Sunway Lost World Of Tambun Bukan Sekadar Taman Tema
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua. Minggu lepas Zumal telah berkesempatan bersama Team Travelogue Malaysia ke Bandaraya Ipoh. Kami diundang ke Majlis Pelancaran Crazy Rich Chinese New Year di Sunway Lost World Of Tambun. Sebelum nak cerita tentang event tu jom Zumal kongsi apa yang ada di Lost World Of Tambun ni
Lost World Of Tambun
Perjalanan ke Lost World Of Tambun mengambil masa kira-kira 30 minit dari Stesen KTM Ipoh atau dari Amanjaya Sentral atau pun dari airport. Tanggapan Zumal Lost World Of Tambun sekadar sebuah taman tema air sangat meleset apabila Zumal masuk ke entrance Lost World Of Tambun ini. Rupanya macam-macam ada tapi taman tema air tu memang santapan utama di sini. Masuk jer nampak pasir memutih macam pantai. Memang tempat main air puas-puas la di situ.
Inilah Ipoh Street, syurga makanan
di Lost World Of Tambun
Statue Lost World Of Tambun
Ramai bergambar sini tapi Zumal lupa laa
Di kiri entrance tu ada Ipoh Street. Dekat sini tersergam indah bangunan lama ala-ala bandar Ipoh tu. Terdapat pelbagai gerai makanan di sini tau. Semua yang special dari Ipoh. Korang mesti cuba tau fu fah yang paling glamour tu di sini dan white coffee yang sering menjadi sebutan di Ipoh tu. Segalanya ada di Lost World Ipoh Street.
Ini gajah batu yer
Korang boleh naik untuk bergambar
Burung Unta
Giraffe & Friends
Belakang Zumal ni zirafah ori tau
Di Lost World Of Tambun juga ada menempatkan haiwan-haiwan macam dalam zoo tu seperti harimau, gajah, unta, zirafah, tapir, buaya, binturong, rakun, kucing, badak dan macam-macam lagi. Tapi yang paling special buat pencinta kucing tu boleh masuk bermesra dengan kucing di Catopia. Selalu korang tengok badak berendam dari permukaan je kan? Di Hippo Kingdom, korang boleh tengok badak berendam underwater view tau
Hippo Kingdom
Korang boleh masuk ke underwater view
di Hippo Kingdom ni
Hippo dalam akuarium
Buaya dan ikan pun ada di Hippo Kingdom ni
Apabila datang di Lost World Of Tambun jangan lupa ke Tin Valley, korang bakal menyelami sejarah lahirnya bandar Ipoh ini asal-usulnya daripada pusat perlombongan bijih timah. Korang boleh lihat bagaimana cara orang dulu-dulu 'mendulang' bijih timah dan jangan lupa ke Dulang Tea House juga. Di sini korang boleh menjamu selera menu-menu tradisi dari Ipoh selain itu boleh melihat peralatan-peralatan orang dulu-dulu gunakan dalam perlombongan bijih timah. Dulang Tea House ini amat unik kerana ianya bertempat di gua ala-ala tempat perlombongan bijih timah. Korang juga akan disajikan video tentang sejarah perlombongan bijih timah di sini.
Suasana di Dulang Tea House
Dulang Tea House di dalam gua
Zumal betul2 teruja tau
Ini la minum petang kami, menu pun legend tau
Terserempak dengan hantu memang sesuatu yang pasti pengalaman seram yang tak dapat dilupakan. Bagi yang belum pernah lalui pengalaman seram luar biasa tu boleh ke Haunted Chamber. Dekat sini Zumal nak khabarkan ianya bukan rumah hantu biasa yang korang selalu masuk di fun fair yer. Kena alami sendiri baru tahu fun ke tidak
Haunted Chamber
Seterusnya korang boleh la bersuka ria bermain pelbagai game yang disediakan untuk pengalaman riang-ria bersama keluarga tercinta.
Train untuk bersiar-siar di Lost World Of Tambun
Pelbagai permainan sesuai untuk semua
Rakan-rakan media pun tak lepas peluang bermain
Best kan
Tak lupa juga untuk yang nak main air
Korang jangan ingat siang je best dekat Lost World Of Tambun ni yer. Malamnya lebih riang gembira bergermelapan gitu. Dari jam 6.00 petang aktiviti untuk sesi malam bermula.
Sebelah siang tengok satu tempat ni rasa teringin sangat nak masuk tapi 9.00 malam baru di buka. Ianya adalah Luminous Forest.
Mother Sophea
Tangga bercahaya berwarna-warni
Tumbuhan indah berwarna-warni
King of Malayana
Cantik memukau jiwaLuminous Forest ni sebuah tempat yang sangat menarik untuk dikunjungi. Ianya kononnya sebuah hutan berlatar-belakang 400 juta tahun lalu yang kaya dengan pelbagai khazanah rimba dan penuh magis yang diberi nama Malayana. Zumal kongsi sikit jer nanti tak surprise tau.
Lepas masuk hutan tu Zumal dan rakan-rakan Travelogue Malaysia yang lain pergi pula ke Hotsprings. Tak sangka dekat sini juga ada tempat mandi air panas. Lost World Hotsprings ni terdapat banyak kolam dengan pelbagai suhu berbeza. Ianya dibuka sehingga 11.00 malam. Best tau berendam sampai tak ingat dunia.
Sekali-sekala bergaya macam model. Cewah!
Berendam macam hippo
Aktiviti malam yang lain yang dapat korang lakukan di sini adalah melihat haiwan-haiwan diberikan makan di Petting Zoo, Flamming Percussion dan lain-lain.
Bagi mereka yang ingin memanjakan diri dengan berspa tu korang boleh ke Lost World Crystal Spa. Ianya beroperasi pada pukul 12.00 tengah hari sampai 11.00 malam kecuali hari Selasa ianya dibuka pada pukul 6.00 petang hingga 11.00 malam.
Mesti korang tertanya-tanya tentang penginapan kalau nak stay di Lost World Of Tambun ni kan? Di Lost World Of Tambun korang boleh memilih untuk menginap di hotel atau di Glamping. Zumal menginap di Glamping. Apa dia glamping???
Selfie depan glamping
Sekitar kawasan glamping
Walaupun ianya khemah tapi cukup luas
Dilengkapi 2 katil single dan 1 katil queen
Pemandangan Tasik Boga
Glamping adalah penginapan di dalam khemah. Ala-ala macam korang pergi camping la. Cuma glamping ni ianya lebih glam kerana khemah tu dilengkapi katil, aircond, kipas dan lain-lain macam dalam bilik hotel.
Glamping di Lost World Of Tambun ni menghadap tasik yang diberi nama Tasik Boga. Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan sekitar glamping ni seperti berkayak, berakit, flying fox, wall climbing dan pelbagai lagi aktiviti adventure.
Zumal, Eddy dan Izryl main monopoly
sampai pukul 5.00 pagi di cafe
Kalau korang tak dapat tidur malam jangan risau di glamping ni ada cafe yang dibuka 24 jam khas untuk tetamu di glamping. Korang boleh nikmati Lost World White Coffee free je kat cafe ni tapi kena layan diri la. Nak beli makanan dan minuman ringan ada dijual di sini. Selain itu korang boleh lepak sambil main dam ular, monopoly, uno, saidina dan macam-macam lagi la. Untuk ketahui maklumat tentang pakej penginapan boleh rujuk SINI.
Sekian dahulu perkongsian Zumal buat kali ini. Travelogue Perak ini dibawakan khas kepada anda oleh kolaborasi antara Borakkita Media / Travelogue Malaysia dan The Influenzas Team disokong oleh Sunway Group dan penaja utama kami Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.duniazumal.com/2019/01/sunway-lost-world-of-tambun-bukan.html