Suria Klcc Membuka Tirai Sambutan Aidilfitri


Hi Korang,
Kumpulan Syarikat Suria KLCC mengalu-alukan ketibaan Syawal yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi dengan kepelbagaian dekorasi yang bertemakan kampung halaman


Pada 15 April 2022, Suria KLCC telah melancarkan kempen Hari Raya Aidilfitri serta pameran gah Replika Lampu Pelita yang terbesar di Malaysia yang bertempat di Esplanade KLCC. Turut dipamerkan, gubahan hebat Hari Raya yang direka untuk menyantuni semangat Ramadhan dan Syawal yang kini boleh disambut dalam skala besar sejak dua tahun lalu berikutan ancaman wabak Covid-19


Majlis pelancaran tersebut dihadiri oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab, Pengerusi pihak pengurusan Suria KLCC Sdn Bhd; Encik Md Shah Mahmood, Ketua Pegawai Operasi; Francis Tan dan juga Pengurus Besar; Ameer Thajudeen

“Seperti yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records 2022 - Replika Lampu Pelita terbesar di Malaysia yang berketinggian 17-meter dan 12-meter lebar adalah usaha kami dalam menyemarakkan keriangan Ramadhan dan Syawal di kotaraya ini. Berdiri sebagai Pusat Beli-Belah Premium di Malaysia, usaha ini dilihat sebagai kerjasama penting dalam mengembalikan kegirangan dikalangan kelompok komuniti selaras dengan proses asimilasi pembukaan pelbagai aktiviti setelah melalui tempoh dua tahun perintah kawalan pergerakan,” ujar Encik Md Shah Mahmood semasa ucapan pembukaan beliau


Penampilan pelbagai tarikan bagi kempen sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan berlangsung sehingga 8 Mei 2022 dan para pengunjung berpeluang merasai keunikan tema “Raya di Dusun Atuk” disekitar perkarangan kompleks yang menekankan sentuhan dekorasi rumah kampung di dalam dusun

Bersesuaian dengan sambutan perayaan yang bakal tiba, sebuah replika rumah kampung tradisional yang berinspirasikan “Rumah Melayu Melaka” memaparkan keindahan dan kepelbagaian motif yang berwarna-warni di sudut ‘Centre Court’ ditemani dengan hiasan pelbagai pokok buah-buahan dan cahaya berwarna di samping hiasan cahaya pelita

Suasana hiasan dusun turut mempamerkan pangkin yang mana pengunjung boleh menikmati peluang bergambar dengan latar belakang nostalgik yang dilengkapi dengan sebuah Proton Saga juga turut dipamerkan bersama bagi mengimbau kembali memori pulang ke kampung dengan menaiki kereta atuk. Tidak kurang dari itu, aktiviti permainan tradisional yang tidak lapuk ditelan zaman seperti ‘teng-teng’ dan congkak akan turut diadakan selaras dengan kempen yang berlangsung. Pengunjung juga berpeluang untuk mengambil gambar dengan latar belakang dusun atuk yang ditempatkan di Aras 1, Ramlee Mall

Para pengunjung juga akan diberikan ganjaran apabila mereka berbelanja lebih dari RM1,500 atau lebih melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih bermula dari sekarang sehingga 1 Mei dimana mereka berpeluang untuk menerima baucar membeli-belah Suria KLCC yang bernilai RM100 dan juga satu pek sampul raya Suria KLCC

Kehangatan Aidilfitri lebih dirasakan apabila para pengunjung turut berpeluang untuk menikmati saat gembira kekeluargaan di sudut ‘Family Potrait’ yang mana pengunjung boleh bergambar bersama keluarga dan mendapatkan kepingan gambar fizikal berserta salinan digital secara percuma untuk dimuat naik di media sosial. Tidak ketinggalan, tarian etnik dan budaya turut dipersembahkan bagi merai kehangatan Aidilfitri

Kemuliaan Ramadhan turut di perhalusi dengan sumbangan kurma yang akan diberikan kepada pengunjung yang menjalani ibadah berpuasa untuk tempoh sepuluh hari sebelum Hari Raya bermula dari 23 April 2022. Para pengunjung yang berpuasa boleh mendapatkan kurma daripada kaunter pertanyaan

Program tanggungjawab sosial ‘Kesedaran Kesihatan Mental’ yang diusahakan oleh Suria KLCC masih diteruskan melalui perolehan dana dari hasil jualan pin reben yang bermula sejak tahun 2021. Para pengunjung digalakkan untuk memberi sokongan bagi menjayakan kempen ini dengan membeli pin yang dijual di kaunter pertanyaan Suria KLCC dengan harga RM10 setiap satu. Setiap hasil jualan akan disalurkan kepada RELATE Malaysia


PUSAT MEMBELI BELAH ALAMANDA
Tema Dusun Atuk turut diperkenalkan di Pusat Beli Belah Alamanda di Putrajaya sehingga 2 Mei 2022. Program tebusan hadiah istimewa juga turut menanti para pengunjung yang berbelanja bagi setiap pembelian yang bernilai RM700 dan ke atas melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan layak menerima bekas kedap udara seramik dan sampul hari raya Alamanda



Pelanggan yang membelanjakan RM1500 dan ke atas akan menerima hadiah tambahan yang mana tebusan layak di lakukan untuk setiap satu pengunjung setiap hari. Pelanggan yang berbelanja berdasarkan nilai tersebut akan menerima baucar daripada Manhattan Fish Market yang bernilai RM40 atau sehelai selendang esklusif dari Noor Arfa atau baucar beli belah Alamanda yang bernilai RM50

Bagi menambah keriangan membeli belah, para pengunjung turut berpeluang untuk menyaksikan aktiviti fesyen dan kecantikan yang menarik seperti tutorial pemakaian selendang serta aktiviti gubahan bunga hasil dari kolaborasi bersama pihak Alamanda, Bokitta dan Cempaka Sari

Di dalam usaha mewarnai keindahan semangat hari raya, persembahan dan aktiviti tradisional seperti caklempong, angklung, inang dan tarian zapin turut dipertontonkan untuk menghiburkan para pengunjung. Tidak ketinggalan, aktiviti menganyam ketupat dan aktiviti origami pelita menggunakan cawan kertas untuk ahlli VIKids turut di adakan

PUSAT MEMBELI BELAH MESRA MALL
Dusun Atuk turut di perkenalkan di Pusat Beli Belah Mesra di Kemaman bagi memastikan sambutan Hari Raya kekal meriah. Sudut ‘Centre Court’ akan di hiasi dengan pelbagai hiasan pokok buah - buahan yang sinonim dengan suasana kampung


Antara aktiviti menarik yang di adakan adalah aktiviti aplikasi ‘henna’ atau lebih dikenali sebagai inai yang akan berlangsung mulai 8 April sehingga 30 April dari jam 10pagi sehingga 10malam. Ini hanyalah sebahagian dari aktiviti menarik yang akan di adakan untuk para pengunjung

Aktiviti kanak-kanak tidak ketinggalan apabila kanak-kanak perempuan yang berada dalam lingkungan umur 4-6 tahun dan 7-9 tahun masing-masing boleh menyertai aktiviti ‘Miss Little Kebaya’ pada 16 April yang mana mereka perlu memperagakan baju kebaya dan seterusnya berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik

Bagi memastikan keceriaan lawatan Pusat Beli-Belah Mesra, para pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 melalui dua resit dari mana-mana kedai terpilih akan menerima bekas kedap udara seramik dan juga sepeket sampul raya Mesra

Bersempena sambutan Hari Nuzul Quran pada 19 April, Pusat Beli Belah Mesra akan mengedarkan ‘bubuk lambuk’ dan 500 peket kurma pada para pelanggan dan pengunjung. Pihak pengurusan Mesra bersama pihak berkuasa tempatan dan juga penyewa Pusat Beli-Belah Mesra akan memberi sumbangan baju raya berserta duit raya kepada warga emas dari daerah Kemasek selaras dengan usaha tanggungjawab sosial


Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre 
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2022/04/suria-klcc-membuka-tirai-sambutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melaka Exco Ruling On Bringing Children To Ramadan Aidilfitri Bazaars To Be Enforced Next Week

Melaka Exco Ruling On Bringing Children To Ramadan Aidilfitri Bazaars To Be Enforced Next Week

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 117 hits
Shoppers at the Bukit Indah Ramadan bazaar in Ampang April 5 2022 Picture by Devan ManuelMELAKA April 10 Melaka will enforce the ruling on bringing children to Ramadan and Aidilfitri bazaars next week to ensure their safety and prevent them...
Berry Lip Matte Barenbliss Buat Anda Tampil Cantik Berseri Di Aidilfitri

Berry Lip Matte Barenbliss Buat Anda Tampil Cantik Berseri Di Aidilfitri

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 229 hits
Wow sapu sikit je dah pekat warnanya bibir terasa lembab 24 jam pula tu Di pagi raya mesti korang yang perempuan nak kelihatan cantik dan berseri Maklumlah masa inilah nak bertemu dengan rakan rakan lama dan juga saudara mara di kampung Sel...
Dbkl To Remove Fence Installed Around Lorong Tar Aidilfitri Bazaar After Complaints From Traders

Dbkl To Remove Fence Installed Around Lorong Tar Aidilfitri Bazaar After Complaints From Traders

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 232 hits
DBKL personnel removing the barriers to make way for the Aidilfitri 2022 Bazaar at Lorong Tuanku Abdul Rahman April 7 2022 Bernama picKUALA LUMPUR April 7 Following complaints and grievances from traders Kuala Lumpur City Hall has decided t...
Rasa Kasih Aidilfitri Indoor Ramadhan Bazaar By Jati X Mgb Draws Record Crowd

Rasa Kasih Aidilfitri Indoor Ramadhan Bazaar By Jati X Mgb Draws Record Crowd

papar berkaitan - pada 11/4/2022 - jumlah : 180 hits
Retro themed Bazaar Becomes A Viral Sensation Attracts Shoppers From Klang Valley Beyond with 60 Booths of Ramadhan and Raya Essentials Contests Giveaways Freebies and Activities Head of Retail Development BBCC Development Sdn Bhd Ms Michel...
Penjawat Awam Pesara Tak Lengkap Vaksinasi Layak Terima Bantuan Khas Aidilfitri Pm

Penjawat Awam Pesara Tak Lengkap Vaksinasi Layak Terima Bantuan Khas Aidilfitri Pm

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 126 hits
Hilmi MalikApril 11 2022 Ujar Ismail Sabri pengumuman yang dibuat sebelum ini tidak menyentuh mengenai soal status vaksinasi bagi mendapat bantuan berkenaan Gambar failKUALA LUMPUR Kesemua penjawat awam termasuk pesara layak menerima Bantua...
Hari Raya Aidilfitri Period Purchase Flight Tickets Early Airline Operators Tell Malaysians

Hari Raya Aidilfitri Period Purchase Flight Tickets Early Airline Operators Tell Malaysians

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 155 hits
Malaysia Airlines Bhd in a statement to Bernama today said that airline companies had set the price of flight tickets dynamically which is subject to demand and supply as well as based on the date time and availability of seats at a certain...
Bantuan Khas Aidilfitri Rm1 200 Untuk Penjawat Awam Pulau Pinang

Bantuan Khas Aidilfitri Rm1 200 Untuk Penjawat Awam Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 139 hits
April 14 2022 Pembayaran BKK yang akan dibuat pada 27 April nanti turut akan dipanjangkan kepada semua PBT dan Badan Berkanun Negeri GEORGE TOWN Sempena perayaan Aidilfitri ini penjawat awam di Pulau Pinang akan menerima Bantuan Kewangan Kh...
Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Naik 566 Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Tiket Flight Ke Sabah Sarawak Naik 566 Menjelang Hari Raya Aidilfitri

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 215 hits
Harga tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak meningkat menjelang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri dari 29 April hingga 8 Mei ini Tiket ke Sabah Sarawak mahal jejas hasrat pulang beraya Kenaikan tambang penerbangan ke Sabah dan Sarawak...
Apa Itu Wang What Is Money

Doubletree By Hilton Presents Signatures Across The State A Makan Kitchen Showcase

Amerika Syarikat Fakta Menarik Unik Dan Aneh

Buasir Otak Tv Telefon Apa Kuat Mencarut Be Like

Pilih Peruntukan Atau Muhyiddin

Combine Best Of Both Worlds To Train Cardiothoracic Surgeons

Our Corrupt And Exploitative Business Community Is A Part Of The Problem Not A Part Of The Solution

Nandos Peberet Selamanya



10 Fakta Biodata MK K Clique Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Gandingan Erysha Emyra Yang Beristerikan Siti Hajaar Syeikh Nordin

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria


Lirik Lagu Sangkar Derita Oleh Haqiem Rusli

Rumah Maw Art Studio Seni Dan Kafe Moden Menarik Di Langkawi Kedah

Pelancaran Muzik Video Hening Rindu Marsha Milan

Kelantan Dua Penguat Kuasa Ambil Duit Rm23 000 Lepas Suspek Dadah

Wanita Masih Hidup Ada Kubur Sendiri

Bukan Melayu Tak Perlu Takut