Suria Klcc Picnic In The Park Festival


Assalammualaikum semua! Semalam Ruby menghadiri sesi media preview Picnic in The Park Festival 2025 anjuran Suria KLCC. Sambil menikmati suasana senja di tengah kota dengan angin lembut dan pemandangan ikonik Menara Berkembar Petronas, Ruby terkenang kembali acara ini bukan sekadar aktiviti luar biasa, tapi sudah menjadi tradisi tahunan yang penuh kenangan. Bermula dengan konsep picnic eksklusif pada 2023, kini ia berkembang menjadi festival gaya hidup yang lengkap dan mengujakan! 
SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL
Julai 2023 menandakan penganjuran pertama Picnic in The Park oleh Suria KLCC. Dengan hanya 50 kumpulan jemputan setiap hujung minggu, acara ini benar-benar terasa eksklusif. Ruby sekeluarga menerima wristband khas dan disambut di ruang terbuka yang dihias dengan khemah teepee, tikar piknik, bantal, lampu dan meja kecil comel. Picnic basket kami penuh dengan pelindung matahari, mosquito patch, bubble wand, hand sanitiser dan baucar daripada jenama Toys“R”Us dan Remax.

Hidangan istimewa dari Burger & Lobster iaitu kombo Surf & Turf, truffle croquettes, salad segar, dan minuman iced tea dari Whittard. Malam ditutup dengan iringan muzik dari Malaysian Philharmonic Orchestra dan pancuran air dari Lake Symphony. Sebuah pengalaman mesra keluarga yang eksklusif, simple tapi sangat diingati

Tahun berikutnya, pada Jun 2024, Suria KLCC memperkenalkan tema baharu: Garden Fairies. Lokasi dipenuhi dengan bunga-bungaan pastel, perincian ala dongeng dan sudut “OOTD” fairy-style. Ruby bawa ibu untuk kali ini, dan kami berdua terpesona dengan suasananya yang lebih whimsical dan interaktif. 
Picnic basket kali ini lebih berwarna iaitu produk Guardian, mosquito patch dari Buzzaway, goodies Remax, buku aktiviti dan pensil warna dari Toys“R”Us.

Aktivitinya pun naik taraf:

🌱 Succulent planting workshop
🌸 Perfume layering oleh The Body Shop
💄 Makeup station oleh Gucci Beauty

Hidangan istimewa dari Burger & Lobster, dessert berasaskan matcha dan hōjicha, cotton candy berwarna-warni, dan minuman menyegarkan. Persembahan buskers & MPO masih menjadi kemuncak, diakhiri dengan air pancut menari sebagai penutup.

SURIA KLCC PICNIC IN THE PARK FESTIVAL LEBIH LUAS DAN MEWAH!Kini pada Julai 2025, Suria KLCC Picnic in The Park rasmi menjadi Festival. Ia berlangsung dari 4 hingga 6 Julai, setiap hari dari 4 petang hingga 9 malam. Peserta terdiri daripada 75 kumpulan sehari (setiap kumpulan 4 orang), dipilih melalui kempen penebusan dengan pembelanjaan RM3,000 (dalam dua resit) dari 13 hingga 29 Jun 2025. 

Lokasi lebih luas! Dari Esplanade KLCC hingga ke Taman KLCC, dengan dekorasi rustic modern, sheer canopies, macramé, dan tipi tents. Tetamu disambut dengan:

Roadmap Card untuk lawatan 18 lokasi aktiviti.Picnic Basket edisi festival yang penuh dengan produk dari Watsons, Kiehl’s, MAC, Toys“R”Us, dan Remax.

Di antara aktiviti yang menarik: 
Giant Bubble Making
DIY Tote Bag
Kiehl's Healthy Skin Analysis
DIY Bubble Milk Tea oleh Gong Cha

Face Glitter & Beaded Accessories
Makanan, Minuman dan Pemanis Mulut.
Sakana Japanesse Dining
TGI Fridays
Chakri Palace
Retro combi van dan Coffee dari Eight Ounce Coffee Co
Cotton Candy
Fre Flow Minuman F&N

OOTD Spot
Unlimited Photobooth Print
Persembahan harian pula menampilkan artis dari Malaysian Philharmonic Orchestra, buskers, dan drum circle semuanya berlangsung di bawah 10 kaki struktur macramé yang menjadi tumpuan KLCC Park Hill. 
Malam diakhiri dengan pemandangan penuh magik Lake Symphony Fountain Show, sambil duduk di atas tikar picnic bersama orang tersayang.

Dari konsep kecil yang eksklusif, kini Suria KLCC berjaya mencipta sebuah festival yang bukan sahaja Instagram-worthy, tetapi menyentuh emosi, mencipta kenangan, dan menekankan nilai community bonding dengan penuh gaya dan sentuhan peribadi. 
"Di Suria KLCC, kami percaya dalam mencipta pengalaman yang melangkaui membeli-belah. 'Berkelah di Taman' adalah cara kami meraikan pembeli kami dengan menawarkan mereka sesuatu yang benar-benar istimewa: percutian yang disusun dengan teliti di tengah-tengah bandar," kata Francis Tan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Ruby rasa bersyukur dapat saksikan evolusi Picnic in The Park sejak dari awal. Setiap tahun ada kelainannya tersendiri, tapi semuanya membawa satu rasa yang sama iaitu rasa dihargai sebagai pelanggan dan insan yang mahu sejenak keluar dari rutin harian.

Kalau ada peluang untuk edisi akan datang, Ruby sangat sarankan:

Join membeli-belah untuk layak sertai Bawa keluarga Nikmati detik-detik indah
Terima kasih Suria KLCC, for always making magic possible in the heart of our city. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/07/suria-klcc-picnic-in-park-festival.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Karate Kid Legends Di Tgv Suria Klcc Apabila Filem Aksi Dan Teknologi Bunyi Dolby Atmos Bertemu

Karate Kid Legends Di Tgv Suria Klcc Apabila Filem Aksi Dan Teknologi Bunyi Dolby Atmos Bertemu

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 232 hits
Assalammualaikum semua Musim cuti sekolah ni mesti ramai ibu bapa plan untuk mencari aktiviti beriadah bersama anak anak kan Ruby pun sama Sebab anak anak dah mula bagi senarai filem untuk mereka tonton Mereka nak tonton Ejen Ali 2 Misi Sat...
Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 362 hits
Sorting through a lifetime of belongings each piece holding a memory can feel like an overwhelming burden during life s major changes For San Diego families looking for professional estate sales services offer a heartfelt way to turn those ...
The Middle East Has Changed Permanently

The Middle East Has Changed Permanently

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 280 hits
Here is Tom Nash with an analysis of the Israel US Iran conflict The Ayatollahs have been crippled Here is some inside information the Ayatollahs will never shut down the Straits of Hormuz Why Because that is the only exit point for Iran s ...
The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 243 hits
Harley Davidson s core business is and will always be big American V twins But there are moments in The Motor Co s history where it has deviated from this formula in a bid to attract a wider audience with varying levels of success In the 60...
Rating Terbaik Dalam Slotnya The First Night With The Duke Diminati Ramai

Rating Terbaik Dalam Slotnya The First Night With The Duke Diminati Ramai

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 215 hits
Drama KBS2 slot Rabu Khamis The First Night with the Duke mencatat peningkatan dalam rating dan kini mendahului slot waktunya di antara semua penyiar di Korea Selatan Artikel Berkaitan Menurut Nielsen Korea pada 27 Jun episod ke 6 yang disi...
Temperature Quantum Memory The Key To Practical Quantum Networks

Temperature Quantum Memory The Key To Practical Quantum Networks

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 173 hits
Quantum networks hinge on reliable quantum memory devices that store qubits long enough to be entangled across distances Traditionally these memories require cryogenic cooling adding cost and complexity In early 2025 startup Qunnect unveile...
Coming Soon The New Huawei Matepad 11 5 Papermatte Edition 2025

Terkini Kes Zara Pengetua Penolong Kanan Hem Warden Asrama Ditempatkan Sementara Di Jpn Sabah

Resepi Ayam Sambal Tempoyak Petai

Yummy Beef Chilli Recipe Goan

Ayat Al Quran Pertama Yang Diturunka

Peguam Negara Kalah Pusingan Pertama Kes Titah Adendum Najib Diteruskan

Tips Temuduga Spp Untuk Bakal Guru

Singgah Sebentar Di Pantai Purnama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Kesan Us Kenakan Cukai Import 1 Kg Gold Bar

Isu Jalur Gemilang Terbalik Umno Tuntut Tindakan Tegas Utusan Malaysia

Football Association Of Malaysia Facebook

Apakah Benar Ikan Adalah Makanan Untuk Otak Cerdas

Anak Rafizi Diserang Speaker Mahu Penjelasan Menteri Dalam Negeri

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam