tak tahan macam buah-buah atau sayur, kena habiskan dalam masa kurang seminggu untuk pastikan nutrisi tak ganggu dan tak basi atau layu. Buah pun boleh basi kalau lama-lama dalam peti.
Semoga dapat di manfaat bersama. Lauk-lauk saya pastikan habis digunakan max 3 bulan.
Tapi biasanya tak sampai 2 minggu pun hbis. Masak sendiri lebih terjamin kepuasannya.
Tapi ada ketika bosan nak makan lauk sendiri, buka foodpanda juga.
p/s: Saya ada share kan di wall saya.. feel free to share post dekat wall atau simpanan memasing ye. Demi Allah, tak ada niat nak menunjuk-nunjuk “peti beso”..sekadar berkongsi idea sesama kita.
Musim sekarang, struggle sangat nak simpan-simpan barang plus simpan duit pun susah. tak gittew? Tambah pulak, rumah atas, takde tanah nak bercucuk tanam matahari pun susah nak tembus masuk rumah.
Lauk frozen buat untuk satu kali makan.
2nd layer ayam @ ikan frozen. Basuh siap-siap. Siang siap!
Ni cara saya simpan serai, daun kesum, daun limau, segala daun-daunlah.
Mix vege senang nak makan. Ambik pek kecik-kecik je.
Sayur pek siap-siap untuk sekali masak, nak masak, ambik sahaja. Siap basuh.
Buah-buah saya pek siap-siap bekas kecik. Mudah nak amik, makan dan bawa di mana-mana. Setiap kali meal, mesti ada buah-buah. Snacking time petang.
Bahan-bahan kering pun saya pek kan bekas kecik-kecik, tak terdedah, akan tahan lebih lama.
Ni lauk frozen, dr freezer, tukar ke chiller. Contoh nak makan tengahari, pagi bawa keluar dari freezer, simpan dalam chiller. So tengahari panaskan sebab saya tak suka guna microwave untuk panaskan makanan.
Ni makanan kering tadi. Saya pek kecik-kecik untuk satu kali minum. Rendam dalam air panas, simpan dalam termos. Minum sehari habis, ni ala-ala booster, orang pantang ke, menyusu atau untuk kesihatan sesuai.
Sekadar berkongsi!
Menarik: Diy Rak Troli Bajet Nampak Kemas, Letak Kelengkapan Anak & Barangan Dapur
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Cantik Tersusun & Kemas, Sayur Tahan Lagi Lama, Ibu Ni Kongsi Cara Simpan Barang Mentah Dalam Peti Ais! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/cantik-tersusun-kemas-sayur-tahan-lagi-lama-ibu-ni-kongsi-cara-simpan-barang-mentah-dalam-peti-ais/