Surat Terbuka Untuk Hadi Renungan Bersama Buat Tuan Guru Tan Sri Hadi Awang


 
SURAT TERBUKA UNTUK HADI



*RENUNGAN BERSAMA BUAT TUAN GURU TAN SRI HADI AWANG*

Pautan berita di; https://editormalaysia.com/27137/

_SURAT PEMBACA_ | Salam Hormat Tuan Guru yang dihormati,

1. Terlebih dahulu ana ucapkan tahniah kepada parti dan pimpinan Tuan Guru atas kemenangan 49 kerusi semasa PRU-15 yang baru berlalu. Ini pencapaian luar biasa dan ana amat bangga dengannya.

2. Namun ditakdirkan walaupun kita menang paling besar, kita tidak dapat menubuhkan kerajaan. Malahan, kita juga tidak dapat menentukan halatuju di dalam gabungan yang kita anggotai.

3. Izinkan ana memberi pandangan mengapa perkara ini terjadi. Tiada langsung niat ana mahu melawan Tuan Guru Presiden, jauh sekali mahu memburukkan kepimpinan Tuan Guru.

4. Antara kegagalan kita menubuhkan kerajaan lalu memerintah adalah kita PAS telah gagal memimpin parti-parti yang menang. Apa yang terjadi, kita pemenang kerusi paling banyak namun kita hanyalah pengikut dari gabungan dan kepimpinan politik negara.

Tuan Guru yang dikasihi,

5. Kita menang 49 kerusi, akan tetapi ego dan sombong telah menjadikan kita 'pak turut' kepada BERSATU. Sepatutnya dengan slogan 'Islam Memimpin', kita PAS mengorak langkah mendahului rundingan dengan semua parti-parti politik.

6. Malangnya ia tidak terjadi. Kita hanya mengikut sahaja BERSATU yang mahukan gabungan dengan GPS dan parti-parti lain. Lebih parah, kita juga turut berkompromi dengan BERSATU yang secara diam-diam 'mencuri' SD daripada Ahli Parlimen BN.

7. Ia amat tidak bertepatan dengan slogan 'Islam Memimpin' wahai Tuan Guru yang mulia. Kita marah jika ada yang mahu mencuri 'harta' kita. Maka BN juga wajar marah atas tindakan yang telah kita lakukan ini.

8. Kita marah dengan proses 'katak melompat'. Namun dalam hal 10 Ahli Parlimen BN ini, apa pendirian kita? Jika benar sekalipun 10 orang ini memberi SD secara rela (seperti kata ahli Parlimen Machang-BERSATU), apakah kita sudah hilang nilai moral untuk menerima mereka?

9. Apakah jika berkepentingan, maka perkara ini menjadi halal bagi kita? Jika tidak, maka haram bagi kita? Apa yang ana faham dari kuliah usrah kita, Islam mesti teguh mempertahankan prinsip. Tidak boleh tetap tidak boleh!

10. Sepatutnya kita memimpin dan menasihati 10 orang ini agar jangan membelakangi adab berorganisasi. Pendirian kita sepatutnya - "memang kami hendak sangat kamu, tetapi perlu ikut prosedur". Ini tidak, ia seolah-olah kita sama-sama merestui apa yang BERSATU lakukan dengan cuba mendapatkan SD secara tidak beradab!

Wahai Tuan Guru yang ana hormati,

11. Begitu juga dalam urusan rundingan mendapatkan jumlah kerusi bagi menubuhkan kerajaan, kita PAS patut mendahului yang lain-lain.

12. Kita tahu BERSATU tidak mahu berunding dengan UMNO-BN. Sepatutnya kita mengambil langkah proaktif mendepani BERSATU dan berunding dengan UMNO-BN. Adat orang berkehendak, kitalah yang mengunjungi. Bukan ego dan sombong menanti mereka yang datang kepada kita.

13. Jika BERSATU tidak mahu, kitalah perlu memujuk mereka agar segera mengunjungi UMNO-BN. Jika BERSATU tidak mahu juga, PAS perlu memimpin dan menunjukkan contoh ukhwah yang baik. Selain politik, kita juga berdakwah. Inilah yang selalu Tuan Guru katakan di kuliah-kuliah pengajian.

14. Dalam hal ini, kita gagal menuruti apa yang kita laungkan. Kita juga gagal menegakkan urusan dakwah. Kita lalai, Tuan Guru juga mungkin lalai seketika dek bahana politik yang keterlaluan.

Tuan Guru,

15. Jauh di sudut hati ana, kita telah gagal menunjukkan bahawa Islam itu terpimpin, Islam itu indah serta islam itu penuh ketertiban. Tidak mengapa kita gagal menjadi kerajaan namun masyarakat yang cerdik akan melihat mengapa PAS terlalu terikat dengan politik kepartian? Bukan politik dakwah?

16. Atau memang benarkah telahan mereka yang selama ini PAS sememangnya hanya sebuah parti politik yang tiada bezanya dengan UMNO, BERSATU, PKR hatta DAP sekalipun. Hanya mementingkan kemenangan dan apabila gagal, kembali bermadah dengan dalil-dalil Al-Quran.

17. Maka itu Tuan Guru, kembalilah kita kepada prinsip dakwah kita yang mengatasi kepentingan politik. Langkah pertama yang mungkin Tuan Guru boleh ambil ialah dengan mengambil alih kepimpinan Perikatan Nasional, kenderaan untuk misi dakwah kita.

18. Kepimpinan Tuan Guru amat diperlukan untuk mengemudi Perikatan Nasional. Ana percaya, dengan 49 kerusi yang ada di dalam Perikatan Nasional, tidak sukar Tuan Guru berbuat demikian. Inilah masa Tuan Guru kehadapan menunjukkan 'Islam Memimpin'.

19. Jika tidak, selamanya PAS terpaksa akur dengan BERSATU yang hanya memegang prinsip politik berasaskan kepentingan tertentu, bukan dakwah. Lagi pula, PAS tidak perlu meninggalkan BERSATU. Hanya kali ini Tuan Guru menjadi Pengerusi Perikatan Nasional.

20. Barulah jelas halatujunya dan Tuan Guru boleh menyanggah apa jua tindakan politik yang kurang bermoral di dalam gabungan. Kita amat mengharapkannya.

Ana sekali lagi menjelaskan bahawa ini bukan sanggahan atau penghinaan kepada Tuan Guru. Ia adalah luahan hati ana hasil tarbiah PAS yang ana fahami. Moga Tuan Guru sentiasa dikurniakan hidayah selalu bemuhasabah meneliti apa jua luahan dari ahli bawahan seperti ana.

_*Ahli PAS*_

_Pokok Sena, Kedah_

Baca berita selanjutnya di;

https://editormalaysia.com/27137/



 

 



EDITORMALAYSIA.COM

RENUNGAN BERSAMA BUAT TUAN GURU TAN SRI HADI AWANG

SURAT PEMBACA | Salam Hormat Tuan Guru yang dihormati, 1. Terlebih dahulu ana ucapkan tahniah kepada parti dan pimpinan Tuan

 

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/surat-terbuka-untuk-hadi-renungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perikatan Nasional Tetap Berbakti Kepada Rakyat Negara Hadi Awang

Perikatan Nasional Tetap Berbakti Kepada Rakyat Negara Hadi Awang

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 269 hits
Perikatan Nasional tetap berbakti kepada rakyat negara Hadi AwangPresiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang Gambar Agenda Daily oleh Hiekal Rosli 17 November 2022 88SharesPerikatan Nasional akan terus memberi perkhidmatan kepada rakyat dan berba...
Dok Didepan Lagu Mana Hadi Awang Oiiii Dah Pakat Tarik Diri Dah Janganlag Menipu Walaun Yang Percaya Selama Ini

Dok Didepan Lagu Mana Hadi Awang Oiiii Dah Pakat Tarik Diri Dah Janganlag Menipu Walaun Yang Percaya Selama Ini

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 183 hits
Kekal tenang kita masih di hadapan kata Hadi November 24 2022 Abdul Hadi Awang berkata partinya di pihak yang benar sambil meminta penyokong kekal tenang buat masa ini PETALING JAYA Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional Abdul Hadi Awang mem...
Rentasan 1260 Gempar Kini Hadi Awang Gunakan Sukan Bola Sepak Sebaga

Rentasan 1260 Gempar Kini Hadi Awang Gunakan Sukan Bola Sepak Sebaga

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 162 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 12601 PONTENG AMBIL GAJI DAN GEMAR MENGHASUT EJEN APA PULA 2 PRESIDEN PAS HASUT RAKYAT DERHAKA 3 SEMOGA TERKAMBUS LUBUK EMAS KAKI SAKAU 4 MANA PERGI RM600 BILION
Nak Report Report Lah Hadi Awang

Nak Report Report Lah Hadi Awang

papar berkaitan - pada 29/11/2022 - jumlah : 204 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan yang boleh mengancam keharmonian negara nbsp Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Penaran...
Stay Calm Perikatan In The Lead And On The Right Side Says Hadi Awang

Stay Calm Perikatan In The Lead And On The Right Side Says Hadi Awang

papar berkaitan - pada 24/11/2022 - jumlah : 269 hits
PAS president Tan Sri Abdul Hadi Awang gives a speech during at Bukit Mor Muar November 16 2022 8211 Malay Mail photo KUALA LUMPUR The Perikatan Nasional coalition is at the forefront of the race to form the federal government accord
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord