Suntikan Di Masjid Tepis Dakyah Negatif Mengenai Vaksin


azrulhakimie

Ada pihak mengaitkan vaksin sebagai agenda musuh Islam KUALA TERENGGANU – Pemberian suntikan vaksin COVID-19 di masjid serta menjadikan institusi itu sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) berupaya menepis dakyah negatif yang mengaitkan vaksin sebagai agenda musuh Islam.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata dengan adanya program ‘outreach’ di PPV masjid ia dapat memberi keyakinan dan kefahaman lebih mendalam mengenai kepentingan vaksin dalam kalangan komuniti Islam.
“Seperti kita tahu masjid sangat dekat di hati orang Islam dan sebelum ini kita berhadapan dengan masalah berhubung dakyah negatif terhadap vaksin ini antara lain dikatakan sebagai agenda musuh Islam dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau perjalanan Program Outreach PPV masjid di PPV Masjid At-Taqwa Durian Burung, di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus dan Pengerusi Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) Dr Zuraizi Jaafar.
Dalam pada itu, Ahmad Amzad yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata kementeriannya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menyasarkan PPV masjid di seluruh negeri berupaya mencapai 16,000 suntikan vaksin setiap sebulan.
“Kita sasarkan satu daerah akan ada satu masjid dijadikan sebagai PPV. Katakan setiap satu masjid di seluruh lapan daerah di Terengganu boleh suntik 500 orang setiap minggu, jadi dalam sebulan sebanyak 16,000 suntikan boleh dicapai,” katanya.
Ahmad Amzad berkata PPV masjid akan diperluas ke seluruh negara terutama di kawasan pedalaman yang mempunyai ramai penduduk Melayu selain akan mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) lebih jelas bagi melancarkan program ‘outreach’ vaksinasi di masjid.
“Ini antara lain kerana kita tidak mahu ada misalnya tohmahan yang mendakwa hendak pergi solat di masjid tidak boleh, tetapi berkumpul (di masjid) untuk suntikan vaksin boleh pula,” katanya.
Menurut Ahmad Amzad, Masjid At-Taqwa Durian Burung adalah PPV masjid pertama di Terengganu dan di negara ini yang dikendalikan sepenuhnya oleh badan bukan kerajaan (NGO), iaitu Papisma dengan dibantu oleh JKNT.
PPV Masjid At-Taqwa Durian Burung berkenaan dikendalikan sepenuhunya oleh 60 sukarelawan terdiri daripada 30 doktor termasuk 10 doktor pakar dan untuk hari ini sahaja seramai 120 penduduk setempat menerima suntikan dos pertama vaksin Sinovac.
Sementara itu, Dr Nor Azimi mengingatkan rakyat negeri itu agar tidak leka menjaga SOP meskipun jumlah kes baharu jangkitan COVID-19 di negeri ini turun kepada dua angka sejak minggu lepas.
Katanya, walaupun situasi COVID-19 ketika ini dalam keadaan terkawal namun penduduk masih perlu mengamalkan SOP dengan sebaiknya supaya negeri itu betul-betul bebas dari penularan jangkitan. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/suntikan-di-masjid-tepis-dakyah-negatif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lengkap Suntikan Vaksin Baru Dibenar Solat Berjemaah Di Masjid

Lengkap Suntikan Vaksin Baru Dibenar Solat Berjemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 266 hits
inforakyat netKerajaan negeri bercadang memberi kelonggaran kepada lebih ramai individu terutama mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid 19 menunaikan solat berjemaah di masjid Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Keraj...
Atlet Thai Terima Suntikan Vaksin Menjelang Paralimpik

Atlet Thai Terima Suntikan Vaksin Menjelang Paralimpik

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 225 hits
SETELAH Thailand melancarkan usaha vaksinasi Covid 19 besar besaran semalam pemenang pingat emas Paralimpik wanita pertama Thailand Saisunee Jana merupakan antara atlet yang menerima suntikan vaksin di Stadium Tertutup Huamark di Bangkok Me...
Suntikan Vaksin Selesai Dalam 10 Minit Di Ppv Pandu Lalu Ipoh

Suntikan Vaksin Selesai Dalam 10 Minit Di Ppv Pandu Lalu Ipoh

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 217 hits
Oleh TIDAK perlu tunggu lama untuk dapat suntikan vaksin di Perak apabila pembukaan Pusat Pemberian Vaksin pandu lalu di Stadium Indera Mulia bermula hari ini membolehkan pemberian vaksin diselesaikan dalam tempoh 10 minit berbanding sejam ...
Kaunter Pendaftaran Vaksin Di Masjid Mudahkan Urusan

Kaunter Pendaftaran Vaksin Di Masjid Mudahkan Urusan

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 344 hits
Ada penduduk hadapi kekangan daftar menerusi aplikasi MySejahtera KOTA BHARU Inisiatif pendaftaran suntikan vaksin COVID 19 di Masjid Saadatul Ikhwan Kampung Penambang di sini memberi kemudahan kepada penduduk setempat yang menghadapi kekan...
Kelantan Cadang Masjid Dibuka Untuk Jemaah Sudah Vaksin

Kelantan Cadang Masjid Dibuka Untuk Jemaah Sudah Vaksin

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 291 hits
Kerajaan negeri Kelantan berharap agar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dapat memberi kelonggaran kepada jemaah yang sudah melengkapkan suntikan penuh vaksin Covid 19 untuk menunaikan solat di masjid Pengerusi Jawatankua...
Terbitkan Berita Palsu Mengenai Vaksin Doktor Didenda Rm5000

Terbitkan Berita Palsu Mengenai Vaksin Doktor Didenda Rm5000

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 215 hits
Terbitkan berita palsu mengenai vaksin doktor didenda RM5000 Seorang doktor perubatan didenda RM5 000 oleh Mahkamah Sesyen Kangar kerana menghasilkan penerbitan mengandungi berita tidak benar mengenai vaksin Sinovac April lalu Jamnul Azhar ...
Suntikan Vaksin Harian Rekod 6 8 Juta Dos Setakat Semalam

Suntikan Vaksin Harian Rekod 6 8 Juta Dos Setakat Semalam

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 182 hits
268 604 dos suntikan diberikan semalam berbanding 252 773 dos pada hari sebelumnya Petugas kesihatan mengharungi ladang getah menuju ke kawasan pedalaman di Pahang untuk memberikan vaksin kepada penduduk Gambar Bernama Sebanyak 6 823 104 do...
Selesai Proses Suntikan Vaksin Covid 19 Dos Kedua

Selesai Proses Suntikan Vaksin Covid 19 Dos Kedua

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 318 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera suntikan kedua ini sangat penting untuk mendapatkan imunisasi yang lengkap dan diperlukan agar vaksin tersebut dapat memberi kesan yang memberangsangkan di dalam tubuh badan untuk melawan virus virus Alha...
Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin Astrazeneca

Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin Astrazeneca

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 478 hits
Selesai Suntikan Dos Pertama Vaksin AstraZeneca Assalammualaikum semua Pada 13 June 2021 tibalah masa yang Ruby nantikan iaitu untuk hadir ke Pusat Pemberian Vaksin World Trade Putra Kuala Lumpur Ruby akan menerima suntikan dos pertama vaks...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kemaskini Idme Maklumat Murid Pengurusan Awam

Speed Read A Sparkling Yamaha Xs650 Chopper And Three Harleys

Niat Baik Kembali Dipermudah Zaskia Adya Mecca Sukses Wujudkan Pembangunan Masjid Sementara Di Gaza

Hiburan Suka Cakap Pasal Orang Jaga Tepi Kain Lu Sendiri Sudah Lah Aaron Aziz

Aktiviti Ladang Dania Tanam Pokok Getah

Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3