Susu Tak Ada Lepas Bersalin Risau Bayi Lapar Fahami Realiti Cabaran Penyusuan Sesudah Kelahiran


“Susu tak ada” biasa kita dengari dari ibu lepas bersalin. Kebimbangan bayi lapar sering menghantui. Ibu sebenarnya perlu fahami realiti dan cabaran penyusuan sebenar.
Susu tiada selepas bersalin adalah persoalan yang selalu bermain di fikiran mama selepas bersalin. Soalnya benarkah susu benar-benar tiada? Jangan cepat mengalah sehingga memberikan bayi susu formula.
Semua wanita  bergelar ibu pasti mempunyai impian untuk menyusukan sendiri bayi mereka. Kerana ia merupakan hadiah pertama paling berharga dan terbaik buat yang tersayang.
Menurut Kaunselor Laktasi, Noorfazila Abdul Rahman, susu ibu dicipta oleh Allah swt sebagai rezeki yang perlu disalurkan kepada anak melalui si ibu. Kebiasaannya ramai ibu terutama yang pertama kali melahirkan anak seakan hilang arah dan tiada panduan bagaimana dan apa yang perlu dilakukan sejurus selepas melahirkan bayi.
 
KURANG SOKONGAN & ILMU
Biasanya mereka memang bersungguh-sungguh untuk menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu tetapi dek kerana kurang sokongan dan ilmu berkenaan ini membuatkan mereka keliru apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Saya sungguh-sungguh tidak mahu perkara begini berlaku dan akhirnya membuatkan ibu dengan mudah percaya yang mereka TIADA SUSU dan tak mampu menyusukan anak sedangkan apa yang sepatutnya mereka lakukan tidak mereka lakukan.

SOKONGAN PADU DARI SUAMI DAN PERSEKITARAN
Ramai ibu beranggapan penyusuan merupakan suatu perkara yang mudah dan susu akan keluar dengan banyak sejurus selepas melahirkan sedangkan realitinya bukan lah seperti itu. Bukan mudah untuk menjayakannya jika tiada sokongan padu dari suami dan persekitaran. Kerana penyusuan bukan sahaja tanggungjawab seorang ibu malah tanggungjawab seorang ayah.
Saya terpanggil untuk menulis artikel ini, bila berdepan dengan situasi konflik seperti ini terutama bila melibatkan suatu tragedi sehingga meragut nyawa. Sebagai seorang ibu yang bersungguh-sungguh mahu menjayakan penyusuan susu ibu, ibu bapa seharusnya mula membuat persediaan awal sebelum kelahiran anak lagi.

MENCARI ILMU PENYUSUAN
Apa yang dimaksudkan dengan persediaan awal ini ialah mencari maklumat dan memenuhkan dada dengan ilmu penyusuan sebanyak yang boleh. Perkara utama yang perlu diketahui adalah bagaimana dan bila sebenarnya susu telah mula terhasil dan tersedia di dalam payudara ibu?
Susu tidak ada langsung selepas bersalin, apakah baby kelaparan? Kolustrum, bilakah waktu yang boleh ibu berikan kepada bayi? IA TERBENTUK SEJAK AWAL
Ramai ibu tidak menyedari dan tidak tahu yang sebenarnya badan ibu telah bersedia menghasilkan susu sejak dari peringkat awal kehamilan. Ianya dikenali sebagai Fasa Memogenesis yang berlaku sekitar minggu ke 7 atau ke 8 kehamilan. Seterusnya apabila kandungan masuk ke trimester kedua sekitar 16 – 24 minggu proses penghasilan susu (Laktogenesis 1) untuk menghasilkan kolostrum telah pun bermula.
Ini bermakna sejak dari  kandungan lagi payudara ibu telah pun menghasilkan susu! Hebatnya ciptaan Allah swt ini kerana Dia sediakan susu seawal usia kandungan 24 minggu kerana pada waktu ini ada bayi yang dilahirkan pramatang. Jadi walaupun ibu bersalin pramatang, ibu tetap mampu menyusukan anak dan tetap ada rezeki susu ibu buat si bayi.
Kolostrum merupakan susu pertama yang sangat berharga dan perlu diperolehi oleh bayi sebanyak yang boleh kerana di dalamnya terkandung banyak manfaat di antaranya zat antibodi yang disebut immunoglobulin. Selain terdapat antibodi, di dalam kolostrum terdapat faktor-faktor pertumbuhan yang berfungsi untuk menyempurnakan pertumbuhan dan perkembangan manusia dari bayi hingga dewasa.
SUSU TIDAK ADA SELEPAS BERSALIN?
Benarkah susu tiada langsung selepas bersalin? Jawapannya tidak benar! Setiap ibu yang melahirkan anak sudah mempunyai susu di dalam payudaranya kerana penghasilan kolostrum sudah bermula sejak 16 minggu usia kandungan cuma paras hormon ibu yang berbeza membuatkan ada ibu yang sudah mula keluar susu sejak sebelum melahirkan dan ada ibu yang hanya keluar pada hari ke 2-3 anak dilahirkan.
Jadi, untuk meningkatkan paras hormon prolaktin ini, rangsangan dari hisapan bayi sangat diperlukan terutama pada jam-jam pertama kelahiran. Sebab itulah ibu perlu mendapatkan anak secepat yang boleh untuk disusukan supaya proses pengeluaran susu akan lebih cepat berlaku.

Jadi setiap ibu perlu bersedia dan susukanlah anak anda dengan yakin tanpa ragu-ragu sama ada anak mendapat susu yang cukup atau tidak. Sememangnya bila puting payudara dipicit ia seakan tiada susu, kerana fizikal kolostrum yang pekat dan sangat sedikit sesuai dengan keperluan dan saiz perut bayi yang tersangat kecil.
Selain itu, warna kolostrum yang jernih pada awalnya dan kekuningan menyebabkan ia tidak kelihatan dan ibu tidak sedar kehadirannya. Hanya rangsangan kerap pada payudara saja yang dapat membantu kolostrum tersebut diterima oleh bayi anda. Jadi ibu tak perlu panic jika anda melalui situasi seperti ini kerana ianya sesuatu yang normal dan apa yang perlu anda lakukan hanyalah menyusukan anak sekerapnya termasuk disebelah malam.

Lebih kerap payudara ibu mendapat rangsangan lebih cepat kolostrum akan mula keluar, lebih banyak kolostrum akan diterima oleh bayi dan lebih banyak susu bakal terhasil. Jangan risau kerana bayi mampu bertahan selama 6 jam walaupun tanpa makanan kerana bekalan makanan yang diterima dari plasenta mampu menampung keperluan jam-jam pertama kehidupannya. Bila bayi menangis bukan lah semata-mata kerana dia kelaparan tapi banyak lagi factor lain yang menyebabkan bayi menangis. Jadi susukan lah anak anda kerana hanya penyusuan saja yang dapat menenangkan anak dan memberi keselesaan kepadanya.
Selain itu, ibu perlu memastikan pelekapan (latch on) yang betul dan posisi penyusuan yang tepat untuk memudahkan proses kelahiran.
The post Susu Tak Ada Lepas Bersalin, Risau Bayi Lapar! Fahami Realiti & Cabaran Penyusuan Sesudah Kelahiran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/susu-tak-ada-lepas-bersalin-risau-bayi-lapar-fahami-realiti-cabaran-penyusuan-sesudah-kelahiran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlulah Beli Pam Susu Awal Awal Tengok Dulu Kesesuaian Lepas Bersalin

Tak Perlulah Beli Pam Susu Awal Awal Tengok Dulu Kesesuaian Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 403 hits
Mesti ada ibu yang tertanya tanya bila waktu yang sesuai untuk beli pam susu kan Sebenarnya waktu yang sesuai ialah bergantung pada keadaan dan keperluan si ibu Mommies tidak perlu terburu buru membeli pam semasa awal kelahiran Dapatkan seb...
Bayi Nyaris Maut Bapa Terbancuh Susu Dengan Serbuk Racun Lipas

Bayi Nyaris Maut Bapa Terbancuh Susu Dengan Serbuk Racun Lipas

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 727 hits
Bayi perempuan berusia satu tahun mengalami masalah buah pinggang dan hati selepas bapanya secara tidak sengaja terbancuh susu bersama serbuk racun lipas lapor Mangsa Doudou dikejarkan ke hospital di Wuhan Hubei China selepas meminum susu y...
Jangan Cabut Pisau Bayi Meninggal Tertusuk Pisau Selepas Minta Susu Jururawat Kongsi Rawatan Awal Elak Risiko Kematian

Jangan Cabut Pisau Bayi Meninggal Tertusuk Pisau Selepas Minta Susu Jururawat Kongsi Rawatan Awal Elak Risiko Kematian

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 446 hits
Viral semalam kisah arwah adik Nur Qaisarah Medina Sufian 2 tahun dikatakan tertusuk pisau di bahagian perut ketika berada di rumahnya Mangsa meminta susu dengan ibunya sebelum ke dapur untuk mendapatkan neneknya dan terpijak pinggan Dia ke...
Dr Zubaidi Ingatkan Bayi Setahun Ke Bawah Hisap Susu Sendiri Bahaya Bila Bila Boleh Tersedak

Dr Zubaidi Ingatkan Bayi Setahun Ke Bawah Hisap Susu Sendiri Bahaya Bila Bila Boleh Tersedak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 398 hits
Ramai yang rasa bila bayi dah mula pandai pegang botol susu ibu bapa atau pengasuh akan membiarkan anak hisap susu sendiri Selalunya keadaan ini berjalan lancar tanpa ada masalah Bagaimana jika suatu hari bayi yang di bawah penjagaan tidak ...
Jarakkan Kehamilan Tak Bermaksud Tolak Rezeki Hamil Rapat Boleh Jadi Punca Isteri Meroyan Lepas Bersalin

Jarakkan Kehamilan Tak Bermaksud Tolak Rezeki Hamil Rapat Boleh Jadi Punca Isteri Meroyan Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 427 hits
Menjarakkan kehamilan atau merancang keluarga memang tanggungjawab bersama Dalam teruja menambah ahli keluarga jangan abai kesihatan mental fizikal isteri Dr Pegawai Perubatan daripada Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan asnak berkongsi pengala...
Suami Dipenjara 25 Tahun Kerana Paksa Isteri Melacur Untuk Beli Lampin Dan Susu Bayi

Suami Dipenjara 25 Tahun Kerana Paksa Isteri Melacur Untuk Beli Lampin Dan Susu Bayi

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 487 hits
The ReporterPenganggur berusia 27 tahun yang didakwa memaksa isterinya untuk melacur bagi memperoleh wang membeli lampin pakai buang serta susu bayi mereka dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun dan 24 sebatan hari ini lapor Asia One Tertuduh ...
Berat Dah Naik 88 4kg Datin Zizie Izette Nak Makan Semua Target Turunkan Berat Lepas Bersalin

Berat Dah Naik 88 4kg Datin Zizie Izette Nak Makan Semua Target Turunkan Berat Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 343 hits
Kenaikan berat badan semasa hamil memang tidak dapat dinafikan memuncak apabila di hujung kehamilan Naik hingga 88 4kg Datin Zizie Izette target turunkan berat lepas bersalin Datin Zizie Izette beritahu beratnya naik hingga 88 4kg saat meng...
Lima Minit Lepas Lahir Tempoh Penting Ibu Dan Bayi Terlambat Boleh Beri Risiko

Lima Minit Lepas Lahir Tempoh Penting Ibu Dan Bayi Terlambat Boleh Beri Risiko

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 286 hits
Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri Sebenarnya lima m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya