Sunset Dinner Cruise Experience Di Langkawi Ada Dolphin




Masa aku sampai dekat Langkawi haritu pun, hari dah dalam pukul 3 petang. Jadi next aktiviti yang ada dalam program ialah untuk layan sunset. Sementara nak tunggu call time untuk mulakan aktiviti cruise, kitorang di bawa untuk cuba makan laksa. Haa dekat Langkawi ni biasanya tempat femes untuk makan Laksa ialah dekat dengan area airport. Orang panggil Laksa Ikan Sekoq. Tapi kalini, tour guide kitorang (Encik Johan), convince kan kitorang untuk cuba makan laksa dekat tempat lain

Yang underrated tapi sedap..

Ternyata memang tak sia sia la kitorang ikut suggestion Encik Johan tu sebab laksa dekat sini memang padu. Dekat mana? Haa ianya terletak di Kampung Tsunami. Nama kedai ni Kue Teow Sup Siam Kuala Teriang. Haha nama dia takde perkataan 'laksa' pun kan? Tapi laksa dekat sini memang padu

Cerita disebalik Kampung Tsunami

Sambil makan makan tu, Encik Johan sempat bercerita yang asalnya kampung ni bukan namanya 'Kampung Tsunami'. Tapi masa berlakunya kejadian Tsunami dulu, kawasan kampung ni terjejas teruk. Semua kawasan berselut. Dan pada waktu tu, hotel guest mat salleh daripada hotel hotel 5 bintang yang berdekatan, turut sama turun padang untuk tolong bersihkan kawasan. Katanya diorang siap bagi sumbangan beribu ringgit lagi taw. Bagus kan? Saling tolong menolong

 Seronok bila ada tour guide yang suka bercerita ni. At least kita dapat belajar dan tahu kisah disebalik sesuatu tempat tu kan

Adya Hotel, Kuah Langkawi

Okay moving on. Lepas makan, kitorang terus ke pekan Kuah untuk check in di Hotel Adya Langkawi. Lokasi hotel ni sangat sangat strategik di tengah pekan Kuah. Depan kawasan hotel pun ada banyak kedai serbaneka dan kemudahan termasuk dobi. Kitorang siap menyempat pergi massage massage lagi malam tu hahaha.


Bilik pun bersih dan selesa. Sangat luas didatangkan dengan balkoni. Yang menariknya hotel ni menerapkan ciri ciri Islamik. Boleh dengar bacaan alquran dan selawat di pasangkan di Hotel dan siap ada swimming pool berasingan untuk wanita. Menarik kan



Tapi sebabkan jadual yang agak pack. Tak nyempat la nak menjenguk jenguk swimming pool tu. Insyaallah, maybe next time

Okay, setel solat dan bersiap siap. Jom ready untuk ke Sunset Cruise pulak

Sunset Dinner Cruise Experience

Kitorang ke Jeti Pelancongan Kuah, lebih tepat lagi ke Royal Langkawi Yatch Club. Lokasi ni betul betul dekat sebelah Jeti utama orang naik naik feri untuk ke Langkawi tu


Bot yang digunakan untuk cruise kali ni ialah jenis Catamaran. Yang bestnya bila menggunakan bot jenis macam ni, kita boleh experience Seawater Jacuzzi juga. Apa Seawater Jacuzzi? Haa kejap lagi aku share cemana ghupenye haha

Durasi cruise ni mengambil masa dalam 3 jam. Takdela pusing jauh jauh pun. Dekat kawasan berdekatan je tapi pada minimum speed jadi kita nak berdiri, bergambar, nak makan, takde la bergoyang goyang dan rasa terganggu. Siapa yang ada mabuk laut tu, jangan risau. Sebab memang tak rasa bergelora langsung. Memang selesa

Nama pun Sunset Dinner Cruise, makanya ada lah hidangan makan malam disediakan. Menu kitorang haritu ada nasi goreng, sate, rojak buah, udang bakar, ikan bakar dan ada beberapa lauk lain. Sedapp. Memang layan la makan atas cruise tu. Pakej yang kitorang ambil ialah daripada @yourcruiselangkawi. Nanti aku share contact number diorang dekat hujung post ni

Atas bot ni ada kemudahan tandas dan bilik mandi juga. So takyah risau la kot nak terkencing ke apa. Serba serbi lengkap dan selesa. Ha cerita pasal Seawater Jacuzzi tadi tu, make sure jangan lepaskan peluang untuk cuba tau. Bawa baju mandi dan baju tukar siap siap. Tuala disediakan, so takyah susah susah bawak. Aku je gigih usung tuala hotel bawak sekali. alih alih ada tuala dia prepare haha

Jom Cuba Seawater Jacuzzi

Seawater Jacuzzi ni concept nya ialah, akan ada jaring dipasang di belakang bot dan kita bila turun dan mandi dalam kawasan jaring tu. Disebabkan bot pun tengah bergerak, jadi akan ada arus masa kita mandi tu. Jadi la ala ala jacuzzi. Untuk aktiviti ni, semua diwajibkan pada life jacket untuk keselamatan. Best juga main ni tapi haritu tak lama pun. Sebab ni bergantung pada keadaan cuaca dan trafik. Kalau ada bot besar atau feri besar lalu, kita tak boleh turun dan diarahkan naik serta merta



Tapi syok laa rezeki kitorang merasa cuba Seawater jacuzzi ni dan cuaca pun sangat cantik, sunset pun lawa sangat. Alhamdulillah puas hati

Lagi satu yang bestnya pasal Sunset Cruise ni, korang juga berpeluang untuk tengok dolphin! Ha percaya tak? Aku awal awal pun macam, ehh yeke? ke korang scam ni? haha. Tapi haritu takde la nampak jelas sangat. Tapi dari jauh tu nampak la pergerakan dorang. Memang ada satu spot yang dikatakan kawasan ada satu keluarga dolphin punya spot. Punya excited ye kitorang nak tengok dolphin. Nampak hujung hujung pun jadi lah


Harga untuk pengalaman cruise ni bergantung pada jenis bot, dan jumlah pax. Bot yang memuatkan ramai orang, lagi murah sikit la harganya. Untuk senarai harga pakej, boleh contact @yourcruiselangkawi.


Next post, aku nak share pulak pengalaman explore Pulau Tuba. Ha tahu tak kewujudan Pulau Tuba ni? Aku pun baru tahu yee. Ni satu lagi aktiviti menarik boleh dicuba bila ke Langkawi - explore Pulau Tuba



Okay see you in my next post!




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://blog.farahdafri.com/2020/09/sunset-dinner-cruise-experience-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Chef Belanga Merecik Di Langkawi

Chef Belanga Merecik Di Langkawi

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 510 hits
Pada suatu pagi yang hening kami berkeliaran di untuk mencari sarapan Mommy bercadang mahu membawa kami ke yang masyhur itu Apakan daya hajat kami tiada kesampaian untuk bersarapan di sana kerana ia masih belum dibuka lagi Jam menunjukkan p...
Meneroka Pulau Tuba Langkawi Pengalaman Tangkap Bronok

Meneroka Pulau Tuba Langkawi Pengalaman Tangkap Bronok

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 478 hits
To be honest ni first time aku dengar pasal Pulau Tuba ni Sayang pula Pulau Tuba ni tak diketengahkan Ramai mat salleh je yang suka ke sini sebab dekat sini banyak aktiviti meneroka alam Takde la pulak tempat shopping ke apa dekat sini hehe...
Nec Poised To Accelerate Malaysia S Digital Economy With Its New Customer Experience Centre

Nec Poised To Accelerate Malaysia S Digital Economy With Its New Customer Experience Centre

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 378 hits
New office showcases world leading deployment of biometrics AI and IoT solutions Left to Right Mr Chong Kai Wooi YB Dato Sri Mustapa Mohamed His Excellency Oka HiroshiNEC Corporation of Malaysia Sdn Bhd is poised to accelerate Malaysia s di...
Classically Luxurious Homegrown Hotel Brand Marks The Danna Langkawi On The Map For Discerning Travelers

Classically Luxurious Homegrown Hotel Brand Marks The Danna Langkawi On The Map For Discerning Travelers

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 434 hits
From the moment one disembarks the plane The Danna Langkawi greets guests with a warm smile and takes pride in honoring their legacy in composing luxury lifestyle This 5 star luxury resort is surrounded by enchanting nature with a secluded ...
Itinerari Percutian Pulau Langkawi 5 Hari 4 Malam Kuah Cenang Telaga Tujuh Kubang Badak

Itinerari Percutian Pulau Langkawi 5 Hari 4 Malam Kuah Cenang Telaga Tujuh Kubang Badak

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 544 hits
Aku daripada masa PKP haritu memang dah pasang niat nak bercuti ke pulau bila dah boleh mula travel semula For now kita start yang dekat dekat dan dalam negara dulu Sekurangnya boleh bantu untuk menaikkan semula ekonomi negara terutamanya d...
Kematian Pablo Escobar Langkawi Kes Bunuh Kata Polis

Kematian Pablo Escobar Langkawi Kes Bunuh Kata Polis

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR Susulan laporan khas akhbar ini bertajuk Konspirasi atau Tragedi yang disiarkan pada 4 September lalu Bukit Aman kini mengklasifikasikan kematian tiga beranak dalam kebakaran di Pangkalan Nelayan Sungai Tepa di Langkawi sebagai...
4 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Masing Masing Satu Di Langkawi Tawau Putrajaya Dan Klang

4 Kluster Baharu Covid 19 Dikesan Masing Masing Satu Di Langkawi Tawau Putrajaya Dan Klang

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 317 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat empat kluster baharu yang dikesan pada hari ini Menurut kenyataan di akaun Twitter rasmi KKM kluster baharu yang dikenalpasti itu adalah Kluster Bah Ketil iaitu di Langkawi Kluster ...
16 Opulent Mediterranean Home Bar Designs For A Luxurious Experience

16 Opulent Mediterranean Home Bar Designs For A Luxurious Experience

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 447 hits
Having a fully fledged home bar is not something most homeowners can boast about But those that are owners of Mediterranean homes might have already included one in their home designs as the opulent look of The post appeared first on
Pac To Hold Inquiry Into Bayan Baru Sewage Treatment Plant Delay

Sabah Rep Implicated In Video Says He Was Just Joking

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Resipi Kek Pandan Layer

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Harap Tiada Majikan Dikhianati Seperti Saya Hanis Zalikha

Lirik Sayang Sampai Mati Repvblik

10 Buah Lagu Mara Ke Ajl39 2024

Limau Mandarin Buah Kegemaranku

Mencambah Pokok Baru Di Laman Kecilku

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos