Susukan Bayi Sejurus Selepas Lahir Sekerap Mungkin Untuk Kurangkan Demam Kuning Lagi Banyak Menyusu Lagi Cepat Sembuh


Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir. Kira-kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran.
Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis, doktor akan menyarankan agar bayi diberikan susu ibu dengan secukupnya. Tetapi dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi mungkin mengalami jaundis disebabkan susu ibu sendiri. Jadi, apakah sebenarnya kaitan antara bayi kuning dengan susu ibu?

Bagaimana jaundis berlaku
Jaundis berlaku apabila bayi mempunyai kadar bilirubin yang tinggi dalam darah mereka. Bilirubin adalah pigmen kuning yang dihasilkan semasa pecahan sel darah merah yang telah tua.
Bilirubin kebiasaannya melalui hati yang memprosesnya untuk disingkirkan melalui usus. Walau bagaimanapun, dalam bayi yang baru lahir, hati selalunya belum cukup berkembang dan mungkin tidak dapat menyingkirkan bilirubin daripada darah. Apabila terlalu banyak bilirubin dalam darah, ia boleh menetap di kulit. Ini menyebabkan kulit dan mata kelihatan kuning.
Selain masalah menyingkirkan bilirubin melalui hati dengan berkesan, bayi juga tidak mempunyai pergerakan usus yang cukup kerap. Salah satu manfaat kolostrum atau susu pertama bayi ialah ia membantu membersihkan usus bayi anda. Walaupun kolostrum hanya sebanyak satu sudu teh, ‘susu pertama’ ini akan membantu bayi anda membuang air. Jadi, jika bayi anda dipastikan menyusu secukupnya, bayi anda akan menerima banyak kolostrum dan akan menyebabkan banyak pergerakan usus, yang akan membantu bilirubin disingkirkan dengan cepat.

Susu ibu dan jaundis
Terdapat dua jenis jaundis yang berkaitan dengan penyusuan badan iaitu jaundis susu ibu (breast milk jaundice) dan jaundis penyusuan susu ibu (breastfeeding jaundice).Dalam kebanyakan hal, bayi anda mungkin mengalami jaundis penyusuan susu ibu, iaitu disebabkan tidak menyusu dengan mencukupi. Dalam keadaan ini, anda akan disarankan untuk menyusukan bayi anda sekerap mungkin, agar lebih banyak bilirubin dibuang daripada badan bayi.
Doktor anda mungkin akan menyarankan tip-tip berikut:
Sejurus selepas kelahiran, pegang bayi anda kulit ke kulit supaya menggalakkan bayi menekap di payudara. Letak bayi di dada sekerap mungkin. Susukan bayi sejurus selepas kelahiran dan sekerap mungkin dalam beberapa hari pertama. Lebih kerap bayi menyusu, lebih kerap bayi akan membuang dan menyingkirkan bilirubin. Pam susu anda untuk diberikan kepada bayi, jika perlu. Jika bayi anda kerap mengantuk, pam susu kolostrum dan berikan menggunakan cawan atau sudu. Hubungi konsultan laktasi untuk pemeriksaan teknik menyusu untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Ketahui isyarat lapar bayi anda dan segera bertindak balas! Jangan tunggu sampai bayi anda menangis untuk mula memberinya makan. Pastikan anda menyusu sekurang-kurangnya 8 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Jika bayi anda tidak bangun sendiri dalam tempoh 3 jam, kejutkan untuk menyusukannya. Buka pakaian bayi anda dan biarkan lampin sahaja agar bayi terjaga sewaktu menyusu dan menyusu dengan betul. Teruskan menyusu. Jangan memberikan air untuk menyingkirkan bilirubin.
Jaundis susu ibu (breast milk jaundice) pula adalah penyakit kuning dalam bayi yang berlaku seminggu selepas kelahiran. Keadaan ini sangat jarang berlaku dan dilaporkan terjadi dalam kurang daripada 3 peratus bayi. Keadaan ini kadang-kadang boleh bertahan sehingga 12 minggu, tetapi jarang menyebabkan komplikasi pada bayi yang sihat dan menyusu baik.
Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini boleh diwarisi dalam keluarga.
Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu. Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami jaundis susu melainkan atas arahan doktor. Susu ibu adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Ia membekalkan semua nutrien yang diperlukan dan melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan. American Academy of
Pediatrics mengesyorkan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari untuk enam bulan pertama kehidupan.
Punca sebenar jaundis susu ibu tidak diketahui. Walau bagaimanapun, ia mungkin terkait dengan bahan dalam susu ibu yang menghalang protein tertentu dalam hati bayi daripada memecahkan bilirubin. Keadaan ini boleh diwarisi dalam keluarga.
Maklumat ini mungkin menimbulkan kerisauan bagi para ibu yang mengesyaki anak mereka mengalami jaundis susu ibu. Pun begitu, anda tidak boleh berhenti menyusu jika anda khawatir bayi anda mungkin mengalami jaundis susu melainkan atas arahan doktor. Susu ibu adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Ia membekalkan semua nutrien yang diperlukan dan melindungi bayi daripada penyakit dan jangkitan. American Academy of
Pediatrics mengesyorkan bayi menyusu lapan hingga 12 kali sehari untuk enam bulan pertama kehidupan.
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Pa&Ma BF VIP Eksklusif mengalu-alukan ibu yang sedang hamil dan menyusu anak mendaftar sebagai peserta. Harga promosi pendaftaran peserta hanya RM20 sahaja. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/
(Followers Pa&Ma jom rileks jap, klik link ni! https://bit.ly/3fRSN23)
The post Susukan Bayi Sejurus Selepas Lahir & Sekerap Mungkin Untuk Kurangkan Demam Kuning, Lagi Banyak Menyusu Lagi Cepat Sembuh appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susukan-bayi-sejurus-selepas-lahir-sekerap-mungkin-untuk-kurangkan-demam-kuning-lagi-banyak-menyusu-lagi-cepat-sembuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Vaksin Covid 19 Semasa Kehamilan Melindungi Bayi Baru Lahir

Vaksin Covid 19 Semasa Kehamilan Melindungi Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 181 hits
Walaupun bayi tidak dapat menerima vaksin COVID sendiri mereka masih boleh mendapat manfaat daripada antibodi vaksin yang melalui plasenta atau susu ibu Wanita Hamil Yang Diberi Vaksin COVID 19 Memberi Perlindungan Kepada Bayi Baru Lahir Ka...
Sabakbernam Bayi Baru Lahir Mati Jatuh Mangkuk Tandas

Sabakbernam Bayi Baru Lahir Mati Jatuh Mangkuk Tandas

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 266 hits
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan maut dipercayai lemas selepas lemas akibat terjatuh dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Sekinchan di sini hari ini Bayi itu dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya yang berusia 37 tahun semasa hendak m...
Banyak Indikator Ekonomi Membaik Perekonomian Ri Diyakini Akan Cepat Pulih

Banyak Indikator Ekonomi Membaik Perekonomian Ri Diyakini Akan Cepat Pulih

papar berkaitan - pada 15/9/2021 - jumlah : 117 hits
Presiden Direktur PT Bank UOB Indonesia Hendra Gunawan meyakini bahwa perekonomian Indonesia akan cepat pulih Meski dia tidak memungkiri bahwa saat ini dunia masih dihadapkan pada situasi pandemi covid 19 yang menjadi tantangan bagi roda pe...
Pengasuh Beritahu Jatuh Walker Selepas Siasat Dipercayai Hempas Kepala Bayi Di Lantai

Pengasuh Beritahu Jatuh Walker Selepas Siasat Dipercayai Hempas Kepala Bayi Di Lantai

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 403 hits
Sampai hati Itu yang boleh digambarkan mengenai tindakan seorang pengasuh yang tiada hati dan perasaan kerana disyaki bertindak kasar pada anak asuhannya yang berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan Ipoh pada Khamis Be...
Dua Jenis Penyakit Mata Ini Banyak Berlaku Pada Bayi Kanak Kanak Buatlah Ujian Penglihatan Mata Seawal Yang Boleh

Dua Jenis Penyakit Mata Ini Banyak Berlaku Pada Bayi Kanak Kanak Buatlah Ujian Penglihatan Mata Seawal Yang Boleh

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 280 hits
Masih ada individu yang terkeliru atau tertukar di antara kondisi yang dikenali sebagai mata juling dengan mata malas Kenyataannya kedua dua keadaan kesihatan ini adalah berbeza sama sekali meskipun ia berlaku pada organ mata juga Untuk men...
Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

Penggemar Apam Balik Boleh Buat Sendiri Guna Resipi Mudah Ini Yang Penting Boleh Letak Banyak Jagung Kacang

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 518 hits
Sesiapa yang gemar makan apam balik tu sekarang dah boleh buat sendiri Lagi rangup dan lagi sedap Yang penting boleh letak banyak jagung dan apa apa bahan yang kita suka Ayak tepung bersama baking powder soda bikarbonat dan garam 2 Pukul te...
Bayi Baru Lahir Maut Terjatuh Dalam Lubang Tandas

Bayi Baru Lahir Maut Terjatuh Dalam Lubang Tandas

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 188 hits
The ReporterSeorang bayi lelaki meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang tandas sebaik sahaja dilahirkan di sebuah rumah di Parit 7 Sekinchan petang semalam Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis dalam kenyataan berkata ketika kejad...
Menyusu Kuat Comel Sangat Sangat 3 Jam Bersama Baby Ayash Hadiah Hari Lahir Terindah Shuib

Menyusu Kuat Comel Sangat Sangat 3 Jam Bersama Baby Ayash Hadiah Hari Lahir Terindah Shuib

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 199 hits
Sungguh pun bersedih dengan sambutan hari lahir tahun ini tanpa ditemani isteri tercintanya seperti tahun tahun terdahulu namun satu kegembiraan bagi Shuib bila mana akhirnya dia dapat bertemu anak keempatnya Ayash Affan hari ini Kata Shuib...
Xiaomi Mungkin Jadi Pengeluar Pertama Dengan Snapdragon 898 Yang Baru

Xiaomi Mungkin Jadi Pengeluar Pertama Dengan Snapdragon 898 Yang Baru

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 252 hits
Dalam beberapa siri pendedahan Xiaomi dikatakan dalam proses mengeluarkan telefon mercu yang baru 4 model yang disebut sebut adalah model Mi 12 Mi 12 Ultra K50 dan K50 Pro Dikatakan akan hadir dengan skrin OLED dan Super AMOLED peranti ters...
Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia

Get To Know About And Benefits Of Bulk Sms For Business

Uncover The Secrets Of Riversweeps The Online Casino That S Different

Vivo Malaysia Memperkenalkan Inisiatif Eksklusif Untuk Pengguna Celcomdigi Di Malaysia

Meet Studio Your New Favorite Way To Develop Wordpress Locally



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Le Clos Villa By Banca Architectes In Mouans Sartoux France

What You Should Know About New Construction Plumbing

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Kesarjanaan Yang Biasa Biasa Sahaja

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim