Surah Al Hasyr Bermaksud Pengusiran




Surah al-Hasyr ini merupakan surah ke-59 dalam susunan 114 surah.
Surah ini mengandungi 24 ayat dan merupakan surah Madaniyyah.
Al-Hasyr bermaksud pengusiran. Nama surah ini terdapat pada ayat ke-2 dalam surah ini :
هُوَ ٱلَّذِيٓ أَخۡرَجَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِنۡ أَهۡلِ ٱلۡكِتَٰبِ مِن دِيَٰرِهِمۡ لِأَوَّلِ ٱلۡحَشۡرِۚ مَا ظَنَنتُمۡ أَن يَخۡرُجُواْۖ وَظَنُّوٓاْ أَنَّهُم مَّانِعَتُهُمۡ حُصُونُهُم مِّنَ ٱللَّهِ فَأَتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِنۡ حَيۡثُ لَمۡ يَحۡتَسِبُواْۖ وَقَذَفَ فِي قُلُوبِهِمُ ٱلرُّعۡبَۚ يُخۡرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيۡدِيهِمۡ وَأَيۡدِي ٱلۡمُؤۡمِنِينَ فَٱعۡتَبِرُواْ يَٰأُوْلِي ٱلۡأَبۡصَٰرِ
Maksud : Dia lah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab - dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangannya yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azabNya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pelajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.
(Surah Al-Hashr : Ayat 2)
Surah ini dinamakan Al-Hasyr kerana dalam surah ini menceritakan pengusiran suku kaum Yahudi di Madinah iaitu Bani Nadhir.
Mereka diusir kerana mengkhianati perjanjian dengan umat Islam.
Perjanjian genjatan senjata telah dilakukan antara umat Islam dengan mereka tetapi mereka mengkhianati perjanjian tersebut dengan mahu menyerang umat Islam. Akhirnya, mereka berjaya diusir oleh Rasulullah S.A.W dan umat Islam yang lain.
Pengajaran surah :
1) Orang yang tidak bakhil akan berjaya
Ayat 9 : Orang yang diselamatkan dari sifat kedekut adalah orang yang berjaya seperti mana yang dilakukan oleh golongan Ansar kepada Muhajirin
Hamka pada Tafsir Azharnya menukilkan riwayat dari ‘Abd al-Rahman bin Zaid bin Aslam, bahawa Rasulullah bersabda kepada para Ansar, 
“Saudara-saudara, mereka telah meninggalkan harta benda mereka dan anak-anak mereka dan datang menumpang kepada kalian”. 
Maka kaum Ansar menjawab, 
“Harta benda kami ini kami beri sahaja kepada mereka”.
2) Berharap semata-semata kepada Allah 
Ayat 10 : Doa dan pengharapan orang yang beriman setelah golongan Muhajirin dan Ansar
Doa dan pengharapan ini ditemani perasaan kasih dan rindu dalam diri mereka kepada orang beriman yang terdahulu lalu mereka mengucapkan, “Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Penyantun, Maha Penyayang”.
Moga kita diberi kefahaman dan kekuatan untuk memahami dan mengamalkan surah ini.

SEBAHAGIAN DARI BUKU DI SEBALIK 114 SURAH AL QURAN 
KETAHUI LEBH LANJUT - KLIK DISINI 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sideofmuslim.blogspot.com/2022/03/surah-al-hasyr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surah Al Hujurat Ini Bermaksud Bilik Bilik

Surah Al Hujurat Ini Bermaksud Bilik Bilik

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 279 hits
Surah Al Hujurat ini bermaksud bilik bilik Surah ini merupakan surah yang ke 49 mempunyai 18 ayat dan merupakan surah Madaniyyah Surah ini dinamakan Al Hujurat kerana ramai yang memanggil Nabi Muhammad SAW dari luar kamar atau bilik pada wa...
Surah Faathir Bermaksud Pencipta

Surah Faathir Bermaksud Pencipta

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 175 hits
Surah Faathir bermaksud pencipta nama surah ini disebut dalam ayat 1 dalam surah ini Maksudnya Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi Yang menjadikan malaikat sebagai utusan utusan yang mempunyai sayap masing masing dua tiga dan em...
Surah Al Munafiqun Bermaksud Orang Orang Munafik

Surah Al Munafiqun Bermaksud Orang Orang Munafik

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 320 hits
Surah Al munafiqun bermaksud orang orang munafik Surah ini merupakan surah ke 63 dalam susunan 114 nama surah Surah ini mengandungi 11 ayat dan merupakan surah madaniyah Surah ini dinamakan Al Munafiqun kerana surah ini menyatakan tentang s...
Surah Al Waqiah Bermaksud Apabila Berlaku Hari Kiamat

Surah Al Waqiah Bermaksud Apabila Berlaku Hari Kiamat

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 248 hits
Surah al Waqiah ini merupakan surah ke 56 dalam susunan 114 surah Surah ini juga mengandungi 96 ayat dan merupakan surah makkiyah Nama surah ini diambil daripada ayat 1 dalam surah ini Maksud Apabila berlaku hari kiamat ituSurah ini dinamak...
Surah At Taghabun Bermaksud Hari Diperlihatkan Segala Kesalahan

Surah At Taghabun Bermaksud Hari Diperlihatkan Segala Kesalahan

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 224 hits
Surah At Taghabun bermaksud hari diperlihatkan segala kesalahan Surah ini merupakan surah yang ke 64 dalam susunan 114 nama nama surah Surah ini mengandungi 18 ayat dan merupakan surah Madaniyah Surah ini dinamakan At Taghabun kerana surah ...
Senarai Nama 114 Surah Di Dalam Al Quran

Senarai Nama 114 Surah Di Dalam Al Quran

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 415 hits
Mari hafal nama nama surah di dalam Al Quran 1 Surah Al Fatihah 2 Surah Al Baqarah 3 Surah Ali Imran 4 Surah An Nisaa 5 Surah Al Maa idah 6 Surah Al An aam 7 Surah Al A raaf 8 Surah Al Anfaal 9 Surah At Taubah 10 Surah Yunus 11 Surah Hud 12...
Surah Kursi Dalam Bahasa Rumi

Surah Kursi Dalam Bahasa Rumi

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 524 hits
Kelebihan Atau Kekuatan Ayat Kursi Jika Sentiasa DiamalkanOrang yang selalu membaca ayat dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al Kursi sekali nescaya Allah akan menin...
Surah Saba

Surah Saba

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 403 hits
Surah Saba ini termasuk surah yang menjelaskan tentang ketinggian suatu peradaban seperti mana surah An Naml Surah Saba datang sebagai penyempurna bagi kandungan makna surat An Naml Sementara itu surah An Naml menjelaskan tentang suatu komp...
Di Sebalik 114 Surah Al Quran

Di Sebalik 114 Surah Al Quran

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 381 hits
Menjadi kewajipan kepada kita sebagai seorang muslim untuk memahami ayat Al Quran disamping berusaha memperbetulkan bacaan tajwid Tadabbur merupakan usaha untuk mencari makna disebalik zahir suatu perkara Sebagaimana Firman Allah S W T Maks...
Mum S Heritage House Largest Dessert Bakery Vendor In Perlis Kangar Jaya

Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Fam Boleh Pergi Mampus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Goreng Pisang Cheese

Foreclosure Defense Attorney In Hawaii Guiding Clients Through Complex Situations

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar

2 Superkomputer Baharu Jepun Akan Dipacu 2 140 Gpu Nvidia

Whatsapp Tambah Baik Ciri About Kini Seakan Notes Di Instagram

Ringgit Makin Kuat Media Indonesia Dakwa Ini 3 Senjata Rahsia Malaysia