Susu Rizqi Mamadil Pelbagai Perisa Kenyang Bertenaga Sepanjang Hari
Hari ni aku nak kongsi sikit tentang produk Susu Rizqi daripada Mamadil. Kalau korang nak tahu, Mamadil ni menyediakan produk-produk yang berkaitan skincare, supplements, kosmetik dan salah satu produk Mamadil yang tak asing lagi ialah Susu Rizqi.
Sebelum ini aku dah pernah cuba produk Mamadil Women Love. Korang boleh baca review aku Mamadil Women Love Untuk Kesihatan Dalaman & Luaran Wanita
Susu Rizqi Pelbagai Perisa
Susu Rizqi ni adalah susu yang berasaskan susu kambing asli. Terdapat 4 jenis perisa iaitu Coklat, Vanila, Stawberi dan Kurma. Antara bahan utama dalam susu rizqi adalah susu kambing, kuma, madu lebah, habbatus suda dan minyak zaitun. Difomulasikan dengan Gula Nano (gula yang sesuai untuk ibu hamil yang GDM)
Kandungan Bahan
Setiap satu bahan ni ada khasiat tersendiri dan terkandung dalam setiap paket susu Rizqi. Nak tahu kelebihan setiap bahan tu tak? Mari kita tengok satu persatu:
1. MaduDipercayai dapat menghaluskan kulit, memberi tenaga dan menyihatkan minda
2. Ekstrak KurmaBoleh memberi tenaga, membanttu pertumbuhan dan perkembangan dalam fizikal
3. KismisKismis sememangya terkenal untuk meningkatkan kekuatan memori dan tumpuan, kecerdasan minda dan juga untuk kecantikan kulit
4. Habatus SaudaIni pula membantu dalam merawat kulit, menambah tenaga dan susu badan dengan cepat
5. Ekstrak buah zaitunBuah zaitun ni sangat kaya dengan khasiat vitamin dan mineral. Selain tu ia berkesan untuk melembabkan kulit dan sangat baik untuk ibu hamil
6. Susu kambingSusu kambing ni pula adalah bahan asas untuk penjagaan kulit asli sejak dahulu yang berupaya untuk menghalus dan melembapkan kulit keseluruhannya
Untuk pengetahuan korang, Susu Rizqi ni adalah susu pertama di Malaysia yang khas untuk kulit sihat dan telah dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi. Dan sememangnya, produk ni telahpun diluluskan oleh KKM, Halal untuk diminum dan telah dianugerahkan Super Health Brand 2018/19
Kandungan utama Susu Rizqi Mamadil ni, iaitu Susu Kambing sebenarnya diimport khas dari Holland, dan kualiti keluarannya yang premium sangat dijamin. Dengan pengambilan susu ni, dapat bantu korang untuk selesaikan masalah yang korang hadapi dan kesannya boleh dirasai seawal 2 minggu
Kebaikan Susu Rizqi
Memandangkan kat atas kita dah tengok khasiat untuk bahan-bahannya, sekarang mari tengok kelebihan khas untuk Susu Rizqi pula. Antara kelebihannya ialah :
1. Membantu dalam menyihatkan kulit agar lebih bersih dan lebih berseri.2. Dapat membekalkan tenaga ekstrak untuk kerja seharian untuk anak-anak dan juga ibu bapa.3. Dapat membantu dalam penghadaman.4. Boleh meningkatkan kecerdasan minda bagi kanak-kanak.5. Membantu dalam penambahan susu bagi para ibu.
Susu ini juga sangat sesuai untuk seluruh isi keluarga dan juga ibu mengandung. Hah, kalau korang ni termasuk dalam kalangan mereka yang ada masalah kulit, sunburn, kulit kering, gatal dan menggelupas, mungkin dah tiba masanya untuk korang cuba minum Susu Rizqi ni
Susu Rizqi ni bukan sahaja sesuai untuk masalah kulit tapi juga sesuai diminum untuk kanak-kanak. Dengan rasa aiskrim, susu kambing tanpa rasa hamis ni sememangnya dapat membantu menceriakan hari kanak-kanak anda
Cara pengambilan Susu Rizqi
Susu ini disediakan dalam sachet jadi korang boleh bancuh dengan mudah. Korang hanya perlu :1 sachet pagi dan 1 sachet malam, air 150ml dan boleh diambil sebelum atau selepas makan (Untuk kanak-kanak)2 sachet dikacau sekali dan 300ml air (Untuk dewasa, ambil 2 sachet terus supaya dapat kesan lebih cepat!)
Rasanya sedap macam aiskrim dan manis berlemak. Nak campur dua jenis perisa sekali pun boleh. Nak buat jadikan resepi lain juga boleh. Boleh buat Red Velvet Cheese Cake ataupun Vanila Smoothie Durian Guna Susu Rizqi juga guys. Boleh cuba sendiri, sedap dan berkhasiat
Susu Rizqi Mamadil Pelbagai Perisa Kenyang & Bertenaga Sepanjang Hari
Kalau korang nak tahu Susu Rizqi ini pada mulanya mempunyai 3 jenis perisa sahaja iaitu perisa Vanila, Coklat dan Strawberi. Dan yang terbaru pula perisa Kurma. Mamadil 'release' perisa Kurma sebab ramai sangat pengemar Susu Rizqi ini nak perisa kurma. Tidak dinafikan aku sendiri penggemar susu perisa kurma.
Paling best kalau minum susu kurma semasa puasa. Tak lama lagi dah nak puasa kan? Korang dah ganti puasa ke belum? Jangan lupa tau cuba Susu Rizqi perisa kurma sebab sangat berbeza dengan susu kurma yang lain, bukan ada ekstrak kurma sahaja tetapi ekstrak buah tin sekali. Sedap minum masa sahur nanti kan.
Ganti puasa dengan Susu Rizqi, Kekal Bertenaga dari sahur sampai berbuka
Siapa di sini yang tak suka makan berat ketika sahur, minum sahaja susu rizqi perisa kurma. InsyaAllah korang pasti bertenaga dan rasa kenyang sepanjang hari. Mungkin ramai yang dah tahu petua untuk tahan lapar semasa berpuasa khususnya ketika hamil adalah dengan mengamalkan susu kurma ketika sahur akan menyebabkan perut berasa kenyang sepanjang hari walaupun tidak makan nasi.
Bukan itu sahaja, badan pun kurang letih dan walaupun dah berbuka korang kurang nak makan banyak sangat. Dan paling best kalau ada gastrik. Memang sangat baik untuk korang. Aku sendiri ada gastrik dan cuba amalkan minum susu kurma. Alhamdulillah perut aku tidak meragam.
Hah, lepas baca ni, korang dah ada niat tak nak beli? Kalau ada, cepat-cepat selitkan order korang. Jangan beli sembarang tau, setakat ini produk MAMADIL tidak dijual dimana-mana platform e-commerce seperti Shopee, Lazada dan lain-lain ya guys. Jadi elakkan membeli di platform tersebut.
Produk keluaran Mamadil ni hanya diedarkan kepada wakil jualan sah yang sudah berdaftar di bawah Mamadil. Sebelum buat pembelian tu, pastikan korang check dulu maklumat penjual tu tau. Korang boleh layari Dealer - MAMADIL untuk tengok nama dan no. ID penjual.
Kalau nama dorang tu tak wujud dalam sistem, korang jangan pergi beli dengan dorang pula ya. Kalau tak nak guna cara ni, korang boleh juga dapatkan Susu Rizqi Mamadil di 17 cawangan Mamadil yang ada di seluruh Malaysia.
Baiklah, sampai sini saja perkongsian aku tentang Susu Rizqi Mamadil ni. Kalau tengok review, memang banyak juga para ibu, wanita dan anak-anak yang suka sangat dengan produk ni. Apalagi, giliran korang pula untuk cuba. Manatau boleh jadi pengguna setia produk Mamadil ni. Sekian
Untuk maklumat lanjut :
Website : https://mamadil.com.my/Instagram : Mamadil Official StoreFacebook : https://www.facebook.com/MamadilMy
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.siinurul.com/2021/03/susu-rizqi-mamadil-pelbagai-perisa.html