5 Chef Remaja Muncul Sebagai Juara Dalam Pertandingan Memasak Maggi Seluruh Negara
Assalamualaikum dan salam sejahtera
5 CHEF REMAJA MUNCUL SEBAGAI JUARA DALAM PERTANDINGAN MEMASAK MAGGI® SELURUH NEGARAKira-kira 1,000 pelajar dari 350 sekolah di Malaysia mengambil bahagian dalam Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021
Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021 (MSSCC 2021, MAGGI® Secondary School Cooking Competition 2021) yang menutup tirai baru-baru ini, dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, kembali pada tahun ini dengan tema “Anda & MAGGI, Sajikan Kelainan Untuk Inspirasi Harian” (You & MAGGI, Serving Different Dishes for Daily Inspiration), untuk menemui dan memupuk bakat masakan di kalangan belia di Malaysia
Kira-kira 1,000 pelajar beraspirasi tinggi, berusia antara 13 hingga 15 tahun, dari 350 sekolah di seluruh negara menunjukkan bukan sahaja bakat memasak mereka yang luar biasa, tetapi juga dalam membuat pilihan pemakanan menggunakan konsep 'Pinggan Sihat Malaysia' atau 'Suku-Suku Separuh' (Malaysian Healthy Plate / Quarter-Quarter Half) ke arah membina tabiat pemakanan yang lebih sihat
Pemenang Utama, Rafidah Fitri Binti Hamidzol
MSSCC 2021 menandakan tahun ke-25 MAGGI® bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, berperanan sebagai platform untuk generasi muda memupuk kemahiran kulinari dan kemahiran hidup, pengetahuan dan efikasi kendiri yang kritikal ke arah pembinaan keyakinan dan pembangunan sahsiah dalam kehidupan mereka
Menurut Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Mendepani realiti baharu pasca pandemik COVID-19, kami mengalihkan pertandingan ini kepada platform maya sepenuhnya untuk pertama kali tahun ini, membolehkan semua pelajar mengambil bahagian tanpa menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka. Memandangkan ramai pelajar sekolah masih berada di rumah kerana pandemik, inilah masa yang sesuai untuk mereka memupuk kemahiran memasak. Pertandingan ini berterusan sebagai platform untuk bakat muda ini mempamerkan bakat terpendam mereka serta peluang perkongsian ilmu melalui pelbagai modul pendidikan oleh pakar industri.”
Chef Sharifah Hamidah
Para peserta dikehendaki menghantar resipi mereka dalam format video dan dinilai berdasarkan penggunaan bahan kreatif, kemahiran memasak, persembahan dan inspirasi masakan. Empat modul pembelajaran dalam talian serba baharu melalui Google Classroom turut diperkenalkan melalui kerjasama dengan Cef selebriti dan personaliti masakan untuk menyokong kesinambungan pembelajaran semasa pandemik COVID-19
Empat modul pembelajaran terdiri daripada:‘Masakan Sihat dan Seimbang’ bersama Chef MAGGI®, Chef Sharifah Hamidah dan Pakar Pemakanan Nestlé Puan Ven Luan;‘Pembelajaran Keselamatan dan Kebersihan Penyediaan Makanan’ bersama Chef MAGGI®, Chef Muluk;'Petua Penggayaan Makanan Profesional' bersama cef selebriti dan pengacara TV, Chef Sherson Lian; dan‘Pembinaan Keyakinan Diri Anda’ dengan Duta Jenama MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman.
Daripada jumlah 16 pemenang yang mewakili 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan, lima pemenang peringkat kebangsaan akhirnya dipilih sebagai juara, yang terdiri daripada:Rafidah Fitri Binti Hamidzol, 15, dari SMK Syed Alwi, Perlis;Muhammad Faaris Salihin Bin Mohd Firdaus, 13, dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya;Nursyafiqah Binti Mohd Azmi, 14, dari SMK Intan Perdana, Negeri Sembilan;Yap Mei Wei, 13, dari SMJK Katholik, Selangor; danJaymee Ong Miin Li, 15, dari SMJK Heng Ee, Pulau Pinang.
Menurut Rafidah Fitri Binti Hamidzol, Pemenang Utama Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021, “Masakan nenek saya menjadi inspirasi kepada resipi Nasi Ulam & Sate Lilit Ikan Tilapia (Mixed Herb Rice and Tilapia Wrap Satay) saya. Antara bahan yang saya gunakan ialah herba dan sayur-sayuran yang ditanam di sekitar rumah saya. Dengan resipi ini, saya berharap dapat memperkenalkan semula masakan tradisional yang sihat dan berkhasiat terutamanya kepada golongan muda Malaysia.”
Naib juara Muhammad Faaris Salihin Bin Mohd Firdaus, yang menyediakan resipi Udang Sos Padang (Shrimp with Padang Sauce), berkata beliau mendapat inspirasi untuk memasak selepas ibunya meninggal dunia. “Saya memikul tanggungjawab menyediakan juadah untuk ayah dan adik-beradik. Saya berharap usaha kulinari saya ini akan membawa senyuman di wajah mereka,” katanya
Chef Muluk
Resipi pemenang lain termasuk Roll Telur Korea (Korean Egg Rolls) yang bebas minyak dan seimbang nutrisi oleh Nursyafiqah, Nasi Goreng Pelangi (Rainbow Fried Rice) oleh Yap Mei Wei yang menggunakan bahan makanan berwarna-warni untuk menggambarkan harapan, kegembiraan dan kejayaan, dan resipi Sarang Burung (Bird’s Nest) oleh Jaymee Ong yang melambangkan ikatan antara keluarga
“Kami berharap pemenang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® 2021 ini akan menjadi contoh teladan di kalangan rakan sebaya mereka yang ingin menikmati makanan seimbang yang dimasak sendiri, sama seperti ibu bapa dan guru mereka yang menjadi contoh teladan kepada mereka. Pertandingan ini merupakan satu perjalanan yang memberi inspirasi kepada kami di MAGGI® dalam menyaksikan cef muda yang hebat ini mempamerkan tenaga, keyakinan, kreativiti dan kemahiran masakan mereka. Dengan sokongan berterusan daripada Kementerian, sekolah, guru, ibu bapa dan masyarakat, kami berbesar hati kerana pertandingan ini mampu terus menyokong lebih ramai anak muda Malaysia dalam mengembangkan bakat masakan mereka dan memperkayakan pengetahuan mereka dalam menyediakan hidangan yang enak dan seimbang,” tambah Geetha
Kenali 5 pemenang Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® dan resipi kemenangan mereka di https://www.maggi.my/en/nurturing/MAGGI-cooking-competition-2021/
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2021/12/5-chef-remaja-muncul-sebagai-juara.html