Surat Terbuka Kepada Anggota Dan Para Penyokong Keadilan Di Seluruh Negara



Sekarang adalah masa yang sukar bagi parti kita Parti Keadilan Rakyat (Keadilan). Kita perlu tenang dan tabah. Ini masa ujian bagi Keadilan.
Kita jangan marah-marah apabila ada Adun DAP di Bentong, Pahang yang desak Presiden kita, Saudara Anwar Ibrahim meletakkan jawatan selepas Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihanraya Negeri Melaka.
Kita anggota dan para penyokong Keadilan jangan kecil hati apabila Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengemukakan saranan bahawa Anwar Ibrahim bukan lagi calon tunggal Perdana Menteri PH bagi Pilihanraya Umum ke 15 tidak lama lagi.
Kita dengar dan hadham ucapan-ucapan pemimpin DAP itu dengan fikiran terbuka.
Kita dengar juga pemimpin muda Amanah yang hendak jemput Pejuang, MUDA dan Warisan menyertai khemah PH. Mereka tidak yakin lagi pada kekuatan Keadilan dan pemimpin Keadilan.
Kita masih dengar lagi gagasan dari beberapa pemimpin PH di kalangan DAP dan Amanah masih mahu PH bergabung lagi dengan Dr. Mahathir Mohamad.Mereka sengaja hendak melemahkan Keadilan dan Anwar Ibrahim.
Sekarang kawan-kawan kita dalam PH tidak anggap lagi Parti Keadilan penting. Mereka sudah tidak sudi menggunakan logo Parti Keadilan untuk jadi logo bersama PH dalam Pilihanraya Negeri Melaka.
Dalam Pilihanraya Sarawak, masing-masing parti akan menggunakan logo parti masing-masing.
Setiausaha Agung DAP Saudara Lim Guan Eng sendiri dilaporkan media mengumumkan dalam PRU-15 PH akan menggunakan logo rasmi PH. Ertinya Setiausaha Agung DAP menolak logo Keadilan.
Pengumuman tentang apa logo yang PH akan gunakan dalam PRU15 nanti, diumumkan terlebih dahulu dan terlebih awal bukan oleh Presiden kita Sdr Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH tetapi oleh Lim Guan Eng. Presiden kita dilanggar begitu sahaja.
Apabila PH kalah di Melaka, Presiden kita, Anwar Ibrahim jadi mangsa dikritik hebat oleh pemimpin-pemimpin DAP, Amanah serta anggota mereka.Disuruh berundur. Kita dengar suara kurang sopan, angkuh dan sombong dihamburkan terhadap Presiden kita.
Di Melaka, semasa Pilihanraya Negeri tersebut, bukan Pengerusi PH, Anwar Ibrahim yang umumkan YB Adly sebagai calon Ketua Menteri Melaka. Tetapi Lim Guan Eng yang umumkan. Sekali lagi Presiden kita tidak dihormati.
Mungkin DAP dan Amanah sudah terlalu kuat sekarang dan mereka tidak anggap Keadilan itu penting. Mungkin bagi anggapan mereka Anwar Ibrahim dan Keadilan sudah hilang daya tarikan dan sokongan rakyat.
Kita tidak boleh marah-marah pada mereka. Kita pun faham peribahasa Melayu, “ habis madu sepah dibuang”. Begitulah nasib Keadilan dan Presidennya Anwar Ibrahim.
Kepada anggota dan para penyokong setia Parti Keadilan Rakyat, kita binalah kekuatan parti kita sendiri. Orang di luar Keadilan boleh desak Anwar Ibrahim letak jawatan sebagai Pengerusi PH atau Ketua Pembangkang. Kalau itu kehendak mereka sangat, buanglah Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH atau Ketua Pembangkang. Lepas itu buanglah Parti Keadilan dari PH. Kita hendak tengok adakah mereka berani.
Tetapi mereka tidak boleh jatuhkan Anwar sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat. Anwar dipilih sebulat suara oleh anggota Keadilan dalam pemilihan secara demokrasi.
Kalau mereka sudah tidak sudi menerima kita, apa yang kita boleh buat. Kita masuklah PRU15 nanti secara “solo”. Kita gunakan logo parti kita sendiri.Kalau mereka hendak terajang Keadilan dari PH, terajanglah, jika mereka sudah angkuh sangat.
Kita Parti Keadilan pernah tinggal satu kerusi sahaja di Permatang Pauh dalam Pilihanraya Umum tahun 2004. Orang kata, “habis dah Keadilan”. Tetapi Parti Keadilan bangkit lagi dalam PRU tahun 2008, 2013 dan 2018.
Keadilan sangat sayang pada Pakatan Rakyat dulu dan Pakatan Harapan sekarang. Apabila Dalam PRU13, Lim Kit Siang dan DAP rampas kerusi Parlimen Gelang Patah (sekarang Iskandar Puteri), Anwar Ibrahim terpaksa pujuk anggota Keadilan di Johor supaya rela serahkan kerusi Gelang Patah kepada Lim Kit Siang dan DAP untuk memenuhi kehendak DAP dan Lim Kit Siang. Anwar Ibrahim tidak mahu Pakatan Rakyat ketika itu pecah.
Lapan tahun kemudian apabila berlaku Pilihanraya Negeri Melaka pada bulan November 2021 ini, seluruh anggota Keadilan dan pimpinan di semua peringkat mahu supaya logo Keadilan digunakan, tetapi DAP dan Amanah berkeras menolak logo keadilan. DAP dan Amanah berkeras mahu PH gunakan logo PH.
Anwar Ibrahim tidak mahu PH pecah kerana soal logo. Presiden Keadilan itu sanggup sekali lagi menentang kehendak para anggota dan pemimpin Keadilan di semua peringkat organisasi demi menjaga supaya PH tidak pecah.
Demikian pengorbanan Anwar Ibrahim untuk menjaga PH supaya tidak retak dan tidak pecah. Namun apabila kalah, Anwar Ibrahim disuruh letak jawatan. Anwar Ibrahim, kata pemimpin DAP tidak lagi akan jadi calon Perdana Menteri PH dalam pilihanraya umum akan datang.
Kepada anggota dan para penyokong setia Parti Keadilan Rakyat saya menyeru supaya bersiap sedia.
Kita tidak akan meninggalkan PH. Kita tidak akan keluar dari PH.
Tetapi kalau kawan-kawan kita dalam PH hendak tolak kita dari PH, hendak singkirkan kita dari PH, hendak perlekehkan parti kita dan Presiden kita, ketika itu bersedialah kita untuk masuk Pilihanraya Umum ke15 bersandarkan kekuatan kita sendiri, walaupun terpaksa berseorang diri.
Kita tidak akan mengemis supaya Presiden kita jadi calon Perdana Menteri PH. Kita juga tidak akan mengemis supaya PH gunakan logo parti kita.
Waktu itu biarlak kita seorang sahaja yang gunakan logo kita sendiri dan masuk pilihanraya umum bersendirian.
Bersedialah kemungkinan ini.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Anggota Biasa Parti Keadilan Rakyat
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/12/01/surat-terbuka-kepada-anggota-dan-para-penyokong-keadilan-di-seluruh-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemain Perseorangan Lelaki Negara Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia

Pemain Perseorangan Lelaki Negara Lee Zii Jia Disingkir Pusingan Pertama Terbuka Indonesia

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Pemain perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia masih bergelut untuk mencari rentak permainan sebenarnya apabila ditunjukkan jalan keluar di pusingan pertama Terbuka Indonesia di Bali hari ini Pilihan ketujuh kejohanan itu terpak...
5 Chef Remaja Muncul Sebagai Juara Dalam Pertandingan Memasak Maggi Seluruh Negara

5 Chef Remaja Muncul Sebagai Juara Dalam Pertandingan Memasak Maggi Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera5 CHEF REMAJA MUNCUL SEBAGAI JUARA DALAM PERTANDINGAN MEMASAK MAGGI SELURUH NEGARAKira kira 1 000 pelajar dari 350 sekolah di Malaysia mengambil bahagian dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI 2...
Anak Menteri Sekolah Dan Universiti Luar Negara Penyokong Motong Getah Ikut Cuaca Hari Hari Makan Pun Susah

Anak Menteri Sekolah Dan Universiti Luar Negara Penyokong Motong Getah Ikut Cuaca Hari Hari Makan Pun Susah

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 229 hits
NORSHIDAH MOHD DAUDHoi Melayu bodoh Anak beranak pemimpin kesayangan korang anto anak anak dia study kat overseaAbis abis cikai pun yang study dalam Msia masuk sekolah InternationalAde diorang tau masalah pembelajaran pelajar guru kat Melay...
Perlis Catat Kadar Kebolehjangkitan Tinggi Seluruh Negara Naik

Perlis Catat Kadar Kebolehjangkitan Tinggi Seluruh Negara Naik

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 256 hits
AGENDA DAILY Kadar kebolehjangkitan atau R naught Covid 19 negara meningkat Hampir semua negeri seluruh negara mencatat peningkatan dalam kadar kebolehjangkitan atau R naught Covid 19 nilai terkini adalah 0 97 Dalam pada itu Perlis mencatat...
Liputan Internet 4g Seluruh Negara Termasuk Pedalaman Pada 2025 Pm

Liputan Internet 4g Seluruh Negara Termasuk Pedalaman Pada 2025 Pm

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 236 hits
Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA ISMAIL SABRI Yaakob menyampaikan geran rakan digital pada Program Pemerkasaan Pendigitalan Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Kebangsaan 2021 di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera Pahang MINGGUAN SHAIKH...
Kalau Sekdar Nak Berkuasa Tapi Tak Reti Buat Kerja Hanya Merosakkan Negara

Kalau Sekdar Nak Berkuasa Tapi Tak Reti Buat Kerja Hanya Merosakkan Negara

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 295 hits
Pemimpin Umno desak Pas buat keputusan segera nak bersama Umno atau BersatuDecember 5 2021 Pas perlu membuat keputusan dalam menentukan pendirian parti itu khususnya melibatkan hubungan kerjasama dalam Muafakat Nasional Ahli Majlis Tertingg...
Sila Tunggu Giliran Jangan Lari Keluar Negara

Sila Tunggu Giliran Jangan Lari Keluar Negara

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 174 hits
COURT Mula2 ROSMAH lepas ni NAJIB Please shareMore cartoons www zunar my najibrazak rosmahmansor
Bila Negara Dikuasai Kartel Rasuah

Bila Negara Dikuasai Kartel Rasuah

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 207 hits
Southeast Asia s leading super app Grab Holdings Ltd with the ticker GRAB celebrated its milestone US public listing on Thursday with Nasdaq s first ever opening bell ceremony hosted in the region The ceremony held in Singapore which was at...
Jangan Lupa 3 Hari Lagi Nasib Najib Akan Ditentukan Tetapi Negara Sudah Terbelenggu Dengan 1mdb

Jangan Lupa 3 Hari Lagi Nasib Najib Akan Ditentukan Tetapi Negara Sudah Terbelenggu Dengan 1mdb

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 190 hits
Oleh BORHAN AHMAD December 5 2021Tiga hari lagi Mahkamah Rayuan akan bersidang pada 8 Disembeer 2021 ini bagi memutuskan samada untuk mengekalkan hukuman bersalah ke atas Datuk Seri Najib Razak atau pun tidak Namun bagi tokoh wartawan Datuk...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran