Kejar Masa Pergi Kerja Hadiri Mesyuarat Punca Ibu Bapa Lupa Anak Dalam Kereta


Kebanyakan kes kematian kanak-kanak atau bayi dalam kenderaan disebabkan ibu bapa bekerja atau menghadiri mesyuarat sehingga terlupa anak berada di dalam kereta.
Demikian rekod Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang mana mengikut perangkaan kementerian itu, enam kanak-kanak dilaporkan meninggal dunia di dalam kenderaan yang masing-masing dua kes berlaku pada 2020, 2019 dan 2018.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, walaupun bilangan kes itu kecil namun kementerian memandang serius mengenai kes kematian kanak-kanak dan bayi akibat di tinggalkan ibu bapa di dalam kenderaan.
Gambar Hiasan “Ini kerana ia membabitkan kehilangan nyawa dan memberikan kesan besar kepada keluarga berkenaan.
“Selain mengambil tindakan mengikut undang-undang sedia ada, kementerian juga menyediakan khidmat kaunseling kepada ibu bapa dan keluarga kanak-kanak terbabit sebagai langkah intervensi.
“Kita juga memberikan kesedaran kepada ibu bapa mengenai pelbagai perkara termasuk risiko tertinggal dalam kereta, pemakaian kerusi keselamatan kanak-kanak ketika berada dalam kenderaan dan sebagainya,” katanya pada sesi persidangan Dewan Rakyat.
Jangan letak bayi belakang tempat duduk pemandu
Sementara itu, Siti Zailah berkata, kementerian juga bekerjasama dengan agensi lain bagi menjalankan kempen pendidikan dan advokasi serta meningkatkan kesedaran awam mengenai isu itu kepada ibu bapa, penjaga dan masyarakat termasuk melalui kursus keselamatan keluarga, kursus pra perkahwinan serta kursus ilmu kekeluargaan.
Katanya, kementerian juga banyak menerima maklum balas daripada keluarga dan masyarakat yang dibincangkan bersama Institut Keselamatan Jalan Raya dan Majlis Keselamatan Jalan Raya.
“Antara perbincangan termasuk bayi tidak boleh diletakkan di belakang tempat duduk pemandu kerana ia adalah titik buta.
“Selain itu, meletakkan beg barang keperluan anak di tempat duduk hadapan sebagai peringatan anak berada di dalam kereta berkenaan.
“Masyarakat juga harus memainkan peranan dengan melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ternampak ada anak-anak ditinggalkan di dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa sekali gus mengelakkan kes kematian kanak-kanak yang ditinggal dalam kereta daripada berlaku,” katanya.
Gambar Hiasan Pindaan hukuman 
Menurutnya, kementerian meminda Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 bagi memasukkan perkataan ‘bertindak secara cuai’ dan membolehkan hukuman lebih berat dikenakan kepada ibu bapa, penjaga dan mereka yang cuai dalam kes seumpamanya.
Beliau berkata, pindaan berkenaan juga merangkumi hukuman lebih berat terhadap mereka yang melakukan penganiayaan, pembuangan, pengabaian dan pendedahan kanak-kanak kepada bahaya.
“Pindaan dibuat pada 2016 membolehkan mereka yang cuai, melakukan pengabaian, penderaan dan pembuangan bayi dikenakan hukuman lebih berat misalnya hukuman penjara dinaikkan daripada 10 kepada 20 tahun atau denda ditingkatkan daripada RM20,000 kepada RM50,000 atau kedua-kedua selain hukuman khidmat masyarakat sebagai hukuman mandatori,” katanya
Sumber: Metro
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi

The post Kejar Masa Pergi Kerja & Hadiri Mesyuarat Punca Ibu Bapa Lupa Anak Dalam Kereta appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kejar-masa-pergi-kerja-hadiri-mesyuarat-punca-ibu-bapa-lupa-anak-dalam-kereta/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dbkl Kecewa Ibu Bapa Didawak Bawa Anak Main Di Taman Permaianan Walau Notis Penutupan Sudah Ditampal

Dbkl Kecewa Ibu Bapa Didawak Bawa Anak Main Di Taman Permaianan Walau Notis Penutupan Sudah Ditampal

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 347 hits
PUTRAJAYA 27 Julai Bapak borek anak rintik Itulah perumpaan paling tepat ditujukan buat segelintir ibu bapa yang mengajar anak anak melanggar undang undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menerusi satu hantaran di Facebook meluahkan rasa kecew...
Anak Kita Masih Kecil Kehilangan Ibu Bapa Di Usia Muda Beri Kesan Pada Emosi Beringatlah

Anak Kita Masih Kecil Kehilangan Ibu Bapa Di Usia Muda Beri Kesan Pada Emosi Beringatlah

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 356 hits
Hari ini banyak kes kematian mengejut melibatkan ibu bapa muda yang masih mempunyai anak anak kecil Kebanyakan kes kematian berlaku secara mengejut dan tanpa sebarang sejarah penyakit yang berbahaya Ya memang benar ajal maut Tuhan yang mene...
Bahaya Sosej Kepada Anak Anak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Bahaya Sosej Kepada Anak Anak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 1/8/2020 - jumlah : 667 hits
Bahaya Makan Sosej Berlebihan Untuk Anak Anak Ini Isi Kandungan Sebenar SosejRamai di kalangan anak anak kita yang gemar memakan sosej kerana rasanya seolah olah sepeerti ayam atau daging Sehinggakan ada ibu bapa yang menjadikan sosej sebag...
Hukuman Berat Ibu Bapa Tinggal Anak Dalam Kenderaan Zailah

Hukuman Berat Ibu Bapa Tinggal Anak Dalam Kenderaan Zailah

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 243 hits
Timbalan Menteri Wanita dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff KUALA LUMPUR Kerajaan memandang serius terhadap isu ibu bapa yang cuai dengan meninggalkan anak atau bayi mereka di dalam kenderaan sehingga ...
Bapa Nekad Curi Telefon Demi Kelas Online Anak 3 Cara Buat Ibu Bapa Gembira

Bapa Nekad Curi Telefon Demi Kelas Online Anak 3 Cara Buat Ibu Bapa Gembira

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 514 hits
Kasih ibu sampai ke syurga kasih ayah sepanjang masa Itulah ibaratnya kisah anak dan bapa ini yang mana bapanya nekad mencuri telefon yang dijumpainya bagi membolehkan anaknya mengikuti kelas online ketika musim pandemik Covid 19 ini Perbua...
Tinggalkan Sekejap Anak 2 Tahun Dalam Kereta Ibu Cemas Kereta Terkunci

Tinggalkan Sekejap Anak 2 Tahun Dalam Kereta Ibu Cemas Kereta Terkunci

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 314 hits
Hanya kerana tinggalkan sekejap anak berusia dua tahun yang sedang menyusu botol dalam kereta kerana menghantar anak yang lain masuk sekolah seorang ibu berdepan detik cemas Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Yunus Ali beliau bersama anggota Ja...
Ibu Pergi Sehari Sebelum Majlis Nikah Anak Takziah Tahniah Silih Berganti

Ibu Pergi Sehari Sebelum Majlis Nikah Anak Takziah Tahniah Silih Berganti

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 355 hits
Menurut nuna ibu mertuanya telah mengalami kemalangan jalan raya sehingga meninggal dunia iaitu sehari sebelum dia dan suami bernikah Tarikh yang banyak kenanganNuna memaklumkan bahawa pada tarikh pernikahan mereka sememangnya menyimpan ban...
Hilang Bapa Raya Ke 2 Anak Anggota Pdrm Pergi Sekolah Dihantar Ketua Polis Pj

Hilang Bapa Raya Ke 2 Anak Anggota Pdrm Pergi Sekolah Dihantar Ketua Polis Pj

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 394 hits
Nama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memang tidak asing lagi dalam kalangan warganet kerana sikap kerendahan hati yang ditunjukkan oleh beliau amat mencuri perhatian pelayar internet Pada hari ini menerusi Facebook rasmi Polis Daerah Petal...
Firearms Possession And Regulations In Malaysia Public Safety Must Remain A Priority

Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Developer Avoids Jail Over Rm9 5mil Illicit Payment In Mara Inc S Aussie Property Deal

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

Curi Beg Tangan Jenama Produk Kecantikan Pasangan Kekasih Dipenjara 44 Hari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Selepas Beratur 30 Minit Di Damascus Bukit Bintang

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Top Marketing Strategies For Buzz

Larian Hari Wilayah Persekutuan 2025

Tapak Niaga Berhawa Dingin Rm13 Sehari Di Expo Raya Galaxy Mall Ampang Anjuran Ppim Ehailing Fm 11 02 2025

10 Gambaran Teknologi Masa Hadapan Oleh Orang Di Era Dulu Kala