Survival Ipt 2
Survival IPT 2 Kefahaman Pencerahan
Ok, artikel ini saya tak aspect korang akan baca. Semestinya panjang dan bosan. Dengan penggunaan perkataan yang tunggang terbalik. Dengan isi ayat yang tidak tersusunnya. Syed Ahmad Fathi beritahu saya tentang "mulakan dakwah di tempat anda. Dakwah melalui penulisan tidak cukup kerana generasi sekarang malas membaca". Saya menulis ni pun adalah sebenarnya mereflekkan ia kepada diri saya. Tapi kepada yang sanggup membaca, moga-moga ada sedikit pencerahan mengenai suasana IPT ini.
sedikit lagi pencerahan
Pada bulan September yang lepas, kita sudah membincangkan sedikit mengenai keadaan di IPT dan sedikit mengenai kesedaran. Pada post yang lalu, ada yang telah menyalah tafsir terhadap perkataan Al-Maududi dengan perkara yang saya kaitkan dengan IPT. Antara yang telah disalah tafsir~
1. Yang dimaksudkan dengan mayat hidup adalah kerana tiada kemahiran.
2. Membezakan suasana IPT dengan IPG atau ILP. Bila saya menyebut survival IPT, maka dia katakan IPG tidak ada kena mengena dalam soal itu
3. menyalah tafsir tajuk 'survival IPT', kerana konsep pembelajaran IPT lebih susah dari IPG.
1. Apa yang ingin Al-maududi katakan itu, saya yakin ia bukannya mahu mengatakan bahawa, IPT melahirkan mahasiswa yang tiada kemahiran atau sistem pembelajarannya tidak bagus. Apa yang beliau katakan ialah mengenai, akhlak yang hilang apabila melalui proses pembelajaran di IPT. Bagi saya, hanya itu tafsiran kata-kata Al-Maududi. 2. Jangan menyempitkan konsep hanya pada IPT. Saya menulis survival IPT, kerana saya berada dalam suasana IPT. Jika di IPG pun sama sahaja keadaannya. 3. Ya mungkin konsep pembelajaran IPT lebih susah, namun bukan itu main point yang cuba saya fokuskan. Saya hanya mahu menceritakan tentang survival iman di IPT. Bagaimana iman itu mahu survive dari suasana IPT.
macam robot, bila tiada IslamCuba jawab persoalan ini. Mungkin anda akan memahaminya. Sudah berapa lama kita ketiadaan khalifah? Sistem apa yang kita ambil dalam pemerintahan ini? Pelaksanaan hukum apa yang berjalan dalam Negara ini? Siapa yang menguasai ekonomi kita? Adakah sistem pembelajaran di Malaysia, mampu menjadikan orang melayu berakhlak dengan akhlak muslim
Apa sebenarnya yang berlaku di IPT/IPG?Suasana yang ada di IPT atau dimana-manapun, adalah dalam suasana penolakan terhadap sistem-sistem islam. Dimana nilai-nilai islam telah dicabut dalam sistem pembelajaran. Dengan itu juga aklak-akhlak islami pun tercabut sekali dalam jiwa pelajar-pelajarnya. Ini diterangkan dalam satu perkataan. SEKULAR. Beerti memisahkan antara islam dengan kehidupan. Islam hanya di tempat ibadah dan masjid sahaja. Dalam kehidupan, ia mengambil satu sistem lain
Pemisahan Agama dan PembelajaranKalau kita ambil jurusan Arkitecture, maka hanya memikirkan mengenai architecture (apa yg barat gariskan). Batasan dan Garisan yang Allah tentukan tiada kena mengena dengan ilmu architecture itu sendiri. Contoh yang lebih jelas lagi. Kita mahu belajar art seni). Lalu kita mengambil pemikiran barat, iaitu dengan melukis wanita bogel atas nama seninya itu. Itu sudah melanggar batasan syariat yang Allah. (melukis wanita bogel adalah seni yang bersandarkan nafsu)
pemisahan itu
Berbalik kepada apa yang saya tulis lepas. So, tak kira dimanapun, di IPT ke, di IPG ke, di ILP ke, semuanya sama jika ia tidak berlandaskan dengan syariat. Keadaan ini sudah lama, namun kita hanya rilek dan berada dalam selesa dengan keadaan itu. Seolah-olah, mengiyakan segala yang diajar. Menerima bulat-bulat apa yang dikatakan barat. Barat kata “manusia itu asalnya dari monyet”, maka kita iyakan saja. “Jika mahu menjadi architecture yang berjaya, kena joget depan saya dan jatuhkan harga diri kamu dibawah”, maka kita pun berjoget la depan dia. Keimanan tidak ada kena mengena dengan architecture? Islam tdak ada kena mengena dengan Arkitek
joget la macam monyet, kalau mahu jadi seorang architekture yg cemerlangKenapa kita merasa selesa?
Kita merasa selesa dengan keadaan itu kerana kurangnya kefahaman dikalangan kita terhadap Islam. Akidah yang terbina dalam diri selama ini, sangat rapuh dan lemah. Ramai yang mengakui dia telah islam, dan pernah belajar Agama Islam. Tapi masih tidak tahu apakah tuntutan Islam terhadap diri kita. Sistem pengajaran itu tidak mampu melahirkan orang yang mahu memeluk Islam. Hanya melahirkan orang yang tahu Islam. Jadi dengan keadaan kita yang perasan sudah islam itu, kita naik kepada peringkat seterusnya, iaitu dalam dunia Universiti (atau yang seangkatan dengannya). Dalam keadaan begitu adakah kita akan merasa bersalah terhadap suasana yang sebegitu. Tentunya kita sudah biasa dalam keadaan begitu
Berperisa Islam tetap bukan ISLAM
Ok, jadi berbalik kepada tajuk, kita semestinya kena sedar bahawa suasana yang ada di IPT (ipg dan lain2), adalah suasana dan sistem yang menolak Islam. Mungkin secara luarannya tidak nampak seperti menolak, tapi dari segi hakikinya, ia sememangnya menolak sistem islam. Maksudnya, nampak seperti islam, tetapi sebenarnya ia hanyalah berperisa islam sahaja. *Untuk makluman saudara perisa makanan, sebenarnya bukan berasal dari makanan itu sendiri. Ia adalah campuran bahan kimia, yang menjadikan perasa itu rasa seperti rasa bahan asal.
Tahi yang dihiasi agar nampak seperti kek. Adakah itu Kek? Refleksi kesedaran dari kefahaman
Kesedaran adalah perkara asas yang utama dalam aktiviti survival kita di IPT. Jika tidak sedar, macam mana kita mahu bertindak. Bolehkah kita bertindak tanpa ada kesedaran dan pengetahuan? Contohnya mudah, jika kita dalam keadaan sedar, menyentuh cerek yang panas. Dengan automatiknya tangan kita akan tergerak menjauhi mudarat tersebut. Ini kerana otak berada dalam keadaan sedar, memampukan diri untuk menilai kemudharaatan, lantas menghasilkan pergerakkan dan tindakan. Bagaimana pula jika sesorang itu berada dalam keadaan tidak sedar, contoh seperti mabuk, pengsan atau yang seangkatan dengannya. Mampukah kita menghasilkan tindakan seperti dalam keadaan kita yang sedar tadi? Tindakan itu adalah refleksi dari kesedaran.
Moga-moga apa yang ditulis ini, memberi sedikit pencerahan dan kefahaman sedikit mengenai apa yang sebenar berlaku di IPT. Mungkin anda tidak akan memahaminya semua, kerana apa yang saya nukilkan hanyalah umum sahaja. Tapi mungkin ia sesuai (kot) dijadikan permulaan untuk siri Survival IPT ini. Yang baik itu datang dari Allah. Yang silap itu atas kesilapan diri saya dan saya mohon ampun. Hakikatnya semuanya datang dari Allah.
notes:
1. salah faham terhadap perkataan Al-Maududi
2. sistem yang sekular adalah sistem yang menolak sistem Islam
3.Kita merasa selesa kerana tidak mengetahui erti Islam yang sebenar.
4. Kesedaran itu lahir dari kefahaman
Wassalam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://mr-iq.blogspot.com/2011/11/survival-ipt-2-sedikit-kefahaman-dan.html