Suri Rumah Rugi Rm2 08 Juta Ditipu Sindiket


 
Wang simpanan, wasiat peninggalan keluarga wanita itu lesap akibat penipuan. (Gambar AFP)MELAKA: Seorang suri rumah kerugian RM2.08 juta akibat ditipu sindiket ‘Macau Scam’, yang menyamar sebagai pegawai polis berpangkat ‘Datuk’ dengan mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti penjualan dadah dan pengubahan wang haram.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Melaka, E Sundra Rajan berkata, wanita berusia 49 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, pada 10 Jan lepas.
Beliau berkata wang berkenaan merupakan simpanan mangsa dan wang wasiat peninggalan keluarganya.
“Melalui aplikasi WhatsApp, suspek menunjukkan kepada mangsa waran tangkap dan surat pembekuan aset, selain mengarahkan wanita itu memberikan butiran akaun bank bagi tujuan siasatan. Dia yang dalam keadaan ketakutan, memberikan butiran akaun bank kepada suspek.
“Mangsa turut memberikan nombor ‘One Time Password’ (OTP) enam digit kepada suspek, sebelum mula berasa curiga dan merujuk perkara berkenaan kepada pihak bank,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.
Beliau berkata pihak bank kemudian memaklumkan bahawa terdapat 164 kali transaksi pemindahan wang melalui ‘DuitNow’, berjumlah RM2.08 juta ke 16 akaun bank berbeza, sebelum membuat laporan polis selepas menyedari ditipu.
Katanya semakan polis menerusi laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmule mendapati, nombor telefon yang digunakan suspek iaitu 014-7410772 terlibat dengan 13 laporan lain, melibatkan modus operandi sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Dalam perkembangan lain, Sundra Rajan berkata seorang pegawai bank berusia 57 tahun rugi RM24,500, akibat ditipu sindiket jual beli wang lama di laman sosial Facebook.
Beliau berkata pada 14 Dis tahun lepas, lelaki berkenaan menerima mesej daripada seorang lelaki mendakwa warga Amerika menggunakan nama ‘Smith Dion Ryan’ yang merupakan pengumpul wang lama dan berminat membeli wang lama mangsa yang diiklankan pada harga USD150.
“Mangsa kemudian bersetuju berurusan dengan suspek dan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek di talian +1(604)7062606 mengatakan bayaran telah dibuat ke akaun mangsa. Namun disebabkan pembayaran dari luar negara suspek mendakwa mangsa perlu membuat bayaran caj yang dikenakan untuk melepaskan wang berkenaan daripada ditahan pihak bank,” katanya.
Beliau berkata mangsa kemudian membuat pembayaran berjumlah RM24,500 ke lima akaun berbeza yang diberikan suspek, namun mangsa kemudian menyedari dirinya ditipu selepas wang yang dijanjikan untuk pembelian wang lama itu tidak diterima.
Katanya justeru orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan tawaran jual beli wang lama dari mana-mana pihak yang diragui. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/01/suri-rumah-rugi-rm208-juta-ditipu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+K

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rm2 Juta Lesap Ditipu Macau Scam

Rm2 Juta Lesap Ditipu Macau Scam

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 151 hits
atau aplikasi Check Scammers CCID supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan katanya
Seorang Warga Garut Barter Rumah Seharga Rp 500 Juta Dengan Tanaman Hias

Seorang Warga Garut Barter Rumah Seharga Rp 500 Juta Dengan Tanaman Hias

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 263 hits
Sejumlah tanaman hias saat ini memang tengah menjadi primadona bagi para pecintanya Namun mungkin akan berpikir ulang kalau harus membeli tanaman menggunakan rumahnya Namun oleh seorang warga Garut hal itu dilakukannya
Rayuan Sabitan Dan Hukuman Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan Didengar 22 April

Rayuan Sabitan Dan Hukuman Kes Rasuah Rm2 Juta Ku Nan Didengar 22 April

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 185 hits
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor KUALA LUMPUR Rayuan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta atas kesalahan menerima rasuah ...
Malaysia Diramal Rugi Rm600 Juta Sehari Angkara Pkp 2 0

Malaysia Diramal Rugi Rm600 Juta Sehari Angkara Pkp 2 0

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 266 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz Malaysia diramal rugi RM600 juta sehari angkara PKP 2 0 PUTRAJAYA Kerajaan menjangkakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua menyebabkan Malaysia kerugian RM600 juta sehari berb...
Mcgregor Derma Rm2 Juta Kepada Poirier Isteri

Mcgregor Derma Rm2 Juta Kepada Poirier Isteri

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 173 hits
LONDON Penyokong UFC mahu tahu apa yang berlaku selepas kekalahan Conor McGregor di tangan Dustin Poirier pada pertarungan di Abu Dhabi minggu lalu Pada aksi itu McGregor dikejutkan oleh Poirier pada pertarungan semula di UFC 257 selepas di...
Suri Rumah Berusia 57 Tahun Satu Satunya Jangkitan Tempatan Covid 19 Di S 039 Pura

Suri Rumah Berusia 57 Tahun Satu Satunya Jangkitan Tempatan Covid 19 Di S 039 Pura

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 178 hits
SINGAPURA Singapura melaporkan 30 kes baru COVID 19 setakat tengah hari Jumaat menurut Kementerian Kesihatan Ini termasuk satu kes jangkitan dalam masyarakat Tiada kes dilaporkan di dormitori dormitori pekerja asing Satu satunya k
Percuma Sahaja Di Pasar Raya Aksesori Persis Kabel Pengikat Berharga Rm2 000 Cetus Perdebatan

Percuma Sahaja Di Pasar Raya Aksesori Persis Kabel Pengikat Berharga Rm2 000 Cetus Perdebatan

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 228 hits
Bagi sesetengah orang fesyen merupakan sebuah medium untuk mereka mempamerkan kreativiti dan personaliti diri masing masing Mereka yang umumnya dikenali sebagai penggemar fesyen ini seringkali tampil dengan gaya yang tersendiri yang pastiny...
Demi Upah Rm2 000 Lelaki Sewa Lori 1 5 Tan Guna Duit I Sinar Untuk Hantar Stok Daun Ketum Ditahan Polis

Demi Upah Rm2 000 Lelaki Sewa Lori 1 5 Tan Guna Duit I Sinar Untuk Hantar Stok Daun Ketum Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 20/1/2021 - jumlah : 343 hits
The ReporterSeorang lelaki yang memandu lori dengan membawa muatan 1 5 tan daun ketum ditahan di Jalan Kampung Tong Prok Mukim Padang Kerbau di sini semalam Ketua Polis Daerah Pendang DSP Arriz Sham Hamezah berkata suspek ditahan kira kira ...
Sudah Tak Ada Anggaran Blt Pekerja Gaji Rp5 Juta Distop Tahun Ini

Sudah Tak Ada Anggaran Blt Pekerja Gaji Rp5 Juta Distop Tahun Ini

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 146 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah mengatakan pemerintah tidak melanjutkan pemberian Bantuan Langsung Tunai subsidi gaji atau upah di 2021 Ia menyatakan anggaran BLT gaji kepada pekerja bergaji di bawah Rp5 juta itu tidak dianggarkan dala...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Diperlakukan Buruk Oleh Kerabat Tetap Balas Dengan Kebaikan

Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu