Suri Rumah Didenda Rm5000 Sebar Berita Tidak Benar Penularan Covid 19


 
Suri rumah menjadi individu pertama di negara ini didenda mengikut Ordinan Darurat selepas mengaku bersalah menyebarkan berita palsu mengenai penularan Covid-19.


Norjannah Rusli, 28, didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas dia mengaku bersalah menyebarkan berita palsu menerusi aplikasi telefon pintar di Arau pada April lalu.


Dia membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet.




Mengikut kertas pertuduhan, suri rumah berkenaan didakwa menggunakan aplikasi WhatsApp melalui nombor talian yang didaftarkan kepada tertuduh dengan niat untuk menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 8664, Jalan Pauh, Kampung Belukar, Arau pada 10.31 pagi, 18 April lalu.


Tertuduh didakwa melakukan satu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021.


Pendakwaan dilakukan oleh Pengarah Pendakwaan Perlis, Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili Zuhair Ahmad Zakuan dan dibantu Siti hajar Che Ahmad dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).


Ketika prosiding, Mohd Nordin berkata, ia adalah kes pertama seumpamanya di Perlis dan walaupun kesalahan berkenaan adalah kesalahan pertama tertuduh namun perbuatannya memuat naik berita yang tidak sahih mengenai penularan Covid-19 di sebuah sekolah di Arau itu menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk dan guru di sekolah terbabit.



Berikutan itu, pihaknya memohon satu hukuman setimpal diberikan kepada tertuduh sebagai pengajaran kepada masyarakat untuk tidak sewenang-wenangnya berkongsi berita atau memuat naik sesuatu berita yang tidak sahih dan benar.


Zuhair yang mewakili tertuduh pula meminta mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap tertuduh disebabkan sedang mengandung.


Selain itu, tertuduh juga mempunyai dua anak berusia empat dan lima tahun serta suami yang baru kehilangan kerja sebagai pemandu lori disebabkan penularan Covid-19.


Zuhair berkata, tindakan tertuduh yang berkongsi berita berkenaan itu hanyalah kerana gesaan kepada masyarakat supaya berhati-hati serta kegusarannya terhadap penularan jangkitan Covid-19 yang semakin naik di negeri itu.


Selain mengenakan denda RM5,000 terhadap tertuduh, Hakim Musyiri turut memerintahkan suri rumah itu juga boleh dipenjara selama lima bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan.


Bagaimanapun, tertuduh dilaporkan membayar denda terbabit.


Pada 20 April lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis membuat laporan polis berhubung penularan berita di media sosial yang mendakwa sembilan murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Guar Nangka disahkan positif Covid-19.



Laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar dan selepas siasatan dilakukan hanya seorang sahaja yang disahkan positif Covid-19.


Suri rumah didenda RM5,000 mengikut Ordinan Darurat
Pautan : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/06/712998/suri-rumah-didenda-rm5000-mengikut-ordinan-darurat-metrotv




Itulah..terkadang kita punyai sikap yang sangat prihatin dan mengambil berat. Namun kita sering terlupa satu perkara yang sangat penting..iaitu pastikan kesahihan apa-apa cerita/berita atau apa-apa maklumat yang diterima.
Kerajaan kan dah selalu pesan di media massa "Tak pasti, jangan kongsi.."


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/06/suri-rumah-didenda-rm5000-sebar-berita.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padah Sebar Berita Palsu Tentang Penyebaran Covid 19 Suri Rumah Sarat Hamil Di Perlis Didenda Rm5 000

Padah Sebar Berita Palsu Tentang Penyebaran Covid 19 Suri Rumah Sarat Hamil Di Perlis Didenda Rm5 000

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 237 hits
Gara gara menyebarkan berita palsu berkaitan penularan Covid 19 di aplikasi status Whatsapp seorang wanita sarat hamil telah didenda RM5 000 di Mahkamah Sesyen Kangar Perlis Difahamkan penyebaran berita tidak benar itu dilakukan pada 18 Apr...
Dakwaan Kematian Lelaki Cina Berumur 20 An Akibat Covid 19 Di Taman Tas Adalah Tidak Benar

Dakwaan Kematian Lelaki Cina Berumur 20 An Akibat Covid 19 Di Taman Tas Adalah Tidak Benar

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 278 hits
SEBENARNYA Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Sehingga 30 Mei 2021 tiada kematian akibat COVID 19 di negeri Pahang melibatkan lelaki Cina berumur 20 tahun dan tinggal di Taman Tas Kuantan Terdapat ke
Gubernur Sumut Bakal Sanksi Rumah Sakit Yang Enggan Tangani Pasien Covid 19

Gubernur Sumut Bakal Sanksi Rumah Sakit Yang Enggan Tangani Pasien Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 240 hits
Gubernur Sumatera Utara Edy Rahmayadi berencana akan memberikan sanksi kepada rumah sakit yang enggan mengalokasikan tempat tidur tersedia untuk isolasi khususnya di Kota Medan Pasalnya sedikitnya ada 76 rumah sakit milik pemerintah ataupun...
10 Ditahan Bawah Ordinan Darurat Sebar Berita Tak Benar

10 Ditahan Bawah Ordinan Darurat Sebar Berita Tak Benar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 167 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sepuluh orang ditahan dan 21 kertas siasatan dibuka di bawah Ordinan Darurat yang berkuat kuasa 12 Mac lalu ke atas penghasilan dan penularan berita tidak benar berkaitan Covid 19 atau perisytiharan darurat Ketua ...
Bilangan Ahli Jemaah Untuk Solat Jumaat Di Rumah Semasa Covid 19

Bilangan Ahli Jemaah Untuk Solat Jumaat Di Rumah Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 521 hits
Saya ringkasan daripada teks fatwa di bawah1 Sepakat ulama bahawa Solat jumaat wajib berjemaah2 Mazhab Syafii dan Hanbali 40 orang jemaah3 Mazhab Imam Abu Hanifah 3 orang lelaki selain Imam 4 Mazhab Maliki 12 orang selain daripada Imam5 Sep...
7 Tips Menangani Simptom Covid Di Rumah

7 Tips Menangani Simptom Covid Di Rumah

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 265 hits
Assalamualaikum Hi korang Situasi semasa Covid 19 mengalami turun naik yang mendadak Kes seolah olah tak terkawal dan tak konsisten tapi SA respect dengan tindakan Kerajaan dan para frontliners kita yang masih bertungkus lumus bekerja tanpa...
Selangor Pertimbang Ujian Saringan Covid 19 Dari Rumah Ke Rumah

Selangor Pertimbang Ujian Saringan Covid 19 Dari Rumah Ke Rumah

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 196 hits
Bagaimanapun perkara itu bergantung kepada jumlah anggota sukarelawan kerana ia memerlukan jumlah pasukan yang ramai Pegawai kesihatan menjalankan ujian swab bagi mengesan jangkitan Covid 19 Malaysia kini menyaksikan peningkatan kes mendada...
Hiburan Michael Ang Nak Bagi Rm500 Pada Individu Berjaya Kuarantin Kendiri Galakan Duduk Di Rumah Cegah Covid 19

Hiburan Michael Ang Nak Bagi Rm500 Pada Individu Berjaya Kuarantin Kendiri Galakan Duduk Di Rumah Cegah Covid 19

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 330 hits
Pengarah dan penerbit terkenal Michael Ang memberitahu bahawa dia sengan mencari 10 orang individu yang dapat membuktikan bahawa mereka boleh melakukan kuarantin kendiri bermula semalam sehingga 8 Jun nanti Kata Michael dia juga akan member...
Perlindungan Percuma Untuk Covid 19 Walau Kuarantin Di Rumah Bukan Kuarantin Di Maeps Atau Hospital Sg Buloh

Perlindungan Percuma Untuk Covid 19 Walau Kuarantin Di Rumah Bukan Kuarantin Di Maeps Atau Hospital Sg Buloh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 316 hits
PERLINDUNGAN PERCUMA UNTUK COVID 19 WALAU KUARANTIN DI RUMAH BUKAN KUARANTIN DI MAEPS ATAU HOSPITAL SG BULOH Walau negara kita di landa penyakit Covid 19 yang agak serius Namun kita ada juga good news berkaitan dengan Covid 19 Mummy sebagai...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti