Dayang Bunting Campsite Langkawi Throwback Survival Berkhemah Zaman Sekolah




Assalamualaikum...
berkhemah... berkhemah bersama si nopal..
si nopal..si nopal..
Pernah tak terbayang datang ke Langkawi, tak check in hotel tapi berkhemah tepi pantai, buat unggu api, ber bbq macam kem perkhemahan sekolah dulu. Paling adventure tapak campsite tu di sebuah pulau tanpa ada orang tinggal & cuma anda sahaja bermalam situ. Ada berani?
Ha bagi mereka yang mahu kelainan & mencuba pengalaman baharu ala-ala survival Squid Game..BBL ucapkan "Selamat Datang Ke Pulau Dayang Bunting Campsite!". 
Test Drive Survival Skills Zaman Sekolah
Dari Jeti Marble (sebelah Jeti Kuah) kami naik bot yang ambil masa lebih kurang 20 minit. Satu-satu transport access keluar masuk ke Dayang Bunting Campsite adalah menaiki bot. Lepas aktiviti yacht cruise tour memang terus gerak datang ke campsite. Seronok jugak sekali sekala keluar dari kebiasaan kita buat di pulau mahsuri. 

- jeti tempat bot berlabuh untuk pengunjung turun ke campsite ni
Apa Perlu Bawa?
✅  Khemah
✅  Lampu suluh
✅  Barang makanan basah & kering
✅  Peralatan untuk memasak (dapur kecik, gas, lighter, periuk, pinggan, gelas, sudu & so on)
✅  Pakaian basah & kering 
✅  Peralatan mandi
✅  Joran memancing (incase nak pancing ikan)
Fasiliti Dayang Bunting Campsite
Macam saya bagitau tadi, kat pulau ni cuma ada anda & khemah je. Hahaha cuak la tu.. kat sini ada tempat mandi, tandas & dewan serbaguna. Basically dulu sebelum covid melanda, pelancong asing terutama dari China selalu singgah makan tengahari atau minum petang bila tour Pulau Dayang Bunting. Sepanjang dua tahun ni mana border buka, so fasiliti dewan terbiar macam tu je. Jadi pemilik tempat ini tampil dengan idea untuk menjadikan kawasan ini sebagai destinasi campsite bagi mereka yang mahu bercuti di Pulau Langkawi dalam mood adventure. 

- pantai jernih & cetek je. best wo mandi
- kawasan lapang untuk dirikan khemah / buat aktiviti
- bawah pokok banyak buaian tau
- tandas & bilik mandi
- ruang dapur incase datang berkumpulan besar
- dewan makan/dewan berteduh
Berbalik cerita kami, lepas sampai di campsite. Kami terus terus bahagi tugas - satu group siapkan khemah, satu group siapkan unggu api & satu group sediakan makan malam. Memandangkan kami datang dalam kumpul besar lebih kurang 24 orang macam tu, best option ialah ber BBQ!
BBL, Aeril, Dboy & Eddy dapat task pacak khemah. Nasib baik la khemah jenis pasang siap. Mudah sikit kerja. Oh ya, kalu nak tidur dalam hammock pun boleh. Kat sekitar campsite ada pokok untuk gantung hammock tu. Tada dah siap khemah kami.

- fuh nie kalu bangun pagi tengok sunrise keluar memang awesome!
Dari tapak campsite mengadap laut tau, bila waktu malam boleh nampak pekan Kuah terang amat. Memang clear nampak Menara Maha & bangunan hotel area Kuah tu. Rezeki kami petang tu hujan tau, bila malam langit memang cerah giler nampak bintang. Tambah lagi kawasan campsite agak gelap terlindung memang clear nampak bintang-bintang beraburan. 
Setel pacak khemah, BBL tolong si Xulhilmi siapkan bara untuk BBQ malam tu. Kutip la ranting, kayu pokok & daun mati nak hidupkan api. Lucky si Xulhilmi memang setiap minggu pergi hiking & berkhemah dalam hutan. So dia sangat pro bab hidupkan bara api ni. Memang serah duty pada dia je. 


While team masak-masak - Along Murni, Zharif, Faries, Mahamahu & Sinny sibuk siapkan bahan untuk BBQ. Kami bawak ikan, udang, ayam, daging, sosej & ubi kentang. Fuh tak sabar tunggu makanan siap masak nanti. Lagi satu campsite ni tak ada bekalan elektrik, jangan bawa rice cooker pulak. Nasib baik skill survival Maha memang tip top. Dapat la masak nasi dalam periuk kecik. Bila bara api dah siap, excited la si Xulhilmi nak bakar semua makanan tu. Sejam lebih pastu siap semua makanan.

- wallah.. bila dah lapar semua nampak sedap

Yeay masa untuk makan. Bila perut dah lapar, masing-masing memang berselera makan. Tambah lagi air tangan Along Murni. Siap bertambah ye. 
Part mandi ni paling kelakar. Sebab bilik mandi tak ada lampu, maka masing-masing ajak teman pergi mandi & toilet. Yelah siapa je tak takut waktu malam kan. Dah la kami je kat pulau tu. Dari seram terus bertukar gelak ketawa dek masing-masing buat lawak sambil mandi. Air untuk mandi datang dari air tadahan atas bukit pulau. Agak sejuk bila mandi waktu malam. Syok habis mandi beramai-ramai macam kem berkhemah sekolah dulu. 
Malam tu sebelum kami lepak ramai-ramai tepi pantai sambil berborak pasal aktiviti kelakar trip travel ke Langkawi. Siap kena bahan masing-masing. Ada je memori kami rasa cukup bermakna dari hari pertama jejak kaki pulau Mahsuri hingga perkara pelik tapi kelakar di campsite. Contohnya, masing-masing bertaburan lari kejar monyet yang curi roti hahaha kelakar betul bila ingat semula. Pergh memang layan tengok laut walaupun gelap sambil minum milo o panas. Tambah lagi angin sempoi mencium pipi. Eh!


Di Langkawi biasanya lepas subuh cuaca dah cerah terang. Siapa yang nak tengok sunrise better bangun awal. Memang nice tengok langgit merah waktu matahari keluar sebalik gunung pulau besar Langkawi. Perfect moment duduk tepi pantai sambil minum nescafe panas.. 
Satu lagi waktu pagi air laut surut & sesuai untuk aktiviti mencari kepah, lokan & siput sekitar kawasan pantai. 


Sayang seribu kali sayang kami just stay semalam je. Kalu boleh stay 2 3 hari confirm banyak aktiviti boleh buat seperti
✅ Mandi air laut
✅ Memancing
✅  Hiking kawasan bukit
✅ Tengok sunset/sunrise
Btw kawasan tapak khemah ni luas & besar. Rasanya boleh muat hampir 50 orang dalam satu masa. Lagi ramai lagi seronok dapat buat aktiviti sukaneka, team building, water confident tak pun jadi kem bina semangat. Lah tiber..


Incase anda berminat untuk merasai pengalaman unik di Dayang Bunting Campsite ni boleh contact nombor bawah ni.
+6013-4323268 (PK)

+6018-2404505 (Adam Daniel)
Sekian cerita dari BBL.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://budakbandunglaici.blogspot.com/2021/11/dayang-bunting-campsite-langkawi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengalaman Berkhemah Di Dayang Bunting Campsite Langkawi

Pengalaman Berkhemah Di Dayang Bunting Campsite Langkawi

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 227 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraBerkhemah di Dayang Bunting Campsite Berkhemah Entah bila rasanya kali terakhir aku berkhemah Mungkin kali terakhir adalah di tapi itu bukan bercamping tapi berglamping Kalau sewaktu bersekolah dulu memang...
5 Cara Meremajakan Semula Cinta Suami Isteri

5 Cara Meremajakan Semula Cinta Suami Isteri

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 333 hits
Kaedah meremajakan cinta di usia senja usia diketika kita sudah melalui fasa kehidupan rumah tangga bersama pasangan sudah menempuh saat bahagai dan derita sewaktu diuji a akah hanya tinggal kenangan sahaja Dengan kesibukan kerjaya dan memb...
Dah Tamat Zaman Sekolah Rupanya

Dah Tamat Zaman Sekolah Rupanya

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 353 hits
Assalamualaikum dan hai peeps Dah agak lama jugak aku tak update blog ni Bersawang dah hahah Tanggal 27 11 2013 merupakan hari aku ambil subjek terakhir untuk SPM dan jugak hari terakhir aku pakai uniform sekolah dengan lencana sekolah aku ...
Dah Nak Start Sekolah Masa Untuk Potong Rambut

Dah Nak Start Sekolah Masa Untuk Potong Rambut

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 313 hits
Dah Nak Start Sekolah Masa Untuk Potong Rambut Minggu lepas 13 11 KakYa hantar Iman ke asrama Malam sebelum tu bawak Iman potong rambut dulu Ingatkan nak potong rambut Akif sekali dia pulak tak nak potong lagi Jadi potong rambut Iman jer du...
Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah Sesi 2022 2023

Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah Sesi 2022 2023

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 1743 hits
Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah Sesi 2022 2023 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan Sesi Persekolahan 2022 2023 akan bermula pada 21 Mac 2022 bagi semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Menurut KPM Kalendar...
Pengetua Sekolah Salah Guna Kuasa Tetap Dipenjara 3 Bulan

Pengetua Sekolah Salah Guna Kuasa Tetap Dipenjara 3 Bulan

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 206 hits
PUTRAJAYA Seorang pengetua sekolah menengah terpaksa meringkuk di dalam penjara selama tiga bulan selepas gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan bagi tiga pertuduhan salah guna kuasa membabitkan pembekalan peralatan untuk...
Bubba The Cat Kucing Yang Pergi Sekolah

Bubba The Cat Kucing Yang Pergi Sekolah

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 208 hits
Id Card BubbaBubba Seekor kucing yang tinggal bersama pemiliknya Amber Marienthal dan keluargan di sebuah rumah berhampiran High School Leland dan Bret Harte School Tengah San Jose CaliforniaMarienthal mengatakan keluarganya pada mulanya cu...
Pinda Perlembagaan Bela Sekolah Vernakular

Pinda Perlembagaan Bela Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 341 hits
SEBENARNYA tindakan mencabar kedudukan sekolah vernakular di mahkamah adalah tidak perlu seperti yang dinyatakan sebilangan pertubuhan pendidikan aliran Cina Ini kerana ia boleh diselesaikan secara bermusyawarah atas dasar kompromi melibatk...
Sudah 6 Kali Jumpa Menteri Isu Satu Pentadbiran Urus Dua Sekolah Tidak Selesai Sim Tze Tzin

Sudah 6 Kali Jumpa Menteri Isu Satu Pentadbiran Urus Dua Sekolah Tidak Selesai Sim Tze Tzin

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 207 hits
Kelembapan kerajaan Perikatan Nasional terserlah apabila isu satu pentadbiran menguruskan dua buah sekolah tidak selesai walau sudah mengambil masa selama setahun Lebih malang lagi menurut Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Yze Tzin beliau telah ...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint