Surat Untuk Rakyat Malaysia



Rakyat Malaysia sekalian,

Hari ini masuk hari kelima Majlis Keselamatan Negara (MKN) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan Covid-19 atau Coronavirus di negara kita. Saya tahu, pada awalnya sebahagian kita panik dan tertanya-tanya, apa tujuan perintah ini. Sekarang, saya yakin majoriti rakyat Malaysia mulai faham kenapa perintah ini dikuatkuasakan Kerajaan.

Percayalah, perintah ini dikuatkuasakan demi menghalang penularan Covid-19 pada skala lebih besar. Ia menuntut kita berada di rumah masing-masing dan mengamalkan social distancing. Ia penting bagi menghindarkan kita daripada bergaul bebas dengan mereka yang walaupun tidak menunjukkan simptom, mungkin telah dijangkiti wabak ini. Pendek kata, perintah ini sebenarnya mampu menyelamatkan ribuan nyawa.

Sebab itulah, perintah ini wajib kita patuhi. Saya sendiri, sewaktu menghadiri beberapa Mesyuarat MKN sebelum ini, telah melihat kesungguhan luar biasa pasukan Majlis Keselamatan Negara, Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan dan seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mencari penyelesaian krisis ini. Tetapi kita tidak boleh harapkan mereka sahaja. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu turut memainkan peranan. Kita mesti bantu meringankan beban mereka. Sekiranya penularan wabak ini dapat dikawal, risiko kita untuk dijangkiti akan jadi lebih rendah dan jumlah pesakit Covid- 19 juga akan berkurang. Keadaan ini sekaligus meredakan tekanan petugas barisan hadapan (frontliners) yang mengendalikan krisis ini.

Untuk membantu mereka, caranya amat mudah – luangkan masa di rumah. Saya faham, kita rakyat Malaysia suka keluar untuk berjumpa kenalan masing-masing. Bersilaturrahim memang budaya kita. Namun, penularan wabak ini memerlukan kita mengamalkan gaya hidup baru, sekurang-kurangnya untuk tempoh beberapa minggu ini. Saya percaya, tidak salah untuk kita berkorban sedikit, demi manfaat yang jauh lebih besar untuk negara.

Suasana di Hospital Kuala Lumpur ketika dua pesakit positif novel koronavirus (2019-nCoV) dimasukkan ke hospital berkenaan awal bulan lalu. – foto AFIQ RAZALI, 04 FEBRUARI 2020.

Kita perlu ingat, Covid-19 boleh menjangkiti sesiapa sahaja dan tidak pandai memilih bulu. Ia tidak memilih warna kulit, miskin atau kaya mahupun tua atau muda. Kita semua berisiko dijangkiti. Sekiranya Covid-19 tidak memilih-milih mangsa, kenapa perlu kita memilih-milih untuk membantu atau tidak?

Malah, dalam keadaan sekarang, bukan sahaja kita tidak boleh berkira-kira untuk membantu, tetapi juga kita perlu bersikap terbuka untuk menerima bantuan daripada sesiapa sahaja yang diyakini ikhlas untuk membantu kita. Bantuan ini termasuklah daripada Kerajaan luar negara. Wisma Putra misalnya, sentiasa berkomunikasi dengan Kerajaan China. Keakraban inilah yang membuatkan China tanpa ragu menghulurkan bantuan peralatan perubatan – face masks, hand sanitisers, Covid-19 test kits dan protective equipment untuk kegunaan frontliners. Kita juga sentiasa bekerjasama rapat dengan Kerajaan negara jiran seperti Indonesia bagi berkongsi maklumat serta membantu mengenalpasti rakyat Malaysia yang hadir perhimpunan tabligh di sana baru- baru ini. Selain itu, kita juga berganding bahu dengan Kerajaan Singapura demi membantu rakyat Malaysia yang bekerja di sana, yang mana sebahagiannya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan ini. Malah, kita juga sentiasa berhubung dengan rakan negara di Timur Tengah bagi mendapatkan pertolongan untuk perangi Covid-19.

Saya secara peribadi, tidak sangka Malaysia akan mendapat bantuan yang sebegini banyak daripada pelbagai negara. Saya percaya, ia bukanlah disebabkan saya Menteri Luar Negeri. Tetapi kerana pengiktirafan dan penghormatan mereka di luar sana terhadap Malaysia serta menganggap Malaysia sebagai rakan akrab dalam komuniti antarabangsa.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh berasa selesa. Kita mesti sedar yang sikap kita sebagai rakyat Malaysia turut diperhatikan dari seluruh dunia. Tiada gunanya Malaysia menerima pelbagai bantuan, tetapi pada masa yang sama, sebahagian rakyat tidak patuh perintah Kerajaannya sendiri. Nasihat saya – kita tiada pilihan selain mesti berdisiplin dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini dengan bersungguh-sungguh. Nasihat ini juga saya tujukan kepada rakyat Malaysia di luar negara.

Permandangan udara menunjukkan keadaan Jalan Tunku Abdul Rahman yang lengang semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette pada hari kedua Perintah Kawalan Pergerakan berikutan jangkitan wabak Covid-19 koronavirus di sekitar kawasan Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 19 MAC 2020

Seperti semua sedia maklum, walaupun ramai telah dapat dibawa pulang ke tanah air, namun masih ada rakyat kita yang terkandas di luar negara susulan pendirian Kerajaan di sana berkait Covid-19. Kami di Wisma Putra sedang bertungkus-lumus mencari jalan penyelesaian agar semua dapat pulang dengan segera. Biarpun saya tahu, ada segelintir yang tidak setuju untuk bawa mereka pulang kerana bimbang meningkatkan risiko Covid-19. Namun saya tetap ingin menegaskan – saya tidak akan pernah berhenti berusaha untuk bawa rakyat Malaysia pulang. Negara ini milik mereka juga. Jadi mereka ada hak untuk pulang ke tanah air pada bila-bila masa.

Pun begitu, saya juga mahu mengingatkan mereka yang dibawa pulang ini, apabila tiba di Malaysia, patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan. Pastikan juga diri dikuarantin selama 14 hari. Biarpun agak membebankan, namun langkah ini penting untuk menghentikan penularan Covid-19. Kerajaan dan Wisma Putra telah membantu saudara saudari untuk pulang. Jadi saya harap, saudara saudari juga boleh menjadi rakyat yang bertanggungjawab.

Saya juga menyeru seluruh rakyat Malaysia, dalam kita mendepani Covid-19 ini, ketepikanlah segala perbezaan dan hapuskanlah kebencian. Sekarang ialah masa untuk kita mengutamakan kesihatan diri serta kepentingan negara. Lihatlah ujian ini sebagai peluang untuk kita semua bersatupadu. Elakkan daripada menjadi penyebar berita palsu – seruan ini tidak boleh hadir daripada saya seorang sahaja. Ia mesti disampaikan oleh semua pihak dengan apa cara sekalipun.

Kita juga mesti mengingatkan antara satu sama lain, Malaysia telah lalui pelbagai ujian sebelum ini. Dan kita sebagai rakyatnya telah buktikan, yang kita boleh harunginya bersama-sama. Dengan syarat, semua kekal tenang dan lakukan perkara yang betul. Jika ini dapat kita pastikan, saya yakin, kita juga pasti mampu harungi ujian Covid-19 ini.

Bersabarlah, setiap krisis pasti ada hikmahnya. Buat masa ini, antara kebaikan yang telah dapat dilihat, kita bukan sahaja lebih mengenali, malah lebih menghargai mereka yang terlibat secara langsung dalam pengendalian krisis ini. Kepada para doktor, jururawat, kakitangan hospital, petugas di lapangan terbang serta pintu masuk negara, anggota polis dan tentera – I salute you!

Saya percaya, apabila krisis ini berakhir kelak, salah satu kunci kejayaan yang akan dicatat dalam sejarah negara ialah, semangat kebersamaan antara seluruh rakyat Malaysia. Semangat yang sama diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu dalam menuntut Malaysia yang bebas dan Merdeka. Sekarang giliran kita pula, untuk membebaskan negara daripada sebarang kemudaratan. Demi masa depan yang cerah buat anak, cucu dan cicit kita, kita mesti perangi wabak ini habis-habisan. Saya yakin, Malaysia boleh!

Kepada seluruh rakyat Malaysia – stay safe, stay home dan paling penting stay strong!

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
22 MAC 2020


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/surat-untuk-rakyat-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Di Luar Negara Dinasihati Segera Daftar Diri Di Kedutaan

Rakyat Malaysia Di Luar Negara Dinasihati Segera Daftar Diri Di Kedutaan

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 301 hits
Manchester Rakyat Malaysia di luar negara dinasihatkan segera mendaftar diri dengan misi diplomatik Malaysia yang terdekat berikutan penularan COVID 19 kata Wisma Putra Kementerian Luar secara berterusan melaksanakan pemantauan berhubung si...
Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan Pm

Kerajaan Akan Agih Topeng Muka Percuma Untuk Rakyat Malaysia Yang Memerlukan Pm

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 449 hits
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan bakal mengedarkan topeng muka percuma buat seluruh rakyat Malaysia Menurut beliau Malaysia mempunyai pengilang topeng muka sendiri namun proses penghasilan mengambil masa berikutan bahan yang...
Penghantaran Percuma Dan Potongan Separuh Harga Inisiatif Vits Kurangkan Beban Rakyat Malaysia

Penghantaran Percuma Dan Potongan Separuh Harga Inisiatif Vits Kurangkan Beban Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 233 hits
PENGHANTARAN PERCUMA DAN POTONGAN SEPARUH HARGA INISIATIF VITS KURANGKAN BEBAN RAKYAT MALAYSIA Virus Wuhan atau nama lainnya SARS CoV 2 yang menyebabkan COVID 19 boleh dipindahkan dari individu ke individu yang lain menerusi close contact a...
Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia Masih Degil Amp Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan

Fendy Bakry Bengang Dengan Rakyat Malaysia Masih Degil Amp Tak Endah Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 325 hits
Apa dah jadi sebenarnya gais Baru baru ini ada seorang pelakon yang bernama Fendy Bakry memuatnaik satu gambar berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan serta kapsyen yang sedang marah di Instagramnya Nak tahu kenapa Haa sekarang ni dah ada ura...
Rakyat Malaysia Tolong Jangan Degil Masa Pkp

Rakyat Malaysia Tolong Jangan Degil Masa Pkp

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 637 hits
PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia mula dari 18 Mac hingga 31 Mac 2020 Mula mula kerah polis untuk jaga orang awam dari melepak dan bersepah sana sini Sejak 22 Mac tentera pulak dikerahkan untuk memastikan orang awam tak degil...
Covid 19 Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh Buat Rakyat Malaysia

Covid 19 Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh Buat Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 475 hits
Covid 19 Nasihat Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh Buat Rakyat Malaysia GELOMBANG kedua penularan wabak Covid 19 menimbulkan keresahan ramai berikutan dua kes kematian dilaporkan di Malaysia setakat 19 Mac lalu Susulan itu kerajaan mengambil l...
Wisma Putra 11 Rakyat Malaysia Di Luar Negara Dijangkiti Covid 19

Wisma Putra 11 Rakyat Malaysia Di Luar Negara Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 408 hits
SHAH ALAM 13 MAC Wisma Putra mengenal pasti seramai 11 rakyat Malaysia di luar negara yang dijangkiti Covid 19 kata menteri luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata jumlah tersebut membabitkan sembilan orang di Singapura manakala dua di...
Covid 19 Bila Jutawan Malaysia Nak Bantu Rakyat

Covid 19 Bila Jutawan Malaysia Nak Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 531 hits
SEDIH tengok video kakitangan perubatan guna beg sampah untuk keselamatan diri menghadapi koronavirus Teringat kembali kepada satu posting Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah pada 17 Julai 2019 Kita sekarang ini kekurangan peruntu...
10 Rakyat Malaysia Tidak Ikut Larangan Perintah Berkurung

10 Rakyat Malaysia Tidak Ikut Larangan Perintah Berkurung

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 282 hits
PUTRAJAYA Kerajaan mendedahkan kira kira 10 peratus daripada 32 juta rakyat Malaysia gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata angka tersebut bukan suatu jumlah yang kecil kerana i...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip