Suruh Makan Pun Dia Tak Mahu Suami Sentiasa Di Sisi Ain Edruce Kongsi Kelahiran Normal Yang Tenang
Selepas berteka teki mengenai jantina bayinya, pelakon dan pengacara, Ain Edruce akhirnya tampil mendedahkan jantina bayinya yang merupakan seorang puteri.
Kata Ain menerusi Astro Gempak, puteri sulungnya seberat 2.79kg itu dilahirkan tepat jam 1.30 pagi pada 19 Mei lalu.
Semalam menerusi Instagramnya, Ain turut berkongsi satu video pendek dengan memuat naik gambarnya bersama suami sambil memegang bayi mereka.
Kata Ain, pengalaman bersalin setiap orang berbeza-beza. Namun dia bersyukur berdepan pengalaman kelahiran normal yang cukup tenang.
” Setiap orang mempunyai pengalaman berbeza, bagi saya pula saya terpaksa melalui proses hampir berbelas-belas jam menunggu bukaan untuk bersalin.
” Saya boleh katakan ia sangat memematkan tapi saya gembira kerana saya selamat bersalin normal dan sekarang pun saya dah boleh mula berjalan seperti biasa,” katanya kepada Astro Gempak.
Suami jadi pendamping setia
Kata pengacara petah dan suka berjenaka ini lagi, dia bersyukur kerana suaminya, Amirul Hafiz sentiasa memberi sokongan padanya sepanjang proses bersalin.
” Amirul memang sangat supportive, dia sentiasa ada bersama saya melalui proses ini. Sampaikan saya suruh dia makan pun dia tak mahu, dia ada saja di sisi saya.
” Selain itu saya bersyukur jururawat dan doktor sangat baik dan membantu serta memberi sokongan kepada saya. Jadi perjalanan bersalin itu jadi tenang meskipun ia memakan masa yang lama,” jelasnya lagi.
Tahniah diucapkan buat Ain dan suaminya. Semalam Ain berteka teki mengenai jantina bayinya dan turut berkongsi video di IG story memberitahu kelahiran bayinya itu.
View this post on Instagram
A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce)
Terdahulu, Ain mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa pada 13 Disember 2019. Dan kini cahaya mata sulung mereka hadir menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga. Tahniah Ain dan suami!
Menarik: Akhirnya Saya Dah Bersalin, Berjam-Jam Bertarung Nyawa Di Labour Room, Ain Edruce Timang Cahaya Mata Sulung
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Astro Gempak & @ainedruce
The post “Suruh Makan Pun Dia Tak Mahu, Suami Sentiasa Di Sisi, Ain Edruce Kongsi Kelahiran Normal Yang Tenang! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/suruh-makan-pun-dia-tak-mahu-suami-sentiasa-di-sisi-ain-edruce-kongsi-kelahiran-normal-yang-tenang/