Suspek Kemas Rumah Mangsa Bunuh Elak Dikesan


IPOH: Suspek kes bunuh di Taman Pasir Saujana, Pasir Puteh dekat sini mengemas rumah mangsa yang dibunuhnya bagi mengelak dikesan.
Bagaimanapun kelicikan suspek terbongkar apabila laporan bedah siasat yang selesai petang semalam menunjukkan mangsa dipercayai dipukul.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata polis pada awalnya menerima laporan penemuan mayat seorang lelaki, kelmarin.
Katanya, mangsa, Wong Keng Yee, 50, yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai Sushi di Ipoh ditemui mati oleh anak saudaranya di dalam bilik tingkat atas rumah berkenaan.
Pegawai forensik melakukan penyiasatan semula malam tadi berhubung kes penemuan mayat seorang lelaki yang disyaki dibunuh di kediaman keluarganya di Pasir Saujana, Pasir Puteh.NSTP/BALQIS JAZIMAH ZAHARI “Pasukan tiba di lokasi menemui satu lelaki sudah meninggal dunia yang sudah nampak hitam dipercayai (meninggal dunia) dalam tempoh 36 jam. “Pemeriksaan oleh pegawai perubatan pada awalnya mendapati tidak ada apa-apa kesan dari segi unsur jenayah berikutan sebab rumah dalam keadaan tersusun kemas,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian tengah malam tadi.
Bagaimanapun, A Asmadi berkata hasil bedah siasat mendapati terdapat pendarahan pada otak dan kesan hentakan selain kecederaan pada bahagian perut dan bahagian belakang mangsa.
“Kes ini dibuka semula di bawah Seksyen 302 bagi mengenalpasti si pelaku jenayah ini,” katanya.
Beliau berkata, susulan itu pasukan yang datang semula ke lokasi bagi melakukan penyiasatan turut menemui beberapa unsur jenayah yang cuba disembunyikan suspek.
“Hasil penyiasatan anggota menggunakan beberapa teknik khas menemui tompokan darah di dua bilik tingkat atas tetapi dalam keadaan sudah dibersihkan.
“Selain itu, ada kain yang diletakkan di ruang udara bawah pintu dalam bilik mangsa seolah-olah untuk menghalang bau daripada keluar,” katanya.
Beliau berkata, menurut keterangan anak saudara mangsa, mereka datang dua minggu sekali ke rumah itu untuk mengemas namun terkejut apabila rumah kelihatan sudah siap disusun dengan baik.
“Pada hari kejadian, anak saudaranya cuba mencari mangsa yang tidak menyahut apabila dipanggil sebelum jiran memberitahu mangsa sudah dua hari tidak nampak keluar rumah.
“Anak saudaranya naik ke bilik tingkat atas yang berkunci dan masuk ke bilik itu melalui tandas yang berhubung dengan bilik sebelah.
“Mangsa ditemui terbaring tidak bernyawa tetapi dia tidak mengesyaki sebarang unsur jenayah,” katanya.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan memohon mereka yang mempunyai sebarang maklumat untuk menghubungi polis.-HM

The post Suspek kemas rumah mangsa bunuh, elak dikesan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/09/suspek-kemas-rumah-mangsa-bunuh-elak-dikesan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Maut Dilanggar Ketika Kejar Suspek Pecah Rumah

Polis Maut Dilanggar Ketika Kejar Suspek Pecah Rumah

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 278 hits
Mahadir Elis mengejar suspek yang melarikan diri selepas menyedari kehadiran polis ke arah jalan utama kira kira 500m sebelum dilanggar sebuah motosikal Yamaha Y15 sewaktu melintasi jalan SUNGAI PETANI Seorang anggota polis maut selepas dil...
Video Netizen Terhibur Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

Video Netizen Terhibur Tengok Cara Ahmad Maslan Bersihkan Rumah Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 13/1/2021 - jumlah : 525 hits
1 876 total views 1 876 views today Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan baru baru ini telah memuatnaik satu video di Twitter yang memaparkan dirinya sedang melakukan kerja kerja pembersihan di sebuah rumah penduduk yang dimasuki b...
Sebagai Ibu Bukan Nak Bertanding Anak Siapa Pandai Rumah Siapa Kemas Buat Semampunya

Sebagai Ibu Bukan Nak Bertanding Anak Siapa Pandai Rumah Siapa Kemas Buat Semampunya

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 347 hits
Mommy mama ibu bonda ummi emak amma Ingat hidup kita dalam menjadi ibu bukanlah suatu pertandingan Bukan pertandingan anak siapa paling ramai rumah siapa paling kemas anak siapa paling senang makan anak siapa paling cerdik anak siapa paling...
Pagar Rumah Dengan Zink Elak Covid 19

Pagar Rumah Dengan Zink Elak Covid 19

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 355 hits
Semarang Bimbang dirinya dan keluarga dijangkiti Covid 19 mendorong seorang lelaki di Desa Ajibarang Wetan Jawa Tengah memagar rumahnya menggunakan zink Sabar Suharno 46 bertindak sedemikian selepas menyedari pertambahan kes wabak itu setia...
Orang Tengah Susah Ada Pihak Ambil Kesempatan Suri Rumah Tular Tunggang Motorsikal 200 Kilometer Jadi Mangsa Scammer

Orang Tengah Susah Ada Pihak Ambil Kesempatan Suri Rumah Tular Tunggang Motorsikal 200 Kilometer Jadi Mangsa Scammer

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 242 hits
194 total views 194 views today Suri rumah dari Kampung Kemahang Benta di sini yang sebelum ini tular kerana sanggup menunggang motosikal sejauh 200 kilometer seorang diri untuk melawat suaminya di hospital kecewa apabila ada pihak mengambi...
Letupan Nashville Polis Geledah Rumah Suspek

Letupan Nashville Polis Geledah Rumah Suspek

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 302 hits
Pemandangan di lokasi kejadian di mana sebuah RV diletupkan dipercayai secara sengaja oleh suspek AP NASHVILLE Polis Amerika Syarikat menggeledah sebuah rumah di Nashville susulan insiden letupan kuat dari sebuah kenderaan yang menggegarkan...
Perdana Menteri Luang Masa Santuni Mangsa Bencana Banjir Di Pps Temerloh Dan Maran

Perdana Menteri Luang Masa Santuni Mangsa Bencana Banjir Di Pps Temerloh Dan Maran

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 320 hits
nbsp TEMERLOH Sebalik musibah banjir yang melanda Pahang mangsa banjir kali ini berkesempatan menyuarakan keluh kesah mereka terus kepada pemimpin tertinggi negara yang menyantuni mereka hari ini Kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
Skuad Sayang Wanita Umno P Pinang Gerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Norliza Abdul Rahim

Skuad Sayang Wanita Umno P Pinang Gerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Norliza Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 417 hits
Skuad Sayang Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini menggerakkan misi bantuan kepada mangsa mangsa banjir di Negeri Pahang dengan menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas Kata Ketuanya Datuk Norliza Abdul Rahim semua baranga...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Peruntuk Rm11 Juta Untuk Keperluan Harian Mangsa Banjir

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Peruntuk Rm11 Juta Untuk Keperluan Harian Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 350 hits
nbsp KUANTAN nbsp Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM11 juta untuk menyediakan keperluan harian mangsa banjir khususnya mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau ber...
Samsung We Need To Talk About These Green Lines Seriously

Satu Jalan Satu Jiwa Hidup Ini Sementara

Meneroka Misteri Alam Semesta Bengkel Pemindahan Ilmu Fizik Zarah Eksperimen Comet

Budak Kilat

Resipi Roti Telur Bungkus Gaya Thai Buat Sarapan Pagi Kenyang Sampai Petang

Itinerary Kami Perth Day 1 Caversham Swan Valley Dfo Belmont Hotel

Ujian Psikometrik Pembantu Khidmat Am Gred H1

Perth Day 2 Perth Cbd London Court Kmart Chemist Warehouse Hay St Mall Woolworths Dengan Bas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tajwid Surat Ali Imran Ayat 190 191 Beserta Penjelasannya

Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam

Hidup Masa Kini

Bersenam Cegah Hati Berlemak Kenapa Anda Perlu Ambil Berat

Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat

Resepi Apam Balik