Surau Al Makmur Ppr Sri Pantai Dibaling Botol Arak



(Berita Harian) – Jemaah Surau Al-Makmur Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Pantai, Jalan Pantai Dalam di sini, dikejutkan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab membaling beberapa botol arak kosong di perkarangan surau berkenaan, malam kelmarin.
Kejadian dikatakan bermula sekitar jam 8.30 malam ketika jemaah dari Blok 100 dan 102 PPR terbabit ke surau itu untuk menunaikan solat Isyak seterusnya solat sunat Tarawih.
Menurut seorang jemaah, Arif Yusoff, 53, ketika kejadian, beliau baru turun dari blok kediamannya di Blok 100 untuk ke surau yang terletak di tingkat bawah blok berkenaan.
“Botol pertama dan kedua dibaling dan jatuh di hadapan surau hanya kira-kira empat atau lima meter jauhnya dari tempat saya berjalan.
“Satu daripada botol berkenaan terkena sebuah motosikal dan tidak pecah manakala satu lagi botol berderai di atas laluan di hadapan surau.
“Dua lagi botol dibaling ketika azan Isyak dan beberapa botol lagi turut dibaling di hadapan surau ketika hampir 40 jemaah sedang menunaikan solat Tarawih dan sebaik selesai solat kira-kira jam 10.30 malam,” katanya.
Katanya, sebiji botol yang dibaling juga hampir mengenai imam jemputan yang ketika itu baru sampai dan sedang berjalan ke pintu masuk surau.
“Semuanya lapan botol, dan kita percaya ia dibaling dari tingkat atas blok namun kita tidak pasti di tingkat mana.
“Beberapa ahli jawatan kuasa (AJK) surau kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai kerana kejadian itu hampir menyebabkan imam jemputan dan jemaah lain cedera.
“Mereka turut menyerahkan sebiji botol arak yang kebetulan tidak pecah itu kepada pihak polis,” kata Arif yang sudah menetap di PPR itu hampir 12 tahun.
Penduduk, Mohd Hafiz Yusof, 32, pula memberitahu beliau baharu pulang bekerja dan sedang berbual dengan beberapa rakan tidak jauh dari motosikalnya yang diparkir di hadapan surau.
“Ketika itulah botol pertama dan kedua dibaling dari atas blok dan satu terkena motosikal saya sehingga ‘mudguard’ (pelindung lumpur) tayar hadapan pecah.
“Bayangkan kalau botol berkenaan terkena pada penduduk atau jemaah masjid, sudah tentu boleh menyebabkan kemalangan jiwa,” katanya.
Tambah beliau, kejadian membaling atau membuang objek dari tingkat atas di PPR itu adalah perkara biasa dan ia memang kerap berlaku.
Bagaimanapun, kejadian membaling botol arak di hadapan surau malam kelmarin itu agak ‘luar biasa’ kerana membabitkan jumlah yang banyak seperti ia dirancang.
Kejadian yang berlaku di Surau Al-Makmur itu viral di media sosial sejak semalam dan ada yang mendakwa perlakuan itu dilakukan segelintir individu yang tidak berpuas hati dengan bunyi ‘bising’ dari surau berkenaan.
Setakat ini, BH masih menunggu maklum balas polis berhubung kejadian itu.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/05/22/surau-al-makmur-ppr-sri-pantai-dibaling-botol-arak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Album Pantai Seberang Pintasan September 2017

Album Pantai Seberang Pintasan September 2017

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 299 hits
Pantai Seberang Pintasan antara pantai yang kerap kami kunjungi membawa anak anak bermain Ini kerana pantai disini boleh dikatakan mempunyai pasir yang bersih dan terdapat lokasi lokasi yang sesuai untuk anak anak kami yang masih kecil untu...
Mandi Manda Di Pantai Batu Pelanduk Kuala Abang Dungun Terengganu Video

Mandi Manda Di Pantai Batu Pelanduk Kuala Abang Dungun Terengganu Video

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 877 hits
Pantai ini hanya terletak disebelah jalan utama ke Kuala Terengganu jika anda memilih jalan pantai Pantai disini sesuai untuk membawa anak anak mandi manda kerana terdapat kawasan berbatu membentuk seolah kolam Dengan itu anak anak kecil se...
Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan Dungun Terengganu Video

Pantai Teluk Bidara Seberang Pintasan Dungun Terengganu Video

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 535 hits
Pantai ini mungkin tidak ramai orang luar daripada Terengganu ketahui tetapi ini antara pantai yang popular dikalangan warga tempatan kerana pantai ini sesuai untuk mandi manda terutamanya golongan kanak kanak Pantai ini sesuai untuk mandi ...
Travelog Ipoh Discover Lost World Of Tambun With Team Blogger Pantai Timur 2019

Travelog Ipoh Discover Lost World Of Tambun With Team Blogger Pantai Timur 2019

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 994 hits
LOST WORLD OF TAMBUN tentu ada yang pernah pergi dan ada jugak yang belum pernah masuk di Lost World of Tambun ni kan Haaaa termasuklah Seri Wangi yang tak pernah pun jejak kaki di Theme Park yang cantik dan penuh adventure apatah lagi temp...
Israel Ciduk 3 Nelayan Palestina Di Lepas Pantai Jalur Gaza

Israel Ciduk 3 Nelayan Palestina Di Lepas Pantai Jalur Gaza

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 234 hits
Satuan Angkatan Laut Israel menahan tiga nelayan Palestina yang berlayar di sebelah barat laut pantai Kota Gaza kemarin Ini terjadi setelah Israel dilaporkan mencabut blokade laut total selama sepekan atas Jalur Gaza
Sekali Air Bah Sekali Pantai Berubah

Sekali Air Bah Sekali Pantai Berubah

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 440 hits
Bismillahirrahmanirrahim Bila datang yang baru yang lama berlalu pergi Kita ambil beberapa contoh yang terpampang depan kita Bila datang memory card filem gulung ditinggalkan Kedai gambar yang selama ni hidup dengan mencetak gambar semakin ...
Sekaya Telur Pantai Timur

Sekaya Telur Pantai Timur

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 364 hits
Kuih favourite orang pantai timur bulan biasa susah nak dapat kecuali bulan puasa sekaya telur SEKAYA TELUR PANTAI TIMUR
Mandi Manda Di Pantai Lagun Kuala Ibai Kuala Terengganu

Mandi Manda Di Pantai Lagun Kuala Ibai Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 700 hits
Pantai yang terletak di Kawasan Masjid Terapung atau mungkin lebih tepat berada di Taman Awam Lagun Kuala Ibai antara tempat yang sesuai untuk membawa anak anak mandi manda Airnya yang cetek dan kawasan yang luas untuk orang ramai Boleh ton...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti