Surat Kepada Dymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong


 
***********************

24 Nov 2020

Mengadap sembah penyerahan Memorandum Rakyat Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

Ampun Tuanku,

Dengan segala hormat dan takzimnya patik bersama gabungan NGO di bawah nama Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat merafak sembah dan berdoa agar Tuanku Seri Paduka Baginda sentiasa berada dalam afiah dan rahmah dari Allah swt senantiasa hingga ke akhirat.

Ampun Tuanku,

*Memohon sembah penyerahan Memorandum Rakyat ke bawah Duli Tuanku.*

Patik dengan penuh takzim ingin merafakkan sembah mengenai Memorandum Rakyat yang ditandatangani oleh beberapa NGO dan rakyat jelata.

Ampun Tuanku,

Patik menyertakan beberapa salinan sokongan dari beberapa NGO dan rakyat jelata demi menyanjung tinggi Kedaulatan Raja-Raja Berpelembagaan.

Ampun Tuanku,

Semoga dengan Memorandum Rakyat ini dapat kiranya Tuanku mencemar Duli untuk mempertimbangkannya bagi menjamin Sistem Demokrasi Berpalimen terus dihargai dan dihormati oleh semua.

Mudah-mudahan Allah memberkati usia dan amalan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan seluruh kerabat Tuanku.

Amin ya Rabbal Alamin.

Ampun Tuanku,

Patik dengan segala hormat takzimnya,

Mustapa Mansor Bin Amer Mohd Isa.

*********************

MEMORANDUM RAKYAT KEPADA ISTANA NEGARA & PARLIMEN MALAYSIA

**********************

1. Menyampaikan tuntutan rakyat agar Kerajaan Perikatan Nasional menghormati prinsip-prinsip Rukun Negara dengan mendahulukan Perlembagaan di atas segala undang-undang.

2. Mengembalikan mandat rakyat yang dirampas pada bulan Februari 2020 melalui langkah Sheraton yang jelas sekali bertentangan dengan amalan demokrasi berparlimen.

3. Memohon perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mencemar Duli untuk bertemu dengan ketua-ketua parti politik yang bersama dengan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah pihak Yang Dipertuan Agong menerima mengadap pada 13 Okt 2020 lalu. Seluruh rakyat mengetahuinya melalui kenyataan media yang disiarkan pada 14 Okt 2020.

4. Menegaskan peri pentingnya pentadbiran istana dilindungi dan dipelihara sewajarnya supaya tidak menimbulkan tanggapan negatif bahawa kakitangan istana telah didalangi oleh individu-individu yang diarah untuk menjaga kehendak dan kepentingan kerajaan Perikatan Nasional.

5. Menyatakan rasa amat terkejut dengan beberapa kenyataan dari pihak Kerajaan Perikatan Nasional sendiri yang secara terbuka menolak keputusan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu menolak dilaksanakan darurat.

6. Menyampaikan tuntutan rakyat agar tindakan sewajarnya diambil terhadap beberapa Yang Berhormat Ahli Parlimen serta Speaker Parlimen kerana berperilaku secara tidak beradab dan membelakangkan tatacara mesyuarat Sidang Dewan Rakyat di Parlimen.

7. Menyarankan agar perlantikan Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara dilantik oleh Yang Dipertuan Agung sendiri . Ini adalah untuk mengelakkan bias (berat sebelah) apabila kedua-dua lantikan itu dibuat oleh parti politik.

Semoga Memorandum Rakyat ini diamati dan diambil tindakan segera demi mengelakkan tercetusnya kemarahan rakyat yang mungkin tidak terkawal.

Semoga Memorandum Rakyat ini diamati dan diambil tindakan segera demi mengelakkan tercetusnya kemarahan rakyat yang mungkin tidak terkawal.

Ditandatangani oleh:

100 NGO yang bergabung dalam Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.

Mustapa Mansor.

Ketua Kordinator

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.

***************

Terjemahan:

****************

MEMORANDUM RAKYAT TO ISTANA NEGARA & PARLIAMENT OF MALAYSIA

MEMORANDUM RAKYAT TO ISTANA NEGARA & PARLIAMENT OF MALAYSIA

Conveying rakyat's demand that the Perikatan Nasional Government respect the principles of Rukun Negara by putting the Constitution above all laws.

2.Returning the mandate of the rakyat which was wrested in February 2020 through the Sheraton manoeuvre that was obviously against the practice of parliamentary democracy.

3. Seeking an audience with his Majesty the Yang Di-Pertuan Agong of leaders of political parties who stand together with YB Datuk Seri Anwar Ibrahim who were already granted audience on Oct 13, 2020. The rakyat is well aware of this through the media release on Oct 14, 2020

4. Stressing the importance that palace administration is protected accordingly so that no negative peceptions will arise that they have been manipulated by interest groups of the Perikatan Nasional government

5. Expressing shock over statements made by the Perikatan Nasional government, openly rejecting the decision of his Majesty the Yang Di-Pertuan Agong and the Conference of Rulers in rejecting their submission to instate state of emergency in the nation

6. Conveying rakyat's demand that action be taken accordingly on those YB Members of Parliament and the Speaker of Dewan Negara for their unbecoming behaviour and their ignoring of the Dewan procedures during Parliamentary sitting

7. Proposing that the appointments of Speakers of Dewan Rakyat and Dewan Negara be appointed by his Majesty, the Agong. This is to avoid political biases by the Speakers in conducting the sessions of Parliament

We seriously urge that this Memoradum Rakyat be given utmost attention and considerations, and the proper actions be undertaken urgently so as to avoid untoward reactions by the frustrated and wrathful rakyat

Signed by:

100 NGO affiliated to the Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.

Mustapa Mansor.

Head of Co-ordinator

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat.

*********************

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.

**********************

NGO yg mengesahkan & menyokong Memorandum tersebut :

1. Masssa

2. MEMO

3. Otai Reformis 1998.

4. GMPN ( veteran tentera).

5. Wadah

6. Suara prihatin Rakyat M'sia

7. Pertubuhan Pelancungan Muslim Perak

8.Jaringan Maufakat Ngos Islam Perak

9. Pertubuhan Jalinan Amal Rakyat Taiping.

10. Pertubuhan Komuniti Sejahtera Aman Perak. 11.Persatuan Integrasi Kebajikan Kinta Perak

12. Pertubuhan Harapan Sejahtera Larut Matang dan Selama Perak. 13.Pertubuhan Jalinan Mesra Rakyat Larut 14. RAPAT

15 .PERTUBUHAN SUARA RAKYAT SIPITANG

16. Sekretariat Muafakat

17. Pertubuhan Suara

Rakyat Sipitang

18 Persatuan Menyumpit Murut Dayak Sabah

19. PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT SABAH

20. Persatuan Penduduk Kg. Buang Sayang

21. Pertubuhan Peneraju dan Pemerkasaan Wanita Sabah

21. Pertubuhan Sinar Wanita Sabah (PERSIWAS)

22. Pertubuhan Sinar Qaseh Labuan

23. Persatuan Anak Sabah di Perantauan

24. Persatuan Penduduk Asli Sabah (Pepas)

25. PERSATUAN KEBAJIKAN & KEBUDAYAAN MURUT MALAYSIA .

26.Persatuan Insan Prihatin Sabah.

27. Persatuan Prihatin Kuala Lumpur

28. MJMM

29. GRVATM

30.Pertubuhan sukarelawan komuniti harapan malaysia.(Harap Malaysia)

31. Persatuan kebajikan orang orang miskin semalaysia

( Kami masih membuka peluang kepada semua NGO dan rakyat Malaysia untuk bersama menyokong Memorandum ini).

Melalui manual:

Tel/wa: 0183586506

atau 0183115042

Atau secara online:

Can you spare a minute to help Mustapa Mansor Amer Mohd Isa?

http://chng.it/DHrx4Yrq

Dari : Mustapa Mansor

Kordinator

Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia.

Sekretariat: A-13-3A, 3 Elements, Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai,

43300 Seri Kembangan.

Selangor.





 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/surat-kepada-dymm-seri-paduka-baginda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Yang Di Pertuan Agong Mengalu Alukan Sokongan Belanjawan 2021

Terkini Yang Di Pertuan Agong Mengalu Alukan Sokongan Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 279 hits
Yang di Pertuan Agong dalam titahnya pada Khamis menzahirkan penghargaan kepada semua ahli Dewan Rakyat yang memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan 2021 DewanRakyat Belanjawan2021 HapusCOVID19 SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtub...
Anwar Tak Cukup Undi Atau Tak Mahu Yang Di Pertuan Agong Murka

Anwar Tak Cukup Undi Atau Tak Mahu Yang Di Pertuan Agong Murka

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 473 hits
malaysiadateline comWartawan veteran Datuk A Kadir Jasin mengakui kegagalan blok pembangkang mencadangkan undi belah bahagi di Dewan Rakyat semalam menimbulkan syak wasangka dan persoalan tentang strategi dan mainan politik Datuk Seri Anwar...
Ydp Agong Zahir Penghargaan Kepada Mp Yang Menyokong Belanjawan 2021

Ydp Agong Zahir Penghargaan Kepada Mp Yang Menyokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 288 hits
60 total views 60 views today Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua ahli Dewan Rakyat yang mendokong titah nasihatnya pada 28 Okt lalu Mengimbas...
Agong Zahir Terima Kasih Pada Mp Sokong Belanjawan

Agong Zahir Terima Kasih Pada Mp Sokong Belanjawan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 267 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 5 58 pmDikemaskini Hari ini 6 03 pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan penghargaan kepada semua ahli parlimen yang menyokong untuk meluluskan Belanjawan 2021 pada sidan...
Agong Zahir Penghargaan Semua Ahli Dewan Rakyat Sokong Belanjawan 2021

Agong Zahir Penghargaan Semua Ahli Dewan Rakyat Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 331 hits
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen yang memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat Datuk Pe...
Agong Harus Segera Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat Ngo

Agong Harus Segera Kembalikan Kerajaan Mandat Rakyat Ngo

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 404 hits
Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia hari ini menyerahkan memorandum ke Istana Negara menuntut agar kerajaan Perikatan Nasional menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bertindak membelakangkan institusi Raja Raja Melayu Menu...
Agong Perkenan Anugerah Pingat Pgb Kepada Dua Anggota Pga

Agong Perkenan Anugerah Pingat Pgb Kepada Dua Anggota Pga

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 238 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan pingat Panglima Gagah Berani kepada mendiang Sarjan Baharuddin Ramli dan Sarjan Norihan Tari dua anggota Pasukan Gerakan Am y...
Ditawari Jadi Menteri Oleh Baginda Abu Nawas Malah Konsultasi Dengan Burung

Ditawari Jadi Menteri Oleh Baginda Abu Nawas Malah Konsultasi Dengan Burung

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 220 hits
ABU Nawas mendengar selentingan Baginda Harun Ar Rasyid berencana merombak kabinetnya Secara informal Baginda juga pernah mengatakan kepada Abu Nawas akan menempatkan dirinya pada salah satu pos kementerian Seperti kita tahu Abu Nawas sanga...
Lelaki Cerca Sultan Johor Beli Www 1 Tengku Mahkota Johor Bertitah Melalui Akautwitter Baginda

Lelaki Cerca Sultan Johor Beli Www 1 Tengku Mahkota Johor Bertitah Melalui Akautwitter Baginda

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 231 hits
Assalamualaikum semua dah tau kan sapa yang dapat bid nombor plate WWW 1 tu So aku tak payah nak jelaskan lagi sebab dengan adanya bantuan blog blog yang aku follow banyak informassi yang aku dapat daripada blog blog yang memaparkan pelbaga...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya