Supplement Kesuburan Wanita Dan Lelaki Yang Boleh Diamalkan


K.fiezz nak share supplement kesuburan wanita dan supplement kesuburan lelaki yang di cadangkan oleh Doktor gynae pada k.fiezz & mr hubby. Sebelum tu untuk yang tak tahu atau pertama kali ke sini, korang boleh cari label TTC cerita trying to conceive k.fiezz & mr hubby. Kitaorang memang dah lama TTC ni. Belas tahun dah. Dulu k.fiezz & mr hubby pernah buat rawatan kesuburan di PPUM tapi berhenti tengah jalan sebab faktor kewangan. Start awal tahun ni, k.fiezz & mr hubby mula lagi sekali rawatan kesuburan di HPUPM pula. Atas faktor usia, Doktor gynae memang suruh kitaorang terus buat IVF saja walaupun dari explaination Doktor tu, peratus kejayaan tak tinggi sangat. Tapi tak salah kan nak cuba. Berhasil, alhamdulillah. Tak berhasil, kurangnya mencuba..Yea tak?Apapun rezeki semua dari Allah. Kita sebagai hambaNYA berusaha, tawakal dan berdoa...
SUAMI ISTERI AMALKAN SUPPLEMENT KESUBURANK.fiezz pun ada PCOS juga jadi mungkin sebab tu faktor susah sangat nak lekat. PCOS ni apa?Korang boleh google. 
Sebelum mulakan IVF ni,  k.fiezz kena amalkan supplement kesuburan wanita dan mr hubby amalkan supplement kesuburan lelaki. Kitaorang dah start amalkan supplement kesuburan ni bulan April 2022 sampai lah sekarang. Insyaallah dalam masa terdekat ni k.fiezz & mr hubby akan mulakan IVF. Debor ni tau tapi kuatkan semangat juga demi #fiezasanijunior..Doakan IVF kali pertama k.fiezz & mr hubby ni nanti suksess berjaya..Aamiin..
Haritu ada orang pm k.fiezz di facebook tanya apa supplement kesuburan wanita & lelaki yang gynae cadangkan. Reader ni ada baca entry k.fiezz buat semula rawatan kesuburan di HPUPM & k.fiezz ada mention dalam entry tu, supplement kesuburan untuk wanita dan lelaki tapi k.fiezz tak cerita detail apa nama-nama supplement tu. 
So here the supplement...

Untuk Isteri  ada 3 jenis supplement iaituCoenzyme Q10 - 200mgVitamin E - 200IUVitamin D - 2000IU*harga pada kotak & botol sebelum diskaun*
Dos ni memang yang dicadangkan oleh Doktor tau, bukan k.fiezz saja-saja suka tulis..Tapi ada setengah jenama supplement, dos yang dijual kat farmasi kurang dari dicadangkan jadi kena amik 2x untuk cukupkan pengambilan dos seperti yang gynae cadangkan. Contoh macam Coenzyme Q10 tu k.fiezz ambil sebiji pagi (100mg) & sebiji malam (100mg). Sebab masa k.fiezz beli supplement ni, k.fiezz tunjuk kertas yang gynae tulis, jadi farmasi advice makan ikut dos yang Doktor arahkan. 
Terbaru ni k.fiezz top up CoQ10 beli kat farmasi lain & brand berbeza, dos yang dijual 150mg. Pharmacist cakap ambil 1 biji sehari je dah cukup. Kalau ambil 2 biji, dah jadi lebih pula. Jadi sebiji saja mencukupi. Seeloknya bila beli apa-apa supplement ni, better cari kat farmasi sebab ada pharmacist, ada kemusykilan kita boleh terus tanya diaorang. 
Lagipun diaorang pharmacist kan, diaorang lagi expert pasal pengambilan supplement dan dos yang dibenarkan untuk ambil. 

Untuk suami, ada beberapa jenis supplement kesuburan lelaki yang boleh diambil. Mr hubby ambil Profortil
Kalau tak nak profortil, boleh pilih yang lain sepertiSubrexVitamin E (200IU)Bio Selenium 200mg OD
Harga profortil ni paling mahal antara supplement kesuburan lelaki. Haritu kitaorang beli kat farmasi hospital dapat harga RM342.00 sekotak utk 60 biji kapsul. Harga kat shopee dalam RM4XX.xx...Masa tengah tunggu turn kat farmasi hospital, k.fiezz & mr hubby saja tengok-tengok kat Google mana lagi ada jual profortil ni. Jumpa dalam shopee ada jual juga tapi harga empat ratus lebih..Jadi beli juga lah kat farmasi hosptital dapat murah sikit.

Meh tengok apa fungsi semua supplement ni untuk kesuburan lelaki & juga wanita..


APA FUNGSI SUPPLEMENT KESUBURAN PEREMPUAN & LELAKI NI?
Coenzyme Q10 - CoQ10 dikenali vitamin kesuburan yang popular. Fungsi CoQ10 untuk kesuburan bagi melindungi sel-sel telur dari radikal bebas & mempunyai antioksidan yang tinggi. Selain dari melindungi sel telur dan juga sperma dari radikal bebas, CoQ10 menyediakan tenaga yang diperlukan oleh sel telur untuk proses pembesaran dan kematangan. Sebatian semulajadi CoQ10 boleh meningkatkan kesuburan untuk wanita yang berusia lebih 40 tahun. Pengambilan CoQ10 juga beri kesan positif iaitu optimumkan kualiti telur hingga penebalan lapisan rahim. 
Vitamin E - Banyak dalam produk penjagaan kulit & dikenali boleh kurangkan kedutan pada wajah  sebab fungsi Vitamin E untuk perbaiki sel. Jadi vitamin E sangat efektif sebagai supplement kesuburan. Ia juga antara nutrien penting untuk ovari dan bagus diamalkan bagi menyokong kualiti telur

Vitamin D - Untuk perkembangan hormon yang sihat. Hormon adalah isyarat utama dalam badan. Dengan isyarat dari hormon ini lah menentukan corak kitaran haid wanita dan keseimbangan semasa hamil

Profortil - Berfungsi untuk optimumkan kualiti sperma dan kesuburan lelaki

BERAPA HARGA SUPPLEMENT KESUBURAN NI?
Sesiapa yang sama geng dengan k.fiezz, mr hubby & nak cuba supplement kat atas ni , korang boleh cari di farmasi. Mungkin korang tak buat rawatan di hospital lagi tapi nak cuba amalkan supplement kesuburan wanita dan lelaki ni dulu. K.fiezz nasihatkan terus beli kat farmasi jadi boleh tanya pendapat pharmacist berapa dos yang diperlukan oleh badan masing-masing. 
Berbalik pada harga 4 supplement kesuburan atas ni, berapa yea? Agak boleh tahan jugalah harga dia. hehe.. tapi ada yang 1 botol 60 kapsul & cuma makan sebiji sehari jimat untuk 2 bulan..Macam supplement kesuburan lelaki profortil tu  makan sehari sebiji, tahan lebih 4 bulan.

Berapa harga supplement kesuburan wanita dan juga lelaki ni, k.fiezz

Coenzyme Q10 - RM170.10 (2 botol. Memang tiap kali beli CoQ10 ni pakej 2 kotak)Vitamin E - RM58.65 (1 botol ada 60 biji)Vitamin D - RM59.50 (1 botol ada 60 biji)Profortil - RM342.00 (1 kotak 60 biji)

Harga supplement kesuburan ni berbeza ikut jenama dan dos. Jadi masa beli boleh tanya dengan pharmacist lebih detail. 
Berapa kali repeat beli supplement ni?Macam supplement kesuburan wanita untuk k.fiezz tu dah 2-3x ulang beli. Profortil untuk mr hubby beli masa bulan April haritu & baru je habis (Ogos), itu pun sebab kadang ada hari terlupa nak makan. hehe. Itu yang tahan lama. 
Kalau tanya kekerapan  untuk repeat beli supplement ni, tengok pada konsisten ke tidak korang amalkan. Sebab kadang kita ni beria beli, makannya ikut suka je. K.fiezz, konsisten memang makan setiap hari tanpa skip. hehe. 
Moga supplement yang di amalkan sejak beberapa bulan lepas ni dapat membantu proses IVF k.fiezz & mr hubby berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Harapnya sel telur k.fiezz & sperma mr hubby bekerjasama untuk berjumpa dan bersatu..Aamiin.

DOAKAN KITAORANG, okey..Thank you in advance..hehe...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/08/Supplement-Kesuburan-Wanita-dan-Lelaki-Yang-Boleh-Diamalkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau Rasa Stress Sedih Baca Doa Ni Mizz Nina Kongsi Surah Yang Boleh Diamalkan

Kalau Rasa Stress Sedih Baca Doa Ni Mizz Nina Kongsi Surah Yang Boleh Diamalkan

papar berkaitan - pada 9/8/2022 - jumlah : 182 hits
Hidup harus diteruskan dan mengikut nasihat salah seorang guru saya sebelum ini teruslah berpegang kepada Allah SWT walau apa pun dugaan yang diberikan Luah selebriti Mizz Nina yang diterjemahkan menerusi perkongsian semula aplikasi QalbyAp...
Suara Boleh Pergi Jauh Ni Jauh Dari Bumi Netizen Kritik Sikok Bagi Duo Nyanyian Ratu Farah

Suara Boleh Pergi Jauh Ni Jauh Dari Bumi Netizen Kritik Sikok Bagi Duo Nyanyian Ratu Farah

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 159 hits
Penerbitan video muzik cover lagu Sikok Bagi Duo oleh Ratu Farah Diva yang digandingkan bersama Shah Rezza dan Aidilia Hilda mengundang kecaman dan rasa meluat netizen nbsp Lapor Harian Metro majoriti pengguna media sosial tidak menyenangi ...
Kes Buli Mrsm Kuantan Pelajar Boleh Dibuang Sekolah Kata Mahdzir

Kes Buli Mrsm Kuantan Pelajar Boleh Dibuang Sekolah Kata Mahdzir

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 167 hits
Mahdzir Khalid menyerahkan kes buli di MRSM Kuantan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut dan akan meneliti laporan lengkap selepas disiapkan nanti SERDANG Menteri Pembangunan Luar Bandar Mahdzir Khalid berkata tindakan tegas akan ...
Kami Tak Jemu Kerana Pimpinan Kami Dalam Ph Masih Boleh Dipercayai Dan Dapat Diharap Menjaga Negara

Kami Tak Jemu Kerana Pimpinan Kami Dalam Ph Masih Boleh Dipercayai Dan Dapat Diharap Menjaga Negara

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 159 hits
SAMSUDIN NAWAWIADAKAH LCS akan jadi bahan kempen PRU 15 nanti SUDAH TENTU Tidak seperti scandal lain seperti 1MDB SRC YAB LCS ini gempar akibat laporan PAC Kebetulan pula PAC itu anggota nya semua politicians Politicians dari berbagai parti...
Rupanya Boleh Servis Aircond Sendiri Guna Remote Sahaja Jom Cuba

Rupanya Boleh Servis Aircond Sendiri Guna Remote Sahaja Jom Cuba

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 154 hits
Rupa rupanya Boleh Servis AIRCOND Sendiri Hanya Guna REMOTE Cuma Perlu Tahu caranya sangat senang mudah dan berkesan Cara caranya selepas anda guna aircond waktu malam JANGAN matikan terus aircond anda sebaliknya anda buat langkah berikut T...
Mana Boleh Dengar Cakap Mohtar Senik Nih Tak Boleh Dia Pun Tak Betoi Terdesak Sungguh Pas La Ni

Mana Boleh Dengar Cakap Mohtar Senik Nih Tak Boleh Dia Pun Tak Betoi Terdesak Sungguh Pas La Ni

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 113 hits
Hadi sendiri suruh jaga hubungan dengan Umno kata Dewan Ulama PAS August 15 2022 Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Ulama PAS Mokhtar Senik berkata dalam perjumpaan Dewan Ulama dengan presiden Abdul Hadi Awang menegaskan hubungan PAS Umno mesti ...
Pete Lau Beri Bayangan Oneplus Akan Keluarkan Telefon Boleh Lipat

Pete Lau Beri Bayangan Oneplus Akan Keluarkan Telefon Boleh Lipat

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 153 hits
Arena telefon boleh lipat semakin rancak dengan pelbagai jenama turut mula menghantar wakil masing masing untuk bersaing antara satu sama lain Minggu lalu saja antara peranti yang dilancarkan ialah Samsung Galaxy Z Flip4 Fold4 Xiaomi Mix Fo...
Saya Tak Boleh Bercinta Kerana Jun Somin Yang Sechan

Saya Tak Boleh Bercinta Kerana Jun Somin Yang Sechan

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 201 hits
Jun So min nampaknya nekad mengikat Yang Se chan sebagai miliknya menerusi episod terbaru Running Man ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru pelakon Ha Do kwon Lee Yi kyung dan Joo Woo jae telah muncul sebagai tetamu Pada permulaan episod m...
Kah Kah Macai Najib Dalam Tiktok Boleh Tolang Jawabkan Nanti Aku Dedah Macai Teruk Najib

Kah Kah Macai Najib Dalam Tiktok Boleh Tolang Jawabkan Nanti Aku Dedah Macai Teruk Najib

papar berkaitan - pada 13/8/2022 - jumlah : 100 hits
Adakah projek LCS hanya untuk bayar hutang lapuk BNS Najib disoal August 13 2022 Mohamad Sabu dan Liew Chin Tong berkata jawapan Najib Razak akan membantu semua pihak memahami projek kapal tempur pesisir PETALING JAYA Najib Razak dipersoal ...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Bila Duit Nak Masuk

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Vanny Vabiola Sudahi Saja Chord

Ustadz Yang Membodoh Bodohi Jemaahnya Kata Frans Donal Di Bali By Dr H

Lirik Campak Bintang Faizal Tahir M Nasir

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

Lemas Tiga Beranak Ditemukan Tidak Lagi Bernyawa Selepas Mandi Manda Di Sungai Balak

Peminat Tempatan Puas Oneus Gegar Kuala Lumpur Di Konsert Jelajah Ke 2 La Dolce Vita