Sup Ekor Ala Thai Menu Cinese New Year
Assalamualaikum guess!!!
Dah lama nora tidak kongsi resepi untuk korang. Bila mood ada, idea ada dan masa pun ada ambil peluang untuk coret sedikit resepi.
Tinggal beberapa hari perayaan Chinese New Year akan tiba, pasti meriah dengan suasana kunjung mengunjung bagi mereka kaum Cina. Korang plan ke mana sempena cuti CNY ni? Bagi Nora dan keluarga kami santai di rumah menanti tetamu.
Lagi pun sekarang dah musim cuti sekolah kan. Pasti berbagai perancangan ibu ayah dah plan untuk anak-anak.
Ok, menu ni mungkin biasa tapi saja Nora nak share dengan korang. Mana tau boleh dihidangkan semasa cuti CNY ni.
Resepi Sup Ekor Ala Thai
Bahan-bahan :
Ekor lembu
Bawang merahBawang putihHaliaKayu manisBunga cengkihBatang saderiBatang daun supBatang daung bawangBatang daun ketumbarTomatoCili padiSup bunjut tulangPes sup siam AdabiSos ikanPerasa/garam
Cara-cara :
1. Rebus ekor terlebih dahulu sehingga empuk
2. Kisar bawang merah dan putih3. Tumis bawang yang dikisar bersama kayu manis dan bunga cengkih sehingga kekuningan4. Masukkan pes sup siam Adabi kacau dan masukkn sedikit air
5. Masukkan halia dan batang daun sup, daun bawang dan ketumbar. Kacau sehingga naik bau
6. Masukkan ekor lembu dan air rebusan
7. Masukkan hirisan batang saderi, tomato dan hirisan bawang besar. Kacau dan masukkan hirisan cili padi, daun sup, daun bawang dan daun ketumbar
8. Masukkan garam, perasa, sos ikan dan air limau. Kacau sehingga cukup rasa boleh dihidangkan
Ngam sangat rasa macam makan di kedai tomyam. Rasa pedas-pedas masam tu hirup panas-panas nikmat sangat. Boleh hidangkan dengan ulaman timun dan sambal belacan
Jom tonton video Resepi Sup Ekor Ala Thai :
@ummizarra7731 Sempena perayaan Chinese New Year yang akan tiba kita jamu family dengan Sup Ekor Ala Thai. Resepi ada di 👉 www ummizarra.com #ummizarradotcom #silangbudaya #perpaduansilangbudaya #CNY #chinesenewyears #cooking #resepisimple #resepitiktok ♬ LESTI zapin melayu - ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ummizarra.com/2024/02/sup-ekor-ala-thai-menu-cinese-new-year.html