Susahkan Hidup Antivaksin Khairy



Susahkan hidup antivaksin – Khairy
Kerajaan akan mengambil pendekatan tegas dengan ‘menyusahkan’ mereka yang enggan menerima vaksin, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Bagaimanapun katanya bagi yang tidak dapat divaksin atas alasan kesihatan, mereka tidak akan menghadapi dengan apa-apa kesulitan kerana mereka akan diberikan pengecualian digital MySejahtera.
“Maaf saya katakan, kalau anda tidak mahu menerima vaksin atas pilihan sendiri, jadi kita akan buatkan hidup anda sukar, dan akan berterusan begitu.
“Tidak boleh makan di restoran, tidak boleh ke pusat beli-belah, dan kita juga akan keluarkan Strategi Ujian Nasional minggu depan.
“Ada kemungkinan mereka (yang enggan mengambil vaksin) akan diminta membuat ujian mengikut kekerapan tertentu, yang biayanya perlu ditanggung sendiri. Pesanan ini adalah untuk meminta supaya anda mengambil vaksin,” katanya menurut laporan Bernama.
Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas merasmikan program ‘11th National Acute Myocardial Infarction Course’ anjuran Hospital Selayang di sini hari ini.
Sementara itu Khairy berkata individu yang memerlukan dos penggalak bagi memenuhi syarat ditetapkan kerajaan tertentu untuk memasuki negara berkenaan, termasuk bagi melakukan umrah, boleh membuat permohonan kepada Kementerian Kesihatan menerusi aplikasi MySejahtera.
Katanya, dos ini dijangka akan diberikan bermula bulan ini.
Bagaimanapun beliau berkata pihaknya sedang berusaha dan berbincang dengan negara-negara berkenaan agar tidak ada diskriminasi vaksin.
“(Contohnya) Tidak perlulah pengunjung dari Malaysia mengambil vaksin sekali lagi untuk ke UK (United Kingdom) tanpa kuarantin.
“Anggaplah semua vaksin, sekurang-kurangnya yang disenarai sebagai penggunaan di masa kecemasan di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah sama.
“Macam UK sedang menimbangkan permohonan kita. Diharapkan mereka akan bersetuju, dan sama juga dengan Arab Saudi. Tapi apa pun kita akan berikan dos penggalak itu.
“Namun penyelesaian yang mudah dan lebih baik adalah agar tiada diskriminasi dari segi jenama vaksin,” katanya.
Sementara itu Khairy berkata beliau akan berusaha mewajibkan beberapa bangunan tertentu dilengkapi dengan alat defibrilator luaran automatik (AED).
Katanya beliau akan berbincang dengan kementerian yang berkaitan, serta kerajaan negeri dan kerajaan tempatan mengenai perkara itu kerana melibatkan pindaan kepada undang-undang kecil. Menurutnya beliau juga akan membawa perkara itu ke Kabinet nanti.
Tanpa menyatakan tempoh disasarkan, katanya ia akan dimulakan di bangunan kerajaan terlebih dahulu, sebelum diikuti -bangunan lain.
“AED perlu dipamerkan (di bangunan) dan kita perlu melatih seramai mungkin, mereka yang berkebolehan untuk menjadi pihak pertama merawat kes serangan jantung secara tiba-tiba di tempat kejadian, kerana ketika ini kita lihat banyak individu yang terkena serangan jantung tidak dapat diselamatkan kerana tidak sempat dibawa ke hospital,” katanya. FMT
Susahkan hidup antivaksin – Khairy
Baca Artikel Menarik :
Janji Menteri, DBKL belum sempurna Datin Seri Rosmah dapat semula pasport antarabangsa Harga makanan Salt Bae, jangan terkejut Syafiq lamar Mimi Lana? Frontliner terkejut terima panggilan pesakit meninggal 3 tahun lalu (Video) Timbalan Pengarah SKMM dipenjara 6 bulan Wanita pecahkan cermin trak suami kerana curang Ingatkan video anak kahwin, rupanya emak (Video) Puteri Sarah terkilan Lisdawati curi barangnya Bapa rogol anak, rodok kemaluan isteri dengan botol susu Hubungan sulit dengan isteri orang, pesara tentera maut ditikam Layari Laman Facebook MYKMU
Siang kutip sampah malam jadi perogol

The post Susahkan hidup antivaksin – Khairy appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/16/susahkan-hidup-antivaksin-khairy/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enggan Terima Suntikan Kerajaan Akan Terus Susahkan Hidup Antivaksin Khairy Jamaluddin

Enggan Terima Suntikan Kerajaan Akan Terus Susahkan Hidup Antivaksin Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 385 hits
Kementerian Kesihatan menegaskan tidak akan memberi muka kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih keputusan untuk tidak menerima suntikan vaksin Covid 19 Menurut laporan Astro Awani Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkat...
Khairy Kerajaan Akan Susahkan Hidup Golongan Tolak Vaksin Covid 19

Khairy Kerajaan Akan Susahkan Hidup Golongan Tolak Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 282 hits
Kerajaan mungkin tidak akan mewajibkan vaksinasi Covid 19 tetapi mereka yang menolak untuk divaksinasi akan berdepan dengan kehidupan yang sukar kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Kita mungkin tidak akan melaksanakan satu undang undan...
Dakwa Kumpulan Antivaksin Segera Khairy Maklumkan Kkm Sudah Buat Laporan Polis

Dakwa Kumpulan Antivaksin Segera Khairy Maklumkan Kkm Sudah Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 312 hits
Pihak berkuasa diminta Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin untuk menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin Menteri Kesihatan Malaysia YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah membu...
Hidup Akan Jadi Lebih Sukar Buat Goiongan Anti Vaksin Khairy Jamaluddin

Hidup Akan Jadi Lebih Sukar Buat Goiongan Anti Vaksin Khairy Jamaluddin

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 337 hits
Kerajaan akan mengambil langkah tegas dalam menghadapi individu atau kumpulan yang tidak mahu divaksin dan mengatakan hidup mereka akan jadi susah jika terus bersikap demikian Menurut Khairy Jamaluddin untuk mereka yang tidak boleh menerima...
Jangan Sombong Tangani Grup Antivaksin Anwar Tegur Khairy

Jangan Sombong Tangani Grup Antivaksin Anwar Tegur Khairy

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 260 hits
October 17 2021 Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan cara ugutan terhadap golongan antivaksin kerana kerajaan boleh berperanan sebagai badan memujuk PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan ...
Antivaksin Sebar Berita Palsu Cetus Kegusaran Polis Siasat Dua Individu

Antivaksin Sebar Berita Palsu Cetus Kegusaran Polis Siasat Dua Individu

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 394 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia membuka dua kertas siasatan terhadap dua individu dipercayai sebagai antivaksin yang menyebarkan berita palsu berkenaan kematian berkaitan pemberian vaksin Covid 19 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit ...
Dakwaan Palsu Polis Siasat Dua Laporan Berkaitan Antivaksin

Dakwaan Palsu Polis Siasat Dua Laporan Berkaitan Antivaksin

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 258 hits
Polis mengesahkan telah membuka dua kertas siasatan berhubung kes berkaitan individu antivaksin COVID 19 Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam satu kenyataan pada Sabtu SUBSCR...
Kenapa Marah Sangat Dengan Antivaksin

Kenapa Marah Sangat Dengan Antivaksin

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 298 hits
Setakat mana hasutan mereka Cukuplah kalau mereka disiasat dan didakwa di bawah akta hasutan atau lain lain yang relevan Apakah anti vaksin istihar perang Akta hasutan sangat luas dan tidak terikat dengan anti vaksin sahaja Jangan siasat da...
Ugut Antivaksin Saya Harus Tegas Panggillah Saya Dajjal Atau Apa Saja Kata Kj

Ugut Antivaksin Saya Harus Tegas Panggillah Saya Dajjal Atau Apa Saja Kata Kj

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 298 hits
Kerajaan sudah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid 19 dari awal lagi kata Khairy Jamaluddin PETALING JAYA Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membidas Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa kerajaan mengguna...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Scooter Day 2025

Naikkan Imej Produk Wangian Anda Dengan Kotak Perfume Premium

Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights Polis Sahkan Tiada Unsur Jenayah Sabotaj Atau Cuai

Seronok Travel Tapi Perut Buat Hal Pula Ini Cara Nak Rasa Lebih Selesa Sepanjang Perjalanan

Dua Mayat Ibu Dan Anak 2 Tahun Ditemui Sudah Reput Dalam Bilik Tidur Sebuah Pangsapuri

How The Ai Gold Rush Is Making People Rich