Susu Ibu Tahan Berapa Lama Ini Panduan Urus Yang Betul


Tahukah anda susu ibu tahan berapa lama selepas ia dipam, dibekukan dan dicairkan?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi mengenai persoalan tentang susu ibu tahan berapa lama dan tips penyimpanannya yang betul.
Baca juga:
Susu Ibu Mengandung Cara Banyakkan Susu Badan Susu Formula Bayi Apa itu susu ibu? Mom Into Fitness Susu ibu adalah makanan yang cukup sempurna kepada bayi yang baru dilahirkan. Ia membekalkan tenaga dan nutrien dalam kadar yang tepat untuk bayi anda membesar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mengesyorkan untuk menyusukan bayi anda selama kira-kira 6 bulan.
Hal ini kerana penyusuan susu ibu adalah satu-satunya sumber nutrisi untuk bayi yang selamat.
Bahkan bayi yang sudah mula makan makanan pejal masih disarankan untuk meneruskan penyusuan selama mana bayi anda mahu iaitu selama 2 tahun atau lebih.
Susu ibu tahan berapa lama? Pampers 1. Susu ibu tahan berapa lama dalam suhu bilik Tempoh masa susu ibu boleh bertahan pada suhu bilik bergantung pada jenisnya.
Susu ibu yang baru dipam boleh disimpan pada suhu bilik (tidak lebih panas daripada 77° F) sehingga empat jam jika ia tidak berada di bawah cahaya matahari langsung atau berdekatan dengan sumber haba lain.
Manakala susu ibu yang telah dicairkan dan beku sebelum ini boleh kekal pada suhu bilik selama satu hingga dua jam.
2. Susu ibu tahan berapa lama di ruang sejuk beku (freezer) Susu ibu tahan berapa lama dalam ruang sejuk beku atau freezer? Anda boleh simpan susu ibu di dalam chiller yang suhunya (0°F atau −18°C) sehingga 12 bulan.
Namun tempoh penyimpanan yang terbaik adalah dalam tempoh enam bulan.
Lebih cepat anda menggunakan susu tersebut adalah lebih baik kerana tempoh penyimpanan yang lebih lama boleh mengurangkan kandungan vitamin C di dalamnya.
3. Susu ibu tahan berapa lama di ruang pendingin peti sejuk (chiller) Tempoh masa susu ibu tahan berapa lama di ruang chiller adalah bergantung pada keadaannya.
Susu ibu yang baru dipam boleh disimpan di bahagian belakang peti sejuk (39° F atau 4° C) sehingga empat hari.
Manakala susu yang telah dicairkan dan beku sebelum ini boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 24 jam sebelum anda perlu membuangnya.
Jangan sekali-kali membekukan semula susu ibu selepas ia dicairkan.
Garis panduan penyimpanan susu ibu Jenis Susu IbuAtas meja (77°F (25°C) atau lebih sejuk (suhu bilik)Peti sejuk 40°F (4°C)Peti sejuk beku 0°F (-18°C) atau lebih sejukBaru dipamSehingga 4 jamSehingga 4 hariDalam tempoh 6 bulan adalah yang terbaik sehingga 12 bulanDicairkan, sebelum dibekukan1-2 jamSehingga 1 hari (24 jam)Jangan sesekali membekukan semula susu selepas ia dicairkanSisa susu (bayi tidak habis minum)Gunakan dalam masa 2 jam selepas bayi selesai menyusuGunakan dalam masa 2 jam selepas bayi selesai menyusuGunakan dalam masa 2 jam selepas bayi selesai menyusu Cara ajar bayi minum susu yang diperah Tips ini sangat membantu untuk para ibu yang mahu memberikan penyusuan badan sepenuhnya kepada bayi tetapi terikat dengan komitmen kerja.
Berikut adalah jadual yang boleh dijadikan panduan:
Masa MenyusuHari 1-3Hari 4-6Hari 7-9Hari 10-13Minum pagi 7.30-9.00 pagiSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperahMinum pagi 10.00-11.30 pagiSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperahSusu yang diperahMakan tengah hari 12.00-1.30 tghSusu ibuSusu ibuSusu yang diperahSusu yang diperahMinum petang 2.00-4.00 ptgSusu ibuSusu ibuSusu ibuSusu yang diperah Tips memerah susu ibu (tangan) Cuci tangan menggunakan air dan sabun. Letakkan ibu jari di aroela pada bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawa payudara. Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada. Pusing dan perah ia dari semua arah. Teruskan langkah yang sama pada payudara yang sebelah lagi. Tips memerah susu ibu (mesin pam) Cuci tangan menggunakan air dan sabun. Duduk dalam keadaan yang selesa. Pasang pam seperti mana yang ditetapkan dalam manual. Pastikan puting diletakkan di tengah terowong pam dan tidak bergeser dengan bahagian tepi corong. Sekiranya perlu, ubah kedudukan corong ataupun puting agar benar-benar sesuai dengan saiz puting ibu. Mulakan memerah. Cara menyimpan dan menyediakan susu ibu dengan selamat Mama’s Choice 1. Sebelum mengeluarkan atau mengepam susu
Basuh tangan dan semua bekas penyimpanan dengan bersih. Labelkan tarikh susu diperah pada setiap bekas.
Anda boleh sertakan sekali nama anak jika susu tersebut itu nantinya akan diberikan kepada pengasuh anak.
2. Simpan susu dalam jumlah yang sedikit
Kuantiti yang terbaik adalah 2 hingga 4 auns untuk mengelakkan berlakunya pembaziran.
Sekiranya ada baki susu ibu yang tertinggal dalam botol selepas bayi selesai menyusu, ia hendaklah digunakan dalam masa 2 jam atau jika disejukkan dengan cepat, ia boleh digunakan untuk penyusuan seterusnya.
Pilih bekas yang sesuai menggunakan bekas platik, kaca, botol tanpa puting yang bebas BPA (free BPA).
3. Sejukkan susu sejurus selepas ia diperah / di pam
Susu yang baru diperah boleh kekal pada suhu bilik (sehingga 77°F atau 25°C) sehingga 4 jam atau sehingga 6 hingga 8 jam jika diperah dengan cara yang betul.
Bagaimanapun adalah lebih baik untuk menyejukkan badan secepat mungkin.
4. Suhu yang paling baik untuk simpan susu
Susu ibu paling baik disimpan di bahagian belakang peti sejuk (39°F atau 4°C), di mana terdapatnya suhu yang naik dan turun.
Sebaiknya gunakan susu ibu yang disejukkan dalam tempoh 4 hari.
5. Memanaskan susu ibu dari peti sejuk
Letakkan botol dalam mangkuk berisi air suam atau siramkannya di bawah air suam.
Memanaskan susu ibu dalam gelombang mikro adalah tiak selamat kerana ia berisiko melecurkan bayi anda dengan susu panas.
6. Bekukan susu jika tidak digunakan dalam masa 48-72 jam
Susu ibu boleh mengembang apabila ia dibekukan, justeru jangan isi susu sehingga ke bahagian atas bekas simpanan.
Ingat, susu perlu disimpan di belakang peti sejuk bukan di bahagian pintu. Susu ibu tahan berapa lama pula dalam peti sejuk?
Sekiranya anda membekukan susu di dalam peti sejuk yang mempunyai pintu berasingan (0°F atau −18°C), susu boleh dibekukan sehingga 9 bulan.
Namun jika anda simpan dalam peti sejuk biasa (−4°F atau −20°C), susu boleh dibekukan sehingga 12 bulan.
7. Mencairkan susu dari peti sejuk
Untuk mencairkan susu, anda boleh letakkan botol atau beg di dalam peti sejuk semalaman, lalu alirkan di bawah air suam atau boleh juga letakkan ia dalam bekas berisi air suam.
Ingat jangan sesekali memanaskan susu ibu dalam gelombang mikro kerana ia tidak selamat.
8. Setelah susu ibu dicairkan
Setelah susu ibu dicairkan anda boleh simpan dalam peti sejuk. Ia paling baik digunakan dalam masa 24 jam atau dalam masa 48-72 jam.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan susu ibu tahan berapa lama dalam beberapa keadaan dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
Proper Storage and Preparation of Breast Milk. Centers for Disease Control and Prevention Tips for Freezing & Refrigerating Breast Milk. Healthy Children Breast Milk Storage Guidelines. What To Expect Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja. My Health

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/susu-ibu-tahan-berapa-lama/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=susu-ibu-tahan-berapa-lama

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Ibu Mengandung 15 Pilihan Dengan Nutrisi Terbaik

Susu Ibu Mengandung 15 Pilihan Dengan Nutrisi Terbaik

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 121 hits
Susu ibu mengandung memainkan peranan penting dalam pengambilan nutrisi semasa hamil Mereka perlu mengekalkan pengambilan nutrisi yang seimbang untuk menyokong perkembangan janin yang optimum Salah satu komponen penting dalam pengambilan di...
Ibu Hamil Minumlah Susu Bagus Untuk Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

Ibu Hamil Minumlah Susu Bagus Untuk Perkembangan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 86 hits
minumlah Ini kerana susu mengandungi nutrien penting yang dapat mengekalkan kesihatan tubuh bakal ibu seperti kalsium dan vitamin D juga membekalkan nutrisi serta membantu perkembangan bayi dalam kandungan Ada sesetengah tidak boleh minum y...
Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah Boleh Ke Bagi Pada Anak

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah Boleh Ke Bagi Pada Anak

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 84 hits
Pengalaman menyusukan anak pertama kali memang mendebarkan Ditambah pula dengan pengalaman dan ilmu yang cetek rasa serba tidak kena Tambah cemas bila mana kurang pengalaman ketika menyusu sehingga payudara melecet dan berdarah Susu akhirny...
Ni Bukan Di Penang Penang Buat Umah Bagi Rakyat Dia Duduk Sewa Bayaq Lama Lama Jadi Hak Milik

Ni Bukan Di Penang Penang Buat Umah Bagi Rakyat Dia Duduk Sewa Bayaq Lama Lama Jadi Hak Milik

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 71 hits
Nasrun AmirSaya merayu bagi pihak tuan rumah Ibu tunggal anak 12 seorang sudah meninggal Sekarang tinggal di rumah bersaiz 10x10 Tempat tidur dan tempat memasak pun di situ Kg Machang Manis Jelor Bantu lah
Dah Lama Tak Dilihat Bersama Peminat Teruja Lihat Interaksi Terkini Jisoo Bp Jung Haein

Dah Lama Tak Dilihat Bersama Peminat Teruja Lihat Interaksi Terkini Jisoo Bp Jung Haein

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 82 hits
Meskipun drama Snowdrop dah lama tamat pasti ramai yang masih rindu untuk lihat gandingan Ji soo bersama Jung Hae in kan ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Ji soo BLACKPINK telah memuat naik beberapa foto baru di Instagram peribadinya beserta kapsye...
Menyampaikan Sumbangan Kepada Rakan Lama

Menyampaikan Sumbangan Kepada Rakan Lama

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 116 hits
W FAUDZIN Semalam Setiausaha Politik saya saudara Farhan Fauzi turut menziarahi saudara Kamarul Hatta seorang otai reformis yang kini berdepan musibah kesihatan Mana mungkin saya lupa pengorbanan Saudara Hatta yang menjadi pendukung utama p...
E Dereg Sistem Pelupusan Kereta Lama Secara Online

E Dereg Sistem Pelupusan Kereta Lama Secara Online

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 117 hits
Baru baru ini kerajaan telah memperkenalka satu inisiatif atau sistem baru dikenali esbagai E Dereg untuk memudahkan proses membatalkan pendaftaran kenderaan Masalah lambakan kereta buruk yang diletakkan merata rata merupakan antar masalah ...
Lemur Akan Pupus Tidak Lama Lagi Jika Tiada Bantuan Tiba

Lemur Akan Pupus Tidak Lama Lagi Jika Tiada Bantuan Tiba

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 94 hits
Lemur haiwan primat yang tinggal di kawasan hutan di tempat tempat seperti Madagascar adalah kumpulan mamalia yang paling terancam di dunia Sembilan daripada 103 spesies Lemur yang ditemui di Pulau Madagascar adalah pada risiko kepupusan ke...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Apakah Sebaik Baiknya Manusia



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Teresa Kok Terkejut Terima Surat Ugutan Bunuh Dan Dua Butir Peluru

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Ragam Pelik Kucing

15 Breathtaking Mediterranean Powder Room Ideas From Classic To Modern

Durioo Cara Daftar Subscription

A Lone Wolf Does Not Materialise Naturally