Susahnya Mengubah Perangai Manusia
Merubah gunung lebih senang daripada mengubah perangai manusia.
Merubah hutan yang tebal menjadi pekan atau bandar lebih mudah daripada merubah tabiat seseorang.
Laut diubah menjadi daratan lebih mudah daripada mengubah sifat jahat manusia kepada baik.
Dalam masa tiga atau empat tahun di suatu tempat sudah bertukar suasana.
Suasana yang lama sudah tidak ada, suasana yang baru pula menjelma.
Kalau kita tidak balik kampung asal kita sepuluh tahun, apabila balik suasana lama sudah tidak ada.
Berubah segala-galanya, dengan wajah dan suasana yang baru.
Rupanya dunia ini lebih mudah dirubah daripada penghuninya di kalangan manusia.
Setengah orang daripada kecil kita berkawan, kemudian dipisah oleh desakan hidup selama tiga puluh tahun.
Kemudian bertemu kembali setelah berpisah begitu lama.
Kita pun terkejut perangai dan tabiat lamanya yang negatif masih wujud.
Sedangkan dunia sudah berubah, dia tidak pun berubah.
Dunia sudah menjadi cantik dan indah.
Manusia masih lagi berperangai buruk dan jelik.
Kerana itulah di zaman ada rasul, untuk mendidik manusia Tuhan datangkan rasul.
Di zaman tidak ada rasul, Tuhan utus ulama yang berwatak rasul.
Ertinya untuk membangunkan dunia siapa sahaja boleh lakukan.
Tapi untuk membangunkan insan bukan calang-calang orang untuk memimpin.
Bahkan ada kalanya pemimpin itulah yang merosakkan manusia yang memang sudah rosak.
Manusia pun bertambah rosak dan jahat.
Kerana dipimpin oleh pemimpin yang rosak dan jahat.
Yang mana pemimpin itu pun tidak berubah perangai jahatnya sejak kecilnya.
Sedangkan alam sekitar sudah banyak kali berubah.
Sungguh susah hendak mengubah perangai manusia.
Tidak seperti alam semula jadi mudah sahaja berubah.
Selepas Ekspedisi
16 - 08 - 2001
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sideofmuslim.blogspot.com/2019/02/susahnya-mengubah-perangai-manusia.html