
MOHD. YAKUB MAKEE 65, masih menggunakan air perigi yang dibinaya sejak tahun 1983 sehingga kini.Menurut beliau lagi,air perigi ini lah menjadi sumber minum mereka dan untuk kegunaan harian mereka sekeluarga selama 30 tahun.Tinjauan Utusan mendapati,rata-rata penduduk kampung di sini kebanyakannya menggunakan air perigi.Malah ada sebahagian daripada penduduk tempatan terpaksa meredah hutan sejauh 2 kilometer untuk mendapatkan sumber bekalan air iaitu air sungai untuk kegunaan mereka di Kg Sungai Intan. - UTUSAN/IRWAN MAJID
Namun, Pemuda PAS melihat jika skim pekerja sambilan harian (PSH) dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terhadap pekerja yang diserap itu, maka ia dijangka memberi kesan lain kepada pekerja tersebut dari segi kadar pembayaran elaun yang hanya setaraf kerja-kerja am, jaminan perlindungan keselamatan di tempat kerja sedangkan mereka merupakan anak tempatan mempunyai kemahiran tinggi dan bekerja di lokasi yang berisiko di loji-loji.Justeru, Pemuda PAS mencadangkan agar skim PSH ini digantikan dengan alternatif yang lebih menjamin masa hadapan yang selesa kepada pekerja yang terlibat seperti lantikan kontrak untuk suatu tempoh masa tertentu yang sesuai atau lantikan secara tetap sebagai penjawat awam dengan penawaran posisi mengikut kelayakan melalui proses temu duga.Sebagai entiti yang melihat akan survival kepentingan Bumiputera Sabah, Pemuda PAS mendesak agar Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini secara wajar sebelum melaksanakan skim PSH kepada para pekerja yang terbabit dan memberikan suatu jaminan survivalpekerjaan yang lebih baik untuk rakyat Sabah sendiri seperti yang dicanangkan-canangkan sebelum daripada ini."Terus Mara"ZULZAIM HILMEE ABIDIN|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |