Suri Rumah Juga Satu Pekerjaan Mulia Rabbaitul Bait Queen Of Home


Sesungguhnya seorang perempuan itu merupakan suri rumah tangga di dalam setiap keluarga mereka. Inilah tanggungjawab yang perlu digalas oleh wanita yang sudah berkahwin. Sama ada anda mempunyai anak atau tidak, bekerja atau pun tidak, setiap wanita ini mempunyai harga yang sangat tinggi di sisi keluarga. Andalah pencorak rumah tangga dan pengurus terbaik bagi suami dan anak-anak. Percayalah, kerjaya anda sebagai seorang isteri dan ibu amat berharga, mulia dan mempunyai nilai yang amat besar kepada sesebuah masyarakat.


Menjadi ibu rumah tangga adalah pekerjaan mulia bagi setiap wanita. Ada bahagia yang hadir setiap kali melihat anak-anak bermain dengan bahagia. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam telah membuka pahala bernilai jihad bagi setiap wanita.

Anas bin Malik mengisahkan, seorang wanita menemui Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam dan berkata: “Wahai Rasulullah, laki-laki memiliki keutamaan dan mereka juga berjihad di jalan Allah.

Apakah bagi kaum wanita bisa mendapatkan amalan jihad di jalan Allah? Rasulullah menjawab: “Barangsiapa di antara kalian yang tinggal di rumahnya maka dia mendapatkan pahala mujahid di jalan Allah.”
Maksud Suri Rumah"Suri rumah" adalah istilah yang berasal dari bahasa Melayu atau Indonesia yang mempunyai maksud "ibu rumah tangga" atau "isteri rumah tangga." Kata "suri" merujuk kepada seorang wanita yang merupakan isteri dan memainkan peranan sebagai pengurus rumah tangga, menjaga keperluan keluarga, dan merawat anak-anak.
Suri Rumah In English dan Bahasa ArabDi dalam bahasa english, suri rumah dipanggil sebagai "housewife", manakala dalam bahasa arab pula gelarannya sungguh bermakna iaitu “ Rabbaitul Bait” or “The Queen of the Home”. Masya Allah, ratu di dalam rumah ya, suatu gelaran yang sangat tinggi tingkatnya
 
Nama-Nama Panggilan Lain Seorang Suri"Suri rumah" juga dikenali dengan beberapa panggilan lain seperti:

1. Ibu rumah tangga

2. Isteri rumah

3. Ibu di rumah

4. Rumah tangga

5. Ibu yang bekerja di rumah

6. Wanita rumah tangga

7. Ibu keluarga

8. Pengurus rumah tangga

9. Wanita pengurus rumah

10. Housewife

11. Rabbaitul bait

12. Wahm (Working at home mom)

13. Stam (Stay at home mom)

Boleh anda fikirkan apa lagi panggilan yang sesuai untuk seorang wanita pengurus rumah

Siapakah Rabbaitul Bait?
Rabbaitul Bait bermaksud ratu di dalam rumahnya kerana rumahnya adalah kerajaannya, tempatnya. Di situlah ofisnya, tempat beristirehat, bermain dan perlindungannya. Seorang isteri mengubah rumah yang kosong menjadi rumah yang penuh manis dengan kasih sayang, penjagaan dan semangatnya.

Rabbaitul Bait yang ideal bangun sebelum matahari terbit. Menguruskan diri berkhalwat bertemu ilahi, mengejutkan suami dan anak-anak untuk solat subuh dan menyiapkan persiapan mereka ke sekolah dan kerja bagi suaminya.

Dia memulakan harinya dengan kesyukuran dan doa kepada Yang Maha Esa. Dia mencari perlindungan, keselamatan, dan rizq (Apa-apa dan segala yang memberi manfaat kepada anda) untuk keluarganya.

Menjadi Rabbaitul Bait/ housewife adalah pilihan — pilihan peribadi. Hormati itu :)

Hadis Tentang Istimewanya Wanita Menjadi Ibu Rumah TanggaHadis pertama:Rasulullah SAW bersabda: “Seorang wanita adalah pengurus rumah tangga suaminya dan anak-anaknya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban atas kepengurusannya.” (HR Muslim)

Hadis kedua:
Nasihat Rasulullah SAW kepada puterinya Fathimah Az-Zahra:

“Wahai Fathimah, wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan derajat wanita itu.

Wahai Fathimah, tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut kepala anak-anaknya lalu menyisirnya dan memcucikan pakaiannya, melainkan Allah pasti menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberikan pakaian seribu orang yang telanjang.”

Hadis ketiga:
“Maukah engkau aku beri tahu sesuatu yang (paling berguna) ditimbun oleh seseorang, wanita shalihah apabila ia (suami) memandangnya ia (isteri) menjadikannya senang, apabila memerintahkannya ia pun mentaatinya, dan apabila ia tidak ada maka ia (isteri) menjaganya.” (HR. Abu Daud)

Hadis keempat:
Ketaatan istri pada suami adalah jaminan syurgaNya. Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktunya, melaksanakan puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, dan mentaati suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” (HR Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

Jadi Suri Rumah Sukarela, Terpaksa atau Di Paksa?Setiap wanita yang menjadi isteri rumah sepenuh masa mempunyai kisah yang berbeza, ada yang terus berhenti kerja selepas berkahwin, ada yang membuat keputusan menjaga anak-anak dan suami kerana sebab-sebab tertentu, ada juga di diminta oleh suami untuk menjadi ibu rumah tangga. Walau apa juga asbab anda menjadi suri dan pengurus rumah terhebat di alam semesta ini, tahniah saya ucapkan!

Andalah insan terhebat, mengagumkan dan luar biasa. Bersyukurlah kerana masih ramai lagi wanita di zaman ini terpaksa bekerja, menjadi pengurus rumah tangga pada masa yang sama. Mereka juga pasti ingin menjadi seperti surirumah sepenuh masa namun tiada rezeki
 
Tanggapan Masyarakat Terhadap Isteri Rumah Tangga Tidak BerkerjayaDi abad 2023, era moden dan pemikiran yang sudah bebas dari kekolotan memungkin imaginasi kita menyangkakan bahawa menjadi isteri rumah tangga sepenuh masa, memberikan masa, tenaga, jiwa dan raga kepada sebuah keluarga ialah pekerjaan yang dihormati kan? Malangnya tidak.

Seakan kembali ke masa lampau, jika dulu wanita ini tempatnya hanya di dapur, tidak boleh belajar tinggi-tinggi, kini wanita bisa bangkit menjadi apa pun cita-cita sama seperti kaum lelaki. Kita ingatkan dunia moden kali ini sudah mempunyai mindset yang ke hadapan, malangnya dunia tetap memandang rendah pada kaum isteri yang memilih kerjayanya sebagai pengurus rumah tangga.

Isteri tidak bekerja?

Oh, Surirumah rupanya

Kesiankan? Namun artikel ini bukanlah untuk menjatuhkan maruah seorang ibu surirumah tetapi untuk memberi kabar gembira, walau apa pun tanggapan dunia, di sisi Allah, tiada harga yang dapat membandingkannya. Maka bergembiralah dan jauhkan rasa iri kepada isteri yang bekerja kerana rezeki setiap insan itu Allah swt sudah pun tentukan dengan Maha Adil dan Saksama.

Cuma tidak salah untuk kita bersedia mental untuk menghadap pelbagai soalan, sindiran dan tohmahan dari orang-orang sekeliling. Mereka tidak faham situasi kita, keluarga kita, maka cubalah hindari bersama dengan golongan toksik ini dan bahagiakan diri anda dengan bersama rakan-rakan yang positif.
Tugas Seorang Suri Rumah
Dalam Islam tidak menyebut secara jelas apakah tanggungjawab atau tugasan seorang suri rumah, namun secara automatik seorang isteri yang berada di rumah dan tidak bekerja melakukan tanggungjawab menjaga dan mengurus rumah, suaminya, dan anak-anak. Namun anda boleh rujuk semula hadis di atas di mana ia menyebut akan urusan seorang isteri dalam menguruskan rumah suaminya dan menjaga anak-anak.

Walaupun peranan dan tanggungjawab suri rumah boleh berbeza-beza bergantung pada keperluan dan dinamik keluarga, berikut adalah beberapa tanggungjawab umum:

1. Menguruskan rumah tangga: Bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kemasan rumah, termasuk membersihkan rumah, mencuci pakaian, dan merawat haiwan peliharaan.

2. Memasak: Bertanggungjawab untuk menyediakan makanan untuk keluarga, termasuk sarapan, makan tengah hari, dan makan malam.

3. Menguruskan anak-anak: Jika terdapat anak-anak dalam keluarga, akan merawat dan menjaga anak-anak, termasuk menghantar mereka ke sekolah, menguruskan tugasan sekolah, dan memberi perhatian dan kasih sayang. Andalah driver, nurse, doktor, cikgu dan pengasuh.

4. Merancang bajet keluarga: Berperanan dalam menyusun kewangan keluarga, membuat bajet, dan menguruskan pembayaran bil-bil rumah tangga.

5. Membeli keperluan rumah tangga: Bertanggungjawab untuk membeli makanan, pakaian, dan barangan rumah tangga lain, ini kerana isteri rumah tanggalah yang lebih mengetahui akan hal urusan rumah berbanding suami.

6. Menyokong pasangan: Isteri yang baik juga berperanan sebagai penyokong pasangan, memberikan sokongan emosi dan fizikal serta terlibat dalam membuat keputusan keluarga.

7. Menjaga hubungan sosial: Menguruskan hubungan dengan jiran, rakan, dan ahli keluarga lain, serta menyusun kunjungan atau acara keluarga (jika perlu dan mendapat keizinan)

8. Merancang acara keluarga: Boleh terlibat dalam merancang dan mengkoordinasikan acara-acara keluarga, seperti majlis hari lahir, majlis perayaan hari raya, atau sambutan keluarga lain.

9. Menguruskan masa: Isteri rumah tangga perlu menguruskan masa dengan baik untuk menjalankan semua tanggungjawabnya, termasuk memberi keutamaan kepada keperluan keluarga dan diri sendiri. Walaupun kita bertanggungjawab menguruskan hampir segala-gala hal di rumah, ingatlah anda tetap perlukan masa untuk diri sendiri.


Penting untuk diingat bahawa peranan ini tidak terhad kepada tugas-tugas rumah sahaja. Ibu di rumah juga memainkan peranan penting dalam mencipta suasana yang hangat dan harmoni di rumah, memberi sokongan emosi, dan membantu membentuk kehidupan keluarga yang bahagia

Persediaan Jadi Isteri Rumah Tangga Sepenuh MasaAdakah anda sedang memikirkan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa? Membuat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa adalah satu langkah penting dan perlu dipertimbangkan dengan teliti.


Berikut adalah beberapa persediaan yang boleh anda pertimbangkan sebelum mengambil langkah ini:


1. Penilaian Kewangan: Pertimbangkan dengan teliti bagaimana perubahan ini akan menjejaskan kewangan keluarga anda. Ambil kira pendapatan keluarga dan belanjawan isi rumah, serta keupayaan mengurus keperluan kewangan dengan satu pendapatan. Jika anda mempunyai hutang, cuba selesaikan terlebih dahulu.


2. Pelarasan Belanjawan: Jika anda bercadang untuk berhenti bekerja, anda perlu menyusun semula belanjawan isi rumah. Kenal pasti bidang perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau diubah untuk menampung perubahan dalam pendapatan. Anda harus ingat bahawa apabila sudah tidak bekerja, kewangan dan belanja anda akan bergantung pada suami sepenuhnya.


3. Pertimbangkan Faedah Bukan Kewangan: Sebagai tambahan kepada aspek kewangan, pertimbangkan faedah bukan kewangan sebagai suri rumah sepenuh masa, seperti lebih banyak masa untuk keluarga, penjagaan anak dan kebebasan dalam menguruskan jadual harian.


4. Pengurusan Masa: Pastikan anda mempunyai kemahiran pengurusan masa yang baik untuk dapat menjalankan kerja-kerja rumah, menjaga keluarga anda dan mengutamakan diri sendiri.


5. Rancangan Jangka Panjang: Pertimbangkan bagaimana keputusan ini akan mempengaruhi rancangan jangka panjang anda, termasuk pembangunan kerjaya masa depan jika anda memilih untuk kembali bekerja.


6. Komunikasi dengan Pasangan: Bincangkan keputusan ini dengan suami anda. Adalah penting untuk mempunyai persefahaman dan sokongan bersama mengenai langkah ini dan kesannya terhadap dinamika keluarga.


7. Pembangunan Diri: Pertimbangkan bagaimana anda masih boleh berasa puas dan berkembang sebagai individu, walaupun tumpuan anda kebanyakannya pada rumah. Anda masih boleh meneruskan aktiviti atau hobi yang anda gemari.


8. Pelan Kecemasan: Sentiasa mempunyai pelan kecemasan atau sandaran kewangan sekiranya berlaku situasi yang tidak dijangka.


9. Pendapat Profesional: Jika anda ragu-ragu, pertimbangkan untuk berunding dengan penasihat kewangan atau pakar dalam bidang tersebut untuk membantu anda membuat keputusan termaklum.


Menjadi suri rumah sepenuh masa adalah pilihan peribadi dan keluarga. Pastikan anda telah mempertimbangkan semua faktor yang berkaitan dan merancang langkah yang perlu untuk menguruskan perubahan ini dengan jayanya

Kelebihan Menjadi Fulltime Housewife
1. Perhatian Keluarga: Lebih banyak masa untuk memberikan perhatian kepada keluarga.
2. Pengurusan Rumah: Lebih mudah mengurus rumah dan tanggungjawab di dalamnya.
3. Keseimbangan Hidup: Fleksibiliti dalam mengatur jadual harian dan keseimbangan antara kerja dan masa sendiri.
4. Pendidikan Anak: Terlibat aktif dalam pendidikan anak-anak, boleh jadi AJK di sekolah dan pelbagai lagi aktiviti fizikal bersama anak-anak.
5. Kemahiran Rumah Tangga: Peluang untuk mengasah kemahiran rumah tangga.
6. Ekonomi: Pengurangan kos dengan memasak di rumah, bil tambahan, yuran bulanan seperti taska, transit dan van sekolah serta mampu dapat menguruskan perbelanjaan keluarga yang lebih baik dan menjimatkan.
7. Kurangkan Tekanan: Kurangkan stres kerana tiada tekanan kerja luar.
8. Kreativiti: Peluang mengembangkan hobi dan minat atau bisnes dari rumah.
9. Hubungan Keluarga: Menguatkan hubungan keluarga.
10 Dukungan Pasangan: Beri sokongan lebih besar kepada pasangan.
11. Pengaruh Positif: Jadi contoh baik kepada anak-anak dan ajar nilai-nilai keluarga.
12. Kesihatan Mental: Boleh memberi kesan positif kepada kesihatan mental

Skim Keselamatan Suri RumahHak seorang surirumah dalam memikirkan keselamatan mereka adalah penting. Apa-apa juga boleh berlaku semasa bekerja di rumah, ianya boleh terjadi semasa di dalam rumah atau di luar rumah. Semasa memasak atau menghantar dan mengambil anak sekolah. Secara amnya, tiada seorang pun yang memiliki skim keselamatan namun apabila anda mula bekerja di sektor awam atau swasta, anda mula mendapatkan perlindungan keselamatan sepenuhnya.

Kini, berita gembira buat semua suri, anda boleh mencarum bersama PERKESO di dalam program Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Untuk info lanjut, anda boleh rujuk laman website ya. Rugi tidak ambil inisiatif yang PERKESO sediakan untuk surirumah ni ya. Murah sahaja, serendah RM10 sebulan. Saya cadangkan anda ambil sekiranya anda masih tiada skim keselamatan atau insuran nyawa mahupun medical card

Group Support Emosi & Networking Suri RumahKerja isteri rumah tangga sepenuh masa berpagian hingga ke malam mengadap tugasan rumah yang tidak berhabisan. Faktor yang memenatkan sebenarnya adalah emosi berbanding fizikal. Bayangkanlah seorang isteri membuat kerja rumah tanpa anak-anak kecil, tiada gangguan emosi, tiada tangisan dan hentakan atau sesiapa yang cuba menyepahkan rumah, seorang isteri itu tidak mungkin akan mengalami tekanan emosi yang melampau.


Tekanan terbesar seorang suri ialah apabila:-

Menjaga anak-anak kecil yang memerlukan perhatianTiada support dari suamiTerlalu memikirkan pandangan pihak luar tentang status diri sendiriTiada rakan support yang mendengar keluhan si isteriMemandang rendah pada diri sendiri
Apabila berada dalam lima situasi di atas, sudah tentu, bebanan itu lama-lama menjadi toksik bagi seorang isteri dan ibu. Maka sudah masanya anda mencari rakan positif dan support yang sudi mendengar keluhan anda. Walaupun kita mengadu satu-satunya kepada Allah, namun manusia tetap memerlukan manusia yang lain selain dari berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Nya.

Anda boleh cuba dua medium ini yang saya sangat sarankan;

Facebook Group: Kami Suri Rumah Official (nota: tidak semua akan komen murni, jadi sebelum anda meluah, pastikan anda menceritakan kisah anda dengan jujur dan penuh supaya dapat elakkan banyak soalan bertalu-talu dan mengelakkan komen-komen yang menjatuhkan anda)

NGO Wanita : Persatuan SuriRumah Rahmah Malaysia (SRR) (nota: mereka merupakan badan organisasi yang mendokong suri di samping memberi nilai tambah dari segi intelek, emosi dan aktiviti yang boleh suri sertai)
Kesimpulan

MasyaAllah peranan isteri dan dalam masa yang sama ibu kepada anak-anak. Islam memuliakannya walaupun dia ikhlas dan redha dengan amanah itu, maka balasan dari Allah adalah pahala yang jaminannya syurga. Jadi, selamat menjadi ummun wa rabbatul bait.


Perlu sedar bahawa menjadi ibu dan mengurus rumah tangga untuk suami bukanlah mudah, kena pandai bahagikan masa untuk uruskan semuanya. Yang penting perlukan ilmu. Kerana dengan ilmu Islam kita akan tahu cara mendidik yang betul dan menjadi isteri solehah untuk suami. Sesungguhnya ibu yang hebat di sisi Allah SWT ialah ibu yang dapat mendidik anak-anaknya menjadi generasi pejuang Islam yang hebat. Tahniah buat semua wanita yang sudah melangkah ke alam gerbang perkahwinan!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2023/08/suri-rumah-rabbaitul-bait.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Paling Susah Suri Rumah Kerja Tak Sudah Sudah Nad Zainal Kagum Dengan Ibu Muda

Yang Paling Susah Suri Rumah Kerja Tak Sudah Sudah Nad Zainal Kagum Dengan Ibu Muda

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 287 hits
Pelakon Nad Zainal mengagumi wanita bergelar suri rumah sepenuh masa kerana tanggungjawab yang digalas mereka bukan sedikit Malah tak pernah berhenti Menerusi Instagramnya akui Nad lagi tugas menjadi seorang suri rumah sememangnya tak mudah...
Hiburan Satu Rumah Busuk Ibu Sibuk Buat Content Untuk Tiktok Anak Korek Pampers Calit Tahi Di Dinding

Hiburan Satu Rumah Busuk Ibu Sibuk Buat Content Untuk Tiktok Anak Korek Pampers Calit Tahi Di Dinding

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 162 hits
Seorang TikTokers berkongsi pengalaman dan pahit manis menjadi pensohor media sosial apabila anak perempuannya yang berusia 2 tahun ditemui bermain dengan najis sendiri Ujar Masmi Rashid yang ditemui mStar dia yang pada ketika itu sedang me...
Prn Penamaan Calon Dun Kota Lama Kecoh Nama Suri Rumah Ditolak

Prn Penamaan Calon Dun Kota Lama Kecoh Nama Suri Rumah Ditolak

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 192 hits
Hidayatidayu Razaliam hmetro com myLAY Tho yang tampil mahu menjadi calon DUN Kota Lama sebagai calon bebas tidak memenuhi syarat ditetapkan SPR FOTO Hidayatidayu RazaliKota Bharu Berlaku sedrkit kekecohan di Pusat Penamaan Calon Dewan Jubl...
Beli Barang Kelengkapan Rumah Di Home Living Exhibition

Beli Barang Kelengkapan Rumah Di Home Living Exhibition

papar berkaitan - pada 14/8/2023 - jumlah : 222 hits
BELI BARANG KELENGKAPAN RUMAH DI HOME LIVING EXHIBITION Assalammualaikum semua Apa khabar Semalam Ruby dan suami buat kerja gila pergi HOMEs Home Living Exhibition di Bukit Jalil Parking Carpark B Niat kami nak survey harga dan tengok idea ...
Renew Lesen 10 Tahun Tapi Tak Pernah Memandu Suri Rumah Buat Netizen Terkedu

Renew Lesen 10 Tahun Tapi Tak Pernah Memandu Suri Rumah Buat Netizen Terkedu

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 261 hits
Neyra memperbaharui lesen memandunya untuk tempoh 10 tahun Ramai tak tahu tentang aplikasi SEJAJAR perkembangan teknologi kebanyakan pemain industri termasuk kementerian dan jabatan kerajaan telah beralih kepada pendigitalan sepenuhnya teru...
Isteri Suri Rumah Sepenuh Masa Suami Tiba Tiba Meninggal Tinggalkan Penyakit Hiv Kepada Isteri Rupanya

Isteri Suri Rumah Sepenuh Masa Suami Tiba Tiba Meninggal Tinggalkan Penyakit Hiv Kepada Isteri Rupanya

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 169 hits
Isteri suri rumah sepenuh masa suami tiba tiba meninggal tinggalkan penyakit HIV kepada isteri rupanya Sebelum terfikir untuk melakukan hubungan badan a k a makan luar dengan mana mana orang seorang suami atau isteri seharusnya sedar bahawa...
Cara Mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Perkeso

Cara Mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Perkeso

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 196 hits
Cara Mendaftar Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO Alhamdulillah Ummi sempat menghadirkan diri untuk program anjuran HCM Department iaitu sesi ceramah berkenaan dengan The post appeared first on
Gadis Ini Nekad Putuskan Bekalan Elektrik Sampai Satu Kampung Blackout Rupanya Ini Puncanya

Gadis Ini Nekad Putuskan Bekalan Elektrik Sampai Satu Kampung Blackout Rupanya Ini Puncanya

papar berkaitan - pada 29/7/2023 - jumlah : 263 hits
Gadis ini nekad putuskan bekalan elektrik sampai satu kampung blackout Rupanya ini puncanya Hanya kerana mahu jumpa dengan teman lelakinya secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga dan orang kampung seorang gadis sanggup memutuskan bekalan e...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba