Surat Terbuka Kepada Yb Senator Tuan Guru Datuk Dr Zulfikri Mohamad Al Bakri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri


 







ZANIRUN BABA
Assalamualaikum Wbth. YB Senator Tuan Guru.

1. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya YB Senator Tuan Guru, terganggu dengan kehadiran surat terbuka ini.

2. Ringkasnya, surat ini adalah luahan pandangan dari diri saya sebagai hamba Allah yang dhaif lagi faqir ini berkaitan situasi suasana sepi di masjid dan surau buat masa sekarang ini.

3. Kami para jemaah masjid dan surau yang terjejas umumnya, maklum ijtihad ketetapan berkaitan S.O.P di masjid dan surau telah diambil dengan cermat dan sebaik mungkin.

4. Ini bagi memastikan untuk mengelakkan FITNAH timbul kluster baru dari mana-mana masjid atau surau dengan penyebaran jangkitan COVID-19 dalam kalangan jemaahnya.

5. Mohon maaf YB Senator Tuan Guru, bagi kami yang jahil ini dengan menghalang atau membatasi kehadiran jemaah yang sangat tidak masuk akal untuk beribadat di Rumah Allah inilah FITNAH yang sebenarnya.

6. Kami percaya YB Senator Tuan Guru, sendiri sangat sedia maklum bahawa pematuhan S.O.P penyekatan penularan COVID-19 oleh para jemaah adalah yang paling berdisiplin dan

terbaik

.

7. Kami tak pernah berlaga bahu, mematuhi jarak satu meter, masuk ke masjid / surau dengan penuh tertib. Lepas solat kami tidak duduk dekat-dekat bahkan tidak bersalaman seperti biasa.

8. Keadaannya jauh berbeza dengan apa yang kami sering lihat berlaku di Pasar Malam, pasaraya, restoran-restoran, kedai-kedai runcit yang jauh lebih ramai, bersesak-sesak dan seakan tiada S.O.P langsung.

9. Namun tidak pula kedengaran pembatasan kehadiran pengunjung pasar hanya di hadkan 40 orang sahaja, hanya AJK Pasar Malam sahaja yang boleh hadir. Kena bawa pinggan dan gelas sendiri dan sebagainya seperti seakan S.O.P di masjid dan surau.

10. Pengunjung tempat-tempat seperti ini juga datang dari pelbagai tempat yang kita tidak tahu status kesihatan mereka. Sedangkan kami ahli kariah dari kampung atau dari kawasan kejiranan perumahan yang kebanyakan tidak kemana sepanjang PKPB / PKPP ini. Maksud saya, biasanya jemaah masjid dan surau adalah orang yang sama sahaja.

11. Kami tak pandai hendak berdalilkan nas Al-Quran ataupun Hadith untuk membenarkan situasi sepi yang menyedihkan ini berterusan bukan sahaja berlaku di negara kita bahkan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Sedih sangat masjid dan surau sepi tapi meriah di pasar dan restoran.

12. Namun kami yang jahil dan faqir ini yakin dengan kita semakin meramaikan kehadiran ke rumah Allah, untuk sama-sama berdoa, merayu dan merintih kepada Allah. Agar virus ini segera diangkat oleh Allah SWT itu lah yang terlebih baik. Bukankah DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN ?

13. YB Senator Tuan Guru, kita sudah melihat dengan cara dan ikhtiar manusia selama ini tidak dapat menyelesaikan permasalahan ini secara tuntas. Bahkan sekarang semakin tinggi kes baharu setiap hari.

14. Barangkali, Allah SWT hendak beritahu kita cukuplah selama ini kita hanya yakin dan banyak bergantung pada sesama manusia. Marilah kita lebih meyalini dan banyak bergantung hanya pada-Nya pula.

15. Kami bukan ingin mengingkari S.O.P yang telah ditetapkan, *cuma biarlah jumlahnya kehadiran jemaah adalah mengikut size masjid dan surau sedia ada. Itu sahaja yang kami mohon YB Senator Tuan Guru.*

Kami yakin dengan kebijaksanaan dan kemuliaan YB Senator Tuan Guru, dapat berlapang dada dengan permohonan kami yang dhaif ini.

Yang Dhaif dan Faqir,

Ustaz Hj Kamil Bin Sidek.

Jemaah Masjid Darul Falah,

Kampung Bukit Hijau,

Jeram, Selangor.

_*#Mohon dengan sangat tolong sebarkan seluas mungkin hingga sampai ke tangan YB Senator Tuan Guru Dr. Zulfikri Mohamad Al-Bakri.*_

 

 

11Zanirun Baba and 10 others

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/surat-terbuka-kepada-yb-senator-tuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perutusan Khas Perdana Menteri

Perutusan Khas Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 373 hits
1 Perlaksanaan PKP atau MCO untuk tempoh 14 hari bermula jam 12malam Rabu 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 2 Tiga peringkat PKP kepada Penang Selangor Wilayah Persekutuan Johor Melaka dan Sabah PKP Bersyarat kepada negeri Pahang Perak...
Surat Terbuka Kepada Yang Di Pertuan Agong

Surat Terbuka Kepada Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 287 hits
SURAT TERBUKA KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG PATIK MOHON DAN RAYU DATO SERI ANWAR IBRAHIM DIBERI PELUANG MEMIMPIN MALAYSIA BAHARU 09 Januari 2020 Salam Sejahtera Mengadap Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Ampun Tuanku 1 Dengan segala ...
Perdana Menteri Umum Pengumuman Khas Darurat 11 Pagi Ini

Perdana Menteri Umum Pengumuman Khas Darurat 11 Pagi Ini

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 451 hits
224 total views 224 views today Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Pengumuman Khas Darurat yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 11 pagi ini Dalam masa sama Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sult...
Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

Bila Nak Umum Sop Syed Saddiq Tegur Dan Beri Cadangan Susulan Pengumuman Pkp Di 6 Buah Negeri Oleh Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 294 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari yang akan bermula pada Rabu 13 Januari sehingga 26 Januari di 6 buah negeri iaitu Pulau Pinang Selangor Wilayah Persekutuan Kuala Lum...
Teks Perutusan Perdana Menteri

Teks Perutusan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 388 hits
Pada ketika ini fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia sudah tidak mampu untuk menampung peningkatan sehingga 2 000 kes baharu setiap hari Our healthcare system is at breaking point TEKS PERUTUSAN YAB TAN SRI DATO HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI M...
Tukar Perdana Menteri Ketika Darurat Kerja Mengarut Kata Hadi

Tukar Perdana Menteri Ketika Darurat Kerja Mengarut Kata Hadi

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 228 hits
PETALING JAYA Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyifatkan perbuatan menukar perdana menteri pada saat negara melaksanakan perintah darurat bagi menyekat penularan wabak Covid 19 sebagai kerja mengarut Katanya ia juga boleh mengganggu usaha ke...
Perdana Menteri Luang Masa Santuni Mangsa Bencana Banjir Di Pps Temerloh Dan Maran

Perdana Menteri Luang Masa Santuni Mangsa Bencana Banjir Di Pps Temerloh Dan Maran

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 276 hits
nbsp TEMERLOH Sebalik musibah banjir yang melanda Pahang mangsa banjir kali ini berkesempatan menyuarakan keluh kesah mereka terus kepada pemimpin tertinggi negara yang menyantuni mereka hari ini Kunjungan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin ...
Langkah Muhyiddin Lantik Timbalan Perdana Menteri Dari Umno

Langkah Muhyiddin Lantik Timbalan Perdana Menteri Dari Umno

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 263 hits
Saya mendengar ura ura kelmarin bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin akan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri dari UMNO dalam usahanya untuk menyelamatkan hubungan partinya PPBM dengan UMNO Seperti yang saya nyatakan beberapa bula...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage