Surya Apple Cider Vinegar Peneman Saat Perut Kembung
Assalamualaikum!
Bertemu kembali kita dalam sesi meluahkan perasaan. Ye ke? Hahaha! Tak adalah. Saja nak bagitahu, sejak kebelakangan ni perut rasa semacam je. Mungkin YF selalu on off on off makan kot. Kadang lunch, kadang tak. Kadang dinner, kadang tak. Mood makan ni kadang tak menentu. Macam mood swing gitu. Perempuan, kan. Ahaks!
Kalau makan TERLALU banyak pun perut boleh meragam ya. Asal boleh sumbat, nak sumbat saja. Makanan sebelum ni pun belum 'dilaburkan' lagi. Dah tambah 'stok' lain plak. Itu yang ada 'angin' syahdu keluar ikut bawah. Hahahahaha! Jujur lah ni. 😝
Gambar hiasan
Bila search pasal cara-cara nak kurangkan rasa perut kembung ni, naiklah nama satu produk ni iaitu Surya Apple Cider Vinegar (Surya ACV). YF baca pasal produk ni, agak-agak bolehlah kurangkan rasa perut yang semacam tu kan.
Apa Itu Surya ACV?
Ia merupakan cuka epal tau dengan tambahan madu asli. Gabungan mantap gitu. Selain dari gabungan hebat ni, Surya ACV juga tidak mengandungi bahan pengawet, mengamalkan HACCP dan juga disahkan halal. Bolehlah consume dengan yakinnya.
Ciri-ciri Surya ACV Adalah...
Bau dia tak kuat sangat macam pure ACV tu. Korang pun tak perlulah minum sambil tutup hidung kan nak elakkan bau cuka tu. Hahah! Rasa dia plak memang just nice. Tekak YF boleh telan lagi. Mungkin sebab dah campur dengan madu asli, kan. Rasa dia macam masam-masam manis macam tu.
Bukan apa YF ni bab makan minum memang cerewet sikit. Takut nak makan benda-benda pelik. Takut TERmuntah kat situ juga sebab tekak tak boleh terima. Lain plak ceritanya nanti. So, YF pun tak adalah rasa takut sangat nak minum Surya ACV ni bila perut rasa kembung atau meragam, boleh lah minum ni. But make sure, makan dulu sikit sebelum minum ya.
Macam Mana Nak Minum Ya?
Takkan teguk direct gitu? Ehhhhh! Jangannn! Lain plak jadinya nanti. Hahahaha! Cara-cara adunannya, ada tertera dekat label botol Surya ACV tu atau pun bolehlah bayangkan macam mana nak buat seperti di bawah :
1) Cuma ambil air sebanyak 180ml
2) Campur dengan dua sudu besar Surya ACV4) Taraaa! Boleh dah minum. Pastikan minum selepas makan ya3) Lagi satu, YF memang suka air sejuk so sengajalah YF minum Surya ACV ni dengan air sejuk. Lagi ngam rasanya. 😍 (ni ikut suka hati je)
Siap untuk diminum!
Boleh Beli Di Mana Surya ACV Ni?
YF beli online jeeeee. YF cuba search kat Lazada ada ke tak jual. Malas plak nak pergi ke cawangan Watson's atau butik Himalaya. Bila search, ada plak Himalaya buat jualan secara online. Apa lagi, teruslah YF order kan. Harga pun super murah! Dengan harga RM30.00, dah boleh dapat dua botol tau! Bolehlah simpan buat stok. Ngeeee. Bila dah order, cepat plak sampai. Hahaha! Memang betul nak suruh YF sihat dari perut kembung ya? 😜
Walaupun YF tahu korang dah hebat tang shopping kat Lazada ni, YF tetap nak share macam mana YF beli. Kehkehkeh! Dapat diskaun lagi tau! 😎
Langkah 1: Taip nama Surya Apple Cider Vinegar di ruanganCarian dan pilih gambar yang pertama sekali
Langkah 2: Klik pada 'More' untuk dapatkan diskaun sebanyak RM5.00
Langkah 3: Klik 'Copy' supaya semasa langkah terakhir untuk pembelian,boleh 'Paste'kan kod tu semasa pembayaran
Selamat membeli dan mencuba! Kalau dah cuba, bolehlah drop your comment on below section. Nak juga review dari kawan-kawan lain kan. Sebab, Surya ACV ni banyak lagi kebaikan dan khasiat dia. Sampaikan Surya ACV ni menang award untuk Winner Readers' Choice Awards 2017 (Natural Health) ya kawan-kawan semua. Kalau YF cerita nanti, panjang berjela plak. Yang penting, perut kembung ni kena kurangkan dulu. Okay??😎
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi mengenai produk Surya ACV ni atau produk lain, bolehlah follow akaun jenama Surya ni :
Facebook Official FanpageSurya.Malaysia
InstagramSurya.Malaysia
---------------------------------------------YF : Moga bebas dari belenggu perut kembung!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.yuliafajrin.com/2019/03/surya-apple-cider-vinegar-peneman-saat.html