Susu Ibu Vaksin Pertama Semulajadi Anak Simpanan Pula Demi Masa Depannya


Sempena sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia yang disambut pada bulan Ogos setiap tahun, Pa&Ma turut meraikan dengan menganjurkan kempen Pa&Ma Support BF bagi menyokong sepenuhnya usaha ini untuk memastikan penyusuan susu ibu dapat terus diberikan secara eksklusif kepada bayi baharu lahir. Paling istimewa tahun ini, kempen Pa&Ma Support BF digerakkan bersama dengan SSPN.
Komitmen ini sebagai salah satu usaha memastikan ibu bapa muda faham kepentingan susu ibu selain memahami cara yang betul untuk membuat simpanan awal bagi menjamin masa depan yang lebih baik.
Menariknya, sepanjang kempen ini digerakkan bersama SSPN, Pa&Ma telah berjaya mengadakan kolaborasi dengan lima tetamu jemputan untuk sesi Live SSPN x Pa&Ma yang akan diadakan bermula 17 hingga 21 Ogos ini melalui Facebook Pa&Ma pada jam 3 petang. Ia turut boleh ditonton melalui FB PTPTN.

Antara tetamu jemputannya adalah Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik & Ginekologi – Penyusuan Susu Ibu Dalam Norma Baharu Pasca Covid-19 (17 Ogos); Nazirah Nazir, Blogger & Penulis buku dengan tajuk – Cabaran Journey Seorang Ibu Menyusu (18 Ogos); Diana Amir – Pengaruh Selebriti & Media Sosial Promosi Penyusuan Susu Ibu (19 Ogos); Jururawat Laktasi Senior, Sujatha Rajalingam – Demo Posisi Penyusuan Yang Betul (20 Ogos) dan Datuk Dr Hamid Arshat, Pakar Obstetrik & Ginekologi – Pemakanan & Susu Ibu Ada Kaitankah? (21 Ogos).

Susu ibu ‘imunisasi’ pertama bayi
Ikatan antara ibu dan anak dah terjalin sejak dalam kandungan lagi. Selepas lahir hubungan ini makin erat apabila bayi terus dapat manfaat susu ibu paling kurang pada enam bulan pertama. Jika masih ada rezeki, ia boleh terus diberikan sehingga umur dua tahun.
Bukan itu saja, memberikan susu ibu dianggap vaksin pertama anak kerana mengandungi antibodi yang tinggi dan bertindak sebagai imunisasi khas selain suntikan lain yang wajib diambil. Selagi ada peluang buatlah yang terbaik kerana inilah pengorbanan ibu yang tiada pada seorang ayah.
Pentingnya buat simpanan untuk anak
Sebagaimana pentingnya penyusuan susu ibu kepada bayi, ibu bapa harus faham membuat simpanan anak seawal lahir juga sangat perlu. Hari ini cabaran membesarkan anak tak sama seperti zaman ibu bapa kita dulu.
Perlu ingat sebaik seorang anak itu lahir, menjadi tanggungjawab ibu bapa melakukan persediaan yang lebih baik. Ibu bapa bukan saja bertanggungjawab menyediakan keperluan asas tetapi dalam masa sama memikirkan jaminan pendidikan demi masa depan anak.
Mungkin ibu bapa dah mula berkira-kira membuat perancangan tabungan masa depan anak. Produk terbaik yang boleh diyakini sehingga hari ini adalah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) melalui dua produk simpanannya iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.
Perancangan kewangan pendidikan anak boleh dibuat dengan hanya komitmen serendah RM30 sebulan atau hanya RM1 sehari untuk SSPN-i Plus atau serendah RM20 untuk SSPN-i. Lagi awal mula, lagi bagus kerana lebih terjamin.
Selain itu, pelbagai manfaat simpanan akan diperoleh oleh ibu bapa sekiranya membuat simpanan untuk anak-anak seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000, perlindungan takaful, dividen yang kompetitif dan banyak lagi. Skim yang ditawarkan ini juga patuh Syariah dan paling penting simpanan dijamin kerajaan.

Cabutan WOW dengan hadiah lumayan
Paling best ada Cabutan WOW! dengan simpanan di SSPN-i Plus dan menawarkan hadiah menarik serta lumayan. Tempoh promosi Cabutan WOW! SSPN-i Plus ini akan berlangsung bermula 1 Julai hingga 31 Disember bagi Cabutan Bulanan manakala bagi Cabutan Tahunan pula bermula 1 Januari hingga 31 Disember setiap tahun.
Hadiah utama Cabutan Tahunan berupa kereta Mercedes Benz C200 FL AMG Line, tempat kedua berupa wang tunai RM50,000, tempat ketiga berupa RM30,000 dan hadiah saguhati RM500 untuk 1,000 orang pendeposit. Bagi Cabutan Bulanan, 20 orang pendeposit SSPN berpeluang meraih hadiah wang tunai RM2,020 pada setiap bulan.
Sebagai ibu bapa yang sayangkan anak, jadilah yang pertama untuk membuat simpanan demi masa depan anak. Tak rugi tapi sangat berbaloi kerana manfaat yang diperoleh itu semuanya demi kepentingan mereka.
Sayangkan anak, fikirkan masa depannya dengan memulakan simpanan sekarang. Pelaburan hari ini untuk jaminan masa depan mereka. Nampak sikit tapi hasilnya sangat wow!
The post Susu Ibu Vaksin Pertama Semulajadi Anak. Simpanan Pula Demi Masa Depannya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/susu-ibu-vaksin-pertama-semulajadi-anak-simpanan-pula-demi-masa-depannya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Bersalin Terus Susukan Anak Susu Kolostrum Ibu Nampak Sedikit Tapi Cukup Buat Bayi Baru Lahir

Lepas Bersalin Terus Susukan Anak Susu Kolostrum Ibu Nampak Sedikit Tapi Cukup Buat Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 430 hits
Ibu ibu yang baru melahirkan memang digalakkan untuk membuat penyusuan eksklusif kepada bayi sekurang kurangnya selama 6 bulan pertama Jika boleh diteruskan sehingga usia anak anak 2 tahun itu merupakan satu bonus yang bukan sahaja baik unt...
Kejar Masa Pergi Kerja Hadiri Mesyuarat Punca Ibu Bapa Lupa Anak Dalam Kereta

Kejar Masa Pergi Kerja Hadiri Mesyuarat Punca Ibu Bapa Lupa Anak Dalam Kereta

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 438 hits
Kebanyakan kes kematian kanak kanak atau bayi dalam kenderaan disebabkan ibu bapa bekerja atau menghadiri mesyuarat sehingga terlupa anak berada di dalam kereta Demikian rekod Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang mana...
Bapa Nekad Curi Telefon Demi Kelas Online Anak 3 Cara Buat Ibu Bapa Gembira

Bapa Nekad Curi Telefon Demi Kelas Online Anak 3 Cara Buat Ibu Bapa Gembira

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 550 hits
Kasih ibu sampai ke syurga kasih ayah sepanjang masa Itulah ibaratnya kisah anak dan bapa ini yang mana bapanya nekad mencuri telefon yang dijumpainya bagi membolehkan anaknya mengikuti kelas online ketika musim pandemik Covid 19 ini Perbua...
Tiap Tiap Hari Susu Ibu Berubah Rasa Sebab Itulah Bila Anak Menyusu Nak Lepas Susah

Tiap Tiap Hari Susu Ibu Berubah Rasa Sebab Itulah Bila Anak Menyusu Nak Lepas Susah

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 409 hits
Percaya tak susu ibu ni rasanya berlainan setiap hari mengikut jenis makanan yang ibu makan Sebab itulah bila kita menyusu bayi sebolehnya bayi tak mahu lepas Perasan tak Beruntung sangat bayi kita kerana apa yang kita makan itulah yang dia...
Minuman Penggalak Susu Ibu Semulajadi Kos Tak Sampai Rm20 Dapat Buat Stok Banyak

Minuman Penggalak Susu Ibu Semulajadi Kos Tak Sampai Rm20 Dapat Buat Stok Banyak

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 325 hits
Selepas bersalin kebanyakan ibu akan cuba untuk menyesuaikan diri menyusukan anak Bagi yang pernah ada pengalaman mungkin tiada masalah tetapi jika baru pertama kali bergelar ibu ia satu cabaran Apatah lagi bila susu tak keluar bayi dah mul...
Sebab Sayanglah Nak Bagi Susu Ibu Walaupun Anak Tak Sah Taraf Saya Tetap Ibunya

Sebab Sayanglah Nak Bagi Susu Ibu Walaupun Anak Tak Sah Taraf Saya Tetap Ibunya

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 353 hits
Setiap orang ujian yang dilalui tak sama Namun bagaimana seseorang itu menempuhinya terletak dalam diri kita sendiri Ada orang hidupnya sempurna sejak dari kecil sehinggalah besar Ada pula yang pernah melalui peristiwa hitam dalam hidup seh...
Dia Kena Bayar Air Susu Saya Ibu Kecewa Anak Bekeras Langgar Wasiat Arwah Suami Berebut Harta

Dia Kena Bayar Air Susu Saya Ibu Kecewa Anak Bekeras Langgar Wasiat Arwah Suami Berebut Harta

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 488 hits
Seorang ibu di Mahkamah Agama di Praya Lombok Tengah Indonesia mengisytiharkan dirinya tidak menghalalkan setitis pun air susu badan buat anak lelakinya Wanita itu yang berusia 52 tahun bertindak demikian gara gara kecewa dengan anaknya lel...
Risau Anak Tak Nak Makan Bila Tumbuh Gigi Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat Kurangkan Rasa Sakit Si Kecil Masa Teething

Risau Anak Tak Nak Makan Bila Tumbuh Gigi Ini Yang Ibu Ayah Kena Buat Kurangkan Rasa Sakit Si Kecil Masa Teething

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 455 hits
Mama papa mesti seronok bila nampak ada gigi yang mula tumbuh pada si kecil Tapi bila anak mula nak tumbuh gigi mereka biasanya jadi tak selesa dan menolak untuk makan Bila wujud keadaan ini pastinya mama papa risau apa yang perlu dilakukan...
Usia Anak Dah Setahun Tapi Haid Masih Belum Datang Ini Yang Ibu Perlu Periksa

Usia Anak Dah Setahun Tapi Haid Masih Belum Datang Ini Yang Ibu Perlu Periksa

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 587 hits
Haid yang datang lambat selepas melahirkan anak adalah perkara biasa Keadaan ini berlaku bagi membolehkan hormon kembali stabil Pun begitu haid yang terlalu lambat sebenarnya membimbangkan Jangan berdiam diri Jika ini yang terjadi ada baikn...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

The Day Niagara Falls Stopped A Forgotten Natural Phenomenon Of 1848

Hukum Membeli Perangkat Lunak Komputer Bajakan

Bot Terbalik Di Perairan Tanjung Harapan 3 Termasuk Bayi Maut Dan 2 Masih Hilang

Lima Mangsa Kemalangan Maut Jerantut Feri Telah Dikenalpasti Buat Pusingan U Secara Mengejut Jadi Punca


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidil Adha

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Kasih Tak Minta

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Dalami Erti Pengorbanan Pesan Sultan Pahang Tengku Ampuan Sempena Menyambut Hari Raya Aidiladha