Susu Sikit Kadang Kadang Tak Keluar Elak Rasa Stress Ini 5 Tips Penyusuan Ketika Dalam Pantang


Memulakan langkah untuk menyusu ketika memulakan proses berpantang sememangnya agak sukar. Tanpa pengalaman menyusu, kurangnya ilmu pengetahuan, buat berpantang dan proses penyusuan anak menjadi sedikit sukar. Pun begitu, jangan jadikan tempoh ini sebagai tempoh yang begitu sulit sebaliknya mulakan langkah demi langkah untuk menyusukan anak dengan baik.
Tempoh berpantang 44 hari yang diamalkan oleh ibu-ibu di negara kini sememangnya satu tempoh untuk berlatih menyusukan anak sepenuhnya dan juga berehat daripada melakukan kerja rumah yang berat.
Menurut Pn Suraya Ali, Konsultan Susu Ibu daripada Lunatots, inilah masa untuk ibu belajar. Jangan mudah rasa tertekan. Ambil masa anda sebaiknya untuk memulakan menyusu anak dengan baik dan lancar. Bagi ibu berpantang, jadikan tip ini sebagai panduan.

Utamakan Proses Penyusuan
Ketika berpantang, menyusukan bayi adalah keutamaan berbanding aktiviti yang lain. Ramai ibu sudah merangka aktiviti yang akan dijalankan semasa dalam tempoh berpantang namun ibu perlu utamakan penyusuan. Ini tempoh paling penting untuk ibu dan bayi sepanjang kehidupan kita. Semasa di dalam pantang, ibu mungkin mengalami dua keadaan ini.
Keadaan pertama ialah susu ibu terlalu banyak. Ada juga yang runsing kerana setiap kali menyusu bayi dengan sebelah payudara, sebelah lagi turut mengeluarkan susu. Namun ibu jangan risau, semasa di dalam pantang, susu ibu dihasilkan dua atau tiga kali ganda lebih banyak dari keperluan. Ketika ini badan ibu belum dapat mengandaikan jumlah bayi yang bakal lahir lalu susu lebih dihasilkan jika ibu melahirkan lebih dari seorang bayi.
Selepas tempoh berpantang, badan ibu akan mula pandai menghasilkan susu secukupnya untuk jumlah bayi yang dilahirkan. Keadaan kedua ialah susu yang dihasilkan terlalu sedikit. Keadaan ini dialami ibu pada awal kelahiran iaitu di minggu pertama usia bayi.
Ini berlaku kerana susu awal iaitu kolustrum dihasilkan berbanding susu ibu matang. Cara mengendalikan perkara ini ialah ibu perlu menyusukan bayi tanpa melihat berapa jumlah kuantiti yang dihasilkannya.
Perut bayi semasa di hari ketiga kelahiran masih kecil anggaran saiz guli, jadi ibu tidak perlu menghasilkan susu yang banyak malah tidak perlu risau susu tidak mencukupi untuk bayi. Sekiranya ibu masih merasakan susunya sedikit selepas bayi berusia dua ke tiga minggu, ibu boleh berjumpa konsultan susu ibu untuk menyemak semula keadaan penyusuan mereka. Ibu boleh memeriksa samada jumlah susu sedikit ataupun tidak menerusi jumlah bayi kencing kurang daripada enam kali setiap hari.

Mula Menyimpan Stok Susu
Stok susu ibu sudah mula disimpan bermula dari hari keempat kelahiran. Ada juga ibu memulakan sesi mengepam stok sejak bayi berusia dua minggu ke atas dan ini bergantung kepada jadual kesesuaian masa ibu. Ibu digalakkan mengepam tiga kali sehari semasa dalam pantang untuk membiasakan badan ibu menghasilkan susu yang banyak dan selebihnya secara terus kepada bayi.
Elakkan mengepam susu seminggu atau dua minggu sebelum masuk bekerja kerana pada ketika ini susu ibu sudahpun cukup-cukup untuk keperluan bayi minum sepanjang dalam tempoh berpantang. Jika ibu baru membuat keputusan untuk mengepam dikhuatiri ibu akan merasa kecewa dengan jumlah dan kuantiti yang bakal diperolehi. Jadi mulakan lebih awal supaya susu makin berganda.
Jika ibu konsisten mengepam sepanjang dalam pantang, ibu akan menghasilkan stok susu yang mencukupi untuk bayi. Anggaran susu sehari yang diperlukan oleh bayi adalah dari 12 ke 15 oz sepanjang 10 jam ibu bekerja. Jadi ibu perlu mengepam susu untuk stok sekurang-kurangnya 7 hari. Ini bermakna 15 oz x 7 hari iaitu 105 oz. Bagi ibu yang sering outstation perlu simpan stok susu yang lebih banyak.

Makan dengan Sihat
Ramai ibu menjaga pemakanan dengan cara memilih sesetengah makanan sahaja seperti tidak berkuah atau hanya ikan sahaja tanpa sayur dan buah.
Ibu hamil yang menyusu memerlukan khasiat yang cukup untuk memelihara bayi dan menghasilkan susu ibu. Ibu seharusnya makan lima warna berbeza dalam pinggan ibu iaitu sayur, nasi, ayam, buah dan daging atau ikan.
Minum setiap kali terasa dahaga dan usah dibiarkan kering tekak tanpa air. Tanda-tanda kurang nutrisi ialah bila ibu merasa lesu dan kulit kering terutama di bahagian kuku. Air kencing yang terlalu pekat warnanya dan berbau juga adalah tanda ibu kurang air dan nutrisi.

Berlatih Menyusu di Tempat Awam
Ianya adalah a must-have-practise. Lebih awal ibu berlatih, ibu akan menjadi lebih cekap. Ibu mesti pastikan apabila bahagian hadapan baju diangkat untuk menyusukan, bahagian belakang baju tidak terangkat. Mulakan dengan latihan di depan cermin di rumah terlebih dahulu.
Untuk permulaan, ibu boleh ke lokasi yang mempunyai bilik menyusu terlebih dahulu seperti di beberapa buah pasaraya.
Kemudian ibu boleh mula menyusu di kerusi awam yang disediakan dengan kain penghadang ketika menyusu. Kemahiran menyusu bayi di tempat awam ini penting kerana bayi akan menyusu selama 2 tahun dan jika setiap kali ibu menyusu perlu ke bilik menyusu, ibu mungkin akan merasa sukar jika tidak dibiasakan. Ada juga ibu yang malu menyusu di tempat awam lantas menyingkatkan tempoh penyusuan bayi dengan memberikan susu formula. Elakkan perkara sebegini berlaku dengan cara berlatih terlebih awal. Lama kelamaan ibu akan terbiasa.
Berhubung dengan Konsultan Susu Ibu
Ibu seharusnya ambil perhatian akan teknik dan posisi penyusuan dan boleh membuat temujanji dengan konsultan susu ibu sekiranya menghadapi masalah untuk menyusu. Bertemu dengan konsultan secara terus dapat membantu ibu yang sedang menghadapi masalah penyusuan berbanding semakan di internet sahaja.
The post Susu Sikit & Kadang-Kadang Tak Keluar, Elak Rasa Stress, Ini 5 Tips Penyusuan Ketika Dalam Pantang! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susu-sikit-kadang-kadang-tak-keluar-elak-rasa-stress-ini-5-tips-penyusuan-ketika-dalam-pantang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lakukan 5 Tips Ini Jika Perut Rasa Kejang Dan Sakit Ketika Berlari

Lakukan 5 Tips Ini Jika Perut Rasa Kejang Dan Sakit Ketika Berlari

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 526 hits
Pernahkah anda rasa ketika berlari AKU PERNAH Ye kadang kadang masa jogging tu rasa macam sakit sakit perut Ada masa tu bukan nak membuang pun Tapi lepastu nanti aku stop la dulu Rasa sakit ini turut dikenali sebagai side stiches iaitu satu...
Perut Rasa Kejang Sakit Ketika Berlari Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

Perut Rasa Kejang Sakit Ketika Berlari Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

papar berkaitan - pada 8/10/2020 - jumlah : 545 hits
Perut Rasa Kejang Sakit Ketika Berlari Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini Pernahkah anda rasa ketika berlari Rasa sakit ini turut dikenali sebagai side stiches iaitu satu rasa sakit yang tajam dan menikam pada sisi perut Rasa sakit a...
Pengamal Media Diseru Patuh Sop Ketika Bertugas Elak Penularan Covid 19

Pengamal Media Diseru Patuh Sop Ketika Bertugas Elak Penularan Covid 19

papar berkaitan - pada 6/10/2020 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR 5 Okt Pengamal media diseru agar mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan kerajaan ketika bertugas bagi mengawal serta mengelak penularan jangkitan COVID 19 Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia Farah Marsh
Tips Penjagaan Pesakit Yang Baru Dibenarkan Keluar Dari Wad

Tips Penjagaan Pesakit Yang Baru Dibenarkan Keluar Dari Wad

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 285 hits
TIPS PENJAGAAN PESAKIT YANG BARU DIBENARKAN KELUAR DARI WAD Bagi pesakit yang baru dikeluarkan dari wad berkemungkinan pesakit masih belum berkeadaan betul betul sihat Pesakit mungkin masih dalam lemah walaupun keadaan mereka bertambah baik...
8 Tips To Reduce Stress

8 Tips To Reduce Stress

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 297 hits
Practice breathing exercises Close your eyes and concentrate on your breath Taking deep and slow breaths help in stress recovery by slowing your heart rate and by lowering your blood pressure Hence it has a calming effect on both your body ...
Tips Makanan Sihat Ketika Pandemic Dan Contoh Menu Sihat

Tips Makanan Sihat Ketika Pandemic Dan Contoh Menu Sihat

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 556 hits
Dalam kita menghadapi pandemik Covid 19 yang semakin teruk sekarang adalah sangat penting menjaga pemakanan supaya badan kita kuat dengan tingkatkan antibodi melawan penyakit dan virus Selain ambil supplement makanan juga harus lengkap dan ...
Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin Ibu Dalam Pantang Wajib Cuba

Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin Ibu Dalam Pantang Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 462 hits
Cara Mudah Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin Ibu Dalam Pantang Wajib Cuba l Assalamualaikum Kejap je dah nak masuk 6 bulan Ana bersalinkan Suraya Amna Rasa macam baru semalam duduk dekat labor room berlawan dengan sakit contraction ya a...
Baru Guna Ig Tu Yang Rasa Syok Sikit Pengikut Cecah 200 000 Ustaz Don Terharu Sokongan Peminat Di Media Sosial

Baru Guna Ig Tu Yang Rasa Syok Sikit Pengikut Cecah 200 000 Ustaz Don Terharu Sokongan Peminat Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 324 hits
Penceramah selebriti Ustaz Don Daniyal atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don meluahkan rasa terharu apabila laman sosial Instagramnya telah diikuti oleh hampir 200 000 pengikut Dalam entrinya yang terkini Ustaz Don mengucapkan terima kasih ...
5 Tips Memilih Protein Yang Baik

5 Tips Memilih Protein Yang Baik

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 324 hits
Assalamualaikum wbt 5 Tips Memilih Protein Yang Baik Setiap hari badan manusia normal memerlukan 45g hingga 67 5g sehari Adakah pengambilan protein harian anda mencukupi Apakah protein yang anda ambil juga protein yang baik Haa macam mana n...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation