Sunnah Berjuang Nasyid Klasik 2
Sunnah Berjuang nasyid klasik yang sangat popular pada zaman 80-an lagi. Kerana setiap lirik-lirik sangat mendidik jiwa kita sendiri. Sunnah Berjuang ini pernah di popularkan oleh kumpulan Nadamurni. Kalian tahu tak kumpulan Nadamurni? Nadamurni adalah kumpulan asal bagi kumpulan Rabbani dan Hijjaz. Jom lihat gambar di bawah
sumber google image.
Setelah ada krisis di dalam Malaysia, Nadamurni telah berpecah kepada dua kumpulan yang baru iaitu Rabbani dan Hijjaz. Rabbani di ketuai oleh Almarhum Ustaz Asri Ibrahim manakala aHijjaz di ketuai oleh Ustaz Munif. Siapa yang peminat nasyid pasti menyukai dua kumpulan ini kerana suara gemersik dua vokalis ini iaitu Ustaz Asri Ibrahim dan Ustaz Munif.
sumber google image
Balik pada tajuk asal, iaitu Sunnah Berjuang ia berkaitan dengan para pendakwah yang berjuang menyebarkan ajaran agama Islam di seluruh pelusuk negara. Kekadang pendakwah tiada masa bersama-sama anak-anak dan isteri. Terpaksa menempuh onak duri yang berliku demi Agama Islam tercinta. Oleh itu, kita sebagai masyarakat awam, patut bersyukur, kerana celik mata sahaja kita sudah bersyahadah. Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah. Mulia bangsa Melayu kerana ada kalimah syahadah awal kejadian..Sebelum Naim tutup entri ini jom kita hayati lagu dan lirik Sunnah Berjuang.
LIRIK
sudah sunnah orang berjuang
mengembara dan berkelana
miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri
biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
rezkinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu
orang lain membuat harta
tapi dia membuangnya
orang lain kawan terbatas
tapi pejuang kawan merata
orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang
tidak kurang yang sayang padanya
orang lain mati dilupa
para pejuang tetap dikenang
sejarahnya ditulis orang
makamnya sentiasa diziarahi
perjuangan tetap diingati
++++-------Tamat-----++++
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://pemudattbc.blogspot.com/2019/05/sunnah-berjuang-nasyid-klasik-2.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+KeArahMencariRedhanya+(Ke+Arah+mencari+redhaNYA)