Susulan Pertemuan Dengan Anwar Dan Ph Ismail Sabri Tak Harus Lepaskan Tiga Peluang Ini


 
Bukanlah perkara biasa bagi Perdana Menteri menjemput Ketua Pembangkang dan pemimpin utama blok pembangkang datang ke pejabatnya sebaik dilantik memegang jawatan tersebut.
Biasanya yang lebih dulu dipelawa datang ke pejabat bila dapat jawatan besar seperti Perdana Menteri ini ialah penyokong dan rakan sekutu yang selama ini memang diketahui merupakan penyokongnya.
Biasanya juga, inilah masanya untuk sesama sendiri meraikan kejayaan, bergelak ketawa, berpeluk-peluk sambil menawarkan apa yang boleh ditolong dan meminta-minta kedudukan bagi keselesaan hidup masa depan.
Tetapi, Ismail Sabri Yaakob sebaik mengangkat sumpah pada Sabtu dan baru memulakan tugas rasminya pada Isnin lalu nampaknya telah melakukan pendekatan yang berbeza.
Di hari ketiga memulakan tugas rasminya, beliau telah menjemput Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan dua pemimpin utama PH, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng datang ke pejabat untuk berbincang beberapa isu berkaitan negara dan kepentingan rakyat.
Yang nyata, dengan apa yang dilakukan Ismail Sabri ini ialah beliau sedar cabaran di depannya adalah besar dan jawatan Perdana Menteri yang dipikulnya bukanlah anugerah selepas menang perang, namun merupakan amanah serta tanggungjawab yang harus ditunaikan sebaik mungkin.
Meskipun pertemuan beliau dengan pemimpin PH semalam menimbulkan pelbagai tafsiran – ada yang senang, cemas, susah hati dan tak mustahil ada yang mula mata bergenang, pada peringkat awal ini sekurang-kurangnya tiga perkara ini tidak harus dilepaskan peluang untuk dilakukannya.
Pertama, pada sessi Parlimen September akan datang ini, Ismail Sabri harus tidak berlengah lagi untuk mengabsahkan sokongan majoriti yang dimilikinya.
Jangan lagi meniru gaya Mahiaddin Md Yasin yang takut dengan Parlimen dan berlengah-lengah membenarkan sidang serta tergamak mendaruratkan institusi tersebut.
Dengan adanya jaminan Anwar dan PH semalam bahawa mereka akan menyokong undi percaya di Parlimen, ini adalah peluang terbaik untuk beliau membuktikan dirinya lebih jantan berbanding Mahiaddin serta untuk mengelakkan jawatan yang dipegangnya dipertikai serta diperlecehkan secara berterusan.
Walau bukan keperluan, tetapi dengan berani mengabsahkan jawatannya di Parlimen, gangguan tentang majoritinya tidak akan berbangkit lagi.
Ambillah teladan Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Badawi yang sebaik mereka dilantik sebagai Perdana Menteri, masing-masing telah bertindak mendapatkan mandat sokongan Ahli-Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Kedua, perkara yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat dalam minggu ini adalah pembentukan kabinet dan perlantikan menteri-menteri.
Berikutan pertemuan Ismail Sabri dengan Anwar, Mohamad Sabu dan Guan Eng semalam, bermakna inilah pertama kali Perdana Menteri bertemu pemimpin-pemimpin pembangkang terlebih dahulu sebelum beliau menyusun barisan kabinetnya
Dalam suasana krisis kesihatan, ekonomi dan politik yang sedang melanda negara, kalau tidak membentuk kerajaan perpaduan pun tidak mengapa. apa yang paling sederhana rakyat harapkan adalah kabinet kali ini sekurang-kurangnya mestilah ebih kecil dan tidak dibarisi mereka yang tidak berwibawa serta tidak berguna yang ada dalam era kepimpinan Mahiaddin sebelum ini.
Bentuklah kabinet yang kecil dengan menteri yang sedikit, tetapi di dalamnya penuh dengan pemimpin yang mempunyai otak yang besar, bukan pemimpin mulut besar dengan cakap atau kenyataan mereka lebih membuatkan rakyat meluat mendengarnya.
Dengan adanya jaminan PH untuk menyokong usul percaya juga, Ismail Sabri tidak perlu risau lagi untuk melantik atau mengenepikan sesiapa.
Malah beliau boleh tidak ambil peduli jika ada yang cuba mengugut atau mengancam menarik sokong lantaran tidak dilantik sebagai menteri atau tidak diberikan jawatan lebih besar daripada itu.
Pedulikan mereka, sekarang adalah masa untuk mengutamakan rakyat dan negara, bukan menjaga perut dan nafsu mereka yang haloba.
Ketiga, imej yang ada pada Ismail Sabri sekarang ialah beliau diangggap merupakan pewaris kerajaan gagal yang ditinggalkan Mahiaddin sebelum ini dan beliau beliau mesti segera keluar daripada persepsi itu.
Jika sususan kabinet, jumlah menteri dan mereka yang dilantik lebih memperlihatkan sikap tunduknya kepada faktor-faktor tertentu berasaskan kelompok atau parti, Ismail Sabri dijangka akan berdepan masalah yang sama atau mungkin lebih parah daripada Mahiaddin dahulu.
Lagi pun, PRU mungkin tidak berapa lama lagi perlu diadakan, pertengahan tahun depan sebaik-baiknya ia harus dilangsungkan untuk mengembalikkan kestabilan secara total kerana mandat yang ada sekarang adalah lanjutan daripada sebuah pengkhianatan.
Untuk itu, tidak perlu ada menteri yang ramai dan lebih tidak perlu juga untuk dilantik ialah muka-muka lama yang usang yang nampaknya masih kemaruk lagi untuk berada dalam kerajaan.
Bakat-bakat baru daripada kalangan pelapis parti atau profesional yang berkelayakan harus diberi peluang menunjukkan kedudukan mereka sebagai pelapis kepimpinan negara.Dengan tiga perkara di atas, jika diambil perhatian oleh Perdana Menteri selepas pertemuannya dengan pemimpin-pemimpin PH semalam, beliau akan lebih berpeluang untuk diterima serta diyakini dengan lebih baik lagi. 


ShahbudinHusin 26/08/2021.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/susulan-pertemuan-dengan-anwar-dan-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mungkinkah Anwar Merancang Strategi Lain Untuk Jatuhkan Ismail Sabri Pula

Mungkinkah Anwar Merancang Strategi Lain Untuk Jatuhkan Ismail Sabri Pula

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 220 hits
AGENDA DAILY Pemimpin pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri Foto kredit PMO Saya ucap terima kasih Ismail Sabri ini mewakili UMNO dan dia bincang deng...
Kerana Semangat Titah Tuanku Ismail Sabri Terpaksa Tolak No Anwar No Dap

Kerana Semangat Titah Tuanku Ismail Sabri Terpaksa Tolak No Anwar No Dap

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 231 hits
August 25 2021 Parti pembangkang tidak akan mempersulit kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kata Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim Kita beritahu kalau suasana dan program program itu agak ...
With Ismail Sabri And Anwar As Frontrunners Kit Siang Proposes Pm Dpm Combo

With Ismail Sabri And Anwar As Frontrunners Kit Siang Proposes Pm Dpm Combo

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 325 hits
Iskandar Puteri MP Lim Kit Siang has proposed that the two prime ministerial candidates from opposing coalitions form an alliance with one occupying the prime minister position and the other the deputy prime minister seat The DAP supremo di...
Antara Ismail Sabri Anwar Dan Shafie Siapa Lebih Berpeluang Jadi Pm

Antara Ismail Sabri Anwar Dan Shafie Siapa Lebih Berpeluang Jadi Pm

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 319 hits
rwan Muhammad ZainOgos 16 2021 KUALA LUMPUR Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri siapa yang akan mengisi jawatan tersebut dan membentuk kerajaan terus menjadi tanda tanya Antara nama yang disebut sebut Presiden P...
Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

Malaysia Perlukan Anwar Ibrahim Sebagai Pm Bukan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 449 hits
Oleh LIM KIT SIANG August 16 2021Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu untuk membawa masuk pasukan dan dasar dasar baharu yang boleh menghentikan kemusnahan akibat Covid 19 dan juga menyalakan semangat untuk Impia...
Ismail Lepaskan Peluang Keemasan Untuk Pulihkan Keyakinan Terhadap Negara

Ismail Lepaskan Peluang Keemasan Untuk Pulihkan Keyakinan Terhadap Negara

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 244 hits
MALAYSIA DATELINESelepas pertemuan bersejarah pemimpin pembangkang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub baru baru ini peluang terbuka cerah untuk membolehkan krisis keyakinan kepada kepimpinan negara pulih Rakyat juga dari ...
Mampukah Kabinet Ismail Sabri Bertahan Diserang Kem Zahid Dan Anwar

Mampukah Kabinet Ismail Sabri Bertahan Diserang Kem Zahid Dan Anwar

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 470 hits
agendadaily com28 8 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Pelbagai reaksi awal diberikan sejurus pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Resepi Nasi Goreng Kampung Simple Tapi Padu Confirm Jadi

Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah